Wednesday, September 4, 2013

demi anak

ya..ummi pakai telefon murah.

jatuh banyak kali pun insyaALLAH..skrin tak pecah. hihi..

dalam hati teringin nak beli smartphone.

but i know, it is not listed as necessary. i won't buy it.

semua orang cakap ya..best. macam2 aplikasi.

tapi ummi fikir jauh lagi dari tu.

ummi akan ada anak.. yang suatu hari nanti akan lebih tertarik dengan smartphone. especially bila ada talking tom yang boleh imitate apa yg kita cakap. kanak2 bukan main suka lagi. ummi takut umi akan bg smartphone kalau ummi dah tak reti nak buat apa kalau anak meragam. hati yang cepat cair ni perlu diajar bertegas.uhuuu

sebab untuk jangka masa pendek dan panjang melekakan anak..ya,smartphone/tab adalah jawapannya.

dengan ini ummi dan daddy takkan beli smartphone tanpa sebab yang kukuh.

"The expert stated that even the most advanced apps and gadgets cannot replace crayons, puzzles, books and stuffed animals and that, while developing an aptitude for technology is advantageous, it should not replace reading, board games and outdoor play." (source)
(source: How much exposure to technology can kids take?)

"Researchers have previously found that structured activities such as sport and organisations as well as unstructured play provides children with the opportunity to foster friendship, practice interpersonal skills, assume responsibility, test their risk perception, develop morally (turn taking, following rules, resolving conflict), exert self-discipline and experience leadership" (sumber seperti di atas)

Bak yang aku baca dalam parenting tidbit dalam warga prihatin: jangan jadikan anak kita seperti ayam jantan/tikus dek kerana gadget2 ini..

meh baca kat link warga prihatin (sila click)

i'm preparing myself to become a mother. and to be a parent, a guardian to my children. May ALLAH ease this tough journey for us and for u as well.insyaALLAH.. 

check list barang baby

kepada anakanda yang berada dalam perut ummi..

berikut merupakan senarai keperluan anakanda yang wajib ummi dgn daddy (?) sediakan.. :)

alolololo..comelnya dia punya imej..amik kat nota etika. trimas blogger. cantik sangat awak punya list. ihiii...

ni pon best jugak!

kredit to puan azizah :)

ini adalah list. tapi berapa banyak pula yang ummi nak beli part baju2, ummi tak berapa tahu..

berpandukan list ni nanti, ummi akan beli sikit2 (tapi pakai duit daddy) muahaha.. stroller tunggu dulu ya anakanda. sebab stroller adalah mahal. mungkin alternatif percuma adalah mengendong anakanda sahaja.

yang best,umi ternampak mak teh (kakak ipar duai ummi-erk) mengendong aishah dengan selendang saje. selendang yang kita buat tudung tu...woww..kreatif!

no need baby sling yg mahal2 (ummi ada survey, harga baby wrap+sling yg panjang jela tu rm400 walaupun pre-loved. mahalnya!).

 mungkin faktor aishah yang kecil dan comel lote+ringan bak sutera memudahkan pemakaian selendang tersebut. ummi pun ada praktiskan tau.. nanti umi nak cari fabrik yang sesuai untuk kendong anakanda. heheh.

minggu ni kita akan bercuti malaysia ke melaka dgn family ummi. kebetulan kat melaka ada baby expo. harap2 ada jualan murah bagai nak rak. boleh ummi sediakan sedikit keperluan basic anakanda. eh. harga minyak RON95 naik, telah menyebabkan ada bajet yang perlu disekat. hurmm... *_* sabar sajelah kerajaan ni. geram ummi dengan manifesto yang tak menepati janji ini.

apa pun..ummi dah jumpa berapa banyak kena beli baju anakanda. hihih (reference)

1. Baju & seluar lengan pendek   x5
2. Baju & seluar lengan panjang  x5
3. Baju & seluar 3-6month          x3
4. Baju & seluar 6month              x2
5. Romper                                  x3
6. Mitten & booties                     x5
7. Barut                                      x10
8. Bonnet                                    x1 (ummi kurangkan)
9. Baby bip                                 x2


sekian, bebelan ummi pada hari ini. :D



Wednesday, August 28, 2013

malas

sekarang dah insaf. taknak tido lepas subuh. hahaha...lepas mandi terus buat kerja rumah kononnya. but it last few days aje! cis. pastu i sebok berblog bagai. cek fb bagai.

hissshhh....

kang tengahari anak muri ciktam nak datang rumah. 8 orang katanya.

plan memasak hari ni ialah nak buat cornflake coklat yg easy peasy tu. dengan mee kuah udang. tapi udang dah habis buat bihun singapore semalam.

maka aku ubah mee kuah udang ber"garnish" fishball dgn isi ayam. ahhhh..janji hadoo..hahahah...

pastu nak goreng nugget and keropok lekor yang dh lama bertapa dalam freezer. ahakss...

konon2 nak buat kek coklat lapis keju. cam sedap je tengok dalam belog cikmat gebu..uhuuu...tengoklah kang kalau sempat..nak buat itu ini..hadoii

tengoklah kalau sempat. lagipun ada kerja upahan i nak kena siapkan. buat 5 lah dulu..huhu..


dalam hati meronta2 nak pi cek tilam baby kelambu kat kedai...hahaha..

22 weeks dah mak berry..

alhamdulillah...semoga ALLAH terus bagi keizinan untuk meminjam nikmat sebuah nyawa dalam ini rahim..:)

chow chin chau!



Thursday, August 22, 2013

i'm a happy mother:)

assalamualaikum,

selamat hari raya bloggie.

semalam punya cerita punyalah thrill. hehehe.. nak scan baby je..

semenjak 16 weeks lagi nak scan. drag punya drag sebab nak carik doktor perempuan,akhirnya 21 weeks baru lah dapat gi scan.

itu pun jenuh,cari kat kawasan gemecheh satu klinik pun takde service scan. masa tu mak berry dah pasrah. takpelah. doktor lelaki pon lelaki lah. dah takde pilihan. i just want to make sure that my baby is doing good in my tummy. itu ajeeeee.

oleh itu, ciktam ajak gi scan hari khamis (semalam). katanya lepas balik sekolah nak terus pi tampin, scan, n terus balik rumah lepas scan.

mak berry tak setuju,sebab malam ciktam ada kelas quran kat Repah(area tampin). gemencheh-tampin dalam 30 minit jugaklah. kau bayangkan nak ulang alik gi klinik,malam kang ada kelas nak ulang lagi. masa 2 jam nanti terbuang dalam kereta pula. lantas aku suarakan pendapat.

"kita pergi lewat sikit la. pukul 6 petang. lepas scan boleh cari barang kat giant pastu abang boleh terus gi kelas. nanti saya tunggu la abang mengajar"

saranan aku dipersetujui oleh ciktam. maka bermulalah episod thrill. dari satu klinik ke satu klinik kitorang jelajah. ada tu malam tak buat scan lah, doktor dah balik lah. klinik dah tutuplah. klinik dah nak tutuplah. macam2 lah. penat kaki mak ni berjalan.

sampai satu klinik, dr.lee ke apa ntah. sebelah kedai anakku. akhirnya! akhirnya, ada scan. aku tak kira doktor laki ke perempuan.. memang hati dah meronta2 nak scan.. ampunkanlah aku ya ALLAH,kalau perbuatan ni berdosa.

n, alhamdulillah, the baby is doing good. cukup sifatnya(insyaALLAH), jantung baby pun ok. dan...

yang paling mengejutkan ialah. my baby is a jeng jeng jeng! how happy i am. aku terus terbayang tilam kelambu yang aku refuse nak beli sebab kaler pink hari tu..orang kedai suruh aku datang minggu depan tengok stok baru. ahahah..

kitorang expect anak lelaki. maklumlah kalau ikut pattern sebelah ciktam anak sulung semuanya lelaki. anak kedua baru perempuan. hehe. aku pun ingat lelaki lah. lagi satu kalau perempuan maknya suka makan masam2 (mak ciktam yang kata). aku pulak tak suka makan masam2. tapi tulah kuasa ALLAH kan.. tak kisahlah jantina. yang penting anakku sihat dan cerdas. dah cukup bersyukur alhamdulilllah. terus mak berry nak beli head gear cecomel. nak search baju pink2 ajeeer!


enough mak berry. jangan over. :)

salam syawal.


Wednesday, July 10, 2013

menu berbuka

salam ramadhan ke-2..

:)

lepas sahur,kami baca quran,
tapi i mengaji tak berapa lama bila start tekak rasa nak kering (gedik tak tekak mak berry?)
pastu i gosok baju ciktam.. sementara ciktam habis baca quran..
lepas habis gosok,ciktam tak habis2 lagi baca..

aku pon apa lagi..ditambah dgn keterbatalan wudhu' sbb terkentut,
aku bukak buku harry potter yg 940 ms tu,then baring sebelah ciktam yg mengaji..
tak lama kemudian..memang pengsan la jawabnya.hahaha..

sedar dlm keadaan mamai,aku perasan ciktam amikkan selimut..menyelimuti mak berry yg over nak tidur lepas subuh..tinggallah aku terover tido sampai pukul 10..mmg perlukan tido sangat2..sbb nak terawih malam kang..lepas terawih kang nak kemas itu ini, pahtu nak tido balik utk sahur.

kalau boleh bab2 dapur ni biar aku la yg settle..sbb ciktam balik biasa pukul 2 lebih..penat..kang malam nak jadik imam terawih kat surau depan rumah (dekat giler dgn rumah)..sian dia ngantuk.

tapi semalam gerammm jer..aku carik2 ciktam lepas terawih..tgok2 dia takde..ngintai rumah dr celah surau,mmg takde tanda2 dia balik..

aku pun balik sorang2 mcm semalam (sebab tak tahan nak tunggu ciktam borak dgn jemaah lain)

eleh..rumah dekat jer. tak sampai 10 langkah ko dh sampai rumah. hihi..

pintu berkunci..sahla ciktam x balik lagii..

tapi gril kunci tapi tak betul..rumah gelap. aii..nasib baik pintu depan berkunci..aku masuk2 je..rupanya ciktam tepi pintu. dengan niat nak sepraiskan aku.. tapi aku dh nampak dia dulu. hahahha. x menjadikla seprais tu. tp aku x boleh ingat muka ciktam.wakakaka..

eh..aku ni..melalut sampai ke semalam punya cerita. padahal nak cerita menu berbuka puasa yang aku dah plan nak masak hari ni (biiznillah)

Nasi bawang putih (source)
daging api2 (source)-asal daripada chef ismail
acar timun tomato sendirik punya hentam


air..air jus epal yang aku dh siap2 buat masa 30 syaaban hari tu..hihi..

nanti kalau jadik,kita pos kat fb..:) bukan megah2 nak tayang kita pandai bebeno masak. cuma giving an idea utk kawan2 yg terfikir nak masak apa kannn..:)

Tuesday, July 9, 2013

ramadhan kareem

alhamdulillah..

bertemu lagi ramadhan kali ni..

ntah2 ini ramadhan terakhir i kan...

sobss..semoga ramadhan kali ni menjadikan kita lebih baik dari sebelum ni...amin..

apa pun, i'm indeed very happy. for celebrating this holy month with my soulmate. alhamdulillah. excited.

nak baca quran.. tapi i takut i haus. sebab selalu i baca quran mesti minum air sebab tekak cepat kering.. pastu stail baca quran kena kuat2. tak pueh baca dalam hati..hihi-gedik.
baca quran dah nak dekat2 berbukalah..alternative ways-->zikir n selawat dulu.
 i cuma amik langkah berjaga2 sebab ummi x boleh dehydrated, nanti affect baby in the tummy. i keep praying supaya ALLAH tak deydrate kan ummi. hilangkan kehausan. and keep pujuk-ing baby..we are in holy month. let's fasting! uhuhh.. bibir pun dah merekah2 ya amat. sahur tadi nak belasah air banyak2.. tapi tak boleh..sebab rasa nak muntah minum air banyak2. dari muntah--hilang air terus dalam badan, hilang nutrisi teruih, baik i minum sekadar yang mampu. uhuu..

i nak pi tengok2 dapur. teringat nak buat karipap sardin kentang. tapi kentang tinggal sebijik. rasa macam dah dapat idea nak masak berbuka apa. hihihu.. :)

Tuesday, July 2, 2013

perkembangan lemak terkini

hola belog!

hari ni i survived pi pasaq sensorang lepas balik KK.

mula2 gi klinik, misi tu hisap darah  amik darah i..

nak hantar gi makmal. check for thyroid. puan dokter kata berat asik turun. maka kena buat blood test.

ehem..trend berat semakin turun, selera makan takdek sangat. HB juga turun lagi 0.6 nak ke 10.9=tak normal

morning sickness semakin hilang. tapi apa2 pun alhamdulillah for all this ni'mah!

dulu ye, aku gumbira kalau berat turun. kini tiada lagi.

aku gosok perut. pujuk2 baby. kita kena makan. kita kena naikkan HB. kita kena naikkan berat badan ni baby! (sambil berazam dalam hati). matlamat aku cuma satu--> menjaga kesihatan supaya baby membesar dgn baik. takmo sticker hijau ke kuning ke merah jambu ke.. i nak sticker i kaler putih. putih sesuci lebaran.

semangat mak nyerr mak jemah...

alhamdulillah, setakat ni baby sangat soleh mendengar cakap (amin). terus selera i membuak2 lepas pujuk2. tapi tetap makan dalam portion yg sikit. gimme kiss baby!

vitamin tu mmg religiously aku makan setelah kena bebelan dr nurse. tak kira la nak muntah ke tak buleh telan ke..aku belasah kan ajer segala vitamin tu.. lagi2 ferum tu ha. wajib telan kismis lepas makan bendalah tu..dia mcm ada rasa sesuatu yg meloyakan. uhukuhuk.

baby dah 14 weeks.. dah besar buah lemon! ihikss..

suka..suka..dulu besar buah limau kasturi tu jek..gud job baby. tengok perut pon ada kemajuan kedepan. kata kawan i..dia dh pregnant 4 bulan pon kempis je. konpius i! i ni baru je 3 bulan dh nampak kemajuan. nampak bebenor tebal lemaknya. hahahaha.. redha jelahhh

xoxo
mak berry