bismillah kami mulakan, dgn kekuatan yang telah dikurniakan ALLAH swt..maka kami juga turut bermula, bernafas sebagai khalifah yang hidup di bumi Tuhan..meniti sebuah cerita, menulis sebuah kisah..berbicara mengenai cinta dan menikmati sebuah anugerah...
Thursday, July 30, 2009
kisah saya dan kucing..*wink*
Saya sayang kucing. Tapi tak boleh bela kucing. Kali ni, dah masuk 3 ekor anak kucing saya bela mati..huhuhu..sedih tau.. teringat masa royal 2008, di UIA. Hujan turun renyai-renyai. Angin malam begitu mencengkam tulang. Saya menyusur laluan berbumbung menuju kolej kediaman aminah. Tiba-tiba terdengar suara anak kucing yang halus mengiau-ngiau. Barangkali kehilangan ibunya. Aduhai, Kasihan!!
Saya bawa anak kucing itu ke pangkuan saya.comelnya!!. Saya angkat dan saya bawa ke bilik kediaman kami. terlupa, kak fatin tak sukakan kucing. Namun, dia masih benarkan saya bawa ke dalam rumah. malangnya saya tidak mempunyai sebarang pun makanan yang sesuai untuk kucing. Hanya menyuakan anak kucing hitam itu dengan semangkuk air kosong. mungkin boleh hilangkan kehausannya untuk seketika. Kasihannya, anak kucing saya! Oleh kerana mengenangkan kak fatin yang takutkan kucing, saya letakkan anak kucng itu diluar. Perlahan-lahan saya tutup pintu.
Meow!meow!!
Alahai, lagi kuat bunyinya. Tak sampai hati, saya buka pintu semula. Saya angkat anak kucing tersebut, melihat kedip matanya yang sungguh kasihan, saya bawa dia kedalam.. ish..mana lah nak letak anak kucing seekor ini. Akhirnya saya letakkan dia di dalam kotak barang bawah katil. Kucing yang nakal.. ia cuba untuk keluar sambil mengiau dan menjelajah seluruh isi bilik. Mata saya begitu letih dek kerana perjalanan 4 jam ditambah dengan perjumpaan dan meguruskan pendaftaran. Saya biarkan ia menjelajah bilik saya.(pernah dengar pepatah~curousity killed the cat?)
Oleh kerana Tak mahu, anak kucing itu masuk dalam bilik kak fatin, saya angkat si comel itu ke atas katil saya. Amboi,amboi makin aktif pulak dia. Saya tertidur. Kejap-kejap saya terbangun. saya melihat anak kucing itu kelaparan. Dia begitu lapar sehingga dia merasakan saya ibunya. She leaned on my armpit while sucking my pyjama as well.. alahai!! Dia nyonyot baju tidur saya seolah-olah sedang menyusu dengan ibunya.. kasihannya… saya biarkan je, mungkin boleh lekakan dia yg sangat lapar.. dan akhirnya saya tertidur. Namun saya terbangun buat kesekian kalinya dan mendapati ia sedang menggigit gelang tamim yang saya pakai. dia ajak saya main2 pula! finally dia tertidur dalam pelukan saya. Dah la kecil..Comel sangat!
Kerana kesibukan kami berdebat pada keesokan harinya, saya beri kucing itu kepada urusetia debat (saya sempat berpesan supaya urusetia tersebut mencari ibu anak kucing itu..heheh..macam la dia tak ada kerja lain dari cari mak kucing). Sehingga kini, saya tak berjumpa lagi dengan anak kucing yang semanja dia… saya rindukan si comel saya!!!!!!!!
….Saya sayang kucing….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam ummi..ummi masih belajar kat uia ke?
wslm kak nurul..
kita x belajar kt uia..
kita belajar kat uthm =)
hehe..ada tournament kat uia tu..
kak nurul ada adik ke yg belajar kat situ??
Post a Comment