Friday, August 27, 2010

you pernah rasa kena "tindih" tak?

salam semua...

entry diatas- jangan nak kuning2 bagai...hahha! ni bukan kena tindih dengan manusia. ini kena tindih dengan makhluk halus. alkisahnya,semalam lepas tadarus dengan eryn, cerita pasal makhluk halus ni terbukak...padahal cerita pasal -kau dok blok mana dulu,kat kolej perwira?- hihihi...

then,eryn ada ceritakan pasal family dia (her cousins) yang selalu kena kacau.. so,kerana kesuntukan masa, eryn pun berkeputusan suruh saya baca blog sepupu dia yang selalu kena kacau dengan mahklus besar tapi halus itu. actually blog abang kepada sepupu eryn (heh,kira sepupu jugaklah kan?)

maka, saya pun menerjah blog tersebut. best blog beliau. baca punya baca, tiba satu part-si blogger tersebut menyatakan dia selalu kena tindih,even in dublin sekalipun.

dan sudah tentu, entri tu amat berkait rapat dengan saya. dari darjah dua lagi, saya dah mula kena tindih. serius tak boleh bernafas,gerak pun tak boleh. konon-konon,nak jerit mintak tolong,hmmmmppphhhhh....nak bukak mulut pun tak boleh!dan perkara ni berlaku dengan kerap saat saya bersekolah menengah di SMAKJ (2001-2004).pernah dalam seminggu, hampir setiap hari kot saya kena tindih..(tapi tido tetap tido,hehehe,takde insomnia pun)cuma, saya akan tido sebelah orang. saya takkan tido atas katil sorang-sorang. sangat scarry hokehhh...


(gambar sekadar hiasan-takdenya pari-pari nak buat magic masa tido)

saya selalu mimpi menakutkan.dan saya selalu terbangun. one of the thing that i notice is, saya pernah perasan ada lembaga hitam masuk dalam bilik saya(2dimensi). lembaga tu berambut kerinting,panjang dan tak nampak muka. dan lembaga tu jugaklah yang datang masa saya form 1 dalam kejadian histeria (kawan saya yang histeria) kat johor sana nun. padahal saya pernah nampak kat shah alam je.dan saya rasa makhluk tu jugak yang pernah panggil nama saya masa saya kena tindih kat rumah arwah nenek suatu masa dahulu.

itu masa form 1, back to zaman kanak-kanak, sekitar usia saya darjah 3, saya mandi masa maghrib kat rumah pengasuh saya (cik tipah saya panggil nama dia).waktu tu lampu bilik air tu warna kuning. saya yang penakut ni mandi betul2 depan pintu yang saya dah tutup.hihi..mandi punya mandi, tiba2 suasana bilik air jadi gelap. aik? apahal gelap tiba2? saya berkata dalam hati.

gelap tu bukan gelap gelita sebab lampu bilik air kena tutup. tapi gelap macam kena selubung. saya pandang atas lantai bilik air. saya nampak bayang2 terbentuk.terkesima saya. dengan tangan yang ingin mencengkam dan bertanduk dua,makhluk tu seolah-olah dekat atas syiling bilik air.. cuma saya tak pandang atas. saya pandang lantai je..saya pun apa lagi, baca 4 qul dalam hati (sempat lagi saya cakap,ish,dalam bilik air mana boleh baca quran..eheh)tak lama tu, bilik air makin cerah. sebab bayang-bayang tu,bergerak ke arah belakang.

tak lama tu, saya terus bukak pintu bilik air sikit. saya tanya;

"ciktipah, siapa yang tutup lampu bilik air tadi?"

"ha? mana ada orang tutup lampu bilik air?"

saya pun telan air liur;

"oh,takpelah"-tutup balik pintu bilik air. terus saya mandi laju2.haha..

*tapi tak pernah insaf,selalu jugak mandi dah nak dekat maghrib*


oh,berbalik kena tindih. kan dalam entri lepas saya cakap, dalam masa saya kena tindih,saya macam sedar tak sedar,(macam dalam alam mimpi dengan alam nyata) saya nampak ada kepulan asap putih kat lutut kiri saya. memang penat nak lawan. semenjak tu,lutut kiri saya asik sakit..macam orang tua pulak kekdahnya.macam kena arthritis.

*naudzubillah*


bila kena tindih ni jugak, saya akan dengar suara-suara yang menakutkan.kadang-kadang saya nampak suasana nyata,tapi dalam masa yang sama,ada makhluk2 seakan manusia main-mainkan saya. oh! baru teringat, pernah jugak saya kena tindih, lepas tu saya nampak ada makhluk pakai baju putih kat katil saya!hohoho...takuttttttt!!apalagi,lepas dapat bangun dari "tindihan" terus melompat atas katil kawan saya.hihihi..

sekarang ni,dah kurang,alhamdulillah..tapi kena juga banyakkan amalan. kalau dulu, sampai dah tak tau nak buat apa. baca ma'thurat dah,baca quran sampai satu juzu' satu hari. tapi malam tetap jugak kena tindih. tension betul. bukan apa,penat nak lawan dengan jin ni..kalau nak cerita pasal kena tindih ni memang banyak. nantilah kita sembang2 okay...

banyak jugak kejadian pelik saya pernah alami. tapi alhamdulillahi ala kulli haal. ALLAH tetap pelihara jiwa saya. saya mohon ALLAH terus pelihara hati saya dan jasad saya dari diceroboh makhluk halus. saya memang penakut tahap gaban. tapi alhamdulillah,saya tak pernah kena histeria. saya yakin, ALLAH yang memelihara saya. bukan disebabkan oleh kekuatan jiwa saya.jiwa saya sesungguhnya teramatlah lemah.ALLAH lah tempat kita berlindung.

oh,info dari blogger tersebut;
1)jin islam tak pernah tindih manusia. yang tindih manusia cuma jin kafir.wallahua'lam
2)bila ditindih, wajah jin tersebut betul2 berhadapan dengan wajah kita.
3)bacalah ayat-ayat suci alquran atau zikrullah.kumpulkan sekuat tenaga dan hembus ke depan.insyaALLAH, ia akan berjaya mengusir jin tersebut.


9 comments:

ღCIK ERYNღ said...

ak xpenah mengalaminya..
tp ade kawan ak penah kene tindih
sampai tak boley nak cakap,nak begerak,nak bukak mata
huhu

dari~ummie said...

ha...memang pon eryn..harap2 ko janganlah terkena..insyaALLAH,amin..tapi aku boleh nampak sekeliling aku kalau kena tindih

Sayer Best said...

Aku pernah jugak.Masa kt Smakj,kt USim pun pernah.Tapi x kerap la,juz 3 times in Smakj,kt Usim pun lbih2 krng cmtu la.

Tapi aku nyer kejadian lak,semuanya berlaku time Jumaat Tengahari(waktu org laki gi solat jumaat) dan mse tu tdo sorng2..suratan@kebetulan??

dari~ummie said...

wana: benda tu memang suka time takde orang..lagi2 kalau bergelap..aku rasa la..lagipun jin2 ni memang ada..smakj paling selalu aku kena..kdg2 aku jadi takut nak tido..

yied: perlu untuk jadi lebih kuat..;)

A m a l said...

hi there? we shared the same experience don't we?

you have 'someone' following you...tingkatkan amalan surah2 pendinding seperti Ayat Kursiy, 4 Qul, ayat seribu dinar, ayat 102 surah baqarah dan sebagainya...

May The bless of Allah shine above you..

dari~ummie said...

hi amal..
glad u are dropping by here..=)
actually i haven't thought of "someone following" me..because i just ignore "that thing"..but i guess you are right..

may ALLAH bless all of us..

hasni said...

pernah jgk mcm kena tindih
tp masa tu sure
hasni xkn bukak mata
pejam je smbil baca ayat2 suci
xberani gila nak bukak mata
tkt nmpk muka hodoh
boleh jalan hasni
huhu

Anaasuria said...

salam ummie,
akak pun pernah kena gak.. yang akak paling ingat maasa form 5 nak amik SPM.. masa akak tido, dalam pada pejam mata tu, dia dok sebelah akak sambil tangan dia berusaha nak bukak mata akak suruh tengok dia.. macam kita cuba cungkil mata ornag yang tutup rapat2 suruh bukak, hah mcam tu lahh.. akak baca ayatul Qursi, walaupun masa tu nak baca pun tak leh, sebab macam sesak nafas.. akak siap kata lagi (masa tu macam dalam mimpilah)ko ingat ko kuat ehh.. ko kuat ke aku kuat.. sambil usaha baca ayat Qursi.. last dia surrender.. hihi.. ehh, betul ni, tak tipu tau..

kalau ummie selalu kena follow, saka kot?.. hihi..sajer jer bagi suspens..

dari~ummie said...

hasni:huhuhu...scarry kan...walaupun tak nampak muka "encik" tu, tapi jantung rasa nak tercabut jek..hihih

kak aana: kihkih..lawak la akak nih!sempat lg berdialog dgn menda tuh..kui33..haa...kan..kan..kita rasa macam kita ada kat dua dimensi bila kena tindih kan?berani betul akak..kita dalam hati berdebaq2..hihik..

p/s: saka kak?waaa...tak mau.....hukhuk