Kau serikandi..
Penyeri hati..
Teguh berdiri
Menabur budi, kalam yang suci
Penyuluh insani
Meniti di bibir setiap hari.
Di sebalik lembut
Tersimpan iman kukuh
Tiada lain yang dicari
Hanyalah redha Illahi
Di taman ini kau bak bunga yang berseri
Kau hiasi diri..
Dengan peribadi murni
Muslimah sejati
Akhlak yang terpuji
Cabaran yang mendatang
Kau tempuh dengan tenang
Gigih di medan juang
Memberu gemilang
Ku doakan agar kau berbahagia
Merentasi ranjau hidup di dunia
Moga kau dirahmati
Kerana kau serikandi..
1 comment:
lagu untukku?
Post a Comment