Tuesday, May 14, 2013

first trimester

assalamualaikum...

sekarang baru la start morning sickness...bukan morning je..all the day.. huahuahua...

masa mula2 pregnant..mengidam..mengidam nak masak macam2..ada suatu petang tu teringin bebeno nak membuat roti. padahal lepas solat jumaat nak balik kampong. tapi gigih jugak aku menguli. siap buat water roux lagi.. hihi... begitule kekdahnya.. masa tu morning sickness takde..cuma sedikit sakit2 urat yang amat meresahkan jiwa raga mak jemah.

tapi dh masuk 6 weeks++ morning sickness tu semakin intense.. hasik nak pening kepala. pulak tu berjalan gi sandakan naik flite. subhanallah.. rasa mual tu mencanak2. makan tak lalu..padahal lapar ya amat,, especially nasi..mmg x boleh nak makan sangat.. makjemah bukan seperti dahulu yang kerjanya asik makan..huhuhuhu...peminat tegar nasi kini bukan diriku. ecececeh..

perasaan malas pon semakin menjadi2. ia harus dikurangkan menjadi seminima mungkin...atau perlu dihapuskan terus dalam kamus hidup.

nila hasil roti gigih hari tu. siap buat salad ayam (lebih ayam kfc kawan ciktam bawak)hihi


yang penting kena rajinkan diri berzikir n baca quran.. kadang2 risau.. dengar2 cerita miscarriage..nauzubillah...sedih..i can feel the emotion. kecewa..:'( tapi ALLAH duga untuk bagi gantian yang lebih baik kan.. semoga ALLAH terus beri keizinan untuk meminjam nikmat ini..amin..

Sunday, May 5, 2013

the little embryo

alhamdulillah untuk semua ini..

positive pregnancy test.. checked..

selamat tinggal kursus PTD 26 mei ini. aku bakal menangguhkan kursus demi kemaslahatan ibu dan embryo yang baru berusia 5 minggu. hihi. kerja itu rezeki. tapi anak tu lagilah rezeki terbesar. pewaris generasi. yg bakal berdoa untuk kita saat di alam barzakh.

morning sickness yang takdela teruk sangat. tapi banyak penyakit angin yang pelik2.

ciktam pun badan berangin x boleh keluar sejak i pregnant. i pon sakit urat kat belakang sampai bernafas sakit. tak boleh langsung minum teh tarik ke apa ke. memang terus tegang urat tu. demam on off plus selsema dan batuk yang panjang. masa single dulu, alhamdulillah ALLAH bagi kesihatan yg sangat baik sampai susah bebeno nak dapat demam, batuk atau selsema. kali ni mungkin sistem dalam badan nak menyesuaikan diri dengan kehadiran embrio baru ini. atau immune sistem yang nak diaktifkan (spekulasi diri sendiri)

ada masa sehari tak dapat nak baca quran sebab melepek. atau bizi dalam kereta takde wudhu'.. mesti perut sakit mencucuk2. bagus baby. teruskan menyakiti ummi jika ummi malas nak beribadah.

tapi ujian paling besar adalah kemalasan diri sendiri yang begitu dominan. fight the laziness! sampai nak makan pon malas!


semoga ALLAH berikan kesempurnaan fizikal dan mental untuk anak kami. berikan kebaikan buatnya di dunia dan diakhirat. menjadikan dia manusia yang bermanfaat untuk ummah. menjadi manusia yang soleh serta baik akhlaknya. menjadikan dia manusia berani berjuang. tetap teguh dalam agama sebenarnya. amin yra.



Thursday, April 11, 2013

alhamdulillah untuk semua ini

alhamdulillah alhamdulillah..alhamdulillah..

ini bukan pos show-off.. huhu.. cuma nak ceritakan betapa ajaibnya. betapa terima kasihnya aku padaMu ya ALLAH.. untuk rezeki ini. bukan rezeki baby yg penting.

hihi..

I've passed all the test, the PAC and interview. semuanya sekali. ajaib bukan? sampai terus terfikir ini nikmat atau ujian?

betapa mudahnya urusan aku ALLAH lorongkan..

first time exam PTD, lulus. lulus antara puluhan ribu calon yg lain masa mei 2012. MasyaALLAH. aku tahu kemampuan aku. kan lemah bab kira2. akhirnya aku bantai bulat je 3 soalan masa dh x cukup masa tu. dengan cirit biritnya lagi..dgn takde air. masa dh jadik singkat. huhuhu..i passed! tak percaya. rasanya banyak yg aku bantai masa tu..

tapi itulah namanya rezeki. atau mungkin bakal jadi ujian. kau tak hebat. kau lemah. tapi mmg sudah itu jalan takdirmu.. alhamdulillah..

ujian PAC. punyalah ramai calon yg hebat belaka. sekali dia cakap perghh... gempak. terus rasa rendah diri teramat sangat. huhuhu. i just work with the team. selalu ingatkan diri jgn overshadow, kerja sama-sama, beri peluang org lain bercakap, kita sama2 take part utk idea utk kerja.

then, i passed too. alhamdulillah as well.. hanya puji bagiMU..

dan masa untuk interview. ya ALLAH..

betapa disasternya aku masa interview. aku dh nampak sign of rejection penemuduga.. dah la aku tergagap2 cakap english. especially wilayah iskandar. hahah..mentang2 dok johor. dah lama dah tinggalkan fakta wilayah iskandar tu ha.. dia tanya wilayah iskandar benefit singaporean. aku dh telan air liur pasal aku x tau.. then aku tanya dia balik. "yeke? saya rasa tak". hahahahaha. aku jawab dlm wilayah iskandar ada legoland. gila. legoland pulak yg aku ingat. (sambil grammar berterabur)

dia tanya situasi kalau ada bos u bodoh gila x buat kja, apa u akan buat. dia tanya kalau kawan u pulak free rider, tak buat kja, u je sorang2 buat kerja..apa yg u nak buat.

aku jawab- kita perlu guide orang macam tu. marah tak guna.. profesionalisme sebagai seorang pekerja dgn bos, dgn rakan2 sekerja yg lain. tak melibatkan emosi. ia adalah atas dasar kebijaksanaan kita meng-handle orang2 macam ni.

macam2 lah dia tanya. tapi aku la paling kejap. kejappp gila berbanding yg lain..

then aku tanya-apa kelemahan yg sy perlu perbaiki? dia jawab- english u.. kah333...malu jer grammar berterabur

fine. semenjak tu aku x hingin pon nak jadik PTD. sbb aku tahu aku takkan lulus.


sampai masanya keputusan.. aku x sabar nak tengok kegagalan aku.

dan tiba2--blur masa baca keputusan sendiri-TAHNIAH! bla bla bla..




lulus ke? lulus? habis nak buat apa ni? tesis x siap lagi..itu ini..jauh dgn suami..bla bla bla.. yg mana setelah consult dgn suami dan family, aku akhirnya setuju untuk terima. semoga kerjaya ini menjadi kerjaya yg membolehkan aku memberi manfaat untuk ummah. jauhkan kami dari fitnah dunia.

tapi ini mungkin nikmat bg sesetengah orang..orang mungkin rasa tak suka dgn berita ini..sebab kenapa bari;ah yg terpilih padahal dia tu looser je? (i assume i looser. heheh)

padahal, dalam nikmat inilah terselitnya ujian. kalau aku sebagai agen kerajaan Malaysia (tak kira la pembangkang ke apa) aku tetap hambaNYA yg akan dipersoalkan di akhirat kelak kalau aku tak buat kerja. yang mana aku rasakan jawatan ini berat.. May ALLAH ease the journey. Allahumma ameen.

Sunday, April 7, 2013

berubah

alhamdulillah..

for this marriage..

rutin berubah. tanggungjawab berubah. perasaan ini pun justeru berubah. semakin cinta. semakin sayang. 

walaupun hanya pinjaman dunia..bahawa suatu hari nanti, dia ataupun aku terpaksa akur akan sebuah perpisahan abadi. namun, syukur padaMU ya ALLAH atas pinjaman ini..

semoga ALLAH bahagiakan kami suami isteri dunia akhirat...saling lengkap melengkapi..

mudahkan urusan kami dunia dan akhirat Ya Rahman..

Kurniakan kami zuriat soleh& solehah..sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa..




love. 




Sunday, February 17, 2013

paku dulang paku serpih

cakap orang..dia yang lebih?

Friday, February 15, 2013

kedebabom

assalamualaikum labah2. hahaha.. metafora sangat kan. maklumlah.. dah bersawang belog yang tak berapa nak gojes nih. haruslah angkara2 labah2 sawang2an ini.

kini aku bersiaran secara langsung di JB,secara spesifiknya, Hotel Puteri Pan Pacific. ngeh. macam pantun 2 kerat.

sesiapa follower yang memfollow fb i, pasti akan terperasan status i tentang baju kawen i yang tak jadi tu. hihih. (perasan sangat kau jemahada follower bagai)

dua kali alter. sedih okkay?

yang first, skirt flowy2 aku jadik macam skirting. dah macam langsir. aku tak pernah cakap nak ada line kat tengah2 dada. tetiba tengok ada line kat tengah. apakah? butang pulak,butang baju sekolah warna pink. tak matching langsung dgn baju..ohoiiiii...

lalu aku walau kecewa,aku cakap juga baik2 dengan makcik tu..makcik..betulkan ini itu..taknak butang macam ni..nanti saya bagi design..gambar macam mana..

*padahal sebelum tu aku dah bagi gambar dah..dia pi hilangkan.* pastu main taram je buat baju aku kan. baju nikah pulak tu.

ok,kali ke dua dia alter..nampak cam cantik..pastu,bila aku try..aku punya bentuk badan dah sebijik mcm orang mengandung..pasal dia tak reti potong lace. dia lipat2 border lace tu and jahit sekali dengan skirt. seriously sangat sadis tengok bajuku..butang yang dia tukar pulak besar2. leper. dah takde dah butang pengantin..nampak mcm cendawan bak kata budak rumah..lagi lah aku kecewa..

memang buruk sangat bila aku pakai. lalu aku merata2 cari tukang jahit yang boleh alter. tiada. tiada dan tiada...hinggalah 3 minggu lagi nak kawen ni..jumpa tailor namanya kak yah kat bangunan sama dengan makcik yang jahit baju kawen aku tuh. hihi..sebenarnya mmg nak hantar baju kat kak yah. tapi kedai kak yah tutup.. pastu pergi lagi kemudiannya..kedai kak yah tutup jugak...kedai makcik tu je yg bukak.. tambah pulak ciktam paksa2 aku siapkan baju kawen awal2. memang aku sembronoh bagi kat tailor lain. sebab ingat diorang pandai buat...hukhuk. rupanya jangkaan aku silap.


tapi tapi tapi..alhamdulillah..kak yah boleh betulkan baju nikah aku yg nak ala2 dress ala pwincess (muntah hijau plz) hihi...cantik dan kemas..dia siap belikan aku kain. dia cakap,kain aku tak cukup (makcik tu guna 4 meter je,lg 3 meter,dia tak bagi aku pun) nak potong ala peplum. so,dia guna kain dia.. masa aku fitting hari tu, ya ALLAH, bestnya.. cantik,flowy dia mcm flowy yg aku nak..alhamdulillah..dan kak yah mmg menepati masa ye...sebelum ni aku tengok baju2 dia yang lain pun jahitannya kemas.. takpe..nanti aku update kedai kak yah punya alamat. insyaALLAH..kemas,cantik..

kini,baju tersebut dalam proses beading..semoga beading orang ni ok..insyaALLAH..

Friday, January 11, 2013

saturday blues

salam..

hai belog yang bersepah dan bersawang..:)

hmm..

hmm..

aku kan sudah berjanji aku tidak mahu belog aku dicemari kisah2 ungkitan dan tidak mencerna minda?

tapi kali ni,aku mungkirkan janji.


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [Al-Hujuraat 49:11]---> copy paste dari belog saifulislam


aku tidak mahu bertekak lagi. aku sudah minta maaf. dikatanya akulah punca rezeki dia tersekat. aku kah? aku lah yang tabur tahi di periuk nasinya. aku akui tersilap berkata2,dan aku minta maaf. tapi mengatakan aku menjadi satu2 nya punca. aku rasa fikirkan semulalah. yang MAHA MEMBERI REZEKI itu ALLAH. fikirkan kenapa budak2 rumah nak sangat pindah dengan segera? kenapa semua orang perlu keluar? kenapa turnover rate sangat tinggi? fikirkan.

mana tidaknya darah aku tersirap. senang2 tuan rumah suruh aku pindah rumah pada tengah bulan. kalau aku yang nak pindah belum cukup hujung bulan,silakan burn deposit itu. tapi bukan aku yang nak pindah. aku perlukan masa nak cari rumah. dan aku sudah usaha mencari. kebanyakan rumah tak mahu mengambil aku sebab aku cuma mahu duduk sekejap sahaja hingga hujung bulan dua. masa suruh aku duduk rumah tu bukan main pujuk aku,siap rendahkan kadar sewa. tapi akhirnya,senang2 tendang aku keluar sebab katanya nak renovate rumah. faham tak situasi ni? faham tak kenapa aku marah? aku tahu hak dia nak renovate rumah. tapi aku mmg stress betul sebab kerja sangat banyak. ada banyak benda aku kena settlekan. dia kutuk aku dalam mesej begitu kaw2. hehe. kutuklah. kutuk lagi. hina lah aku. lekehkan lah kerja aku. i don't care. aku dah cakap apa yang sepatutnya aku cakap. kalau dia berbisnes rumah sewa,maksudnya aku ni customer dia. maka customer ada hak juga untuk bersuara bukan?

aku tegur dalam mesej, dan dia melenting. oklah,memang prosesnya macam gitu. pasti dia akan marah. sebab aku dh jangka perkara itu berlaku. aku tegur dia directly. aku luahkan apa yang dah berlaku. *tapi taknak cerita kat sini*.. tentang budak2 rumah. dan sebenarnya budak2 rumah aku lah yang suruh aku cakap kat tuan rumah ni about this thingy. nampak aku jahat. dan budak2 rumah aku ni baik sebab tak melawan apa2 kan?sebab itu dia cakap aku tak reti bersyukur. itu pada dia. dia tidak tahu disebaliknya. yang aku cakap itulah yang perlu dia semak semula.

tapi aku tegur dalam mesej. aku tak aibkan dia di public. di public aku cuma cakap harga sewa mahal. dah memang mahal. takkanlah aku nak cakap murah pula? akhirnya setelah kejadian ini berlaku dia rendahkan kadar sewa. ? u get what i mean?

di sisi aku,aku jua punya kesilapan. lancang sangat kutuk kemahalan rumah ni. huhu. over-stress. maka dengan ini, aku telah termuhasabah. uruskanlah stress. jangan sampai mengecilkan hati orang. uruskan marah. uruskan minda. uruskan perasaan. ALLAH. sesungguhnya aku ini insan yang lemah lagi hina. benda dah pun berlaku. ALLAH tu Maha Kaya. aku percaya itu.

tuan rumah ni positif sebenarnya.. tapi dia terlupa.setelah kejadian bergaduh2 dengan aku, dia telah menambah baik cara dia uruskan rumah. dia tambah itu ini. nak renovate rumah *yeah,sebelum tu aku ada cakap pasal hal bilik air*. dan bukankah dengan ini, dia menambah kualiti dia. dia rendahkan kadar sewa. dia tahu apa yang kurang. aku percaya,akan ada ramai orang nak sewa rumah dia lepas ni. see, bukankah ALLAH itu MAHA MEMBERI REZEKI? semoga pintu rezeki dia dibuka seluas-luasnya. amin..