Thursday, May 14, 2009

Perintah Rasulullah s.a.w. menjilat jari-jari setelah makan

Sebagai agama yang hanif , selalu mengajarkan segala sesuatunya agar tidak berlebih-lebihan, menempatkan segala sesuatu pada tempatnya, dan tidak melakukan sesuatu di luar kemampuan. Dalam hal makan Rasulullah s.a.w. mengajarkan kita agar tidak menyuapkan makanan ke mulut secara berlebih-lebihan sehingga dilihat kurang sopan dan mengurangi kewibawaan.

Baginda sentiasa menggunakan tiga jari untuk menyuapkan makanan ke mulut baginda. Hal itu merupakan salah satu etika yang terpuji dan bermanfaat untuk mencegah kerakusan. Dan menganjurkan agar kita menyuapkan makanan ke mulut sesuai kemampuan dan tidak melampaui batas.

Diriwayatkan Imam Muslim dalam bukunya shahih Muslim ,dari Ibnu Ka’ab bin Malik, dari ayahnya, dia menceritakan :

كَانَ رَسُوْلَ اللهِ يَأْكُلُ بِثَلاَثِ أَ صَابِعِ ، وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا.

Ertinya :

Rasulullah s.a.w. selalu makan dengantiga jari dan baginda menjilat tangannya sebelum mengelapnya.

Hal itu dilakukan agar tidak ada satu makanan pun yang tersisa untuk syaitan. Baginda juga memerintahkan agar memberikan perhatian terhadap makanan yang sedikit dan tidak meremehkannya.

Dan dari Jabir bin Abdillah, dia menceritakan, bahawa Nabi s.a.w. pernah memerintahkan menjilati jari-jari dan talam dan baginda bermaksud :

“ Sesungguhnya kalian tidak mengetahui di bahagian mana terkandung berkat.”

Sabda Rasulullah s.a.w. di atas bererti bahawa makanan yang dihidangkan manusia itu mengandung berkat, tetapi manusia tidak mengetahui di mana letak berkat itu berada, apakah pada makanan yang ditelannya, atau pada makanan yang melekat pada jarinya, atau yang masih tersisa pada talam, atau pada makanan yang terjatuh. Oleh kerana itu, setiap orang muslim hendaknya memperhatikan semuanya itu guna mendapatkan berkah tersebut.

Baik berkat itu berupa rasa kenyang, keselamatan dari pada penyakit, atau bertambahnya kekuatan berbuat taat kepada Allah s.w.t..Diriwayatkan Ka’ab bin Malik, bahawa Nabi s.a.w. selalu menjilati jari-jarinya tiga kali.

1 comment:

dari~ummie said...

bagusnya artikel ni =)