salam..
hai belog yang bersepah dan bersawang..:)
hmm..
hmm..
aku kan sudah berjanji aku tidak mahu belog aku dicemari kisah2 ungkitan dan tidak mencerna minda?
tapi kali ni,aku mungkirkan janji.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [Al-Hujuraat 49:11]---> copy paste dari belog saifulislam
aku tidak mahu bertekak lagi. aku sudah minta maaf. dikatanya akulah punca rezeki dia tersekat. aku kah? aku lah yang tabur tahi di periuk nasinya. aku akui tersilap berkata2,dan aku minta maaf. tapi mengatakan aku menjadi satu2 nya punca. aku rasa fikirkan semulalah. yang MAHA MEMBERI REZEKI itu ALLAH. fikirkan kenapa budak2 rumah nak sangat pindah dengan segera? kenapa semua orang perlu keluar? kenapa turnover rate sangat tinggi? fikirkan.
mana tidaknya darah aku tersirap. senang2 tuan rumah suruh aku pindah rumah pada tengah bulan. kalau aku yang nak pindah belum cukup hujung bulan,silakan burn deposit itu. tapi bukan aku yang nak pindah. aku perlukan masa nak cari rumah. dan aku sudah usaha mencari. kebanyakan rumah tak mahu mengambil aku sebab aku cuma mahu duduk sekejap sahaja hingga hujung bulan dua. masa suruh aku duduk rumah tu bukan main pujuk aku,siap rendahkan kadar sewa. tapi akhirnya,senang2 tendang aku keluar sebab katanya nak renovate rumah. faham tak situasi ni? faham tak kenapa aku marah? aku tahu hak dia nak renovate rumah. tapi aku mmg stress betul sebab kerja sangat banyak. ada banyak benda aku kena settlekan. dia kutuk aku dalam mesej begitu kaw2. hehe. kutuklah. kutuk lagi. hina lah aku. lekehkan lah kerja aku. i don't care. aku dah cakap apa yang sepatutnya aku cakap. kalau dia berbisnes rumah sewa,maksudnya aku ni customer dia. maka customer ada hak juga untuk bersuara bukan?
aku tegur dalam mesej, dan dia melenting. oklah,memang prosesnya macam gitu. pasti dia akan marah. sebab aku dh jangka perkara itu berlaku. aku tegur dia directly. aku luahkan apa yang dah berlaku. *tapi taknak cerita kat sini*.. tentang budak2 rumah. dan sebenarnya budak2 rumah aku lah yang suruh aku cakap kat tuan rumah ni about this thingy. nampak aku jahat. dan budak2 rumah aku ni baik sebab tak melawan apa2 kan?sebab itu dia cakap aku tak reti bersyukur. itu pada dia. dia tidak tahu disebaliknya. yang aku cakap itulah yang perlu dia semak semula.
tapi aku tegur dalam mesej. aku tak aibkan dia di public. di public aku cuma cakap harga sewa mahal. dah memang mahal. takkanlah aku nak cakap murah pula? akhirnya setelah kejadian ini berlaku dia rendahkan kadar sewa. ? u get what i mean?
di sisi aku,aku jua punya kesilapan. lancang sangat kutuk kemahalan rumah ni. huhu. over-stress. maka dengan ini, aku telah termuhasabah. uruskanlah stress. jangan sampai mengecilkan hati orang. uruskan marah. uruskan minda. uruskan perasaan. ALLAH. sesungguhnya aku ini insan yang lemah lagi hina. benda dah pun berlaku. ALLAH tu Maha Kaya. aku percaya itu.
tuan rumah ni positif sebenarnya.. tapi dia terlupa.setelah kejadian bergaduh2 dengan aku, dia telah menambah baik cara dia uruskan rumah. dia tambah itu ini. nak renovate rumah *yeah,sebelum tu aku ada cakap pasal hal bilik air*. dan bukankah dengan ini, dia menambah kualiti dia. dia rendahkan kadar sewa. dia tahu apa yang kurang. aku percaya,akan ada ramai orang nak sewa rumah dia lepas ni. see, bukankah ALLAH itu MAHA MEMBERI REZEKI? semoga pintu rezeki dia dibuka seluas-luasnya. amin..
No comments:
Post a Comment