Monday, May 31, 2010

mengalahkan orang yang kerja tetap

siapa yang mengalahkan orang yang kerja tetap itu?? hahaha..hakikatnya adalah saya..saya hanyalah seorang budak praktikal ye puan2..datang 8.30 pagi, balik 8.30 malam..(haha,,tipu, awal sikit)saya mengaku saya seorang yang workaholic.. tapi saya juga adalah pemalasolic~
hahaha...bila penyakit malas datang...masyaALLAH...tak tau nak cakap apa..
biasa malas ni disebabkan pengaruh internet..melekakan! (eh2, salahkan internet pulak)

memang penat la kerja kat karangkraf.. saya boleh katakan, staf2 sendiri walaupun tak ada OT(sbb mereka eksekutif), kena juga balik lambat untuk kejar deadline.. saya juga tidak terkecuali..
walaupun deadline dgn bos sendiri aje...

al kisahnya...penyelia saya dah bagi hasil kerja saya pada bos..dan bos cakap ok..oklah, saya meneruskan kerja2 saya yang tertunggak. plus, saya jugak ada la tambah info sikit-sikit dari hasil pembacaan saya dalam analisis.. so bos kata, its a good thing..dan sebab tu jugaklah kot, dia tiba2 pop-out dengan new idea bahawa, SAYA PERLU JADI PRESENTER!

ya ALLAH....memang la saya dah biasa bercakap..saya biasa masuk pertandingan debat, saya biasa bercakap di khalayak, saya suka bila buat pembentangan. orang nampak, "ala...rileks la, kau kan dah biasa.." (biasa aje, bukan hebat, notice that!)

tapi hakikatnya kawan2, saya masih lagi gugup ye....saya masih rasa berdebar bila nak mulakan sesuatu..saya nervous! fuh2...entahla penyakit ini...saya harap semuanya berjalan dengan lancar dengan izin ALLAH...

penyelia saya kata, ini adalah satu peluang. belum pernah lagi student practical dapat buat presentation. saya perlu untuk bersyukur! alhamdulillah..alhamdulillah sebab diberi peluang. maka saya akan gunakan peluang ini sebaiknya. saya mahu mereka2 ini membuka mata tentang peranan saya(tapi tidaklah sampai nak mendabik dada)..sebenarnya saya mahu membuka minda mereka yang suka memperlekeh, suka memandang rendah, suka memandang jengkel kepada seorang..bukankah ISLAM dah menggariskan, jangan kita memandang jelek seseorang, kerana mungkin, dia lebih baik dari kita.

ya,saya bersedia untuk itu~

walaupun saya tahu, saya bukanlah dikalangan yang terbaik

Sunday, May 30, 2010

emosional memang selalu tak rasional


saya dalam mood yang tak berapa nak tentu hala...psiko kan? ngeh33... yela, baru baca novel, pemikiran dah terpengaruh! sah! memang betul edie rosyadi tu punya kajian. sifat orang bulan 7 ni mudah terpengaruh.. hahaha...i lah tu yang senang terpengaruh tu.. lepas tu mula lah pengaruh tu masuk dalam realiti.. lepas tu mengarut tak tentu hala dalam perhubungan.

MEMANG PENYAKIT!


sedih tau baca novel tu. mungkin plot dia ada yang tak berapa nak logik. well, dah nama novel tu ditulis berdasarkan mimpi penulisnya, SITI ROSMIZAH. apa pun, pengisiannya bagus. tahniah kepada penulis. apabila ia mampu memberi kesan kepada pembaca, bermakna novel anda bermakna ;)

ok2 saya nak mengulas serba sedikit pasal watak dalam novel tu. geram betul dengan suami Aleya tu la.. hish2... bad temper.. janji nak jaga isteri dia, tapi sebab ego dan cemburu, kesian isteri dia. sangat pentingkan diri ok... hehehehe (kenapa i yang emo semacam?)

memang la emo, sebab dah la bini dia mengandungkan anak dia. lepas tu tak nak mengaku. mana pergi janji2 manismu syed aizril oii?? (ewah, psiko pulak yang bacanya)

lepas tu dia belasah bini dia gila babas punya masa bini dia mengandung tahu...?? emo tak? emo tak? pantang nenek moyang i zaman jepun dulu kalau laki naik tangan kat bini..
bukan naik tangan sebab niat mengajar isteri, tapi naik tangan sebab ikut perasaan marah..huiii...i don't like youuu...

kemudian, yang buat tak best lagi, amboi..kalau marah, nak ber"aku" "kau" ek..
betul la isteri dia ni, macam melukut di tepi gantang. tau pulak rasa bersalah.. sedih..sedih...oo..time nak, romantik gila..amboi *2 juta kali*

nak cerita panjang2 tak best..you all baca sendiri la the rest..hihi..sedih..

tapi jadikan satu pengajaran..dari segi hukum hakamnya..jadilah pakaian bagi pasangan masing2..sekian berita untuk hari ni..hihi

Tuesday, May 25, 2010

sesi gantung menggantung


dapat award ni dah lama dah! hehehe..buruk tak perangai? thanx to haziqah..kawan sekolah saya suatu ketika dahulu..huhu..walaupun tidak top pun blog ini, namun, ia cukup membuat saya rasa dihargai menjadi blogger..


seterusnya award ini di beri kepada

PARA FOLLOWER blog yang tak seberapa ini..thanx! ;)

Monday, May 24, 2010

another story updated

amboi..tajuk nak english aje..hehe..(takpolah..lantok den la nak ghoyak guano pong)

haha..

happy semacam..

saya dapat offer bekerja dengan karangkraf setelah 3 minggu menjalani latihan industri di situ.

tapi saya cakap kat bos, saya nak sambung master. bagi kamu ini berita biasa..

tapi bagi saya ini satu penghargaan.

sebab apa?

bukan sebab saya ampu bos. tidak.

saya cuma buat apa yang supervisor LI saya minta, dan saya berazam untuk menunjukkan hasil

kerja terbaik. itu sahaja. tidak menyangka bos saya suka dengan hasil kerja saya.(padahal, saya

takdela puas hati sangat dgn kerja tadi tu, sebab buat last minute) terima kasih kak nani sebab

guide saya selama ni.

so, bos saya cadang nak serap saya dalam sebuah jabatan. dia cakap, ada certain analysis saya

yang kurang tepat, tapi dia tahu, saya faham apa yang perlu dibuat.

kamu tahu, saya buat kerja latihan industri ni sampai bawa balik rumah?? mungkin ada yang

kata saya kurang bijak. sebab saya korbankan masa

tidur saya, saya bangun tengah malam, saya bersengkang mata sampai pagi. hanya untuk

sebuah report minggu ke - 3!

ALLAH Maha Adil, maka diberinya hasil dari usaha kita.

alhamdulillah. saya tanya cik tam. "should i accept this offer?what say you?"

he says " whatever it will be, i will support you"

thanx.:)

saya cuma gembira bukan kerana saya dapat tawaran kerja. tapi saya gembira, apabila saya mampu memberi satu pandangan yang positif tentang saya dan universiti saya kepada orang. saya delegasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. anda pula? (^^,)

tips saya kepada kamu yang bakal menjalani latihan industri;

  • berdikari tapi mesti bawah seliaan.
  • jangan main game semasa waktu senggang, sebaliknya tawarkan diri untuk membantu staf-staf yang sibuk
  • ambil tahu
  • rajin bertanya jika tidak tahu
  • tunjukkan komunikasi yang baik
  • selalu senyum (^^,)
  • berpakaian dengan kemas - unleash your confident! bak kata silky girl ;)

pesanan penaja: dialog saya dengan cik tam telah di alih bahasa. lebih kurang gitu la...hihi

pesanan untuk payied: craving for ramlee awang mursyid's novel?? ;)

dapat 35% discount la beli buku karangkraf..ada sesiapa nak tempah? hihi

Saturday, May 22, 2010

i just hate this feeling

i had a very nice friend..i know..she is..i was by her, whenever she needs me..but somehow, she rather spend her time with her beloved one(or should i call BF?),rather than me..but i just ok with that thing. i always give her support, when she had a very bad day. when she was crying like hell, and know nothing what to do. until she is single back. i keep accompanying her. she likes to hang a phone with me. plus, hanging around with me. i like it too.. she likes to talk about her feeling. and i just hearing without doubt and without boredom.. and time has changed. she is falling in love right now again. am hoping she meets the right one..

but what made me to keep a distance from her is her mom. her mom actually is nice. but what had happen towards me,i could not simply forget it. i never want to tell anyone. i keep it as a secret. she ask for my apology. and i accepted it. i forgive it, but not to forget it. i know it was not her fault. but somehow, i was hurt..thats why, i'm telling you my bloggy..

the way her mom SMS-ed me, was really annoying. yup, i have to confess, it was really annoying. and i keep a distance from her, since that. she did invited me to her new house. but i keep giving her with a thousand of reasons. i wont come, i cant come to there. its hurt. it was really hurt. di antara 2 darjat. it is a contempt for me.. and to your surprise, before that SMS is sent to me, i dreamed about her mom. she was yelling and humiliated me in that dream. it really happen. who knows. but in different way.


thank you for everything. i will go away. but ring me, whenever you need me.



Tuesday, May 18, 2010

wanita itu sandaran hidupnya adalah hati dan perasaan
hidupnya sentiasa ttg perasaan
maka jika anda ingin menjaga hatinya
maka akan bahagialah hidup anda
dan lelaki itu sandaran hidupnya adalah akal
akal sentiasa jadi permainannya
maka,jika anda jaga akalnya, bahagia jugalah hidup anda
-taken from payied-

heart to heart talk is good

i watched NANNY 911 last night

and i was so impressed!

because they taught me the skills of parenting

more than that

they taught me, the importance of understanding, respecting, helping
of each other. yes.. each other of your family.

nanny 911 provides a message, how severe your problem is

back to the root of your problem

in order to solve it.



i am obviously the type of egoist people.

i never want to blame myself (this is my weakness, i'm not denying it)

however, i was trying to improve this problem. so please help me

am the one who is having a problem feel insecure.

please help me

am the one who needs attention

do help me

am the one who is eager to investigate, very curious..

where i am the one who doesn't believe someone..
yes someone..
u read this, u know, for whom it meant~

please help me

i know, when we are having a problem with people..
it is actually indicated that, we are having a problem with ALLAH

i hope that my dear ALLAH guides me..



only ALLAH knows what had i had in sailing my life all these while..

i'm sorry if you regret whenever u were being with me




Saturday, May 15, 2010

mimpi pelik..

semalam saya cuba menghabiskan "projek MEGA" kami. ahaha..kalau sudah siap nanti barulah boleh war-warkan dalam blog ini.

oleh kerana "projek MEGA" kami, ini memerlukan maklumat yang tepat, dan beberapa fakta penting, maka saya menjalankan proses penyiasatan, dan menggunakan khidmat enjin carian pakcik "google".. sehingga pukul 3 pagi.. oleh yang demikian, saya tidur, tidak cukup jam tidur secara biologinya.(menyalahkan projek MEGA kah? hehehe)

lalu saya pun menyambung tidur semula, selepas membuat sedikit "inspection" apakah yang mak masak di dapur dan lain-lain. saya ingin membuat kerja selepas mak keluar ke rumah busu tina. namun "hampeh" sahaja, mata saya telah menewaskan saya.hehehe

dalam mimpi tersebut, saya berdebar-debar..(wow, debar apakah itu?")
tahu tak saya mimpi apa?

saya mimpi saya akan berkahwin dalam beberapa jam sahaja lagi

eh?

tapi pasangannya bukan cik tam

entah,

saya tidak kenal langsung dia

tapi dalam mimpi itu memberitahu

bahawa dia adalah jiran berdekatan. persiapan sudah dibuat, memang rasa betul-betul lah

hah??

anehnya, saya tidak berasa sedih ye,

malah

saya "gumbira"

hahahaha

siap berkata dalam hati

"oh, macam ni rupanya perasaan orang2 yang nak kahwin"

wakakaka...sungguh desperate kan?

hehehe

siap saya pakai baju pengantin, warna merah lagi tu


tapi debaran itu hilang..


"kak, bangun kak, lama gila kau tidur kak"

wahahahaha, adik saya telah mengejutkan saya...tidak jadi kahwin okeh..

heh, tidak sempat merasai jadi pengantin sebenar


walaupun hanya dalam MIMPI...



hehehehe
(sudah tentu ini bukan saya dan pasangan dalam mimpi tersebut... kikikiki)


p/s: gambar sekadar hiasan dari tintacreative



Friday, May 7, 2010

syukur pada ALLAH..

saya ingat, begitu saya tertekan mengambil subjek perniagaan antarabangsa... BPF 3143..
mungkin bagi kamu senang
tapi bagi saya tidak...=)

of course ini subjek membaca sahaja...tapi apa yg kamu perlu tahu ialah bagaimana untuk berfikir secara kritikal...saya ingat saya dapat CHEESECAKE,


BUKAN AYAM untuk subjek ini





maklumlah, carry mark pun tidak setanding mereka yang lain.. apatah lagi masa final..saya betul2 stuck kat soalan wajib..itu lah padahnya apabila tidak bijak merancang masa study..serius..saya sangat sedih..tapi saya menjawab dgn sepenuh usaha...walaupun saya tak tahu langsung bagaimana ingin menjawabnya...

oleh itu saya berkeputusan, untuk tidak mahu tahu keputusan saya..sehinggalah saya chat dgn ex-roomate, fifiey...fifiey kata dah boleh check..menggeletar rasa tangan..
saya pun beranikan diri..check di SMAP online..
banyak kali saya tengok..saya highlight...betul,
itu...
subjek INTERNATIONAL BUSINESS

saya dapat A-

ya ALLAH, betapa syukurnya aku ya ALLAH...

dan saya pasti..ini bukan sebab saya pandai atau apa..tapi sebab rezeki dariNYA..
ALLAH betul2 bantu saya...

sebab lain..saya buntu..kalau dulu, sebelum menduduki peperiksaan, saya pasti akan baca surah yassin dan solat sunat..dan kemudian, ALLAH mesti bagi ilham pada masa sy menjawab..alhamdulillah..(bukan menunjuk, tapi mahu beritahu kamu semua, berserah pd ALLAH lepas berusaha adalah perlu)

saya buntu kerana kenapa kali ini, saya sudah serahkan usaha saya pd ALLAH, tapi kenapa saya tidak boleh menjawab dgn baik lagi??

kerana kali ini pertolongan ALLAH bukan dalam kertas peperiksaan..jujur saya katakan, saya tak dapat menjawab dengan baik..

rupanya pertolongan ALLAH datang ketika pensyarah saya menanda kertas saya...
alhamdulillah 10000x

rasa mahu sujud syukur...





p/s: kepada cinta hati saya...GOODLUCK..saya minta maaf atas apa yg berlaku..

Thursday, May 6, 2010

rasa nak muntah

ini sesi luahan perasaan..

rasa mcm nak muntah...haha

kenapa?

nak muntah...

emosional sebab tengok maya

MASIH LAGI LAYAN DANI...


saya juga turut terkesan...


wakakaka...


(i pulak yang overnya)




berikut adalah monolog saya seorang diri ketika menonton ADAMAYA;


kau nak curang buat apa maya oi???

suami kau punyalah HANDSOME~~ (muahahahaha, i looikeee)

baik pulak tu...

penyayangggg....(pehh..memang cair kuch2 hota hei beb)

pandai masak (waaaahhh...bonus2)

TAK MENGORAT PEREMPUAN LAIN pulak tu

dalam erti kata lain SETIA kat kau seorang sahaja, tahu???

(kau mana tahu, aku yang menonton suami kau setiap isnin-khamis, kikiki)

BERTANGGUNGJAWAB...


cuba la kau banding kan dengan dani tu ha...


dah la

tak HANDSOME..(erkk...betul la kan??)

dengki, busuk hati, perangai macam iSetan (ala, yang kat KLCC itu)

tak penyayang (dia abaikan anak2 dia, kau rabun ke??)

masak??mmm...asik makan kat kedai jek..(tu petanda tak reti la tu)

bertanggungjawab jauh sekali....


kau tidak boleh nampak ke??????


ohh...baik aku sahaja yang kahwin dengan ADAM tu...

kikikikiki....

kau mahu beri tak maya???