Wednesday, October 21, 2009

KENANGAN TERINDAH


Semalam baru sahaja selesai aku mengadiri majlis pembacaan kutub sitah. Rasa diri ini sangat bertuah kerana dapat meghadiri majlis yang sangat mulia disisi Allah. Majlis yang bermula semenjak hari sabtu bersamaan 17 hb sehingga 20 hb itu alhamdulillah berjalan dengan lancarnya walaupun terdapat beberapa masalah. Alhamdulillah majlis ini berjaya ditamatkan dengan kehadiran Mufti Mesir Syeikh Ali Jumuah. Walaupun pada mulanya rasa berat untuk meghadiri majlis ini..namun aku ucapkan rasa syukur pada Allah kerana menggerak hati ini untuk mendaftar. Pertemuan pertama ini dimulakan dengan pembacaan Sahih Bukhari. Walaupun tidak dapat menghabiskan semuanya, namun sekurangnya hadis yang dibaca oleh para masyaikh Mesir ini membuatkan aku teringat kepada hadis nabi yang bermaksud “ aku tinggalkan kepadamu 2 perkara, sekiranya kamu berpegang teguh kepada keduanya kamu tidak akan sesat selamanya; itulah al-Quran dan Sunnahku”. Dengan merenungkan hadis ini aku gagahkan jua diri untuk terus mendengar hadis-hadis nabi yang suci itu. Majlis yang bermula dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam itu membuatkan diri terasa agak letih, namun disebalik keletihan itu ada keberkatan yang kita sendiri kadang-kadang tidak sedar kehadirannya. Antara syeikh-syeikh yang datang menghadri majlis penutup pembacaan kutub sitah ini Syeikh Dr. Ali Jumuah, Syeikh Muhammad Ibrahim Kattani, Syeikh Usamah, Syeikh Dr. Jamal Faruk, Syeikh Dr. Toha al- hubaisyhi, Syeikh Dr. Yusri al- Al- Jabar, Syeikh Dr. Saad Jawish. Itulah kali pertama setelah setahun lebih aku duduk disini bumi anbiya’ ini dapat bertemu dengan mufti mesir, disebabkan bukan mudah orang awam seperti aku ini untuk bertemu dengan ulama’. Majlis yang diakhiri dengan doa yang dibaca oleh Syeikh Ali Jumuah itu membuatkan sayu hati ini. Aku mengharapkan dengan keberkatan baginda Rasulullah S.A.W dan berkat imam Bukhari yang nama sebenarnya Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-mughirah, menguatkan lagi semangatku untuk terus menimba ilmu disini.

1 comment:

dari~ummie said...

semoga urusan dipermudahkan..