Tuesday, December 28, 2010

alhamdulillah sudah

salam semua...

dah lama sungguh aku tinggalkan belog..nasib baik banyak habuk tak bersawang,...hehehe..alhamdulillah,akhirnya aku jadik balik student. haha,orang lain umur-umur aku ni dah dapat master dah..aku baru terkedek2..

oleh kerana aku perlu menumpukan perhatian terhadap penyediaan tesis. dan menyiapkan mental dengan supervisor aku yang dikatakan kedekut markah itu,akhirnya aku deactivate kan account facebook aku...maklumla, asik menghadap facebook aje kerja aku...

isu superviser, dari dulu aku dah runsing..orang nak kata apa pon, katalah..aku yakin,yang beri aku rezeki adalah ALLAH..berjaya atau tidak aku, semua urusan ALLAH..cuma aku harap, markah report aku tidak la sampai 70..70 tu dah nak gagal dah tu..aku aim nak buat master ni dalam setahun sahaja..

oleh kerana supervisor aku sekarang berada di Korea, maka aku ingat boleh goleng2 gembira. rupanya tidak ya tuan puan.. aku perlu pula rancang kerja-kerja aku dan adjust balik proposal aku sebelum minggu depan bermula..lagi satu penting sebab nak apply scholarship UTHM..kena ada proposal itu..

kalau aku dah ada P1wiMax, aku akan aktif menulis belog(eceh,perlu ke nak bagitahu..wahahaha)aku akan bagi info pasal master studies di UTHM ni.. kalau universiti lain aku tak berapa nak tahu. prosedur,tajaan,yuran semua lain2..korang boleh rujuk Wana untuk UPM (eh,ko UKM ke UPM wana?hehehe,aku tak ingat). lebih2 lagi kalau korang nak further dalam bidang sains.. aku bukan pure science, aku sains sosial..

sometimes ada orang mintak info pasal master ni..aku pun terkapai2 dulu..jadi apa yang aku tahu,aku bantu..insyaALLAH..


emel-tdummie@gmail.com

Thursday, December 23, 2010

kau gay?

ulasan youtube ttg orientasi seks songsang:


anda mungkin pernah melihat youtube seorang lelaki yg bagi aku sudah cukup sempurna sifat,tapi orientasi seksnya songsang (tapi malas nak tengok pengakuan eksklusif beliau sampai habis)

dengan yakin dan bangganya kau beritahu yang engkau itu gay?

masyaALLAH

aku cukup kecewa..tidak perlu anda katakan anda gay,tidak perlu anda katakan susah menjadi gay di m'sia. tidak perlu bangga mencanang dosa.dimana-mana shj akan susah. bukan sahaja susah didunia malah anda akan lebih susah di "sana"


kan ALLAH akan laknat mereka yang orientasi seksnya songsang?

macam kau tak pernah dengar kisah Nabi ALLAH Luth Alaihissalam.

sayang sekali.







tapi kau jangan ingat yang seks songsang aje yang ALLAH laknat..

yg orientasi seks tak songsang tapi HARAM pun ALLAH laknat juga tahu..

dosa besar tu..


justeru itu,Islam menganjurkan perkahwinan..untuk memenuhi tuntutan fitrah semulajadi seorang manusia..halal dan ikut syariat..tapi syaratnya kau mestilah terdiri dari lelaki dan perempuan. bukan perempuan menyamar jadi laki, lelaki menyamar jadi perempuan..huhuhu..


eh,kau pernah dengar kan,kes ni lama dulu?perempuan tu mengaku dia lelaki?nak nikah dah..tuptup rupanya perempuan.. yang aku pelik,aku ada baca kisah dia beberapa tahun lepas tu, perempuan yang menyamar jadi lelaki tu kena penjarakan.. tapi dia ada anak dgn bakal-isteri-kononnyalah..? masa tu aku percaya je bulat2..innocent la katakan..kuikuikui..dalam metro lah aku baca..masa tu muka depan tau tajuk berita tu

tapi bila sekarang ni,heh?mana pulak datang anak tu? ntah,aku kot yg silap baca...hihihi


(tiba2 aku rasa tak best bercinta sebelum kahwin..takde feel..hahha)


aku bangga jadi wanita. dan aku bersyukur ...sebab ALLAH muliakan kehormatan seorang wanita dengan martabat perkahwinan. aku rasa sangat selamat dan disayangi dalam agama aku.. hehehe...

yang lelaki, patut bangga & bersyukur jadi lelaki. sebab ALLAH muliakan kau atas kelebihan-kelebihan yang tidak ada pada wanita. yang kau nak redah sunnatullah tu kenapa ye?

kalau kau biseksual pun tak boleh juga..parah..

ALLAH kan dah ciptakan makhluknya berpasang-pasangan..kenapa perlu cari lelaki juga? itu semua nafsu tau.. nafsu ni kalau ajak manusia ke arah kebinasaan memang rasa best aje..kau takkan takut pada ALLAH.. tapi nanti kau akan menyesal seumur hidup.. tak kiralah apa pun perbuatan kau, nafsu dangkal selalu kata best.. cuma akal kau jela kuat tak kuat nak tolak rasa nafsu yang membuak2 tu...

nafsu ni ego. dia takkan dengar cakap-cakap akal..dia takkan dengar nasihat2 al-quran..

yang dia tahu nak seronok je..padahal kat dunia ni bukan lama pun..






notis peringatan kepada aku dan aku:

ingat,dunia ni sementara je! akhirat tu kehidupan kau yang sebenar.








wanita tidak solehah (err...aku kah itu?)


salam semua..

berikut adalah peringatan untuk aku sahaja..huhuhu...teruknya aku..jadi,untuk aku jadikan panduan supaya aku jadi solehah di mata ALLAH,aku copypaste aje dari laman web ini..kata pemilik blog ni dia ambil dari sumber bicara muslim.com actually, sebelum aku baca laman web ni,aku ada jumpa file kat scribd pasal ciri-ciri perempuan yang patut dijauhi untuk dijadikan isteri. assignment sorang budak diploma pasal syariah..(nanti aku godek balik link dia)

Sifat Al-Annaanah
Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia
sentiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan
menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.

Sifat Al-Mannaanah
Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang
suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam
pertuturan seharian bersama suaminya.

Sifat Al-Hannaanah
Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan
kepada lelaki supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak
mudaratnya.

Sifat Al-Haddaaqah
Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu
memberatkan dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.

Sifat Al-Barraaqah
Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-
# Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.
# Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa
pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan
pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka
pada anggapannya)

Sifat Al-Sallaaqah
Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka
bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.


Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak
baik jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang
perempuan iaitu :-

Sifat Al-Baqlu.
Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.

Sifat Az-Zahhu.
Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu
membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang
dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami
dari perasaan cemburu dan gelisah.

Sifat Al-Jubnu.
Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah
sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang
isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami.



p/s: untuk entri mendatang,aku akan post kan ciri-ciri wanita yang perlu dipilih untuk dijadikan isteri/ibu menurut imam alghazali (entri tu nanti aku simpulkan dari laman web ni je)..


hmm...

biarlah...

Tuesday, December 21, 2010

wahh??aku suka juga kalau amik test psikologi nih...


setelah terpengaruh dengan adik sendiri untuk mencuba kuiz ini,maka aku pon dengan rajin menjawab kuiz psikologi. bagi aku kuiz ni tak merepek. sebab pakar psikologi biasanya akan buat kajian dan mengaitkan benda yang manusia suka dengan sifat-sifat manusia tersebut..ala...macam Dr. Fazila kamsah la...

tapi tajuk kuiz ni,mcm common. actually, bila jawab kuiz ni,dia ada suruh korang jawab apa warna korang suka la,ntah apa2 lagi.. keputusannya, ada yang kena pada diri aku.. tapi xdela semua kan..

contohnya:
*perahsia
*suka cari maklumat
*sensitif
*degil

yang x betulnya ada jugak:
*tenang-padahal menggelabah tahap tak hengat
*sistematik-korang tahu jela aku ni memang x sistematik langsung
*bijak dan berilmu-erkk..ini bukan aku..pasal aku bukan lah antara mereka yang dikurniakan
anugerah kepandaian luar biasa
*suka sukan-aku biasa pagi2 sukan atas katil aje..hahahah



RESULT: Cautious
Suave and compromising. Careful, cautious and organized. Likes to point out people's mistakes. Likes to criticize. Stubborn. Quiet but able to talk well. Calm and cool. Kind and sympathetic. Concerned and detailed. Loyal but not always honest. Does work well. Very confident. Sensitive. Thinking generous. Good memory. Clever and knowledgeable. Loves to look for information. Must control oneself when criticizing. Able to motivate oneself. Understanding. Fun to be around. Secretive. Loves sports, leisure and traveling. Hardly shows emotions. Tends to bottle up feelings. Very choosy, especially in relationships. Systematic.

nak amik kuiz ni?>>>>>>sini

Sunday, December 19, 2010

perhaps


was taken from versus by hlovate

the phrases she wrote have been taken from Principle of Marriage & Family Ethics (author: Ayatullah Ibrahim Amini)

* Be frank & Do not be discrete in expressing your love towards your wife
(berterus-terang & jangan teragak-agak untuk meluahkan perasaan cinta kepada isteri)

*In her absence or presence, you should compliments for her
(pujilah isteri bila2 sahaja. walaupun tanpa kehadirannya)

*Write to her while traveling & inform her that you miss her
(tulislah sesuatu kepada isteri ketika anda dalam perjalanan ke suatu tempat & maklumkan kepada isteri bahawa anda merinduinya)

* Occasionally buy something for her
(sesekali,belilah sesuatu untuknya)

*Phone her when you are at work & ask how she is
(hubunginya apabila anda di tempat kerja dan tanyakan keadaannya)

those points should have to be translated i guess..(^^,)..

-bercinta sampai ke syurga-


Saturday, December 18, 2010

Friday, December 17, 2010

kita memang tak suka dia..

salam and hye..

i did a reading on this blog. a title that i cannot missed to read it.. however,since the article is so long to be read, i hold it for a while. it takes time to me to understand the phrases, and the chronology so well..

but what i want to conclude

kita memang tak suka dia..(Israel's government)

since Tun Dr. Mahathir Muhammad had announced that we(Malaysia) would not taking any further step of establishing diplomatic relations and business with Israel until they fulfill the resolution made and stop the war with Palestinians, then we would agree to establish that diplomatic relation with them.

but you know what.. one thing that you must know about Jews is,

they are not amanah. (not engaging with what they promised)

but u have to bear in mind, some of jews confessed to beriman kepada ALLAH & Rasulullah, and some do not agree for what had happened between Israel's government and palestinians in Gaza..however,just tooooo little of them. The rest, they don't think about future. they just hoping that they will live for another 1000 years. that's Jews as have been stated in Quran & Sunnah..

i am hoping that i could help our brother and sister in palestin someday.. InsyaALLAH..

Only ALLAH knows the best for them..





Wednesday, December 15, 2010

betapa hari ini

setiap kali aku memandang langit biru itu..

perasaan kagumku memuncak

rasa takutku terus hinggap

di dasar hati paling dalam.

betapa kematian itu benar2 mengajar aku untuk menjadi kuat.

menjadi tabah.

manusia selalu diuji

selalu diuji rasa sulit...

kerana pada sakitnya kesulitan...

akhirnya ALLAH menjanjikan syurga buat hamba-hambaNYA..

semoga kami terus tabah. terus kuat. untuk perbaiki akhlak dan amalan yang tidak seberapa..

setiap hari,umurku semakin pendek. perjalanan aku menuju barzakh semakin dekat. aku jadi takut..takut untuk hidup di alam baru..ALLAH!

ya ALLAH..permudahkanlah..kuatkanlah jiwa2 kami..

Monday, December 13, 2010

Do-it-yourself


salam semua..

huhu..i'm starting to get worry about my PMS symptoms. i just couldn't bear how hard it feels. cun-cun after siren was ringing on 6 o'clock, i went back home straight away. should have to go for medical check-up. (padahal,budaya balik kerja tepat pada masanya adalah bukan budaya kerja saya sebab sekarang ni memang banyak gila kerja)

ok,so, lepas balik rumah je terus lepak. tidur 6 jam terus.sbb teramat sakitnya my pelvis and servik.. itu yang terbangun. terkebil2 kebosanan. nak baca buku, dah bergelap. karang ganggu orang lain nak tido.

so, i read blogs. and i want to DIY veil...eheheheh...

and gubah bunga mungkin..dan ingin sekali menggubah hantaran.

wohooo...instead of cooking.

that's my interest..dari kecik lagi..i pernah ubah suai bunga telur and jual kat sekolah. huhuhu..i pernah buat jual buku,i lukis,buat cerita and jual kat kawan2. duit dh amik,buku tak siap. kikikiki...masa tu darjah 3...hehehe.yela,tak tau mende,lepas tu i pindah sekolah sini. habis lost contact..masa kecik2,i dok dgn atuk..the idea just popped out of my head..my atok tak tahu pon..so now, i want to track back my friend, i nak bayar hutang2 they all...huish..

then what? i lukis dinding bilik dengan water color. i buat mini library in my room. hahhaa.. i asked some friend to come to my house, we start cooking when my parents were not at home. lepas balik je parents,i kena marah, pinggan semua bersusun tak basuh. what i love most,i eager sangat nak masak sup dalam buku latihan grammar english. i follow step by step you! hahhaah..sup entah apa2 tapi masa tu rasa lazat gila sebab masak sendiri. darjah 4 pulak kan :)
then i selalu tertanya2 why my soup tak rasa sama dgn my mom's soup?

hihi

zaman kecil2 yang nakal..




now i plan to:
1) bake some of chocolate chip cookies
2)invent centrepiece
3)truly love the idea from dia terima nikahnya for her fruit buffet!
4)DIY veil
5) decorate theme for bride's room
6)bake some delicious muffins
7)looking for souvenir ideas



just have a nice visit to there:


nice eh? i rompak the picture from here

Sunday, December 12, 2010

ibu yang lebih aula..

salam semua..

i know, some of you do not interested in reading articles regarding to marriage. ya,terserah.. perkara kecil bagi saya. tidak suka,tidak apa. anda tidak perlu membaca selanjutnya kisah yang ingin saya kongsikan dalam ruangan ini.

namun,untuk lelaki yang akan menjadi sebahagian hidup saya nanti, pesan saya cuma satu:

IBU ANDA LEBIH AULA(UTAMA) DARI ISTERI ANDA.


(meskipun saya tahu,dia tetap mengutamakan ibunya dalam segala hal)

begitu juga saya,perlu mengutamakan ibu sebelum saya dimiliki seorang lelaki dengan lafaz dan mahar. suatu penghargaan tertinggi buat seorang wanita dalam islam.


saya tidak pandai mengarang artikel bernas seperti layaknya artikel i luv islam.

jadi saya tinggalkan link laman sesawang ini kepada anda,

agar anda bahagia..bukan sahaja di dunia.malah di akhirat sana..




bercinta sampai ke syurga..

Tuesday, December 7, 2010

tak nak cakap banyak

salam semua...

bagi mereka2 yang ber-ura-ura nak tunang....meh baca artikel sini meh, terkentot2 aku gelak baca artikel ni..hehheehe....

aku tidak copy paste ye artikel beliau...tapi aku link kan sahaja... tau mau cakap banyak..korang pi la baca sendiri kat rumah dia...hahaha







(Panduan dan Langkah-Langkah Untuk Membeli Cincin Tunang (Bagi Lelaki Yang Brutal)






P/S: yang dah kahwin pon sesuai jugak baca...hehehehe...boleh bagi tips kat sedara2 yg nak kahwin itu..:)

Sunday, December 5, 2010

i will let my mom to watch this

assalamualaikum semua..

since i am 23,and i have been watching how good it was when my friend getting married. sangat bahagia. sangat suka.. *blink2 eyes*

insyaALLAH..soon you will..

walau kecewa bercinta sebelum ini pon, tapi ALLAH kan tahu apa yang terbaik.jodoh akan ada..cuma lambat atau cepat aje (keluar tajuk)

so, here it goes. i would like to share what have i watched on youtube (posted by someone in FB)

ACTUALLY,

i watched it because the title of video itself--DINOSAUR--

but at the end of the recording, i found something interesting about wedding!

yes, you know guys, wedding is my passion. because i love laces and ribbons. and yet, beneath of the laces and ribbons, it gives a thousand meaning of a sacred relationship. it holds two hearts in tight and that is exactly an everyone's dream.

but what i love most in this video,the ustaz shares the ideal time to held wedding reception.

(i could give u an example of my friend-ummi kalthum, she just had her solemnization in the morning, and kenduri right after they going back to home. no clothes changed. so simple,but so meaningful,kahwin jugak kan?)

i was smiling when i hear what's the point the ustaz wants to share.

ustaz: why not we held wedding reception at 9 am? don't disturb prayer time.


ok,let me tell you this. i've been thinking all these whiles how bride and groom could perform their solat? it will be a hectic day u know. A BIG DAY for them. I've been watching this situation (and the bride and groom sometimes just neglect prayer. Some of them. Not all of them)

Let say the majlis held on 12 noon. Brides have to make-up before the ceremony begins. gedebak gedebuk sanding,renjis2,salam tetamu,nak tukar baju potong kek lagi, nak gambar outdoor lagi. when is the time they perform their prayer???

I keep thinking on that issues. in future,i don't want to neglect my solat (i know,i'm not that good in keeping punctual for prayer time.but if we neglect solat semasa kita dalam sedar,memang akan rasa bersalah kan?) i want to avoid this on my big day.

and suddenly i found this video.

alhamdulillah..ALLAH has shown me the way. but the arguments will start when we are following adat. we have to respect the older one,especially parents. so,how could i explain this to my mom and dad?

nanti bila kita kata nak buat kenduri pukul 9-10 pagi di kata kita buang tebiat.

ouhh..biar mati anak jangan mati adat..last2 terus hangus solat. avoid this.

the best time to start the ceremony is on 9 AM!

wanna make a change? lets try!








Saturday, December 4, 2010

aurat


assalamualaikum semua!

(maaf,kali ni, saya ingin menggunakan kata ganti nama diri pertama-aku.idjinkan.haha)

tadi aku baca belog wana pasal aurat..

fuh! aku akui la...aku pon bukan baik,menutup aurat dgn sempurna tidak la jugak..

stokin kadang2 pakai..

kadang2 x pakai...kan ke hampeh tu?

bercakap pasal aurat..aku actually,dalam hati ingin pakai tudung besar2,pakai handsock,pakai stokin..and yet,fashionable..hehhe...bukan apa,macam wana cakap,kalau kelihatan cantik,kemas dan sophisticated, kan ke menaikkan level of confidence? itu memang aku setuju,

tapi aku ingin sekali, bila aku pakai sesempurna ini menutup aurat, aku nak la akhlak aku pun seiring sekali dengan gaya aku menutup aurat. ini mulut aku pon boleh tahan. kadang-kadang dok ngumpat sana sini..kan..itu aku la.. aku manusia yg banyak kelemahan ok..

biar akhlak aku terpuji dulu,barula aku nak tutup aurat.aku xnak mencemarkan imej perempuan tudung labuh dek kerana nila setitik.contoh:

x: hish,tudung je labuh,tapi mulut macam longkang!

y: eee,tengok perempuan tu,gedik..harap je tudung labuh..

ok,aku xnak macam tu..aku cuba la ubah perangai aku sikit2..contohnya bercakap dgn sopan santun,senyum aje, hati x dengki, x penuh dgn hasad. tidak berdendam. takde nak kutuk2 orang..mak suruh apa2 takdela malas, atau melawan contohnya..houh...insyaALLAH..

yela,kadang2 xsedar kita ni terhasad dengki ke apa ke..tapi cubala jadi yg terbaik.

baik.


sambungan entri wana,meh aku share sikit meh,fashion apa yg aku pon tak berapa nak berkenan.

leggingS: kat tempat kerja aku, leggings tu mmg fashion. malas aku nak cakap banyak2. tapi nampak bentuk muntot ok.lenggok sana sini. sungguh malu! atau dalam kes teruk, baju pakai singkat,pakai legging. nampak bentuk V! aku setuju la cakap wana, kalau kaki cantik, mmg ok (walaupun haram hukumnya pakai leggings sebab sama macam kau tak pakai seluar.sesuai dgn sabda nabi yang mafhumnya: umat akhir zaman nanti,kita nampak dia menutup aurat tapi sebenarnya dia bertelanjang)

tapi kalau kaki kau macam kaki ayam macam aku ni? tak ke huduh kalau dilihat?

aku selalu balaghahkan orang pakai leggings tu mcm robin hood..hahhaa...lagi2 yang pakai blouse siap pakai tali pinggang n pakai pulak leggings..yang bezanya robinhood pakai topi,yg spesis diorang ni pakai tudung..hehehehe

kan? serupa macam robinhood kan?

tapi aku tidak mahu letak contoh gambar yg membandingkan gambar perempuan berleggings dgn gambar di atas. nanti mengaibkan pula..

baju kaftan jarang:..lepas tu pakai camisole atau bahasa mudahnya singlet bertali halus kat dalam tu..lepas tu kau pakai tudung??oh..tolong la sayang...jangan...aku pernah lihat..sangat hodoh..macam baik kau tidak pakai tudung..mencemarkan imej islam sahaja.

ok,sekian sahaja bebelan aku pada malam ini. weeee ;)

p/s: aku bukan sempurna.. ni aku tujukan buat diri aku sahaja..supaya jangan pakai baju2 macam ni..