bismillah kami mulakan, dgn kekuatan yang telah dikurniakan ALLAH swt..maka kami juga turut bermula, bernafas sebagai khalifah yang hidup di bumi Tuhan..meniti sebuah cerita, menulis sebuah kisah..berbicara mengenai cinta dan menikmati sebuah anugerah...
Tuesday, December 28, 2010
alhamdulillah sudah
dah lama sungguh aku tinggalkan belog..nasib baik banyak habuk tak bersawang,...hehehe..alhamdulillah,akhirnya aku jadik balik student. haha,orang lain umur-umur aku ni dah dapat master dah..aku baru terkedek2..
oleh kerana aku perlu menumpukan perhatian terhadap penyediaan tesis. dan menyiapkan mental dengan supervisor aku yang dikatakan kedekut markah itu,akhirnya aku deactivate kan account facebook aku...maklumla, asik menghadap facebook aje kerja aku...
isu superviser, dari dulu aku dah runsing..orang nak kata apa pon, katalah..aku yakin,yang beri aku rezeki adalah ALLAH..berjaya atau tidak aku, semua urusan ALLAH..cuma aku harap, markah report aku tidak la sampai 70..70 tu dah nak gagal dah tu..aku aim nak buat master ni dalam setahun sahaja..
oleh kerana supervisor aku sekarang berada di Korea, maka aku ingat boleh goleng2 gembira. rupanya tidak ya tuan puan.. aku perlu pula rancang kerja-kerja aku dan adjust balik proposal aku sebelum minggu depan bermula..lagi satu penting sebab nak apply scholarship UTHM..kena ada proposal itu..
kalau aku dah ada P1wiMax, aku akan aktif menulis belog(eceh,perlu ke nak bagitahu..wahahaha)aku akan bagi info pasal master studies di UTHM ni.. kalau universiti lain aku tak berapa nak tahu. prosedur,tajaan,yuran semua lain2..korang boleh rujuk Wana untuk UPM (eh,ko UKM ke UPM wana?hehehe,aku tak ingat). lebih2 lagi kalau korang nak further dalam bidang sains.. aku bukan pure science, aku sains sosial..
sometimes ada orang mintak info pasal master ni..aku pun terkapai2 dulu..jadi apa yang aku tahu,aku bantu..insyaALLAH..
emel-tdummie@gmail.com
Thursday, December 23, 2010
kau gay?
wanita tidak solehah (err...aku kah itu?)
salam semua..
Tuesday, December 21, 2010
wahh??aku suka juga kalau amik test psikologi nih...
Sunday, December 19, 2010
perhaps
Saturday, December 18, 2010
Friday, December 17, 2010
kita memang tak suka dia..
i did a reading on this blog. a title that i cannot missed to read it.. however,since the article is so long to be read, i hold it for a while. it takes time to me to understand the phrases, and the chronology so well..
but what i want to conclude
kita memang tak suka dia..(Israel's government)
since Tun Dr. Mahathir Muhammad had announced that we(Malaysia) would not taking any further step of establishing diplomatic relations and business with Israel until they fulfill the resolution made and stop the war with Palestinians, then we would agree to establish that diplomatic relation with them.
but you know what.. one thing that you must know about Jews is,
they are not amanah. (not engaging with what they promised)
but u have to bear in mind, some of jews confessed to beriman kepada ALLAH & Rasulullah, and some do not agree for what had happened between Israel's government and palestinians in Gaza..however,just tooooo little of them. The rest, they don't think about future. they just hoping that they will live for another 1000 years. that's Jews as have been stated in Quran & Sunnah..
i am hoping that i could help our brother and sister in palestin someday.. InsyaALLAH..
Only ALLAH knows the best for them..
Wednesday, December 15, 2010
betapa hari ini
Monday, December 13, 2010
Do-it-yourself
Sunday, December 12, 2010
ibu yang lebih aula..
Tuesday, December 7, 2010
tak nak cakap banyak
(Panduan dan Langkah-Langkah Untuk Membeli Cincin Tunang (Bagi Lelaki Yang Brutal)
Sunday, December 5, 2010
i will let my mom to watch this
Saturday, December 4, 2010
aurat
Saturday, November 27, 2010
menerima anugerah yang membuat daku terharu *_*
ini....dari Wana..
kamu tahu?

Syarat-syarat:
ALHAMDULILLAH...(dengan mata bersinar2) dapat award dari wana..hihihi..walaupun aku rasa belog aku ni sememeh nya masyaALLAH, tapi ada jugak yg nak claim belog aku ni beautiful (sedikit berbunga2)~eh,tapi dia sebut beautiful blogger kan? haha,aku ke yg beautiful atau belog aku yg beautiful? *bluwekss*
yeaahhaaa!! hihi..silalah ucapkan alhamdulillah ;)
Tujuh je?? hahahhaa...baik,jangan tamak..maka aku terimanya dengan hati terbuka
Senang2 je aku jawab dalam pernyataan lengkap,"Saya berasal dari Johor tp menetap kat Shah Alam.."haha
2) Adalah golongan yang suka dengan renda2 dan riben. pantang nampak riben kat kasut,kasut tu la yang aku berkenan. hahaha.. sebab itu aku suka weddings!! weee...
3) Aku bukan pakar memasak,tapi aku memang pakar mencuba. haha..aku masak takdela sedap mana pon,tapi aku memang suka sangat bab2 nak try resipi baru. kalau aku dah stress tahap gaban, memang kelentang kelentung la dapur tu aku kerjakan. ohhh...takpun,aku cuci tandas~hihi
4) Aku suka menjelajah belog orang sampai aku rasa belog ni melekakan..dan personally, aku lebih suka baca belog..input tip top..alhamdulillah,terima kasih buat semua2 yang suka share tips2,resipi..malah daily diary they all yang dok kat overseas ke,pasal anak2 ke,kawan-kawan aku punya entry ke..i really appreciate it..dunia tanpa sempadan..semuanya yg muluk2 aje aku baca dari bloggers tersebut.dapat motivasi,tazkirah,health infos,experience about going to another places..semuanyalah!
5) Aku suka Kucing!!! meowww
6)tidak terkawal jika datang ke supermarket
7)Semangat kesukanan yang tinggi,,(hahah!ni aku tipu aje ;))
Friday, November 26, 2010
last day yg memorable..
insyaALLAH..never lost contact okay?
mmmuah!
TQ for everything ;)
Monday, November 22, 2010
mahu perabot yang begini
Saturday, November 20, 2010
entry khas cik eryn
wuhuuu...akulah insan paling sedih..because we have spent time together working in KK.
she knows seriuosly what had happened in KK and i feel not alone.
she helped me a lot when i deadly need something to be solved in a minute.
she will on the phone, when i want to ask someone regarding to PC,ITC or I-CITY...eheheh(ok,i-city tu aku mengarut je)
she's there when i need her..
(rompak gambar ni kat FB,sbb eryn pakai tudung dot2,hehe)
sayang cik eryn! TQ for everything!
::mood: teringat zaman kerja sama2 masa cuti deepavali hari tu::
huuu...lepas ni..lepas ni kat siapa aku nak mintak tolong kalau internet connection tiba2 putus hubungan? dekat orang itu ke? uhhh..tak mau tak mau..saya mahu cik eryn~
even 15 days after that,i will not entitled as a staff in KK for good, but i have to admit, that i feel so lost..
everyone is going to left me alone here...huhuhu..
takpelah dear eryn,ummi doakan kejayaan eryn here..
kalau mahu sambung uthm,text me, i can even help you to find place to stay,to provide you with informations you need and to hear your thought, opinion or any problems.
insyaALLAH, i will be there, whenever my friend need my pair of ears..
Wednesday, November 17, 2010
rapuh dalam langkah..
Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh
Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
eid adha 2010
semoga erti pengorbanan seorang nabi ALLAH, akan meresap dalam jiwa hamba kita..insyaALLAH...beruntunglah bagi mereka2 yang bersabar,,
buat saya,
kena sabar lebih!
Wednesday, November 3, 2010
i'm happy..
one of the gift is
F.R.I.E.N.D.S.H.I.P
there's such a lot of friends..
who will come and go..
but only the true one
will leave their footprints in your heart*
i miss my old days at school..and uni..
and I'm very thankful,i never lost to keep in touch with them..
they are like my siblings
and they are my besties..
******
in my workplace..
although i have been isolated,due to my "schematics"(hahaha,ada ke ayat nih?)
always wearing baju kurung,less talk and don't even care to look at them while they are gossipping each other.
but..
i have my friends around me,who makes me smile and never loose hope...
while i was despairing due to my workloads..
they're by myside..
u know,whom that i meant to mention here..
they are---YOU!-
(who is usually read my entry)
MMMUAHHSS! thanx bebeh for coming into my life..=)
Saturday, October 30, 2010
esok..
sunggub patah pinggang
gudbye cik tam,
belajar memolek deh..
gudluck jua~~
err...air asia tak nak gi mesir ke?dan tak mahu ke menawarkan harga tempat duduk 0.99 sen sahaja?hahhaha..boleh la i dgn payied gi mosir...ngeh2
Wednesday, October 27, 2010
- Ada Rahsia kecantikan tak?
- Bagi Anda siapa paling hensem dalam kumpulan Suju?
- Siapa BFF anda?
- Siapa idola anda?
- Moto Hidup Anda?
- Harus Tagkan Blogger yang anda sayang dan Minimum 8 orang
Sunday, October 24, 2010
cukuplah..
bila aku pernah mimpi arwah nenek datang..dengan wajah ceria dan senyuman yang biasa aku rindu..sekalipun aku takkan berjumpa lagi dgn nenek di dunia fana, mimpikan nenek,dah terubat kerinduan aku pada dia..suatu hari nanti aku kan menyusul nenek..insyaALLAH..
cukuplah terubat rasa galau..saat arwah asma meninggal,aku tak dapat nak bersua muka..aku doakan arwah di kejauhan je..tapi aku pernah mimpikan dia..dengan senyuman juga..dia ajak aku masuk rumah dia..tapi aku tergesa2 dalam mimpi tu,aku tolak pelawaan asma'..
kali ni arwah nani..sama macam asma',aku tak berkesempatan dan takde peluang juga masa tu..takpelah..doa dari aku akan ada untuk arwah..moga2 aku dapat mimpi nani..dah lama sangat aku tak jumpa dia..sampai sekarang takkan aku dapat jumpa..
review pasal arwah,selama aku satu dorm dgn dia,dia cukup baik..dia suka cerita itu ini dgn aku..first aku kenal and cakap2 dgn dia,masa form3 sebab masa tu dia baru masuk smakj..aku dgr cerita dia pasal movie apa ntah..tergelak2 aku..arwah memang dia pandai cerita dgn sound2 effect sekali..hehe..
inani orang senang,tapi sepanjang aku kenal dia,dia memang tak menyombong dgn kesenangan dia..in fact,aku selalu je pinjam barang2 dia..heheh..kamu tahu jela,aku ni memang gini..tapi aku pulangkan tau..dia memang takde berkira..aku nak pinjam,dia on aje..
aku teringat2 baju kurung hijau bercekak dia dengan corak bunga tabur kecik..sweet...aku suka tgok dia pakai baju tu..nani ni ada 2 orang adik kecik perempuan yg sangat comel okeh..sebijik macam arwah..
oleh kerana aku gonjeng, arwah nani pulak skema,maka haruslah dia akan ber-grup dengan budak2 skema kan..heheh..jadi sebab tu aku takdela rapat dgn dia serapat aku dgn grup "adik-beradik" aku..dia dulu pengawas perpustakaan..jadi uniform dia mestila kuning air..
lepas spm aku dah tak pernah jumpa dia..aku tgok dia pon dari FB je..aku ingatkan arwah amik dentistry kat bandung..rupanya amik medic..
last,rabu malam khamis,aku tgok status FB dia..mengatakan dia sakit2 badan dan dia stress...mata aku terpaku jugakla tgok status tu..tapi aku sekilas jela..
dah berapa lama jugak aku tgok handphone aku..aku selalu terdetik,harap2 takde panggilan kedukaan untuk aku..
last2 masa hari khamis,sa'dah call..aku tgh busy dalam bilik bos masa tu..sa'dah sampaikan berita pemergian inani zalikha..allahuakbar..terkesima aku..maghrib tu aku tak balik lagi,aku dok kat surau KK..aku jadi sebak..pantasnya ALLAH nak ambil nyawa kita..bila2 masa..aku sedekahkan yasin utk arwah..
aku doakan arwah dilepaskan dari fitnah kubur..insyaALLAH..arwah baik..aku mohon ALLAH dengar permintaan hambaNYA yang berdosa ini..
selamat berehat sepuas-puasnya sayang..moga jihadmu dalam kembara mencari ilmu untuk kebaikan manusia,akan diganjarkan oleh ALLAH akan syurgaNYA nan abadi..amin ya rabbal alamin..
-Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."-
moga-moga kitalah penuntut ilmu yang akan dimudahkan jalannya ke syurga..amin~
Thursday, October 21, 2010
al-fatihah buat allahyarhamah inani zalikha zainal abidin yang telah kembali ke rahmatullah pukul 5 pagi,bersamaan 20/10/2010..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
ALLAH...terkedu bila sa'dah call kata inani dah pergi buat selama2 nya..entah bila tiba masa kita...
-ya ALLAH, dia pernah berbuat kebaikan di dunia milikMU ya ALLAH,kasihanilah sahabatku,tempatkanlah dia dikalangan orang2 yang beriman..Engkaulah sebaik-baik penolong-
baca berita di berita harian online
saat kita bergembira,ada insan yg berduka..takziah buat keluarga allahyarhamah..
tahun penuh dugaan..
abang ayie,sepupu saya disahkan menghidap kanser tahap 4,addina sepupu saya jugak disahkan menghidap kanser..ALLAHuakbar..betapa berat ujianMU kepada mereka..tabahkan hati mereka..tapi hati saya begitu sayu..apabila emak bercerita tentang abang ayie..
"mak,saya tak takut mati mak..tapi anak-anak saya masih kecil lagi"
aduhai..luruh hati bila dengar cerita emak..
Monday, October 4, 2010
petrosains review
hari ni,saya mahu buat review pasal petrosains..sebab kak ana,nak gi sana dengan dondeng2 beliau..(cute kan,nama panggilan anak2 dia??)ehehhe...
sebenarnya,saya dah pergi petrosains,masa umur saya 19tahun dengan payied..ehehhe..payied mesti ingat..memang best dok dalam tu..tapi dengan syarat,gunakan kemudahan yang ada sebaiknya.kalau setakat masuk dan tengok2..memang boringla kan..ehehe..
petrosains ni sangat sesuai untuk kanak-kanak.ada division yang sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 1 tahun ke atas.tapi tak dela banyak sangat.contohnya,cermin gedek2,bila kita lalu depan cermin tu badan kita akan jadik sangat pendek! budak kecik bawah setahun kan suka dengan cermin?
ada juga division yang sesuai untuk kanak-kanak 4-6 tahun, 7-12 tahun, remaja 13-19 tahun..malah untuk orang dewasa juga sesuai.(bagi mereka yang ingin tahu bagaimana sains turut diaplikasikan dalam kehidupan seharian)
awas!ada juga permainan yang melibatkan bola kecil,so,yang ni mesti pantau.takut dia amik masuk poket ke (ni takpe lagi),tapi kalau masuk mulut..haa..siapa nak jawab karang...
antara permainan-permainan menarik:
simulator helikopter
simulator F1 (kat SPEED exhibition)
game lumba kereta macam kat game centre tu (kat SPEED juga)
gegendang yang boleh detect bacaan jantung kita
boleh rasa macam mana bawak kapal terbang
kerusi untuk rasa gempa bumi
dan macam-macam lagi yang tak tersebutkan..silap haribulan,mak bapak yang main,bukan anak..ahahaha...sorry sangat,saya terlupa bawak kamera masa gi sana,
so,kat sini,link2 blog yang buat review pasal petrosains siap dengan gambar sekali tau!
huhu..mereka bawa anak2 ke sana..so,kak ana,meh cuci mata ..hihi
lirikan alam
istimewanya bidadari
p/s: sebelum masuk ke tempat pameran,kita kena naik mesin masa macam doraemon tu...tapi rupa dia comel lagi la..rupa telur!eheheheh
Thursday, September 30, 2010
ape saje tak kena..
tiba-tiba rasa nak kecik hati
kita takde pulak kecik hati walaupun perbuatan orang tu sah-sah boleh mengundang kecik hati.
tapi ada satu2 masa ni,orang tu buat benda kecik je..tapi kita dah nak kecik hati...aduhaiii..mood swing..patut kena swing je i ni~ehehehhe
hai..nyampah rasa dgn diri sendiri..biar jela kan orang tu kan...
lantak la dia nak buat apa...tapi i still rasa jauh hati...huhuhuhu...sedih2...ntah apa2 la i ni kan?
mengada2 taik kuda..
i mahu jadi orang takde perasaan..senang...
eh..kalau org takde perasaan...jadi apa ek? jeng jeng jeng...
-to be continued-
Tuesday, September 28, 2010
a tale about wedding preparation


i wonder the lace and flowers are so beautiful to be looked on. how they are arranged in such nice places, how the dress is being designed.well-suited by the bridegroom and bride.. provided with lighting techniques. and wow, i love the smiles on those faces when they were on their solemnization, reception or whatever~ by technology of cameras of course. but i sure you would agree and nodding your head when you see the lovely pictures! oh ya, i would also like the tiara/crown that is placed on bride's head. very the fantastic.
but what the actual thing that i want to mention here with you is, although in the lane of preparing the wedding is full of blast and excitement, there was a tale that we shall learn that, not everything is as much as you like. you have to deal with many vendors, which is mean, you will deal over many people out there who have their own style, behavior, perception that sometimes goes beyond your expectation. if the expectation is all about the work (which you expect 5 stars,they done 10stars), and done fantastically, yeah you will happy for it. it such a worth investment. but what goes beyond your expectation are their unpredicted professionalism,attitudes and all the thingy, i bet you will be so disenchanted with them.
i got this lovely pics from FATINIZULNAIDI
so, what is my advice upon my reviews to mydearself is... dont judge a book by its cover. do not expect too much. there are a lot of "sugar-coated" vendors who say they had done the perfect jobs but the truth,there were not! (maybe the slight things they even didn't)
bear in my mind-though they do not threat you nice-enough, just be nice with them. ALLAH will pay cash for those who are untrusworthy with their words and works.
insyaALLAH, marriage is everyone's dream. and we have to work on with it, not only the preparation, but live after the marriage. "sedangkan lidah lagikan tergigit,apatah lagi suami isteri"- i sure u had heard this malay proverb. hihihi
may all of us are following sunnah rasulullah.. tighting the bond between woman and man by nikah is encouraged by Nabi SAW. and we do have to prevent ourselves from Api Neraka. which is mean, no cruelties in your marriage and we do have to "jaga" the conjugal rights and happiness. be responsible on that. These are my advices to myself. (and pleasee myself, don't be tooo egoist)..

that's all dear friend. may ALLAH bless! ;)
p/s: this entry DOES NOT indicate, i will get married soon!ahahha
Monday, September 27, 2010
Sunday, September 26, 2010
Friday, September 24, 2010
kahwin ala2 minah arab


layarilah laman web beliau ye untuk tengok tudung-tudung gojes...i nak nikah gaya arab...huhuhu...
Thursday, September 16, 2010
OHH MAMA...SAYA MAHU KAHWIN...
tapi sekarang ni tengah kemaruk survey menyurvey pakej-pakej perkahwinan,fotografi dan sebagainya! hahaha...padahal,orang datang merisik pun nggak ada lagi..hihi..bukan apa..suka la tengok benda-benda creative,cantik and sweet ni..saya suka tengok pengantin okeh..cantik je..berseri2 gitu!
uhuk...so,tak salah kalau saya ada impian perkahwinan kan..hahahah..dush2x..hei..saya juga peminat handicraft..kalau ada bunga telur,lama dah saya kopak2 kan..pernah jugak,bunga telur tu,saya recycle balik,buat bunga jenis lain,lepas tu jual kat sekolah..hahaha...lepas tu dgn bunga telur tu jugak,saya buat macam-macam hiasan..then kena marah dengan mak.hahahhaa...
sebab itulah saya suka dengan perkahwinan...the color blends well together.and gave such an impressive impact on your eyes..hai...suka2! macam ala2 cinderella gitu! huhuhu
ok,taknak bebel panjang,jemput cuci mata kat favourite-list yang saya dah sediakan kat sebelah kanan anda...chow chin chow!
Tuesday, September 14, 2010
nangis
Monday, September 13, 2010
adab sebagai tetamu
hi there..i wish u had had a very wonderful holiday last week. saya? patah pinggang bila balik rumah tokmak kat muar...hohoho...awat?
kat rumah tokmak,ada 6 ruang untuk tampung tetamu yang datang. tapi,cuma 5 ruang jadi ruang utama. biasanya kalau raya, 5 ruang tu are well-occupied la selama kita cuti berhari raya. setiap masa akan ada sahaja tetamu yang datang. kalau datang serombongan takpelah jugak, ini sampai 5 rombongan sekali gus.satu rombongan paling koman bawak 10 orang. bayangkan jela.. kalau datang rumah orang lain,memang makan biskut raya aje..(saya bukan menghina atau mencela mereka yang hidangkan kuih raya ye..no,memang itulah kebiasaannya) tapi kalau datang rumah tokmak, ada 10 rombongan tetamu,10 kali lah tokmak akan masak.fine,kita perlu memuliakan tetamu...mesti jamu makan,tak kisah la dengan lauk apa pun...tu memang kelaziman keturunan tokmak and tok ayah..
Sebagai tuan rumah, menerima dan memuliakan tetamu bukan sekadar sesuatu yang dianjurkan oleh Islam tetapi menjadi petunjuk akan kebenaran dan kekuatan iman dirinya. Rasulullah s.a.w. menerangkan: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah tetamunya” [Shahih al-Bukhari, no: 6018]
[sumber dirujuk di masjid bukit indah]
yang tetamunya satu ...selagi tokmak tak masak,selagi tu taknak angkat muntot...dah dapat mee bandung muor yang sedap(mahal dan banyak rencah) tu, hmmmpppphhh...yang baik, adala jugak menyejukkan hati,angkat pinggan ke sinki..kalau yang ****** tu, main tinggal aje dengan tisu lap2 mulut dalam pinggan. ewah!
eh2...yela..dah orang datang...takkan nak buat kerja rumah pulak.. betul2..
tapi tetamu sekalian (termasuk saya yang akan ke rumah orang) kalau dah nampak tuan rumah kelam kelibut nak layan 5-10 rombongan tetamu,apalah salahnya,angkat pinggan ke sinki paling koman pun..janganla makan main tinggal aje..dah la datang berlenggang sawi..makan free,lepas tu pemalas pulak...haihhh..terus aku buat dosa ngumpat dalam hati sorang diri...
[photo displayed-credit to pakcik google-address not found]
adab sebagai tetamu pun kena jaga juga...janganla sampai menyusahkan tuan rumah.
Apabila berziarah, janganlah meluangkan masa yang lama di rumah kerana ia akan memberatkan tuan rumah dan ahli keluarganya yang lain. Justeru Islam mengajar kita adab untuk segera pulang setelah dijamu oleh tetamu. Allah s.w.t. berfirman: “Apabila kamu dijemput maka masuklah, kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan…” [Surah al-Ahzab, ayat 53]
[sumber dari hafiz firdaus.com]
lepas tu,saya complain jugak kat tok ayah and tokmak...saya cakap...
"tokmak,kat rumah orang lain kita makan kuih raya aje....kesian tokmak,tok ayah dengan mokde.. penat masak tak berhenti2..mana tak pengsan bila dah malam."
tahu tak tok ayah cakap apa?
"nya...(panggilan manja saya) kalau kita ikhlas,kita takkan terasa penat"
*dush*
ambik kau sebijik..tertusuk ke sanubari paling dalam...hehehehhehehe
p/s: ikut garis panduan yang dianjurkan dalam ISLAM yang sangat menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak..
p/s2: mee bandung tok mak memang tak boleh masak sekali banyak..kalau tak mee dia kembang..and rasa lain dan tak sedap..rasa dia memang best wa cakap lu...sebab tu la diorang sanggup singgah rumah tokmak semata2 nak makan mee bandung,tiap2 tahun tanya resipi.tapi buatnya tak jugak..haihh...ini bukan mee bandung letak kacang hokeh...ini mee bandung dari udang kering yang RM30 hengget sekilo(ntah apa ke namanya),dengan hirisan daging,air rebusan tulang,fishball,sawi,telur,udang,macam2 khazanah laut ada dalam tu..mana taknya...dah la tokmak,kita jual je pes tu lepas ni..hahahahha (mata duitan)
p/s3: berapa banyak p/s daaaa...
Wednesday, September 8, 2010
Friday, August 27, 2010
you pernah rasa kena "tindih" tak?
entry diatas- jangan nak kuning2 bagai...hahha! ni bukan kena tindih dengan manusia. ini kena tindih dengan makhluk halus. alkisahnya,semalam lepas tadarus dengan eryn, cerita pasal makhluk halus ni terbukak...padahal cerita pasal -kau dok blok mana dulu,kat kolej perwira?- hihihi...
then,eryn ada ceritakan pasal family dia (her cousins) yang selalu kena kacau.. so,kerana kesuntukan masa, eryn pun berkeputusan suruh saya baca blog sepupu dia yang selalu kena kacau dengan mahklus besar tapi halus itu. actually blog abang kepada sepupu eryn (heh,kira sepupu jugaklah kan?)
maka, saya pun menerjah blog tersebut. best blog beliau. baca punya baca, tiba satu part-si blogger tersebut menyatakan dia selalu kena tindih,even in dublin sekalipun.
dan sudah tentu, entri tu amat berkait rapat dengan saya. dari darjah dua lagi, saya dah mula kena tindih. serius tak boleh bernafas,gerak pun tak boleh. konon-konon,nak jerit mintak tolong,hmmmmppphhhhh....nak bukak mulut pun tak boleh!dan perkara ni berlaku dengan kerap saat saya bersekolah menengah di SMAKJ (2001-2004).pernah dalam seminggu, hampir setiap hari kot saya kena tindih..(tapi tido tetap tido,hehehe,takde insomnia pun)cuma, saya akan tido sebelah orang. saya takkan tido atas katil sorang-sorang. sangat scarry hokehhh...
saya selalu mimpi menakutkan.dan saya selalu terbangun. one of the thing that i notice is, saya pernah perasan ada lembaga hitam masuk dalam bilik saya(2dimensi). lembaga tu berambut kerinting,panjang dan tak nampak muka. dan lembaga tu jugaklah yang datang masa saya form 1 dalam kejadian histeria (kawan saya yang histeria) kat johor sana nun. padahal saya pernah nampak kat shah alam je.dan saya rasa makhluk tu jugak yang pernah panggil nama saya masa saya kena tindih kat rumah arwah nenek suatu masa dahulu.
itu masa form 1, back to zaman kanak-kanak, sekitar usia saya darjah 3, saya mandi masa maghrib kat rumah pengasuh saya (cik tipah saya panggil nama dia).waktu tu lampu bilik air tu warna kuning. saya yang penakut ni mandi betul2 depan pintu yang saya dah tutup.hihi..mandi punya mandi, tiba2 suasana bilik air jadi gelap. aik? apahal gelap tiba2? saya berkata dalam hati.
gelap tu bukan gelap gelita sebab lampu bilik air kena tutup. tapi gelap macam kena selubung. saya pandang atas lantai bilik air. saya nampak bayang2 terbentuk.terkesima saya. dengan tangan yang ingin mencengkam dan bertanduk dua,makhluk tu seolah-olah dekat atas syiling bilik air.. cuma saya tak pandang atas. saya pandang lantai je..saya pun apa lagi, baca 4 qul dalam hati (sempat lagi saya cakap,ish,dalam bilik air mana boleh baca quran..eheh)tak lama tu, bilik air makin cerah. sebab bayang-bayang tu,bergerak ke arah belakang.
tak lama tu, saya terus bukak pintu bilik air sikit. saya tanya;
"ciktipah, siapa yang tutup lampu bilik air tadi?"
"ha? mana ada orang tutup lampu bilik air?"
saya pun telan air liur;
"oh,takpelah"-tutup balik pintu bilik air. terus saya mandi laju2.haha..
*tapi tak pernah insaf,selalu jugak mandi dah nak dekat maghrib*
oh,berbalik kena tindih. kan dalam entri lepas saya cakap, dalam masa saya kena tindih,saya macam sedar tak sedar,(macam dalam alam mimpi dengan alam nyata) saya nampak ada kepulan asap putih kat lutut kiri saya. memang penat nak lawan. semenjak tu,lutut kiri saya asik sakit..macam orang tua pulak kekdahnya.macam kena arthritis.
*naudzubillah*
bila kena tindih ni jugak, saya akan dengar suara-suara yang menakutkan.kadang-kadang saya nampak suasana nyata,tapi dalam masa yang sama,ada makhluk2 seakan manusia main-mainkan saya. oh! baru teringat, pernah jugak saya kena tindih, lepas tu saya nampak ada makhluk pakai baju putih kat katil saya!hohoho...takuttttttt!!apalagi,lepas dapat bangun dari "tindihan" terus melompat atas katil kawan saya.hihihi..
sekarang ni,dah kurang,alhamdulillah..tapi kena juga banyakkan amalan. kalau dulu, sampai dah tak tau nak buat apa. baca ma'thurat dah,baca quran sampai satu juzu' satu hari. tapi malam tetap jugak kena tindih. tension betul. bukan apa,penat nak lawan dengan jin ni..kalau nak cerita pasal kena tindih ni memang banyak. nantilah kita sembang2 okay...
banyak jugak kejadian pelik saya pernah alami. tapi alhamdulillahi ala kulli haal. ALLAH tetap pelihara jiwa saya. saya mohon ALLAH terus pelihara hati saya dan jasad saya dari diceroboh makhluk halus. saya memang penakut tahap gaban. tapi alhamdulillah,saya tak pernah kena histeria. saya yakin, ALLAH yang memelihara saya. bukan disebabkan oleh kekuatan jiwa saya.jiwa saya sesungguhnya teramatlah lemah.ALLAH lah tempat kita berlindung.
oh,info dari blogger tersebut;
1)jin islam tak pernah tindih manusia. yang tindih manusia cuma jin kafir.wallahua'lam
2)bila ditindih, wajah jin tersebut betul2 berhadapan dengan wajah kita.
3)bacalah ayat-ayat suci alquran atau zikrullah.kumpulkan sekuat tenaga dan hembus ke depan.insyaALLAH, ia akan berjaya mengusir jin tersebut.
Friday, August 20, 2010
kuih untuk tamtam
hakhakhak..sungguh tidak boleh belah ye nama tersebut..tamtam adalah kucing saya..dan tamtam juga adalah seorang manusia..haaa...bagaimana boleh begitu? adakah tamtam kucing jadian? hukhuk
bukan.
sekor tamtam adalah kucing...
seorang tamtam adalah orang...
hehhehehe....
sorang ciktam
sekor tamtam
hahhh...biorlah kome pening2 sesumpah...
ni, nak tunjuk fruit tart huduh...eleh2
huduh2 pun siap nak bagi b**** m** m***** rasa,,,
kah2...arghhh...lantak2...layan jelah!
zassss!