Friday, May 8, 2009

selamat hari ibu mak..

to my beloved mom, though you can't hearing my love towards you, it is indeed always glowing in your heart..
tercipta untukku..
kurniaan cinta itu indah,
mempesona,
meresah sukma..
dengan kurniaan cinta itu wahai ibuku,
aku bernafas dengan nafasmu,
aku hidup dengan darahmu,
aku berdiri dengan kekuatan jiwamu..
pada ketika aku sirna,
engkau berikan kasih,
agar sukmaku berkilau semula,
pada saat aku buntu,
engkau bisikkan kalimah,
bahawa sabar itu penawarnya..
pada setiap saat yang bertasbih,
doamu setia mengiringiku selalu
melihat airmatamu,
mendengar tangismu,
kadangkala terguris,
dengan kerenah,
yang kadangkala meredam kerana
terluka..
yang kadangkala tersayat
kerana rasa terhina..
namun ibuku,
sekalipun jasamu tak terbayar dengan emas,
tak ternilai dengan harta,
tak terbanding dengan permata,
budimu ku sanjung,
tabahmu ku junjung,
setia seorang zuriat akan sentiasa ada denganmu..
selamat hari ibu..mak..
lovely dedication to my beloved mom; my beloved tamim's mom, my grandmas dan semua insan bergelar ibu.. semoga ALLAH merahmati kalian.. amin..

(p/s: nak upload gambar mak, unfortunately i'm not using my own notebook.. my notebook is used by them ~ watching wonderful life..hehe..nanti edit balik)

No comments: