Sunday, October 24, 2010

cukuplah..

cukuplah terubat rindu..
bila aku pernah mimpi arwah nenek datang..dengan wajah ceria dan senyuman yang biasa aku rindu..sekalipun aku takkan berjumpa lagi dgn nenek di dunia fana, mimpikan nenek,dah terubat kerinduan aku pada dia..suatu hari nanti aku kan menyusul nenek..insyaALLAH..

cukuplah terubat rasa galau..saat arwah asma meninggal,aku tak dapat nak bersua muka..aku doakan arwah di kejauhan je..tapi aku pernah mimpikan dia..dengan senyuman juga..dia ajak aku masuk rumah dia..tapi aku tergesa2 dalam mimpi tu,aku tolak pelawaan asma'..

kali ni arwah nani..sama macam asma',aku tak berkesempatan dan takde peluang juga masa tu..takpelah..doa dari aku akan ada untuk arwah..moga2 aku dapat mimpi nani..dah lama sangat aku tak jumpa dia..sampai sekarang takkan aku dapat jumpa..

review pasal arwah,selama aku satu dorm dgn dia,dia cukup baik..dia suka cerita itu ini dgn aku..first aku kenal and cakap2 dgn dia,masa form3 sebab masa tu dia baru masuk smakj..aku dgr cerita dia pasal movie apa ntah..tergelak2 aku..arwah memang dia pandai cerita dgn sound2 effect sekali..hehe..

inani orang senang,tapi sepanjang aku kenal dia,dia memang tak menyombong dgn kesenangan dia..in fact,aku selalu je pinjam barang2 dia..heheh..kamu tahu jela,aku ni memang gini..tapi aku pulangkan tau..dia memang takde berkira..aku nak pinjam,dia on aje..

aku teringat2 baju kurung hijau bercekak dia dengan corak bunga tabur kecik..sweet...aku suka tgok dia pakai baju tu..nani ni ada 2 orang adik kecik perempuan yg sangat comel okeh..sebijik macam arwah..
oleh kerana aku gonjeng, arwah nani pulak skema,maka haruslah dia akan ber-grup dengan budak2 skema kan..heheh..jadi sebab tu aku takdela rapat dgn dia serapat aku dgn grup "adik-beradik" aku..dia dulu pengawas perpustakaan..jadi uniform dia mestila kuning air..

lepas spm aku dah tak pernah jumpa dia..aku tgok dia pon dari FB je..aku ingatkan arwah amik dentistry kat bandung..rupanya amik medic..

last,rabu malam khamis,aku tgok status FB dia..mengatakan dia sakit2 badan dan dia stress...mata aku terpaku jugakla tgok status tu..tapi aku sekilas jela..
dah berapa lama jugak aku tgok handphone aku..aku selalu terdetik,harap2 takde panggilan kedukaan untuk aku..

last2 masa hari khamis,sa'dah call..aku tgh busy dalam bilik bos masa tu..sa'dah sampaikan berita pemergian inani zalikha..allahuakbar..terkesima aku..maghrib tu aku tak balik lagi,aku dok kat surau KK..aku jadi sebak..pantasnya ALLAH nak ambil nyawa kita..bila2 masa..aku sedekahkan yasin utk arwah..

aku doakan arwah dilepaskan dari fitnah kubur..insyaALLAH..arwah baik..aku mohon ALLAH dengar permintaan hambaNYA yang berdosa ini..

selamat berehat sepuas-puasnya sayang..moga jihadmu dalam kembara mencari ilmu untuk kebaikan manusia,akan diganjarkan oleh ALLAH akan syurgaNYA nan abadi..amin ya rabbal alamin..diambil dari facebook arwah..utk kenangan..

-Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."-

moga-moga kitalah penuntut ilmu yang akan dimudahkan jalannya ke syurga..amin~

2 comments:

Anaasuria said...

salam ummie,
tak sangka arwah inani tu kawan ummie.. sedih jugak dengar kisah dia.. sedih kan...apa pun, kita doa semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan orang yang soleh.. Amiin..

dari~ummie said...

kak ana,
amin ya rabbal alamin!...terus tersentap saya dgr arwah dah gi..sebak sungguh rasa..doakan rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman..thanx kak..