bismillah kami mulakan, dgn kekuatan yang telah dikurniakan ALLAH swt..maka kami juga turut bermula, bernafas sebagai khalifah yang hidup di bumi Tuhan..meniti sebuah cerita, menulis sebuah kisah..berbicara mengenai cinta dan menikmati sebuah anugerah...
Tuesday, December 1, 2009
amanah vs tanggungjawab
TANGGUNGJAWAB ITU MEMBERATKAN?
Ketika pemimpin-pemimpin dunia sibuk mengejar pangkat yang mana masing-masing mempunyai kepentingan yang tersendiri, ramai dikalangan kita yang ingin lari dari memikul tanggungjawab yang diberi. Persolannya berat ke amanah yang diberi atau yang dipikulkan kepada kita,tidak kira la kita sebagai ketua atau menjadi orang bawahan. Sahabat-sahabtku betapa mulianya orang yang beramanah. Kerana apa? Kerana amanah itu mulia, amanah itu penting. Orang yang paling mesti dengan amanah ini ialah pemimpin dan peniaga, kerana mereka berurusan dengan masyarakat, berurusan dengan orang ramai, kalu dia amanah maka akan senang orang ramai, tetapi kalu khianat maka akan susah. Maksudnya,yang memegang jawatan dalam suatu organisasi, kalu orang biasa yang tidak memegang amanah, dia beramanah… bagus, tetapi sahabat-sahabat, kalu pemimpin yang beramanah, peniaga korporat yang beramanah , orang berkedudukan amanah lagi dipandang mulia oleh Allah SWT. Ini besarnya amanah. Betapa perlunya sifat amanah ini sehingga ditegaskan oleh al-Quran dan hadith. Kerap kali dalam bentuk menyuruh beramanah atau melarang dari berkhianat. Ada ayat yang menyuruh beramanah, ada ayat yang melarang dari bersifat khianat. Kadang-kadang di datangkan dalam bentuk gabungan, seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 27:
bermaksud; wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul, dan juga jangan berkhianat kepada amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahui.
Apa yang dimaksudkan dalam ayat diatas ialah, janganlah kita berkhianat terhadap kepercayaan yang di amanahkan kepada kita. Perkataan kepercayaan ( amanah ) disini ialah dengan ertikata yang luas, di antaranya termasuk jabatan-jabatan, tangunggjawab yang diserahkan kepada seseorang, dan hendaklah semua itu dijalankan dengan penuh kejujuran, penuh perhatian dan tanggungjawab.
Ibnu Abbas R.A berkata amanah itu segala amalan yang diamanahkan Allah kepada hambanya, seperti amalan ibadah yang fardhu. Sahabat-sahabat, amanah itu mestilah dipikul oleh orang yang iltizam hubungannya dengan Allah.
Jikalau orang itu lemah hubungannya dengan Allah, jangan harap dia akan beramanah. Antara cara kita ingin mengetahui orang itu amanah dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikulnya ialah melihat bagaimana hubungannya dengan Allah, kalu elok maka amanahla dia, kalu tidak maka tak jadilah sahabat-sahabatku. Mengikut perspektif Islam, semua urusan dalam dunia tidak hanya dikawal oleh undang-undang dan peraturan yang zahir sahaja, tetapi dalam masa yang sama ianya dikawal oleh hati yang berperasaan amanah dan tanggungjawab kepada Allah SWT. Sahabat-sahabat inila dia besarnya amanah, sewajarnya kita perlu menjaga amanah ini dan menjunjungnya. Untuk menunjukkan lagi pentingnya sifat amanah ini,
Allah berfirman dalam al-Quran di dalam surah an-Nisa, ayat 58:
Yang bermaksud;Sesunguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah-amanah kamu itu kepada mereka yang layak memikulnya dan bila kamu menghukum di antara manusia, hendaklah menghukum dengan adil, dengan itu Allah memberikan pelajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah itu mendengar dan melihat.
Sahabat-sahabatku pentingya amanah itu diberikan kepada yang lebih berhak memikulnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
Apabila amanah itu disia-siakan maka tunggulah saat kehancuran.
Para sahabat bertanya sia-sia itu dimaksudkan bagaimana.? Nabi menjawab apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.
Muktahir ini, bukan rajin yang paling lebih, bukan cerdik yang utama, tetapi orang yang beramanah. Orang beramanah ini datang dalam satu pakej. Ada orang yang cerdik tetapi jahat. Sebab itu sahabat-sahabat banyak kerosakan yang berlaku di dunia ini datangnya dari orang yang cerdik pandai.
Kesimpulannya sahabat-sahabat, didiklah sifat amanah ini di dalam diri kita, kemudian diterapkan kepada anak isteri, sahabat handai kita serta orang-orang disekeliling kita. Ia sangat penting untuk melancarkan lagi kehidupan seharian kita. Moga-moga sifat amanah yang kita pupuk dalam diri kita ini, berkatnya Allah memurahkan lagi rezeki kita sama ada di dunia apatah lagi di akhirat kelak. Jadikan sifat amanah ini sebagai wajib kepada diri kita, seperti Rasullullah SAW mewajibkan sifat amanah kepada dirinya. Semoga kita semua diberkati Allah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment