bismillah kami mulakan,
dgn kekuatan yang telah dikurniakan ALLAH swt..maka kami juga turut bermula, bernafas sebagai khalifah yang hidup di bumi Tuhan..meniti sebuah cerita, menulis sebuah kisah..berbicara mengenai cinta dan menikmati sebuah anugerah...
aduhai cik kiah...penatnya rasa hari ni...oh..adakah saya mengeluh? heheh...dari tadi baring, rasa mahu tidur, tapi mata enggan lelap..lalu saya pun bangun semula. menaip sesuatu dalam dunia maya yang bisu ini...tiada gema yang mampu menggegarkan sekalian manusia..inilah diri saya..apabila berada dalam zon bahaya...betapa banyak kerja yang harus dilangsaikan cepat. masa sudah tiada..oh..rabu ini ada majlis makan malam terakhir bersama rakan-rakan sekelas. juga merangkap menjadi pengerusi majlis..cuak juga.sudah lama tidak berucap sebagai pengerusi majlis. tambahan pula saya seorang yang kelam kabut..hai..mengeluh lagi..
bak kata kakak dobi pada saya, jangan kelam kabut dik...hihi..saya tidak hantar baju ke dobi..saya hantar bungkusan. kebetulan kedai dobi tersebut ada perkhidmatan nationwide express..kakak tersebut nampak saya begitu cemas dan kelam kabut. maklumlah, saya sudah lewat menghantar barang pesanan kepada rakan saya,..beginilah jadinya..minggu ini memang sibuk..tapi update FB memang sudah jadi rutin..aduhai social networking..betapa engkau melekakan akuu...
ahad semalam, production manager sebuah kilang begitu baik hati. beliau menerima temujanji pada hari ahad..terima kasih encik! jadinya, hari sabtu saya pulangkan kereta tok ayah, petang itu juga saya ke shah alam..esoknya saya jalankan temubual, ahad malam itu juga saya pulang ke muar sampai lebih kurang pukul 12 tengah malam. dan pagi isnin..saya pecut ke batu pahat..dengan kereta kesayangan tok ayah... terima kasih tok ayah, kerana meminjamkan kereta! hihihi =)
andai kata FB itu sama seronoknya dengan menulis thesis bahagian akhir...alangkah gembiranya saya!
tambahan* saya menitiskan air mata bila melihat tok ayah keseorangan dirumah..tok mak hantar pengantin ke kuala terengganu, Mak uda pula belum pulang dari perak.bila saya sampai dirumah, saya lihat tok ayah lesu sahaja..tidak makan lagi..saya belikan tok ayah putu bambu..dan saya menangis..saya terus ke dapur, masakkan nasi dan panaskan lauk yang banyak dalam peti ais..nak masak tidak sempat..kemudian, saya terus sinsing seluar, basuh dapur, basuhkan baju, lipatkan baju tok ayah n tok mak..pukul 3.45 petang saya bersiap untuk ke shah alam..hampir-hampir sahaja tertinggal bas... hmm...saya memang selalu begitu...
adakalanya..aku menangis..apabila aku tidak mampu lagi membendung perasaan yang berbuku. aku kira dengan menangis, aku mampu untuk berdiri semula..tatkala aku melihat itu, pasti perasaanku terbebar..kenapa? cemburu? tidak..aku bukan cemburu..jauh sekali sakit hati..aku gembira..cumanya..ia acapkali menduga rasa percaya dan rasa yakin.. aku tidak tahu mengapa..satu saat..aku merasakan aku semakin jauh...dan satu saat, aku merasakan..itu tak mungkin berlaku..hampa dan kecewa..tapi pada ALLAH hanya aku bergantung harap..bukan pada manusia! ya ALLAH, kuatkanlah hati dan jiwaku..
Kalau tidak kerana angin masakan pokok boleh bergoyang..begitulah lumrah kehidupan kita seharian..kadang-kadang ia membawa erti yang manis dalam kehidupan..dan kadang-kadang ia memedihkan jiwa yang boleh meruntuhkan semangat dan mengganggu emosi. Itulah cantiknya manusia ciptaan Allah SWT, yang mempunyai hati dan perasaaan. Indahnya Allah SWT yang menciptakan manusia itu sesempurna ciptaan-Nya, sebagaimana firmannya dalam surah at-Tin ayat ke-4 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam rupa yang amat baik”
Dalam banyak-banyak perasaan yang dikurniakan oleh Allah SWT, ada suatu perasaan yang ada dilubuk sanubari setiap insan, itulah perasaan MARAH. Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia mempunyai perasaan ini, samada marahkan diri sendiri ataupun orang lain, tetapi perasaan ini tidak akan datang sendiri sekiranya tiada sebab yang mendatang. Maka kita sebagai pelakon yang mendapat skrip begitu haruslah bijak melakonkannya. Sahabat-sahabatku, hakikatnya perasaan ini datang dari Allah SWT yang di datangkan untuk menguji tahap keimanan manusia, kerana sabar itu separuh dari iman. Marah ini adalah merupakan panyakit hati yang membahayakan diri dan orang lain. Sahabat-sahabatku, kadang kita boleh berkata kepada orang lain seperti ini “ kau boleh la cakap sabar, sebab benda tu tak jadi kat kau” . Disinilah tahap keimanan kita diuji sebagaimana firmannya dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira, bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja mengatakan; Kami beriman, dan mereka tidak diuji”?
Dalam menangani perasaan ini, Allahlah pilihan yang terbaik untuk kita mengadu segala masalah kita, kerana Allah SWT tidak mempunyai sifat seperti yang terdapat pada makhluknya iaitu hasad dan dengki. Sekiranya kita meluahkan kepada orang lain ini membahayakan diri dan orang lain, kerana mungkin di antara kawan-kawan kita yang mempunyai hasad dan dengki dalam diri seperti “api dalam sekam”, yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Baginda Rasulullah SAW juga ada mengajar kita bagaimana untuk mengurangkan perasaan ini dengan beristighfar berkali-kali agar syaitan yang menyemarakkan perasaan ini akan lari bertempiaran. Selain itu sekiranya ketika itu kite berdiri, maka hendaklah duduk, jika tidak berkurangan maka hendaklah berbaring. Ambiklah wuduk kerana marah itu seperti api, maka api lawannya adalahair.
Sahabat-sahabtku, ketahuilah bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda :
“ Orang yang kuat bukanlah orang yang kuat tubuh badannya, tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah”
Akhirnya sahabat-sahabatku, kita fikir-fikirlah apa yang terbaik untuk kita, sekiranya ada terkurang dari kata-kata ini, maka diminta ditegur. Ketahuilah kemenangan itu sentiasa berpihak kepada orang yang sabar menahan kemarahan. Sedangkan baginda Rasulullah SAW di uji, inikan lagi kita umat yang sangat lemah disisi Tuhan. Membina hubungan yang harmoni dan akrab patut diutamakan dahulu agar ia berguna di masa akan datang. Senyumlah sahabatku, kerana dari senyuman itu akan lahirnya kasih sayang antara kita, dan bersabarlah kerana sabar itu sangat indah. Wallahu ‘alam.
saya cuma tersangat marah dgn ramai org hari ni...kalau ikut hati yang marah membara ni..langsung saya nak tulis macam2....esok saya nak exam..jangan cari pasal..ikhlaskan hati, jangan berdendam..jangan marah2..saya ingat pesan cik tam, kalau ye pun marah, jangan tulis bad words kat blog atau FB..saya maafkan semua orang ya ALLAH..
ya ALLAH...tambahkan kesabaranku, sebagaimana kau kurniakan kesabaran paling indah buat nabi zulkifli alaihissalam.. hari ni, ALLAH uji kamu, supaya kamu jadi org yang lebih tabah! tandanya ALLAH tak abaikan kamu..astaghfirullahal'azim..ampunkan aku ya ALLAH..
hari yang betul2 menguji sabar~
ok, tiba2 ada kerja rumah dari cik langit kita yerr...sky hayyat (ni untuk kamu)
1.- Adakah anda rasa HOT??? oh..i'm hottt...hot-tempered le kot..kihkih
2 - Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang! jap2..tengah upload.. 3 - cerita pasal gambar? hahaha...pictures gave 1000 meanings k...
4 - bila kali terakhir anda makan pizza? mm..lama dah..3 bulan yg lepas kott?
5 - lagu terakhir anda dengar?
hidup saya memboringkan..i jarang dengar lagu..hihi... 6- selain nama sendiri, anda di panggil nama apa? Bari', kak ngah, juga ummie..(aww..ala2 ayu gitu bebeh)
7 - tag lagi 8 org siapakah pemenag bertuah yang dipilih??jeng33x...
permohonan master studies, dah siap hampir 40% siap.. hoho...best2...research proposal nak kena siapkan..heh..takut betul la nk menghadap Dr.T yang terkenal dengan sifat susah nak bagi markah senang2 kat student...waaa....tak mau, tak mau... i like manufacturing technology, please give me suggestion yang mana i dont have to deal with the numbers. i tak amik engineering, i amik pengurusan teknologi.. kat malaysia mmg tak popular, tapi bidang ni, rasanya dah ada kat jepun n u.s...kalau nak tahu, the founder of this course was Tarek Khalil...so, tengah cari research area yang memenuhi hati i nih...hahaha...memilih..