Sunday, December 22, 2013

bila sirih pulang ke gagang

bahagia.

hahaha. itu je yang ummi nak ungkapkan bila duduk rumah mak.

makin pemalas la ratu pemalas ni ha.. being pampered by my own precious mother. 
aduhaiii.. 

sebab mak selalu kata takpe..nanti mak buat.. agaknya mak kesian tengok anaknya ni dah semakin sarat.

hehe..

walaubagaimanapun, rindu dan selesa di rumah suami adalah suatu ketetapan. my homesweethome. i like being at our own homesweethome. walaupun kecil tapi itulah tempat kita belajar mengurus hidup. menjalani kehidupan seadanya. tempat kita cuba menjadi matang. tempat kita mungkin menjadi sangat keanak-anakan. hidup untuk belajar lebih dewasa. semua di rumah itu.

di rumah itulah, kadang2 daddy usik, ummi kejar,sbb geram.kadang2 malas nak layan sbb mood tak berapa nak best.hehe..kadang2 ummi usik daddy, daddy buat tak reti..hahaha. rindu kan duduk rumah sendiri? 

tapi apa yg umi belajar dan masih belajar ialah- to least expect your spouse. jangan selalu berkata -SEPATUTNYA DIA BEGINI..DAN BEGINI. (tips buku MURABBI CINTA) sebab kita hidup saling melengkapi. suami tidak perfect. begitu juga isteri. 

semoga ALLAH  kurniakan sakinah,rahmah dan mawaddah selamanya dalam hidup kami berdua dan hidup anda semua. ayra.

ah.dah 39 minggu. nervousnya! tapi ummi rasa,anakanda ni nak suruh ummi dia siapkan kerja dulu. baru dia nak keluar. hehe..










Wednesday, December 18, 2013

nervous

kamu tahu...

perasaan nak bersalin ni lebih nervous berbanding nak viva voche.

nak viva? relaks je mak berry ni bersantai. tapi fikirkan nak bersalin.rasa berpeluh satu badan.

huhu. 38 weeks. minggu depan 39 weeks. dan minggu depan lagi 40 weeks.

tak boleh imagine sakitnya bagaimana. kalau ada orang kata lagi beratus kali ganda sakit dari period pain..

haa...

period pain yang selalu ummi alami tiap2 bulan itu pun tidak tertanggung. siap kena berehat dirumah. tidur dan berehat. letih sangat.

ni beratus2 kali sakit? ok..

seram. betul. seram..

yang cerita dengan ummi semua kata ngeri walaupun pengalaman dah berkali2.

hee...

semoga ALLAH mudahkan proses bersalin.

deliver pula kat hosp kerajaan-KLANG. macam2 versi cerita ummi dengar..

ada yang kata layanan best. ada yang kata layanan buruk.

apa pun pada ummi. rezeki masing2.. kita berdoalah banyak2. yang bagi semua tu ALLAH kan..mintalah pada DIA.. as long as ummi selamat dan baby selamat, alhamdulillah dahh...

p/s: sekarang ni,dah terasa contraction tipu2. ada tu lepas sujud tilawah, duduk atas katil. pinggang rasa cramp gilerrr sampai nak nangis. sakit kat ari2 ni dh selalu. tapi amniotic fluid masih belom keluar lagi. atau darah2 ke tiada. hehe. nervous tau!

:D

Sunday, December 15, 2013

tak mampu

assalamualaikum..

bila tengok barang baby,
eh..cantik..
eh,berguna..
eh..nak beli..
hehehe..biasalah kan..
tapi tengok harga. sentap. mahal sangat..
hati kecewa..

ummi rasa semua emak di dunia nak belikan benda yang terbaik untuk anak2 mereka.kan?
carseat cecah RM1K pun sanggup belikan.
stroller harga RM2K pun takde masalah belikan..
rocker, baby jumper, playpen. semuanya yang harga beratus2

tapi ummi betul2 tak mampu nak belikan anakanda semua2 tu.
semuanya cap biasa2 je.
apa yang daddy mampu sediakan..
itu sahajalah. yang penting. yang betul2 berguna.
yang grand lebih2 kami tak mampu. ummi pon tak kerja kan..

sedih? taklahhh.. buat apa nak sedih tak dapat nak sediakan semuanya secara perfect? pada ummie,ibu bapa kena creative. katalah tak dapat belikan baby rocker..ada banyak alternatif kita boleh buat untuk menenangkan anak dan mendidik anak. mungkin dari segi material takdelah grand sangat.
tapi input yang perfect lebih ditekankan..

sangat impress dengan saiful nang dan isteri. mereka berduit. tapi takde pulak nak memewah-mewahkan anak..anaknya dihantar ke pusat jagaan anak2 yatim Warga Prihatin. yang akhirnya memberi output yang sangat best. anak2 beliau berdua berjiwa sukarelawan. malu nak pakai berlebihan dan cantik2..takut kawan2 terasa. baru usia 5 tahun.. bagus kan?


kalau ada pusat jagaan sebijik macam pusat jagaan Warga Prihatin, memang ummi dah lama hantar anakanda ke situ. hehehe. untuk belajar kasih sayang, belajar bersederhana dan belajar bersyukur dengan apa yang ada.

untuk sekarang, ummi dgn daddy nak fokus sediakan keperluan menyimpan susu untuk anakanda. tambah2 ummi kena bayar yuran (biasalah universiti tak berduit,ummi x dapat pengecualian yuran untuk semester ni). nak kena bayar saman RM200 akibat ummi bertelefon sambil memandu. huh. nak nangis rasanya dengan kesalahan diri sendiri. daddy nak bayar roadtax, nak bayar baki yuran lagi beribu2.

apa-apa pun, alhamdulillahi 'ala kulli haal. dapat juga kami sediakan serba sedikit keperluan. ditambah dengan jasa baik nenek (emak ummi) yang nak menaja banyak keperluan anakanda. hehe.. kami tak mintak pun. tapi mak memang teruja sangat nak bagi.. kami terima dengan hati terbuka. terima kasih mak! :')

makngah baby pon dah setuju nak sponsor baby cot. alhamdulillah..

rezeki baby kan? memang setiap anak dah ditentukan rezekinya masing2.



Thursday, December 5, 2013

presentable

assalamualaikum bloggie,

pernah tak selama ni, rasa diri begitu selekeh?

hahahha...ummi le tu..

tak pernah kesah pun tudung ku kaler lain,baju kaler lain (ok,tipu.kesah sikit)

biasanya matching tapi matching yang tak berapa nak match. haha..

dan tidak pernah pula bermakeup hanya kerana nak ke fakulti.

hello?? perlu pula ummi nak spend masa 30 minit lagi nak calit maskara+bb cream+lipstik??

lagi cepat i bersiap. lagi bagus. 

tetapi sejak dua menjak dah kahwin. pergerakan semakin lambattt?apakah?apakah?

sampai suami mengeluh..~haiii..tuan puteri ni kalau dah bersiap~~

hahahaha..well. entah kenapa. dulu ku sarung jeans dan t-shirt apa je yang tak perlu gosok. rasa sekejap sangat. betul. 10 minit sahaja masa yang diperuntukkan utk bersiap termasuk mandi. hahaha.pantas tak?

dah kahwin, sarung baju yang terpaksa digosok. banyaknya blouse n jubah. melambatkan masa sikit nak bersiap..belom dengan perut terboyot2.

namun,sejak akhir2 ini.melihat perempuan cantik pandai bermakeup lalu bersosial dgn team yg serupa mereka, buat aku terrr---> err...----> kenapa mereka meninggalkan aku???

adakah kerana aku tidak presentable seperti mereka atau apa? gaya pakaianku ini tidak cocok untuk bermesra dgn mereka ke?? dushh! tambah pula melihat rancangan astro How Do I Look. lagilah terasa betapa selekahnya daku.

ehem.

ok,itu satu hal..tidak presentable depan orang ramai. depan suami lagilah perlu kau titikberatkan. persetankan jika depan orang kau selekeh. biarlah dalam rumah lebih presentable. wangi dan bersih.

namun, ku lihat pengurusan masa membuat aku tidak pantas wangi di rumah. duh! dah kenapa??

yelah, buat2 kerja semua. masak2. tak sempat mandi lagi. tup2 suami balik. hambeekkk... terus suami pulang dengan bau bawang di badan. terima kasih.. muka ku ketika itu adalah terkebil2. alamak..mengapa suami pulang dahulu sebelom aku sempat mandi?? hahahhaaha

emm..maka kali ini. selepas berbaby ingin sekali daku menjadi presentable dihadapan suami. wangi dan bersih. I don't like being ended up like that. kalau ada bajet,akan ku pujuk suami membelikan baju yang sedikit wow dan sedikit makeup. ku harap cobaanku berhasil. aminnn...