hmm..penantian satu penyeksaan..benarkah? bagi saya, ia benar sama sekali. terseksa menunggu dalam ruang kuliah nan luas namun kosong dan hambar. tanpa perhatian dan fokus, hanya bingar suasana yang mengganggu halwa telinga. penantian menanti saat untuk membentangkan tugasan berkumpulan. hanya kesudian tuan haji yang menjadi penyandang semangat saya berada disini.
lihatlah mereka itu, tanpoa segan silu meninggalkan ruang berhawa panas( suhunya mungkin tak serendah dulu) walaupun jarum jam belum pun menyentuh angka sepuluh. salah siapakah? mungkin kerana mereka juga bersetuju bahawa penantian itu satu penyeksaan. ah, saya juga pernah begitu yang tidak begitu betah duduk hanya merenung kosong setelah usai menyiapkan tugasan. sedangkan banyak lagi kerja menanti. dari terus terseksa menanti, adalah lebih baik, saya atur langkah...PERGI... kadangkala tuntutan tugasan itu menyebabkan kita dilempar dalam dilema membuat keputusan. mana yang baik? namun, penghormatan buat sang guru..adalah yang lebih utama..
No comments:
Post a Comment