Thursday, July 30, 2009

kisah saya dan kucing..*wink*




Saya sayang kucing. Tapi tak boleh bela kucing. Kali ni, dah masuk 3 ekor anak kucing saya bela mati..huhuhu..sedih tau.. teringat masa royal 2008, di UIA. Hujan turun renyai-renyai. Angin malam begitu mencengkam tulang. Saya menyusur laluan berbumbung menuju kolej kediaman aminah. Tiba-tiba terdengar suara anak kucing yang halus mengiau-ngiau. Barangkali kehilangan ibunya. Aduhai, Kasihan!!

Saya bawa anak kucing itu ke pangkuan saya.comelnya!!. Saya angkat dan saya bawa ke bilik kediaman kami. terlupa, kak fatin tak sukakan kucing. Namun, dia masih benarkan saya bawa ke dalam rumah. malangnya saya tidak mempunyai sebarang pun makanan yang sesuai untuk kucing. Hanya menyuakan anak kucing hitam itu dengan semangkuk air kosong. mungkin boleh hilangkan kehausannya untuk seketika. Kasihannya, anak kucing saya! Oleh kerana mengenangkan kak fatin yang takutkan kucing, saya letakkan anak kucng itu diluar. Perlahan-lahan saya tutup pintu.

Meow!meow!!

Alahai, lagi kuat bunyinya. Tak sampai hati, saya buka pintu semula. Saya angkat anak kucing tersebut, melihat kedip matanya yang sungguh kasihan, saya bawa dia kedalam.. ish..mana lah nak letak anak kucing seekor ini. Akhirnya saya letakkan dia di dalam kotak barang bawah katil. Kucing yang nakal.. ia cuba untuk keluar sambil mengiau dan menjelajah seluruh isi bilik. Mata saya begitu letih dek kerana perjalanan 4 jam ditambah dengan perjumpaan dan meguruskan pendaftaran. Saya biarkan ia menjelajah bilik saya.(pernah dengar pepatah~curousity killed the cat?)

Oleh kerana Tak mahu, anak kucing itu masuk dalam bilik kak fatin, saya angkat si comel itu ke atas katil saya. Amboi,amboi makin aktif pulak dia. Saya tertidur. Kejap-kejap saya terbangun. saya melihat anak kucing itu kelaparan. Dia begitu lapar sehingga dia merasakan saya ibunya. She leaned on my armpit while sucking my pyjama as well.. alahai!! Dia nyonyot baju tidur saya seolah-olah sedang menyusu dengan ibunya.. kasihannya… saya biarkan je, mungkin boleh lekakan dia yg sangat lapar.. dan akhirnya saya tertidur. Namun saya terbangun buat kesekian kalinya dan mendapati ia sedang menggigit gelang tamim yang saya pakai. dia ajak saya main2 pula! finally dia tertidur dalam pelukan saya. Dah la kecil..Comel sangat!

Kerana kesibukan kami berdebat pada keesokan harinya, saya beri kucing itu kepada urusetia debat (saya sempat berpesan supaya urusetia tersebut mencari ibu anak kucing itu..heheh..macam la dia tak ada kerja lain dari cari mak kucing). Sehingga kini, saya tak berjumpa lagi dengan anak kucing yang semanja dia… saya rindukan si comel saya!!!!!!!!


….Saya sayang kucing….

Tuesday, July 28, 2009

am i getting older?



as time goes by..my neurons are likely to decay..as i forget something such;
1) where did i put a bunch of keys of mine,
2) the date of today
3) where's my purse gone??!
4) hmm,i did put my books here right? where did it gone?

aihh...those things sometime burst me into tears you know..*i'm kind a bit sensitive lately..am i getting older?? hahah
but alhamdulillah.. ALLAH still gives me a chance to me to be a good khalifah.. and i'm still alive in my age of 22 today! (thanx guys for the wish on 28th july of mine!in such a way, i really like to give a big thanx to all you guys..heheh)..
and not to be forgotten i received some lovely presents from mmy luvely buddies..(i will post the next entry about my lovely present ;) )
syukran ya ALLAH..For giving me life and day..
to all the readers stay healthy, stay cute, stay smart, stay tune!

p/s; sekalung apresiasi buat teman2; azz, yana, mira,hemo,payied,kuder,haziqah,kak ika,zira,ila,aina,kew,mimi,tun and all my buddies..syg kamu semua!

Saturday, July 25, 2009

the power of word...



tatkala saya bersendirian melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.. fikiran mula menerawang ke dimensi emosional yang tak berkesudahan. ada kalanya, tubir mata terasa memberat dengan air mata dan saya menangis..persoalan dan persoalan menerjah minda..dan sukma hanya memberitahu, masa akan memberikanmu jawapan paling tepat..

ah, mana fokus itu hilang dalam fikiran? tolonglah akal, berikan ruang kewarasan dan kewajaran!tiba-tiba mata saya tertancap pada sekeping kad yang saya tulis sendiri..

"whatever life shall bring your way, give your level the best everyday!"

justeru, fokus datang semula..bukan saya yang memanggilnya..namun kerana sepotong ayat yang mempunyai kuasa..

Sunday, July 19, 2009

bzzz...

mata rasa berat sangat..seminar dari pukul 8 hingga 5 petang membuat tubuh tak bermaya...aduhai..balik terus siapkan assignmnet dan artikel setakat yg mampu.. dan deadline artikel semakin menghampiri..ish..FIRST THING FIRST..tiba-tiba saya diingatkan oleh
mira;ummi malam ni pukul 9 ada latihan debat!!!
saya; hah??yeke??tak tahu pun?
mira; la..bukan ke kita dh bincangkan sama2..umi yg tetapkan tarikh tu!
saya; *LOL*

Wednesday, July 15, 2009

apabila rasa itu bukan lagi milikku..

apabila rasa itu bukan lagi milikku..tinggalkan sahaja..
biar air mata itu jatuh..dalam bayangan rindu yang amat menyakitkan
aku juga turut hilang dalam dakapan
fantasi dan sakit hati...



pesanan penaja; sila jangan layan entri ini

Friday, June 26, 2009

has been tagged by aya najihah ^^



Thanx yied bcoz anugerahkan blogger award ni..though it was from atthiah, tag mesti disempurnakan..huhuhu

a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.

~yeay~ dah copy!!

b)Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

payied nama manja kitorg bagi kat dia..huhuhu..nama yied sebenarnya khairunnajihah. Kenal yied kat smakj dulu..dia ni pendiam, tapi manja. Suka peluk saya bila saat-saat nak luahkan perasaan.sekarang ni takde dah..kitorg YM! Heheh..Sangat pandai buat kerja2 rumah, dan anda dah layak untuk kahwin!! Wahaha..jangan tak tahu, baju kurung sendiri, payied yg jahit sendiri tau..payied tinggal kat kampong pasir panjang kat sri gading sana nun… selalu je saya ke rumah payied. Rumah payied seolah-olah home for bakery..hihi..sebab mak payied pandai buat kek..kalau nak tempah kek, ke muffin ke, boleh je tempah kat payied (^_^)

Sy syg yied!!

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

* saya ni sebenarnya johor jati. Menetap je kat shah alam. Tapi membesar dan lahir di johor.. mana taknya, kecik-kecik dulu pernah tinggal dgn atuk,dan bersekolah di convent muar selama 2 tahun dari darjah 2-3.. tingkatan 1 bersekolah di sekolah menengah arab Bandar tenggara,kulai. Dari tingkatan 2 sampailah tingkatan 5, saya bersekolah di sekolah menengah agama kerajaan johor(SMAKJ).lepas tu sekolah kat seksyen 16, ambik STPM..

* dan sekarang saya belajar lagi di JOHOR..UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA.

Ijazah sarjana muda pengurusan teknologi dengan kepujian. setahun je lagi nak habis insyaALLAH..doakan saya dipermudahkan urusan.. =)

*suka masak walaupun tahu saya masak tak sedap. Janji saya tahu, step by step nak menggulai ke buat sup ke, masak kari ke lemak ke..hoho.. not too bad huh? Sekarang ni, dah mula nak belajar “baking” cake.. hehe.. setelah terpengaruh dengan blog-blog masakan ini..

*sangat suka blog.. terutama blog mak-mak orang dan blog resipi.. wuii.. terus je lapar tengok blog-blog sedemikian ya.. boleh juga belajar parenting skill..hmm..??

*suka berpersatuan. Rasa macam mati katak kalau duduk 2 bulan kat rumah tak buat apa.. at least, mesti kerja. Kalau tak kerja pun, mesti terlibat dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Haha

*saya juga suka bercakap. Taklah hebat.. setakat membina keyakinan diri, boleh la.. berdebat dah sebati.. berpidato je kurang.. sebab lain la “tune” antara debat dan pidato. Sebab dah selalu berdebat..Dulu selalu wakil sekolah berdebat, berpidato, juga berforum. Juga wakil sekolah dalam pertandingan melukis dan mewarna (^_^) Dan kelebihan terbaru, ialah mengacarakan majlis. Hahaha..mungkin kesukaan untuk bercakap harus dilupakan seketika untuk menumpukan perhatian pada pelajaran =)

*suka kucing…huhuhu.. lagi-lagi yang nakal macam boboy.. rindunya dia!! Suka kejar kaki saya..comel sangat..boboy geram kat tangan saya..kalau main-main dengan dia, mesti dia gigit lengan saya dan buat muka geram dia tu..auww, sakitlah boboy! tapi saya tak dibenarkan untuk membela kucing di rumah. Sebab nanti rumah berbau kan..jadi bela kucing kat kolej kediaman je lah..hehe

*dulu, waktu sekolah orang kata saya gila kuasa..hahaha.. maybe kut.. tiap-tiap tahun tukar warna baju uniform. Form 1 dulu librarian, pakai baju warna hijau.seingat saya, hanya setahun je saya pakai baju uniform sekolah biasa.waktu tu saya baru pindah SMAKJ masa form 2. Tapi ada jawatan pembantu koperasi sekolah, saya pergi temuduga jadi KOOP-ian tau.. Berjaya! Heheh.. form 3 saya dilantik jadi librarian(baju kuning), form 4 jadi ahli koperasi lagi (baju warna purple), akhir form 4 dilantik jadi pengawas,makanya berbaju hijau lah saya waktu form 5.. hahaha.. gila kuasa kan??tapi sekarang tak lagi tau

* yang lain?? Tak boleh cakap banyak2.. reserved…hihihi



d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda

  1. Azz =)
  2. awang
  3. faz
  4. azlan
  5. jannah a.k.a jai
  6. diyana amalina


Friday, June 19, 2009

oooh..rindu padamu..

ohh..sangat rindu untuk jalankan aktiviti begini dgn amy my ex-roomate;

1)bangun pagi2, mandi&study
2)lepas solat, skipping and buat sit up
3)buat body massage
4)buat facial
5)main badminton petang2

hah..kalaulah ada banyak masa free..............(tapi masa ni saya gemoookk~usaha kuruskan badan)


dan juga azz...teman saya bergossip..;

1)bangun xdela pagi2,gaduh siapa nk mandi dulu
2)lepas solat, kelam kabut bersiap gi kuliah
3)sarapan lepas kuliah pukul 10
4)ke cafe having high tea lepas kuliah pukul 5
5)moving forward to "azie tomyam" order makan malam...

hah...kalaulah banyak masa boleh makan......(tapi masa ni saya dah kurus after dengue fever~usaha naik kan sikit berat)