Wednesday, June 2, 2010

sepucuk surat untuk Gaza



ketika aku masih lagi seorang budak, aku telah pun mendengar rintihan wilayah Gaza. aku masih hingusan, aku belum kental dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku disekelilingku.
Lalu, semakin aku membesar, semakin aku merasa betapa dalamnya penderitaan kamu wahai Gaza. Aku makin banyak menulis tentangmu.

kita tidak pernah bertemu. Namun, aneh, perasaan cintaku kepadamu hidup subur dalam relung jiwaku.

aku benci manusia yang menyakitimu. aku benci bangsa yang mencabuli hak2 wilayahmu.

Namun, apalah daya kudratku untuk menghalang kafir harbi itu?



Malah, aku bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke dalam kawasanmu yang digelar wilayah bergolak. Aku semakin tega menonton dokumentari mengenai wilayahmu.

aku jatuh kasihan melihat anak-anak berani. yang membesar dengan suasana cukup tegang dan mengerikan. kudrat mereka hanya batu! walhal, mereka tahu, sebiji batu yang mereka lontarkan pasti akan dibalas dengan peluru berpandu. aduh! siapa sebenarnya pengganas gaza? media barat terang-terangan menipu sedangkan gambarannya jelas.

aku semakin ingin tahu, sejarahmu Gaza. aku habisi masa lapangku dengan membaca tentangmu. aku juga membaca tentang yahudi-yahudi keparat yang tidak pernah puas memberimu luka dan duka. pun begitu, masih ada sekelompok yahudi yang menentang kezaliman yang dilakukan oleh pembesar mereka terhadap penduduk Palestin.



aku tahu tentang peristiwa syabra dan syatilla pada tahun 1982. "Projek" itu dikepalai oleh seorang Arial Sharon. yang kini ALLAH berinya derita dengan kelumpuhan seluruh sistem sarafnya. Hukuman ALLAH lebih adil. aku percaya itu.

Yahudi ternyata diberi kelebihan dan kebijaksanaan. aku telah memerhatikan sejarah lampau. mereka bijak dan bongkak. sehingga mereka menjadi lebih bodoh kerana terlalu bijak. jangan kau risau Gaza. ALLAH sentiasa ada bersamamu..bukankah syahid itu balasannya syurga?

tatkala, ALLAH memberi mereka kebijaksanaan luar biasa, kita, ALLAH beri dengan kekuatan iman dan Tauhid. dan aku percaya dengan menTAUHID kan ALLAH, kekuatan dan kebijaksanaan dalam diri manusia akan ditemui. selidikilah sarjana-sarjana islam yang lampau. selidikilah peribadi dan perilaku para sahabat. selidikilah bagaimana Rasulullah begitu tabah menangani hari-hari Baginda dengan manusia yang menentang baginda.

akan tetapi, aku kesal Gaza..kerana aku masih tidak dapat membantumu dengan kudratku. aku kesal kerana aku orang Islam yang lemah. aku kesal kerana iman di dadaku masih belum ampuh untuk pergi berjuang. aku kecewa kerana hati aku masih lagi dibisik syaitan.

ya ALLAH, berilah kami kekuatan hati untuk tetap bermujahadah di jalanMU!


4 comments:

hasni said...

setuju dengan tulisan umi ni

dari~ummie said...

terima kasih hasni..tapi umi ni, tak sedar2 diri lagi..=(

Neny said...

this is nice ummie...ye, semoga Allah s.w.t menjadikan kita umat islam yg kuat dan teguh imannya utk menentang kejahatan yahudi terhadap kita....

dari~ummie said...

insyaALLAH kak nenny..
bukan mudah kita nak bina kekuatan..rasa sedih sebenarnya..sebab tak mampu lakukan apa2..cuma doa je yang termampu..