Thursday, November 3, 2011

jumpa sv

assalam and hye blogger..:)

tertarik nak catatkan diari akademik saya. walaupun saya study local je,tapi saya nak jugak tulis. terilham dari lecturer sy yg sporting+kind hearted nun jauh di sana..ehehh..as a guide,reminder,revision dan apa2 aje yg berkaitan..kan? (i know,u know who u are (^^P))


meeting-- xx kali


tadi bincang pasal paper conference yang sy nak hantor ke IEEE Colloquium on Humanities,Science and Engineering research(CHUSER 2011). just imagine, dari bulan 8..sampai ke bulan ni,asik je la ada salah..hehehe..tapi selamat dh upload kat EDAS. no need to worries,akan ada balik pembetulan paper tu..so,ini kerja2 yang dia bagi;


1-cari list SME yang berdaftar bawah PSMB zon selatan,johor.
2-betulkan paragraph,link ayat yg x berkaitan



kerja saya:
1-bagi LR pada Dr,N. uhuu...gila kau joyah..masa dia tanya tadi,LR i belom siap mehh..heehehhe..lepas tu dia cakap dia nk buat paper..so,bukan dia nak writing sy,tapi dia nak bahan bacaan saya..ngeh3...,next week will be ok..fuh tokojot mak tau..dh la LR writings i compang camping..ngeee
2-baca properties Kouzes&Posner(2002) punya LP..untuk develop question..penting ni...kang terabur karang soalan..sbb x faham dia punya description.hehhee..
3-banyak gila k kena baca.itu je

Sunday, October 30, 2011

selamat bertunang


haiiii...

tadi gi majlis tunang kawan kita, zetty & wazli..alhamdulillah,semuanya berjalan dgn lancar..:)

semoga berkekalan hendaknya hubungan mereka..ameen :P

i very the like, make-up dari SMC bridal parit raja ni..murah uuuu...

tapi meletoppsss! ahaks!


tapi..pak andam lah yg make-upkan...aisehhh...

oh,by the way,saya dah jatuhkan kek secret recipe--> pecan butterscotch utk hantaran k? haru x haru dibuatnya...lepas tu,nk tutup kehodohan,i top dia dgn orange+oreo..hah..amik ko..

ahaiii..redho sajelah...kesian diorg..dapat kek huduh..hukhukssss

::gini le kek nyaaa...tak menangis tengok,bila jatuh tersembam atas lantai?::

ok,nak buat kja tertangguh..bubbyee uolss..jaga diri tauuuu (rasa nak lempang diri sendiri buat ayat macam ni...kekekeke)


Thursday, October 20, 2011

misi menyapu sawang


assalam and hye belog saya!

rindu saya kan? hehehhe...transformasi entri sudah pun dibuat. banyak buku perlu di baca.. tapi sikap malas melanda. ahaiii..

takpelah..

meh nak nasihat kat diri sendiri.

bila u dah masuk dunia akademik,

tolonglah mudahkan student.

jangan menyusahkan student..

itu aje..

kalau kita mudahkan urusan orang kan nanti ALLAH mudahkan urusan kita? :P
sumber:pakcik google
ok belog,chow chin chau!



Saturday, September 24, 2011

bimbing hatiku Tuhan

Bimbing hati ku ya Tuhan..

ketika meniti setiap langkah yg canggung.
ketika bingung mencari jalan pulang,


bimbing hati ku ya Tuhan...
menghapus rasa itu
di ruang waktu
agar ia berlalu

bimbing hatiku ya Tuhan
dalam memberi rindu,
dalam memberi cinta


Wednesday, August 17, 2011

--tunggulah saatnya--



http://malaysiandefenceleague.wordpress.com/


hmm..itulah jadinya kalau surah annisa' (ayat 89) dipotong dan diambil secara sembarangan..tafsir ikut suka..sedangkan masih ada penerangan tentang dilarang membunuh orang2 kafir jika mereka meminta perlindungan atau ingin berdamai pada ayat 90..




maka tertubuhlah MDL yg menegakkan hak asasi beragama di negara ini. yg sedihnya ada golongan yg beragama,belajar agama tinggi2 tapi sayang,menyokong gerakan bermisikan kemurtadan ini.. siapa yg ekstrem sebenarnya?

ye,saya tahu saya bukan muslim yang baik. saya masih dangkal. saya bukan ulamak. saya tidak jamin saya akan masuk syurga. tapi saya masih percaya ALLAH. masih percaya kepada pengampunan ALLAH disebalik ancaman-ancaman ALLAH kepada mereka yg melakukan maksiat, kufur atau ingkar dan tidak memakmurkan bumi.. saya akan terus meminta
pengampunan...dan ALLAH tidak pernah kedekut memberi pengampunan dan peringatan..


kalau ada yg kata kenyataan saya tidak akan mengubah pendirian mereka. silakan..samalah seperti saya. kenyataan anda tidak akan merubah pendirian saya.

katalah tentang islam, hinalah islam, hinalah nabi..sedikit pun tidak akan melemahkan ALLAH atau mengurangi kedudukan ALLAH.. malah ALLAH terus menerus memberikan nikmat kepada mereka yg kufur ingkar.. cukuplah ALLAH bagi saya..masuk syurga atau masuk nera

ka bukan hak kita yg tentukan..

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”

(Surah Ali Imraan [3]: 8 )

dipetik dari ummuayman


tunggulah saatnya..itu sahaja.



Saturday, August 13, 2011

adakalanya


adakalanya aku terlepas pandang pada kawan2 yg rapat.

hehe..ada yang terasa..tak kurang ada yg memahami..


fahamlah,selama 7 bulan,aku guna duit orang2 yang aku sayang untuk tampung hidup nak belajar,

maka tiadalah istilah kasut baru, beg baru, baju baru. sebab aku tiada duit lebih nak menyopping kat BPMALL..(tapi kadang2 aku beli jugak benda bukan2)

oleh kerana itu,aku terpaksa lah cut budget utk prepaid handphone,maka orang2 yg tertentu sahaja aku call/text... mana ada duit kan..


bila dah dapat duit GIS. (yang dah kena potong rm500 sbb uni takde duit katanya) maka,aku dah berkira2 setelah tolak tambah darab bahagi belanja untuk aku selama sebulan dan belanja nak gi conference..maka, tiadalah aku berduit juga untuk simpan kahwin..apatah lagi untuk meyopping bagai..hahhaha..

sebab tu lah aku jual cheesecake, ajar tusyen dan sebagainya...wahh..sedih hidupkan..hihi..apa
pun, terimalah ayat ini sebagai penenang jiwa; sepotong ayat dari surah attholaq--->






p/s: rezeki ALLAH MAHA luas untuk kita ketahui...


Monday, June 6, 2011

transformasi


salam semua..

lama sangat tak update.

aku harap tidak terlambat melakukan transformasi pada blog..bila tengok ada blogger2 yang dh menghadap Ilahi, tinggal blog yang jadi kenangan..kalaulah aku nanti mati..korang2 yang hidup nanti takkan nak baca kisah aku yg remeh,tak membangunkan minda n penuh dengan masalah kan? hehehe..malu pulak aku nanti..si mati tu akhlak dia,masyaALLAH buruk! err... mesti aku sangat kecewa dalam kubur.. =(

so, i would delete the posts that i think is not worth to be read.. n will write about nice articles later..insyaALLAH..jadi,kalau dh mati nanti, kot2 artikel tu bagi keinsafan kat orang, mana tahu ALLAH yg Maha Kaya bagi kita pahala, *ilmu yang berterusan*

patut wujudkan satu blog rahsia nak luah2 perasaan-haha

aku nak ingat pesan ciktam pasal satu quote ni;
1) lupakan kebaikan kita pada org
2)lupakan keburukan orang pd kita
3)ingat kebaikan org pada kita
4)ingat keburukan kita pada orang..

insyaALLAH, kita akan tenang...