Sunday, March 16, 2014

a monday dilemma

assalamualaikum..

salam hari isnin :P
aiiihhhh! dilemma betul hari isnin nih


bulan ni memang sibuk betul setiap hujung minggu.. hampir setiap minggu ummi takde kat rumah..balik kampung, bizi buat correction, hantar correction and watsoevah ke uthm.. asalnya mmg nk bg yg dah siap aje.memang dah siap pun.tinggal nak hantar document je kan..kononnya tak bizi..rupanya ada correction yang perlu dibetulkan lagi. 

apa lagi, pastu menggagau la ummi menaip buat correction abstract sebab sv tegur ayat BM ku tak betul (itulah,taknak upah translator.huhu) dan ke hulu hilir nk binding balik document hari tu..sampai dh nk dekat pukul 5 ptg..tunggu panel nk sign lagi,,ummi dh tak larat nk jalan tempat lain..terus balik hari tu jugak..rasa nk rehat aje..lunch pon makan gitu2 aje dlm kereta sbb punya bizi ummi ke hulu hilir jumpa sv pon lama berejam2. nasib baik makpah bekalkan nasi lemak. kitorang mmg lapar betul.

bawak baby kecik travel mmg challenging.. sebab selain memenuhi keperluan susu badan utk baby, ummi kena settlekan kerja ummi yg perlukan ummi utk berjumpa manusia. penat sgt. nasib baik family ummi ikut..boleh tgok2 kan tasnim. alhamdulillah.. 

bila hujung minggu dah berakhir, tiba pulak pangkal minggu. isnin. ummi tengok rumah berselirat. dengan kain baju tak berlipat. barang sepah sana sini sbb nk memudahkan ummi amik barang.. sakit mata dan sakit sangat hati sebab serabut sampai jadik malas. hahahaha

ayah pun bizi jugak..tiap2 minggu kursus.. hari2 lain balik dh petang, malam karang nak mengajar pulak.. paling2 pun ayah sempat basuhkan kain dan angkut bakul ke luar. ummi cuma sidai..balik karang ayah angkat.. ayah sempat menyapu rumah. tapi bab susun atur memang ayah ketepi lah. 

bayangkan nak tune balik to normal routine,agak susah jugak..dengan tasnim yang kecil perlukan perhatian lebih..nak susu every 2 hours.. tidur sekejap2.. nak memasak kejap pun akhirnya ambil masa yg lama jugak untuk siapkan.. tapi takpelah..demimu anakanda tasnim.. at least tasnim ada dengan ummi..kalau tak,16hb semalam, ummi dah kena daftar masuk intan. tinggalkan tasnim utk jangkamasa yg lama. tapi ummi tangguh lagi utk kali ke-2..boleh la beramah mesra dgn tasnim sampai bulan 10 nih. hihi..

so..untuk memudahkan kerja2 ummi..rasanya perlu ummi buat jadual. tempat apa yang ummi perlu kemaskan dulu. apa yang ummi kena buat.. buat check list dan tengok benda tu berat tak nak buat. maklumlah, orang czer, kena jaga lebih sikit tak boleh angkat berat2. kang ada yang hernia pulak karang.huhuhu.. 90 hari pon belom lepas lagi nih.. jadik urusan mengemas rumah kena hati2 sikit. 

pinggang pon dah sakit. ummi rasa adalah patut ummi offline dulu. nak siapkan jadual mengemas rumah. sambil2 masak nasi,keluarkan ikan..hihih..karang tasnim dah bangun,mmg bercinta nak siapkan itu semua..


gudluck ummi- pasni tasnim nak makan.

Thursday, March 6, 2014

ceritanya susu

ah..kenapa sejak akhir-akhir ini ummi rasakan susu semakin berkurang?

tak macam dulu yang melimpah ruah. kalau tasnim tak menyusu tengah malam, esok pagi dah bengkak.

kali ni tak. ok.sedih.

ummi takkan berputus asa. kan nak susukan tasnim sampai 2 tahun?

ya ALLAH.mudahkanlah. murahkanlah rezeki tasnim..

ummi cuma nak tasnim dapat khasiat susu ibu sepenuhnya. itu hak tasnim yang ummi kena tunaikan. takpelah ummi kena bersusah payah sikit..

biarpun kita nanti terpaksa berjauhan.. tasnim akan sentiasa ingat kasih sayang ummi melalui susu itu.

i'm not against formula milk (FM). FM pun hak anak jugak. untuk dapat khasiat susu..
tapi hanya ibu2 yang dah berusaha tapi takde rezeki tahu macam mana perasaan bagi anak FM.


insyaALLAH...selagi tasnim menyusu...selagi tu susu akan produce. konsep demand and supply.

lepas ummi siap tesis, i'll be back to my regular routine. pumping the milk out of the breast. ;)

macam masa pantang. siang malam ummi pam. sampai mak cakap-- asik pammm ajee. hehehe

agaknya sebab tu susu banyak.

jaga pemakanan dan ikut list RM5 sis asiah.. insyaALLAH. insyaALLAH..ALLAH akan bagi jalan untuk ummi maintainkan susu nak bagi tasnim.


Sunday, March 2, 2014

selamat ulangbulan ke-2 sayang

selamat ulangbulan ke2 sayang ummi..
bermakna ulangtahun pertama perkahwinan ummi dan ayah (februari takde 30hb)
dah pandai bercakap2
dah pandai senyum..
tulang leher kemain kuat
kalau kentut pun bunyi kuat.
siap angkat punggung?

hehehe..

nur tasnim dah 2 bulan rupanya..sekejap je rasa berlalu. rasa macam baru semalam jalan terbongkok2, ke hulu hilir dari bilik ke nurseri 1 tengok tasnim dalam inkubator. menahan sakit setiap 3 jam nak perah susu.. rasa macam baru semalam peluh menjujai2 masa pantang. punyalah panas. punyalah mencabar.

tapi..alhamdulillahi ala kulli haal..

ALLAH permudahkan.. tasnim memang solehah (aminn) tak banyak ragam..

teringat ummi 30/12/2013

pergi hosp klang nak cek je.sebab mcm leaking
dalam hati ummi- ahhh,jalan mesti tak bukak

betul. jalan memang tak bukak.hukhukk..

sebab dah sampai hosp, doktor tetap jalankan prosedur,sebelum suruh kita balik sebab jalan tak bukak..
buat CTG.
ummi pun serah perut..
tapi nurse kat situ asik tanya - awak ni nervous ke apa? awak ni kencing manis ke darah tinggi ke apa?

ummi pelik. kenapa?
rupanya heart rate baby lebih 160. tacky.. ummi tengok bacaan, ada sampai 200! 3 kali CTG kena buat..sebab nak tengok betul ke heart rate baby tinggi sangat?
ada MO tu nak suruh ummi discharge. tapi tengokkan CTG punya result, MO tu cakap jalan tak bukak. then dia suruh MO lain tengok..

"dont trust,dont trust. She's maybe having a contraction" kata MO lain tersebut (padahal ummi takde rasa sakit contraction pun. sakit sikit2 je..mcm period pain gitu. tapi tak dahsyat la..)
"call specialist" sorang lagi MO bagi cadangan

tak berapa lama kemudian, specialist pun datang, kenalkan diri beliau..sangat polite (ummi rasa dia berbangsa singh/india) dan specialist tu pun cek bukaan serviks ummi. yes. tak bukak pun.

specialist O&G tu bagitahu ummi, kena buat emergency czer, sebab heart rate baby terlalu tinggi, tak boleh induce normal delivery, bahaya untuk baby.. fetal compromise istilah perubatannya.

ok. czer.



czer ok! ummi tak bersedia langsung mental ni nak czer. ummi nak bersalin normal je..
then nurse pun prepare kan ummi untuk gi OT. tukar baju semua,masukkan tiub kencing. then ada sorang doktor datang terangkan kenapa perlu dibedah dan komplikasi pembedahan. dan2 dia suruh sign..
ummi tak tahu apa terjadi kat ayah. tapi ummi suruh doktor inform ayah,,

pastu ummi kena tunggu OT kosong..sebab OT penuh.. bila dah ada kosong,specialist bookingkan OT,ummi terus ditolak ke sana..
sementara diorang prepare barang2 semua,ummi kena epidural.
sakit......... wuwuwu..tapi takdela dahsyat sangat pon..huhuhu
kemudian,ummi pon masuk dalam OT. ummi berdoa je dalam hati,semoga semuanya dimudahkan..
ummi ingat ummi kena tengok,rupanya diorang hadang kain..hihi..
ummi rasa jela doktor2 tu godek perut ummi..
bila doktor tolak je perut ummi, terus dengar suara baby!
nangissss....

ummi pun nangis

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
i'm now a mother!

lepas diorang bersihkan baby,barulah diaorang tunjuk baby kat ummi..
girl ke boy?

ummi jawab GIRL.. :)

then,makin lama makin ummi rasa penat..nak tidur..
bangun2 je ada kat wad.penuh.. nurse suakan baby untuk ummi susukan..
ummi susukan sambil tertidur..letih..terlalu letih..

ok,sambung part 2 pulak nanti.hihi..

p/s: ALLAH sebaik2 perancang..


Sunday, December 22, 2013

bila sirih pulang ke gagang

bahagia.

hahaha. itu je yang ummi nak ungkapkan bila duduk rumah mak.

makin pemalas la ratu pemalas ni ha.. being pampered by my own precious mother. 
aduhaiii.. 

sebab mak selalu kata takpe..nanti mak buat.. agaknya mak kesian tengok anaknya ni dah semakin sarat.

hehe..

walaubagaimanapun, rindu dan selesa di rumah suami adalah suatu ketetapan. my homesweethome. i like being at our own homesweethome. walaupun kecil tapi itulah tempat kita belajar mengurus hidup. menjalani kehidupan seadanya. tempat kita cuba menjadi matang. tempat kita mungkin menjadi sangat keanak-anakan. hidup untuk belajar lebih dewasa. semua di rumah itu.

di rumah itulah, kadang2 daddy usik, ummi kejar,sbb geram.kadang2 malas nak layan sbb mood tak berapa nak best.hehe..kadang2 ummi usik daddy, daddy buat tak reti..hahaha. rindu kan duduk rumah sendiri? 

tapi apa yg umi belajar dan masih belajar ialah- to least expect your spouse. jangan selalu berkata -SEPATUTNYA DIA BEGINI..DAN BEGINI. (tips buku MURABBI CINTA) sebab kita hidup saling melengkapi. suami tidak perfect. begitu juga isteri. 

semoga ALLAH  kurniakan sakinah,rahmah dan mawaddah selamanya dalam hidup kami berdua dan hidup anda semua. ayra.

ah.dah 39 minggu. nervousnya! tapi ummi rasa,anakanda ni nak suruh ummi dia siapkan kerja dulu. baru dia nak keluar. hehe..










Wednesday, December 18, 2013

nervous

kamu tahu...

perasaan nak bersalin ni lebih nervous berbanding nak viva voche.

nak viva? relaks je mak berry ni bersantai. tapi fikirkan nak bersalin.rasa berpeluh satu badan.

huhu. 38 weeks. minggu depan 39 weeks. dan minggu depan lagi 40 weeks.

tak boleh imagine sakitnya bagaimana. kalau ada orang kata lagi beratus kali ganda sakit dari period pain..

haa...

period pain yang selalu ummi alami tiap2 bulan itu pun tidak tertanggung. siap kena berehat dirumah. tidur dan berehat. letih sangat.

ni beratus2 kali sakit? ok..

seram. betul. seram..

yang cerita dengan ummi semua kata ngeri walaupun pengalaman dah berkali2.

hee...

semoga ALLAH mudahkan proses bersalin.

deliver pula kat hosp kerajaan-KLANG. macam2 versi cerita ummi dengar..

ada yang kata layanan best. ada yang kata layanan buruk.

apa pun pada ummi. rezeki masing2.. kita berdoalah banyak2. yang bagi semua tu ALLAH kan..mintalah pada DIA.. as long as ummi selamat dan baby selamat, alhamdulillah dahh...

p/s: sekarang ni,dah terasa contraction tipu2. ada tu lepas sujud tilawah, duduk atas katil. pinggang rasa cramp gilerrr sampai nak nangis. sakit kat ari2 ni dh selalu. tapi amniotic fluid masih belom keluar lagi. atau darah2 ke tiada. hehe. nervous tau!

:D

Sunday, December 15, 2013

tak mampu

assalamualaikum..

bila tengok barang baby,
eh..cantik..
eh,berguna..
eh..nak beli..
hehehe..biasalah kan..
tapi tengok harga. sentap. mahal sangat..
hati kecewa..

ummi rasa semua emak di dunia nak belikan benda yang terbaik untuk anak2 mereka.kan?
carseat cecah RM1K pun sanggup belikan.
stroller harga RM2K pun takde masalah belikan..
rocker, baby jumper, playpen. semuanya yang harga beratus2

tapi ummi betul2 tak mampu nak belikan anakanda semua2 tu.
semuanya cap biasa2 je.
apa yang daddy mampu sediakan..
itu sahajalah. yang penting. yang betul2 berguna.
yang grand lebih2 kami tak mampu. ummi pon tak kerja kan..

sedih? taklahhh.. buat apa nak sedih tak dapat nak sediakan semuanya secara perfect? pada ummie,ibu bapa kena creative. katalah tak dapat belikan baby rocker..ada banyak alternatif kita boleh buat untuk menenangkan anak dan mendidik anak. mungkin dari segi material takdelah grand sangat.
tapi input yang perfect lebih ditekankan..

sangat impress dengan saiful nang dan isteri. mereka berduit. tapi takde pulak nak memewah-mewahkan anak..anaknya dihantar ke pusat jagaan anak2 yatim Warga Prihatin. yang akhirnya memberi output yang sangat best. anak2 beliau berdua berjiwa sukarelawan. malu nak pakai berlebihan dan cantik2..takut kawan2 terasa. baru usia 5 tahun.. bagus kan?


kalau ada pusat jagaan sebijik macam pusat jagaan Warga Prihatin, memang ummi dah lama hantar anakanda ke situ. hehehe. untuk belajar kasih sayang, belajar bersederhana dan belajar bersyukur dengan apa yang ada.

untuk sekarang, ummi dgn daddy nak fokus sediakan keperluan menyimpan susu untuk anakanda. tambah2 ummi kena bayar yuran (biasalah universiti tak berduit,ummi x dapat pengecualian yuran untuk semester ni). nak kena bayar saman RM200 akibat ummi bertelefon sambil memandu. huh. nak nangis rasanya dengan kesalahan diri sendiri. daddy nak bayar roadtax, nak bayar baki yuran lagi beribu2.

apa-apa pun, alhamdulillahi 'ala kulli haal. dapat juga kami sediakan serba sedikit keperluan. ditambah dengan jasa baik nenek (emak ummi) yang nak menaja banyak keperluan anakanda. hehe.. kami tak mintak pun. tapi mak memang teruja sangat nak bagi.. kami terima dengan hati terbuka. terima kasih mak! :')

makngah baby pon dah setuju nak sponsor baby cot. alhamdulillah..

rezeki baby kan? memang setiap anak dah ditentukan rezekinya masing2.



Thursday, December 5, 2013

presentable

assalamualaikum bloggie,

pernah tak selama ni, rasa diri begitu selekeh?

hahahha...ummi le tu..

tak pernah kesah pun tudung ku kaler lain,baju kaler lain (ok,tipu.kesah sikit)

biasanya matching tapi matching yang tak berapa nak match. haha..

dan tidak pernah pula bermakeup hanya kerana nak ke fakulti.

hello?? perlu pula ummi nak spend masa 30 minit lagi nak calit maskara+bb cream+lipstik??

lagi cepat i bersiap. lagi bagus. 

tetapi sejak dua menjak dah kahwin. pergerakan semakin lambattt?apakah?apakah?

sampai suami mengeluh..~haiii..tuan puteri ni kalau dah bersiap~~

hahahaha..well. entah kenapa. dulu ku sarung jeans dan t-shirt apa je yang tak perlu gosok. rasa sekejap sangat. betul. 10 minit sahaja masa yang diperuntukkan utk bersiap termasuk mandi. hahaha.pantas tak?

dah kahwin, sarung baju yang terpaksa digosok. banyaknya blouse n jubah. melambatkan masa sikit nak bersiap..belom dengan perut terboyot2.

namun,sejak akhir2 ini.melihat perempuan cantik pandai bermakeup lalu bersosial dgn team yg serupa mereka, buat aku terrr---> err...----> kenapa mereka meninggalkan aku???

adakah kerana aku tidak presentable seperti mereka atau apa? gaya pakaianku ini tidak cocok untuk bermesra dgn mereka ke?? dushh! tambah pula melihat rancangan astro How Do I Look. lagilah terasa betapa selekahnya daku.

ehem.

ok,itu satu hal..tidak presentable depan orang ramai. depan suami lagilah perlu kau titikberatkan. persetankan jika depan orang kau selekeh. biarlah dalam rumah lebih presentable. wangi dan bersih.

namun, ku lihat pengurusan masa membuat aku tidak pantas wangi di rumah. duh! dah kenapa??

yelah, buat2 kerja semua. masak2. tak sempat mandi lagi. tup2 suami balik. hambeekkk... terus suami pulang dengan bau bawang di badan. terima kasih.. muka ku ketika itu adalah terkebil2. alamak..mengapa suami pulang dahulu sebelom aku sempat mandi?? hahahhaaha

emm..maka kali ini. selepas berbaby ingin sekali daku menjadi presentable dihadapan suami. wangi dan bersih. I don't like being ended up like that. kalau ada bajet,akan ku pujuk suami membelikan baju yang sedikit wow dan sedikit makeup. ku harap cobaanku berhasil. aminnn...