Iqra’ bismirabbikal lazi halaq....
Itulah kalam pertama yang menggetarkan jiwa nabi kita baginda Muhammad SAW..namun disebalik wahyu yang pertama itu turun ke atas baginda..ade pengajaran yang begitu luas yang perlu kita ambil..dapatkah kita memikirkan mengapa ayat ini yang pertama diturunkan..bukannya solat,puasa, zakat atau haji.?? Sudah tentunya terdapat mesej yang ingin disampaikan oleh yang menciptakan langit dan bumi, Allah yang Maha Esa..
Mengapa umat islam hari ini begitu lemah, dari segi ketenteraan, aspek pembangunan,ekonomi dan sebagainya..semuanya kerana kurangnya budaya membaca yang diamalkan di dalam kehidupan seharian. Ingatlah ilmu itu terhasil melalui pembacaan dan pemahaman yang luas. Bagaimana kerajaan Abassiah suatu ketika dulu dibawah pimpinan Kharun ar-Rasyid dapat melahirkan cendiakawan-cendiakawan Islam yang terulung kerana membudayakan budaya ilmu di dalam kehidupan seharian ,dimana dibina baitul hikmah tempat bagi rujukan umat ketika itu.
Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud “Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..”. Maksudnye disini, disamping membudayakan budaya membaca di dalam kehidupan seseorang muslim, perlu diiringkan dengan keimanan yang teguh kepada Allah SWT. Keimanan yang sejalan dengan ilmu pengetahuan, itulah pokok ketinggian dari satu ummat dalam masyarakat dunia hari ini.
Secara kesimpulannya, membaca adalah kunci kepada ilmu, cahaya yang menerangi kegelapan. Banyak bahan-bahan yang berfaedah yang boleh dibaca antaranya karangan Dr Yusof Al-Qardhawi (Qiraah fi waqi’il ummah) dan bermacam-macam lagi bahan. Disamping pembacaan, tanamkan keimanan yang tinggi kepada Allah SWT..kerana jika sesuatu kaum itu mengamalkan apa yang terkandung di dalam al-Quran, maka ia boleh maju kehadapan. Al-quran itu memberi penjelasan kepada semua manusia yang membaca dan memahami maknanya, tetapi hanya Allah yang memberi petunjuk dan hidayahnya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Pengetahuan yang memuncak tinggi, tetapi kosong dari keimanan, merupakan perjalanan kemajuan yang pincang yang mengakibatkan kejahatan dan kehancuran. Akhir kalam, hiasilah hidup kita dengan mambaca, dan sebaik-baik bahan bacaan ialah al-Quran. Hayatilah dan selamilah maknanya yang tersirat disebalik kalam TuhanMU itu..
1 comment:
haruskah terpinggir pemikiran jika membaca itu kita budayakan?
mentaliti perlu diubah dari kelas ketiga ke kelas pertama~
Post a Comment