assalamualaikum,
selamat hari raya bloggie.
semalam punya cerita punyalah thrill. hehehe.. nak scan baby je..
semenjak 16 weeks lagi nak scan. drag punya drag sebab nak carik doktor perempuan,akhirnya 21 weeks baru lah dapat gi scan.
itu pun jenuh,cari kat kawasan gemecheh satu klinik pun takde service scan. masa tu mak berry dah pasrah. takpelah. doktor lelaki pon lelaki lah. dah takde pilihan. i just want to make sure that my baby is doing good in my tummy. itu ajeeeee.
oleh itu, ciktam ajak gi scan hari khamis (semalam). katanya lepas balik sekolah nak terus pi tampin, scan, n terus balik rumah lepas scan.
mak berry tak setuju,sebab malam ciktam ada kelas quran kat Repah(area tampin). gemencheh-tampin dalam 30 minit jugaklah. kau bayangkan nak ulang alik gi klinik,malam kang ada kelas nak ulang lagi. masa 2 jam nanti terbuang dalam kereta pula. lantas aku suarakan pendapat.
"kita pergi lewat sikit la. pukul 6 petang. lepas scan boleh cari barang kat giant pastu abang boleh terus gi kelas. nanti saya tunggu la abang mengajar"
saranan aku dipersetujui oleh ciktam. maka bermulalah episod thrill. dari satu klinik ke satu klinik kitorang jelajah. ada tu malam tak buat scan lah, doktor dah balik lah. klinik dah tutuplah. klinik dah nak tutuplah. macam2 lah. penat kaki mak ni berjalan.
sampai satu klinik, dr.lee ke apa ntah. sebelah kedai anakku. akhirnya! akhirnya, ada scan. aku tak kira doktor laki ke perempuan.. memang hati dah meronta2 nak scan.. ampunkanlah aku ya ALLAH,kalau perbuatan ni berdosa.
n, alhamdulillah, the baby is doing good. cukup sifatnya(insyaALLAH), jantung baby pun ok. dan...
yang paling mengejutkan ialah. my baby is a jeng jeng jeng! how happy i am. aku terus terbayang tilam kelambu yang aku refuse nak beli sebab kaler pink hari tu..orang kedai suruh aku datang minggu depan tengok stok baru. ahahah..
kitorang expect anak lelaki. maklumlah kalau ikut pattern sebelah ciktam anak sulung semuanya lelaki. anak kedua baru perempuan. hehe. aku pun ingat lelaki lah. lagi satu kalau perempuan maknya suka makan masam2 (mak ciktam yang kata). aku pulak tak suka makan masam2. tapi tulah kuasa ALLAH kan.. tak kisahlah jantina. yang penting anakku sihat dan cerdas. dah cukup bersyukur alhamdulilllah. terus mak berry nak beli head gear cecomel. nak search baju pink2 ajeeer!
enough mak berry. jangan over. :)
salam syawal.
2 comments:
as salam..selamat hari raya...tahniah..if betul telahan, you will deliver baby girl kan....TAHNIAH...doakan akak yek...(entoh bile..)...selamat semuanya...
kaaakk! ee..rindunyerr..mekasih2..insyaALLAH..your time will be soon..:)
aminn...
Post a Comment