Monday, September 8, 2014

tasnim's milestone

alhamdulillah,kejap je rasa berlalu

hihi..makin bijak la tasnim ni. as a first timer parent kan..tengok baby yang duduk diam saja2 dulu,sudah banyak akal. it's amazing,subhanallah. how fast baby can learn.

nak masuk 6 bulan dulu;
tasnim dah pandai moving forward, meniarap..dah banyak tempat dia explore,paling suka bawah kerusi; bawah meja. jangan cakap la bajunya..hitam ya ampun kat perut. ngeh3.. it was an achievement! gud job dear..mulut pun becok jugak.. :D ikut emaknya la kot (?)

setiap kali menangis nak ummi,mesti sebut "maaa...maaa.." i knew she called me. :P
ummi dah recognize baby's language; tangisan nak susu, tangisan marah/tak suka.. dulu stress sbb tak faham baby nak apa kan..i learn slowly.. :(

sudah tahu transfer barang dari satu tangan ke tangan yang lain

6-7 bulan
tasnim biasanya akan tepuk tangan,bila kita nyanyi lagu "tepuk amai2"/"if you happy"
smart baby (ohokss,puji anak sendiri pulak-actually,most of the babies will do the same);
maknanya,tasnim got no hearing problem;alhamdulillah;syukur
maknanya, she knows that it's a song. and she recognize perkataan "tepuk" and know what is "tepuk" mean bila kita nyanyi..

belum merangkak,dah start cruising..
sudah pandai panjat tangga..yey!
ada sekali tu pandai tiup wisel.banyak kali dia tiup..tapi sehari tu jela..esok bila suruh tiup, buat bunyik mulut je..dh lupa teknik tiup ke tasnim? hihi


8 bulan
masa ni semakin bijak pulak umi tengok;
sudah pandai wave bila kita cakap tata!
sudah pandai tiru sebutan bila kita cakap -nanana- -tatatata- -papapapa-
geli lipas! hahaha.. lipas tipu2 je pun,rupanya tasnim pandai geli..kelakar..nanti kita upload video if can.;P
pandai high5.. :D kalau suruh clap, tasnim akan clap. umi ajar "raise your hand" pun sudah pandai raise her hands up..tapi tak pro lagi..takpe,nanti umi ajar bagi faham.hihih
tak mahu kita tinggalkan.susah ummi nak berak (-.-') hadoi.. menangis beriya2
pandai golek2 kan bola bila kita main bola dengan dia
pincer grip skill yang sudah semakin bagus. gud job anak!
sudah pandai berdiri tanpa pegang apa2 1-2 saat camtu..yeh!

alhamdulillah...makin cerdas,cergas anak ummi.
saje jurnalkan development tasnim..
untuk kenangan di masa hadapan.hihi


Wednesday, July 16, 2014

careless mother i am-my bad

bila anak lahir..

dalam hati janji nak jaga anak sebaik2 nya..

tapi...

ALLAH,,

first 6 month as a parent, ALLAH has thought me to be extra careful as i am often known as careless person. ALLAH ALLAH ALLAH..

1- tasnim jatuh katil at her 6 month old age. masa tu ummi ralit kat ruang tamu tengok facebook. sigh!. sebab tasnim tido masa tu..sedar2 bunyi gedebuk. istighfar. terus angkat tasnim yang teresak2. at that moment, i will not leaving my child unattended on the bed ever again (bila anak dah pandai bergerak). Thank Allah sebab katil tak tinggi. tasnim lebih tinggi dari katil. lebam kat kepala,ummi tuam ais.Alhamdulillah dah takde. i monitored tasnim 24 hours watching any bad sign that would occur possibly after falling down. Alhamdulillah takde. jumpa children specialist 2 days after, he said takde apa2.. tasnim is a happy baby and active. Praise to ALLAH.

2- ummi tidur dengan tasnim lepas subuh kat ruangtamu..bangun nak cek tasnim.rupa2nya dah ke bilik air masterbedroom (depan ruangtamu) anak dara tu..main2 selipar. (T_T). semenjak kejadian,ummi tutup pintu bilik setiap kali nak tidur.

3- petang tadi, kepala rasa pening,tido lepas ayah balik kerja. ayah pun tidur sekali. pintu terbukak sikit,gril terbukak luas. bagus sangat!. umi tak alert dengan benda tu bila nak tidur (sebab ingat tasnim tak lepas la kot).sedar2 je jiran sebelah dukung tasnim depan pintu. la hau la wala quwwata illa billah. umi peluk tasnim kuat2. ummi cuai..cuai sangat2.
jiran sebelah bangladesh. dia panggil kitorang tak dengar..dia masuk angkat tasnim. terima kasih sangat2.. tasnim meniarap sampai ke longkang,pastu jatuh dalam tu. nasib baik longkang kecik takde air.

aduhhaiiii ummi2,,,pengajaran betul untuk ummi. hati-hati. hati-hati. itu yang ummi tanam dalam kepala lepas ni. always check everything before leaving your child alone though u just wanted a little nap. tasnim dalam fasa nak explore everything. cuai sangat2 ummi ni.. kalau ALLAH tarik nikmat karang, menangis tak berlagu. (T_T) nauzubillahimin dzalik..

moga2 tasnim terpelihara dari perkara2 buruk dan bencana serta niat jahat makhluk Allah..aminn..



Wednesday, May 28, 2014

tasnim

di sebalik kesedihan atas pemergian tok ayah tersayang,
hidup ini perlu diteruskan dengan perjuangan, dan doa
doa yang baik2 untuk tok ayah.
supaya tok ayah tenang dan gembira di sana in-shaa-Allah
Allahumma ameen.

siapalah aku untuk menahan "barang" yang bukan milik aku.
bahkan aku jua akan diambil semula.
pulang kepadaNYA.

Alhamdulillah..sempat juga tok ayah lihat generasi ke-4 nya.
cuma tak sempat ambil gambar tok ayah dengan tasnim..
sedih.
takpa,memori itu masih ada bukan?

esok tasnim 5 bulan.
terima kasih ya ALLAH..untuk anugerah terindah ini.
yang membuat hati yang marah menjadi sejuk.
atau membuat hati yang marah lebih terdidik dengan sabar.
tiada ibu bapa yang sempurna dalam dunia.
tapi tetap memberikan yang terbaik untuk anak2.

sepanjang sebulan,
perkembangan tasnim setakat ini,
boleh angkat badannya ke posisi duduk bila kita tarik 2 tangannya.
dia boleh duduk dengan sokongan.
sudah boleh angkat badan lebih tinggi. dan buat gaya terbang bebasnya laksana kapal terbang.
sudah roll over tapi rolling ke kanan je..sebab tangan kanannya yang kuat.
belum boleh ke depan,tapi boleh kebelakang,pusing setempat 360 darjah.
alhamdulillah..semuanya mengikut carta pertumbuhan yang dicadangkan.
every baby is an individual. they are unique.
paling geram bilaaa lihat wajah yang sengaja dicomelkan.
bukan puji anak sendiri.
tapi baby memang sangat mencomelkan.
tiada penafian.
hehe.

terima kasih ya ALLAH.syukur Alhamdulillah

eh,tasnim dh berbunyi
mintak perhatian :P
4 month old tasnim. muzium kesenian islam

 4 bulan setengah

almost 5 month old- bidadari umi


Tuesday, May 20, 2014

17 mei 2014

selamat hari guru tok ayah..
guru yang berdedikasi,
yang penyayang..
belum pernah aku nampak betapa cintanya seorang suami
terhadap isterinya seperti tok ayah.

dari tokmak 17 tahun hingga umurnya 70 tahun,
dia jaga tokmak.
tatang tokmak..penuh rasa cinta.
aku tahu..
walaupun dia tak pernah ungkapkan.
tapi aku nampak melalui perbuatannya

asal balik dari masjid soalan tokayah-"tokmak mana tokmak?"

kalau aku cakap tokmak kat masjid tak balik lagi,
menderu tokayah start enjin kereta. walaupun baru jejak kaki ke rumah,
jemput tokmak pulang.
tokmak yang tak sempat nak ke tandas di masjid,
tok ayahlah yang angkat, lap dan cucikan najis tokmak.
yang cucikan baju isterinya selama berpuluh tahun.
yang pastikan rumah berkunci sebelum tidur,
yang pasangkan ubat nyamuk
segala-galanya tok ayah..
aku tahu betapa hancurnya hati tokmak,
berpisah selamanya dengan tok ayah.

aku yang cucunya pun payah nak menerima perpisahan selama2nya ini,
apatahlagi isterinya, anak2nya

tok ayah memang suami yang baik.
ayah yang baik.
atok yang baik.

dialah antara individu yang paling aku sayang,paling aku kasih,sampai tokmak kecil hati dengan aku

"asyik ingat tok ayah dia jee..tokmak takde pun"

aku senyum.. mana lah aku tak sayang. tok ayah yang bangun pagi2 buatkan susu untuk aku masa aku menangis. memang aku ingat betul walaupun usia baru 3-4tahun masa tu. masa tu jugaklah tok ayah terkena sihir. berbulan2 tok ayah sakit.. aku puas. puas extend master 2 sem. memang niatku pilih uthm supaya dekat dengan kampung. boleh jaga tokayah tokmak. cuma selepas kahwin, aku sudah ikut suami. ada 2 keluarga. ada hati yang nak kena jaga. sementelah hanya suami yang bekerja. kuranglah aku jenguk tokmak dan tok ayah di kampung.

17 Mei 2014
ALLAH lebih menyayangi tok ayah..
tok ayah pulang ke sisi ALLAH..
seketika waktu zuhur.
hidupnya tidak menyusahkan.
matinya juga tidak menyusahkan.
seminggu tok ayah terlantar,tak sedarkan diri
akibat myocardial infarction,heart attack.
heart attack kali ke-2 tok ayah sudah mulai lemah.
Alhamdulillah. aku lihat senangnya tok ayah pergi.


jenazahnya senyum. alhamdulillah.
pada mulanya aku ingat,aku seorang yang perasan,
rupanya ramai yang menyebut,

"jenazah senyum!orangnya baik masa hidupnya"

sebab itu aku asyik nak menyebut kebaikan2 tok ayah.
satu pun aku tak nampak buruknya.
tokmak asyik juga menyebut2 kebaikan tok ayah

"tak pernah jentik, tak pernah sekali pun kecilkan hati tokmak"

menitik air mata aku.
sedihnya bukan main kepalang.
aku ambil baju yang tokayah selalu pakai ke masjid.
dah koyak kat belah ketiak.
tapi bau tok ayah masih ada.
dia pakai seluar buruk,lusuh tak apa,
dia pakai baju koyak tak apa
asalkan anak2nya balik dapat makan sedap2.
menitis lagi air mata aku.

tok ayah boleh kaya kalau dia nak.
ya,ketua cawangan umno.
bekas guru besar.
tapi rumahnya biasa.
tanah yang ada sudah dibahagi sama rata pada anak2
beberapa belas tahun sebelumnya lagi.
tok ayah meninggal, tak ada duit simpanan yang berkepuk2 pun.
semuanya dibelanjakan untuk isteri, anak2,untuk cucu2.
hanya pencennya yang tinggal untuk tokmak.


ya ALLAH yang Maha Memberi,
Kurniakanlah syurga untuk tok ayah ya ALLAH..pakaikan tok ayah pakaian indah2 ya ALLAH..
hidupnya bukan untuk kepentingan dirinya. puaskanlah hati tok ayah Wahau Tuhan Pemberi Rezeki.



ya ALLAH Yang Maha Pengampun lagi Penyayang.ampunkan dosa tok ayah..
rahmati tok ayah.. kasihi dia ya ALLAH...jauhkan dia dari azab kubur dan api neraka ya ALLAH.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu anhu.

nanti tiba masa aku pula.

Tuesday, April 29, 2014

novel melayu

kadang2 aku tidak berapa faham,

mengapa kebanyakan novel melayu ini penuh angan2 nan indah.

semuanya itu fantasi!

back to reality people!

bukan aku mahu caras sesiapa. tapi lebihkan penulisan yang membangunkan jiwa.

seperti fatima syarha dalam lewat penulisan dan siri2 penulisannya sebelum ini.

menyentuh hukum2 kontemporari dalam jalan cerita moden. barulah terbuka mata,terisi minda.

pernah baca "tenggelamnya kapal van der wijck?" karya HAMKA?

beliau ilmuwan agama,tetapi tidak alah juga menulis mengenai realiti cinta. menyentuh cinta juga. tapi realitinya bagaimana halnya bila material lebih diutamakan dalam membina bahtera rumahtangga.

dan pernah kau baca siri shopaholic? sekalipun ceritanya berkenaan seorang perempuan yang kuat berbelanja, tapi tidak pula memaparkan kisah stereotaip novel2 melayu. diorang pun back to reality!

arghh..bukan aku mencemuh karya orang. tapi aku sebagai pembaca, lebih suka kalau2 penulisan diupgradekan ke tahap yang lebih baik.

Tuesday, April 22, 2014

rumah sepah

assalamualaikum.

walaupun umum mengetahui ummi adalah seorang penyepah,

tapi ummi ada hati jugak rasa rimas tengok kesepahan. hahaha.

well..well..well...

datang mood rajin yang sekali sekala datang tu...haaa..

tiada apa yang dapat menghalang ummi kecuali Allah je. keh3..

pastu kekdahnya ummi kalau nak mengemas,kena sepahkan lagi semua barang2.hahahaha..

bagi clear. sebab itu tak efektif bila mengemas. sebab itu rasa malas membuak2. lagi2 bila ummi kemas, kejapppp je sepah balikk. lagila umi fedup. bolehh?

ummi kalau kemas 3 hari 3 malam. :D

dulu la..sekarang idak lagi. suami pon rimas ohoiii..

sekarang ni, ada beberapa benda yang ummi nak sediakan barulah proses mengemas akan berjalan lancar dengan adanya barang tersebut. i mean,akan lebih efektif di masa akan datang dimana kesepahan mungkin akan jadi minimal. hamboi bahasa tinggi macam sasterawan negara langkasuka.

bersabar..

bersabar..

sekarang fokus nak ngemas pantri kat meja makan..maklumlah..hidup bersederhana..guna apa yg ada jelah..nanti umi nk tambah segmen susun atur pulak kt sini.ngeh3..


Friday, April 11, 2014

a marriage

sebab belog tidak ramai yang baca,
atau mungkin tiada langsung pembaca.

maka aku selesa menulis disini..

assalamualaikum belog.

:)

masa belum kahwin, selalu terpengaruh dengan cerita novel yang imaginasi romantis tiada berkesudahan.

mula2 tak suka,kemudian eh eh tersuka. stereotaip.

dan pastinya mesti ada watak sebagai dato' atau tengku. kaya gila. ada syarikat sendiri.

tapi bila kau tutup novel. EVERYTHING GOES BACK TO REALITY. shooosh. semuanya hilang dalam kepulan asap.

yes. that's it!

semua imaginasi dalam novel segala itu padam.

aku pernah lalui zaman itu. zaman anak dara. kahwin mesti best suami begitu romantik bukakan pintu setiap kali nak masuk,atau angkat kita masuk bilik. aw aw aw.. *dush!*

kini,sudah beranak sorang.. imaginasi dalam novel tak menjadi realiti. itu cuma angan2 kosong. kalau ada, mungkin segelintir. tidak ramai.

konon nak suami angkat aku masuk bilik. ???

tengoklah besar kau besar mana. apatahlagi berat badan aku lagi godang dari suami. hahaha. larat kau nak angkat? mula2 aku sangat tertekan hidup dengan orang yang asing kini jadi teman sebilik. sebab aku expect too much. too much you know. pastu tiap2 hari nak sensitif. hihihi..tapi aku belajar sesuatu dari perkahwinan ini.. dont expect too much.

oleh sebab suami aku bukan romantis. maka,aku selalu berasa suami tidak sayang.. ok.sila *lempang laju2*

tapi,. apa yang membuat aku rasa suami istimewa contohnya;

semenjak satu insiden, suami mesti akan sediakan sebekas air bila aku masuk tido dengan tasnim. bangun2 tengok ada air kat sebelah. terima kasih abang..bagiku air lebih berharga dari bunga ros cameron highland. huhuhu..haus minum air,bukan makan bunga.

mentang2 sebut cameron highland.terus nak gambar cameron


ahh..you know, untuk hidup yang aku lalui selama ini, aku rasa suami telah memberikan yang terbaik untuk aku sebagai pasangan hidupnya. aku tahu masih awal untuk aku komen tentang perkahwinan yang baru setahun jagung. ia akan diuji lagi pada tahun-tahun akan datang. siapa tahu ujian apa yang ALLAH nak berikan pada kita. 

begitupun, Alhamdulillah untuk nikmat menjadi isteri,menjadi ibu..

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" arrahman:13


Terima kasih ALLAH..untuk pelajaran yang Engkau beri..



Tuesday, April 1, 2014

pada suatu ketika

pada suatu ketika,

entah kenapa,

hati terasa kosong.
selepas berbaby. ummi rasakan ada post-partum depression.
tertekan.
ye..ummi tertekan sebab siapkan tesis..
nak prepare viva masa hari tu
yelah,baru 50 hari lepas pantang.
nampak macam kejap kan pantang?
tapi nak recover emosi selepas pantang rupanya panjang..
kebetulan
ada soalan panel yg ummi tak dapat jawab,
ada panel siap sindir ummi..
ummi rasa begitu looser sangat..
tapi ALLAH Maha Baik sekali

ummi tetap juga lulus dengan minor-correction,30 days of correction. alhamdulillahi ala kulli haal


pada suatu ketika itulah,
ada hati kecil berdetik,
yang ummi nak dekat padaNYA
untuk rawat hati yang gundah gulana
sibuknya ummi beranak sorang. masih terkapai-kapai
menyesuaikan masa.
adakala nak buat kerja,anak menangis.
adakala nak baca quran, anak nak menyusu (ummi tak reti kalau tak support breast dgn tangan,mesti tasnim tak dapat)
adakala nak buat urusan lain,anak tercari2 ummi..
ALLAH..macam mana..

tapi ALLAH Maha Baik sekali..Dia dengar doa ummi..
dikurniakan tasnim kefahaman bila ummi solat..
i guess semua anak2 macam tu kan?
they know when you have to focus on your Creator.
tasnim tak menangis bila ummi solat.walaupun sebelum solat merengek2.
ummi mula solat,tasnim berhenti merengek. ummi letak tasnim tepi ummi..
perhati ayah dengan ummi solat.
siap je ummi bagi salam,
tasnim mula menangis balik. hihi..terima kasih ALLAH..


tapi kesibukan ummi hanyalah alasan..
kalau beriya..insyaALLAH..ada jalannya..

p/s:nanti giliran suami bagi kuliah quran kat surau, ummi nak angkut tasnim sekali.



Sunday, March 16, 2014

a monday dilemma

assalamualaikum..

salam hari isnin :P
aiiihhhh! dilemma betul hari isnin nih


bulan ni memang sibuk betul setiap hujung minggu.. hampir setiap minggu ummi takde kat rumah..balik kampung, bizi buat correction, hantar correction and watsoevah ke uthm.. asalnya mmg nk bg yg dah siap aje.memang dah siap pun.tinggal nak hantar document je kan..kononnya tak bizi..rupanya ada correction yang perlu dibetulkan lagi. 

apa lagi, pastu menggagau la ummi menaip buat correction abstract sebab sv tegur ayat BM ku tak betul (itulah,taknak upah translator.huhu) dan ke hulu hilir nk binding balik document hari tu..sampai dh nk dekat pukul 5 ptg..tunggu panel nk sign lagi,,ummi dh tak larat nk jalan tempat lain..terus balik hari tu jugak..rasa nk rehat aje..lunch pon makan gitu2 aje dlm kereta sbb punya bizi ummi ke hulu hilir jumpa sv pon lama berejam2. nasib baik makpah bekalkan nasi lemak. kitorang mmg lapar betul.

bawak baby kecik travel mmg challenging.. sebab selain memenuhi keperluan susu badan utk baby, ummi kena settlekan kerja ummi yg perlukan ummi utk berjumpa manusia. penat sgt. nasib baik family ummi ikut..boleh tgok2 kan tasnim. alhamdulillah.. 

bila hujung minggu dah berakhir, tiba pulak pangkal minggu. isnin. ummi tengok rumah berselirat. dengan kain baju tak berlipat. barang sepah sana sini sbb nk memudahkan ummi amik barang.. sakit mata dan sakit sangat hati sebab serabut sampai jadik malas. hahahaha

ayah pun bizi jugak..tiap2 minggu kursus.. hari2 lain balik dh petang, malam karang nak mengajar pulak.. paling2 pun ayah sempat basuhkan kain dan angkut bakul ke luar. ummi cuma sidai..balik karang ayah angkat.. ayah sempat menyapu rumah. tapi bab susun atur memang ayah ketepi lah. 

bayangkan nak tune balik to normal routine,agak susah jugak..dengan tasnim yang kecil perlukan perhatian lebih..nak susu every 2 hours.. tidur sekejap2.. nak memasak kejap pun akhirnya ambil masa yg lama jugak untuk siapkan.. tapi takpelah..demimu anakanda tasnim.. at least tasnim ada dengan ummi..kalau tak,16hb semalam, ummi dah kena daftar masuk intan. tinggalkan tasnim utk jangkamasa yg lama. tapi ummi tangguh lagi utk kali ke-2..boleh la beramah mesra dgn tasnim sampai bulan 10 nih. hihi..

so..untuk memudahkan kerja2 ummi..rasanya perlu ummi buat jadual. tempat apa yang ummi perlu kemaskan dulu. apa yang ummi kena buat.. buat check list dan tengok benda tu berat tak nak buat. maklumlah, orang czer, kena jaga lebih sikit tak boleh angkat berat2. kang ada yang hernia pulak karang.huhuhu.. 90 hari pon belom lepas lagi nih.. jadik urusan mengemas rumah kena hati2 sikit. 

pinggang pon dah sakit. ummi rasa adalah patut ummi offline dulu. nak siapkan jadual mengemas rumah. sambil2 masak nasi,keluarkan ikan..hihih..karang tasnim dah bangun,mmg bercinta nak siapkan itu semua..


gudluck ummi- pasni tasnim nak makan.

Thursday, March 6, 2014

ceritanya susu

ah..kenapa sejak akhir-akhir ini ummi rasakan susu semakin berkurang?

tak macam dulu yang melimpah ruah. kalau tasnim tak menyusu tengah malam, esok pagi dah bengkak.

kali ni tak. ok.sedih.

ummi takkan berputus asa. kan nak susukan tasnim sampai 2 tahun?

ya ALLAH.mudahkanlah. murahkanlah rezeki tasnim..

ummi cuma nak tasnim dapat khasiat susu ibu sepenuhnya. itu hak tasnim yang ummi kena tunaikan. takpelah ummi kena bersusah payah sikit..

biarpun kita nanti terpaksa berjauhan.. tasnim akan sentiasa ingat kasih sayang ummi melalui susu itu.

i'm not against formula milk (FM). FM pun hak anak jugak. untuk dapat khasiat susu..
tapi hanya ibu2 yang dah berusaha tapi takde rezeki tahu macam mana perasaan bagi anak FM.


insyaALLAH...selagi tasnim menyusu...selagi tu susu akan produce. konsep demand and supply.

lepas ummi siap tesis, i'll be back to my regular routine. pumping the milk out of the breast. ;)

macam masa pantang. siang malam ummi pam. sampai mak cakap-- asik pammm ajee. hehehe

agaknya sebab tu susu banyak.

jaga pemakanan dan ikut list RM5 sis asiah.. insyaALLAH. insyaALLAH..ALLAH akan bagi jalan untuk ummi maintainkan susu nak bagi tasnim.


Sunday, March 2, 2014

selamat ulangbulan ke-2 sayang

selamat ulangbulan ke2 sayang ummi..
bermakna ulangtahun pertama perkahwinan ummi dan ayah (februari takde 30hb)
dah pandai bercakap2
dah pandai senyum..
tulang leher kemain kuat
kalau kentut pun bunyi kuat.
siap angkat punggung?

hehehe..

nur tasnim dah 2 bulan rupanya..sekejap je rasa berlalu. rasa macam baru semalam jalan terbongkok2, ke hulu hilir dari bilik ke nurseri 1 tengok tasnim dalam inkubator. menahan sakit setiap 3 jam nak perah susu.. rasa macam baru semalam peluh menjujai2 masa pantang. punyalah panas. punyalah mencabar.

tapi..alhamdulillahi ala kulli haal..

ALLAH permudahkan.. tasnim memang solehah (aminn) tak banyak ragam..

teringat ummi 30/12/2013

pergi hosp klang nak cek je.sebab mcm leaking
dalam hati ummi- ahhh,jalan mesti tak bukak

betul. jalan memang tak bukak.hukhukk..

sebab dah sampai hosp, doktor tetap jalankan prosedur,sebelum suruh kita balik sebab jalan tak bukak..
buat CTG.
ummi pun serah perut..
tapi nurse kat situ asik tanya - awak ni nervous ke apa? awak ni kencing manis ke darah tinggi ke apa?

ummi pelik. kenapa?
rupanya heart rate baby lebih 160. tacky.. ummi tengok bacaan, ada sampai 200! 3 kali CTG kena buat..sebab nak tengok betul ke heart rate baby tinggi sangat?
ada MO tu nak suruh ummi discharge. tapi tengokkan CTG punya result, MO tu cakap jalan tak bukak. then dia suruh MO lain tengok..

"dont trust,dont trust. She's maybe having a contraction" kata MO lain tersebut (padahal ummi takde rasa sakit contraction pun. sakit sikit2 je..mcm period pain gitu. tapi tak dahsyat la..)
"call specialist" sorang lagi MO bagi cadangan

tak berapa lama kemudian, specialist pun datang, kenalkan diri beliau..sangat polite (ummi rasa dia berbangsa singh/india) dan specialist tu pun cek bukaan serviks ummi. yes. tak bukak pun.

specialist O&G tu bagitahu ummi, kena buat emergency czer, sebab heart rate baby terlalu tinggi, tak boleh induce normal delivery, bahaya untuk baby.. fetal compromise istilah perubatannya.

ok. czer.



czer ok! ummi tak bersedia langsung mental ni nak czer. ummi nak bersalin normal je..
then nurse pun prepare kan ummi untuk gi OT. tukar baju semua,masukkan tiub kencing. then ada sorang doktor datang terangkan kenapa perlu dibedah dan komplikasi pembedahan. dan2 dia suruh sign..
ummi tak tahu apa terjadi kat ayah. tapi ummi suruh doktor inform ayah,,

pastu ummi kena tunggu OT kosong..sebab OT penuh.. bila dah ada kosong,specialist bookingkan OT,ummi terus ditolak ke sana..
sementara diorang prepare barang2 semua,ummi kena epidural.
sakit......... wuwuwu..tapi takdela dahsyat sangat pon..huhuhu
kemudian,ummi pon masuk dalam OT. ummi berdoa je dalam hati,semoga semuanya dimudahkan..
ummi ingat ummi kena tengok,rupanya diorang hadang kain..hihi..
ummi rasa jela doktor2 tu godek perut ummi..
bila doktor tolak je perut ummi, terus dengar suara baby!
nangissss....

ummi pun nangis

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
i'm now a mother!

lepas diorang bersihkan baby,barulah diaorang tunjuk baby kat ummi..
girl ke boy?

ummi jawab GIRL.. :)

then,makin lama makin ummi rasa penat..nak tidur..
bangun2 je ada kat wad.penuh.. nurse suakan baby untuk ummi susukan..
ummi susukan sambil tertidur..letih..terlalu letih..

ok,sambung part 2 pulak nanti.hihi..

p/s: ALLAH sebaik2 perancang..