assalamualaikum semua!
(maaf,kali ni, saya ingin menggunakan kata ganti nama diri pertama-aku.idjinkan.haha)
tadi aku baca belog wana pasal aurat..
fuh! aku akui la...aku pon bukan baik,menutup aurat dgn sempurna tidak la jugak..
stokin kadang2 pakai..
kadang2 x pakai...kan ke hampeh tu?
bercakap pasal aurat..aku actually,dalam hati ingin pakai tudung besar2,pakai handsock,pakai stokin..and yet,fashionable..hehhe...bukan apa,macam wana cakap,kalau kelihatan cantik,kemas dan sophisticated, kan ke menaikkan level of confidence? itu memang aku setuju,
tapi aku ingin sekali, bila aku pakai sesempurna ini menutup aurat, aku nak la akhlak aku pun seiring sekali dengan gaya aku menutup aurat. ini mulut aku pon boleh tahan. kadang-kadang dok ngumpat sana sini..kan..itu aku la.. aku manusia yg banyak kelemahan ok..
biar akhlak aku terpuji dulu,barula aku nak tutup aurat.aku xnak mencemarkan imej perempuan tudung labuh dek kerana nila setitik.contoh:
x: hish,tudung je labuh,tapi mulut macam longkang!
y: eee,tengok perempuan tu,gedik..harap je tudung labuh..
ok,aku xnak macam tu..aku cuba la ubah perangai aku sikit2..contohnya bercakap dgn sopan santun,senyum aje, hati x dengki, x penuh dgn hasad. tidak berdendam. takde nak kutuk2 orang..mak suruh apa2 takdela malas, atau melawan contohnya..houh...insyaALLAH..
yela,kadang2 xsedar kita ni terhasad dengki ke apa ke..tapi cubala jadi yg terbaik.
baik.
sambungan entri wana,meh aku share sikit meh,fashion apa yg aku pon tak berapa nak berkenan.
leggingS: kat tempat kerja aku, leggings tu mmg fashion. malas aku nak cakap banyak2. tapi nampak bentuk muntot ok.lenggok sana sini. sungguh malu! atau dalam kes teruk, baju pakai singkat,pakai legging. nampak bentuk V! aku setuju la cakap wana, kalau kaki cantik, mmg ok (walaupun haram hukumnya pakai leggings sebab sama macam kau tak pakai seluar.sesuai dgn sabda nabi yang mafhumnya: umat akhir zaman nanti,kita nampak dia menutup aurat tapi sebenarnya dia bertelanjang)
tapi kalau kaki kau macam kaki ayam macam aku ni? tak ke huduh kalau dilihat?
aku selalu balaghahkan orang pakai leggings tu mcm robin hood..hahhaa...lagi2 yang pakai blouse siap pakai tali pinggang n pakai pulak leggings..yang bezanya robinhood pakai topi,yg spesis diorang ni pakai tudung..hehehehe
kan? serupa macam robinhood kan?
tapi aku tidak mahu letak contoh gambar yg membandingkan gambar perempuan berleggings dgn gambar di atas. nanti mengaibkan pula..
baju kaftan jarang:..lepas tu pakai camisole atau bahasa mudahnya singlet bertali halus kat dalam tu..lepas tu kau pakai tudung??oh..tolong la sayang...jangan...aku pernah lihat..sangat hodoh..macam baik kau tidak pakai tudung..mencemarkan imej islam sahaja.
ok,sekian sahaja bebelan aku pada malam ini. weeee ;)
p/s: aku bukan sempurna.. ni aku tujukan buat diri aku sahaja..supaya jangan pakai baju2 macam ni..
2 comments:
wahaha..betul..baju kaftan jarang itu menyakitkan mata juga.pastu pakai baju dalam kaler terang2..annoying sungguh
hahaha..sangat...aku yg malu,bukan dia yg malu.serius x sopan weh..
Post a Comment