salam semua..
berikut adalah peringatan untuk aku sahaja..huhuhu...teruknya aku..jadi,untuk aku jadikan panduan supaya aku jadi solehah di mata ALLAH,aku copypaste aje dari laman web ini..kata pemilik blog ni dia ambil dari sumber bicara muslim.com actually, sebelum aku baca laman web ni,aku ada jumpa file kat scribd pasal ciri-ciri perempuan yang patut dijauhi untuk dijadikan isteri. assignment sorang budak diploma pasal syariah..(nanti aku godek balik link dia)
Sifat Al-Annaanah
Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia
sentiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan
menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.
Sifat Al-Mannaanah
Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang
suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam
pertuturan seharian bersama suaminya.
Sifat Al-Hannaanah
Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan
kepada lelaki supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak
mudaratnya.
Sifat Al-Haddaaqah
Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu
memberatkan dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.
Sifat Al-Barraaqah
Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-
# Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.
# Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa
pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan
pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka
pada anggapannya)
Sifat Al-Sallaaqah
Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka
bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.
Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak
baik jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang
perempuan iaitu :-
Sifat Al-Baqlu.
Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.
Sifat Az-Zahhu.
Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu
membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang
dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami
dari perasaan cemburu dan gelisah.
Sifat Al-Jubnu.
Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah
sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang
isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami.
p/s: untuk entri mendatang,aku akan post kan ciri-ciri wanita yang perlu dipilih untuk dijadikan isteri/ibu menurut imam alghazali (entri tu nanti aku simpulkan dari laman web ni je)..
No comments:
Post a Comment