Kalau tidak kerana angin masakan pokok boleh bergoyang..begitulah lumrah kehidupan kita seharian..kadang-kadang ia membawa erti yang manis dalam kehidupan..dan kadang-kadang ia memedihkan jiwa yang boleh meruntuhkan semangat dan mengganggu emosi. Itulah cantiknya manusia ciptaan Allah SWT, yang mempunyai hati dan perasaaan. Indahnya Allah SWT yang menciptakan manusia itu sesempurna ciptaan-Nya, sebagaimana firmannya dalam surah at-Tin ayat ke-4 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam rupa yang amat baik”
Dalam banyak-banyak perasaan yang dikurniakan oleh Allah SWT, ada suatu perasaan yang ada dilubuk sanubari setiap insan, itulah perasaan MARAH. Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia mempunyai perasaan ini, samada marahkan diri sendiri ataupun orang lain, tetapi perasaan ini tidak akan datang sendiri sekiranya tiada sebab yang mendatang. Maka kita sebagai pelakon yang mendapat skrip begitu haruslah bijak melakonkannya. Sahabat-sahabatku, hakikatnya perasaan ini datang dari Allah SWT yang di datangkan untuk menguji tahap keimanan manusia, kerana sabar itu separuh dari iman. Marah ini adalah merupakan panyakit hati yang membahayakan diri dan orang lain. Sahabat-sahabatku, kadang kita boleh berkata kepada orang lain seperti ini “ kau boleh la cakap sabar, sebab benda tu tak jadi kat kau” . Disinilah tahap keimanan kita diuji sebagaimana firmannya dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira, bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja mengatakan; Kami beriman, dan mereka tidak diuji”?
Dalam menangani perasaan ini, Allahlah pilihan yang terbaik untuk kita mengadu segala masalah kita, kerana Allah SWT tidak mempunyai sifat seperti yang terdapat pada makhluknya iaitu hasad dan dengki. Sekiranya kita meluahkan kepada orang lain ini membahayakan diri dan orang lain, kerana mungkin di antara kawan-kawan kita yang mempunyai hasad dan dengki dalam diri seperti “api dalam sekam”, yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Baginda Rasulullah SAW juga ada mengajar kita bagaimana untuk mengurangkan perasaan ini dengan beristighfar berkali-kali agar syaitan yang menyemarakkan perasaan ini akan lari bertempiaran. Selain itu sekiranya ketika itu kite berdiri, maka hendaklah duduk, jika tidak berkurangan maka hendaklah berbaring. Ambiklah wuduk kerana marah itu seperti api, maka api lawannya adalah air.
Sahabat-sahabtku, ketahuilah bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda :
“ Orang yang kuat bukanlah orang yang kuat tubuh badannya, tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah”
Akhirnya sahabat-sahabatku, kita fikir-fikirlah apa yang terbaik untuk kita, sekiranya ada terkurang dari kata-kata ini, maka diminta ditegur. Ketahuilah kemenangan itu sentiasa berpihak kepada orang yang sabar menahan kemarahan. Sedangkan baginda Rasulullah SAW di uji, inikan lagi kita umat yang sangat lemah disisi Tuhan. Membina hubungan yang harmoni dan akrab patut diutamakan dahulu agar ia berguna di masa akan datang. Senyumlah sahabatku, kerana dari senyuman itu akan lahirnya kasih sayang antara kita, dan bersabarlah kerana sabar itu sangat indah. Wallahu ‘alam.
1 comment:
thanx cik tam..memang nasihat yg baik..
Post a Comment