Wednesday, August 17, 2011

--tunggulah saatnya--



http://malaysiandefenceleague.wordpress.com/


hmm..itulah jadinya kalau surah annisa' (ayat 89) dipotong dan diambil secara sembarangan..tafsir ikut suka..sedangkan masih ada penerangan tentang dilarang membunuh orang2 kafir jika mereka meminta perlindungan atau ingin berdamai pada ayat 90..




maka tertubuhlah MDL yg menegakkan hak asasi beragama di negara ini. yg sedihnya ada golongan yg beragama,belajar agama tinggi2 tapi sayang,menyokong gerakan bermisikan kemurtadan ini.. siapa yg ekstrem sebenarnya?

ye,saya tahu saya bukan muslim yang baik. saya masih dangkal. saya bukan ulamak. saya tidak jamin saya akan masuk syurga. tapi saya masih percaya ALLAH. masih percaya kepada pengampunan ALLAH disebalik ancaman-ancaman ALLAH kepada mereka yg melakukan maksiat, kufur atau ingkar dan tidak memakmurkan bumi.. saya akan terus meminta
pengampunan...dan ALLAH tidak pernah kedekut memberi pengampunan dan peringatan..


kalau ada yg kata kenyataan saya tidak akan mengubah pendirian mereka. silakan..samalah seperti saya. kenyataan anda tidak akan merubah pendirian saya.

katalah tentang islam, hinalah islam, hinalah nabi..sedikit pun tidak akan melemahkan ALLAH atau mengurangi kedudukan ALLAH.. malah ALLAH terus menerus memberikan nikmat kepada mereka yg kufur ingkar.. cukuplah ALLAH bagi saya..masuk syurga atau masuk nera

ka bukan hak kita yg tentukan..

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”

(Surah Ali Imraan [3]: 8 )

dipetik dari ummuayman


tunggulah saatnya..itu sahaja.



Saturday, August 13, 2011

adakalanya


adakalanya aku terlepas pandang pada kawan2 yg rapat.

hehe..ada yang terasa..tak kurang ada yg memahami..


fahamlah,selama 7 bulan,aku guna duit orang2 yang aku sayang untuk tampung hidup nak belajar,

maka tiadalah istilah kasut baru, beg baru, baju baru. sebab aku tiada duit lebih nak menyopping kat BPMALL..(tapi kadang2 aku beli jugak benda bukan2)

oleh kerana itu,aku terpaksa lah cut budget utk prepaid handphone,maka orang2 yg tertentu sahaja aku call/text... mana ada duit kan..


bila dah dapat duit GIS. (yang dah kena potong rm500 sbb uni takde duit katanya) maka,aku dah berkira2 setelah tolak tambah darab bahagi belanja untuk aku selama sebulan dan belanja nak gi conference..maka, tiadalah aku berduit juga untuk simpan kahwin..apatah lagi untuk meyopping bagai..hahhaha..

sebab tu lah aku jual cheesecake, ajar tusyen dan sebagainya...wahh..sedih hidupkan..hihi..apa
pun, terimalah ayat ini sebagai penenang jiwa; sepotong ayat dari surah attholaq--->






p/s: rezeki ALLAH MAHA luas untuk kita ketahui...


Monday, June 6, 2011

transformasi


salam semua..

lama sangat tak update.

aku harap tidak terlambat melakukan transformasi pada blog..bila tengok ada blogger2 yang dh menghadap Ilahi, tinggal blog yang jadi kenangan..kalaulah aku nanti mati..korang2 yang hidup nanti takkan nak baca kisah aku yg remeh,tak membangunkan minda n penuh dengan masalah kan? hehehe..malu pulak aku nanti..si mati tu akhlak dia,masyaALLAH buruk! err... mesti aku sangat kecewa dalam kubur.. =(

so, i would delete the posts that i think is not worth to be read.. n will write about nice articles later..insyaALLAH..jadi,kalau dh mati nanti, kot2 artikel tu bagi keinsafan kat orang, mana tahu ALLAH yg Maha Kaya bagi kita pahala, *ilmu yang berterusan*

patut wujudkan satu blog rahsia nak luah2 perasaan-haha

aku nak ingat pesan ciktam pasal satu quote ni;
1) lupakan kebaikan kita pada org
2)lupakan keburukan orang pd kita
3)ingat kebaikan org pada kita
4)ingat keburukan kita pada orang..

insyaALLAH, kita akan tenang...


Friday, May 20, 2011

adakah engkau mangsa seterusnya?


bismillah..


hukuman setimpal untuk "acid splasher"--> hukum qisas la kan? kita simbah asid sebanyak xx kali (mengikut bilangan mangsa) kepada beliau. fair n square la beb! kan kan kan??

“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya” (al-Maidah:45)

saya boleh bagi beberapa teori;
1) penyimbah menghidap penyakit mental
2)ini adalah konspirasi mewujudkan sentimen perkauman--mereka diupah utk menyimbah
3)penyimbah saja suka-suka


kalau aku baca dari belog seperti belog cik epal.,(writings courtesy from Jambu katanya) penyimbah asid ni macam takde motif..hahaha..betul2..memang takde motip pon nyah oiii...beli asid mahal2 (alkaline based/oxidizing agent tuhhh) kau curi kat makmal sekolah ke mek penyimbah asid? tentulah ada orang upah. membazir okeh...cuba kau bayangkan..masuk ni,katanya ada 30++ mangsa..kau darabkan sebotol asid dgn 30++ mangsa tu..katalah;

RM5/sebotol x 30++ = rm150 tu beb..belum masuk duit minyak dia gi ke lokasi2 berjauhan seperti shah alam,dang wangi etc semua bagai tuh....dah tu, kereta curi. bukan senang tu..takkan takde motif kan? tentu ada..mesti konspirasi (ceh ceh..banyak la konspirasi kau)

mobiliti
tapi si penyimbah asid yg kurang ajar ini, banyak pulak kenderaan dia pakai. satu kejadian ni, dia guna motor, satu kejadian berasingan dia guna kereta. semua tu nombor pendaftaran palsu. tak ke ada konspirasi di situ?

lokasi penyimbahan
katanya di tempat-tempat yg tidak ramai orang sepertiLRT, belakang sekolah, laluan pejalan kaki di LRT. dah nama tempat sunyi! heh, cuba kau lihat...acid splasher ni merebak ke mana2 daerah dah... Dang Wangi, Shah Alam, Lembah Kelang, Putrajaya & so on..kalau seorang yg buat...dia agak susah nak bergerak ke area2 ni,semata2 nak cari sorang mangsa. penyimbah mesti dari kalangan orang yg berlainan. aku yakin ni konspirasi. (ceh ceh...tak habis2 dgn perkataan konspirasi kau)

mangsa
WANITA okey? wanita muda2! aku wanita muda apa??? ada chances jugak nak jadi terpilih
dalam random sampling mamat penyimbah sakit jiwa ni. nauzubillahiminzaalik!


penjenayah

katanya berbangsa India. tak tahu le, betul ke tidak. sebab itu aku kata ada unsur2 sentimen perkauman.
(picture courtesy from here)

boleh baca berita selanjutnya dari sini atau "sinun"


harapan: ya ALLAH ya Tuhanku, Engkau permudahkanlah kerja2 penyiasatan polis terhadap penyimbah asid ini. Engkau berilah kekuatan kepada mangsa2 keadaan yg tidak berdosa. Engkau bukakanlah hati penyimbah asid tersebut agar kembali ke pangkal jalan. amin..

Tuesday, May 17, 2011

APA KATA AL-IMAM AL-GHAZALI TENTANG MENGINTIP UNTUK CEGAH MUNGKAR?



Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-Ma’ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah: “Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Wednesday, May 11, 2011

cuma ingin menangis.

aku cuma ingin menangis..itu sahaja.