bismillah kami mulakan, dgn kekuatan yang telah dikurniakan ALLAH swt..maka kami juga turut bermula, bernafas sebagai khalifah yang hidup di bumi Tuhan..meniti sebuah cerita, menulis sebuah kisah..berbicara mengenai cinta dan menikmati sebuah anugerah...
Saturday, August 22, 2009
diari ramadhan..
meniti berkahnya ramadhan.. saya tersenyum..mengingati kembali, saat kecil. ramadhan itu seolah debaran yang paling mengujakan.. saya akan menulis tentang hari-hari yg saya tempuhi sepanjang ramadhan. seolah-olah sebuah jurnal. ketika itu saya berada di tahun 4. oleh kerana terlalu gemar memasak, saya mencuba resipi-resipi yang saya kira senang untuk dicuba. dan saya tulis di dalam diari saya. paling saya ingat, cekodok milo dan sayur goreng. hobi paling disukai? menonton rancangan memasak.geli hati mengenangkannya
ya..dan kini tahun2 berlalu disapa kenangan manis yang bertaut dalam memori seorang saya.. betapa manisnya ramadhan saya nikmati ketika itu. dan hari ini, 1 ramadhan muncul kembali..ketika saya sudah meniti 22.. terawih menjadi satu acara kemuncak buat semua.. jemaah berpusu2 menuju rumah ALLAH..menyempurnakan ibadah sunat dan wajib. dan saat itu.. saya terkesima..esok lusa, andai masa itu tiba..bagaimana harus aku menghadapi sang Pencipta?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
selamat berpuasa yek :D
selamat berpuasa juga =)
Post a Comment