Thursday, December 23, 2010

kau gay?

ulasan youtube ttg orientasi seks songsang:


anda mungkin pernah melihat youtube seorang lelaki yg bagi aku sudah cukup sempurna sifat,tapi orientasi seksnya songsang (tapi malas nak tengok pengakuan eksklusif beliau sampai habis)

dengan yakin dan bangganya kau beritahu yang engkau itu gay?

masyaALLAH

aku cukup kecewa..tidak perlu anda katakan anda gay,tidak perlu anda katakan susah menjadi gay di m'sia. tidak perlu bangga mencanang dosa.dimana-mana shj akan susah. bukan sahaja susah didunia malah anda akan lebih susah di "sana"


kan ALLAH akan laknat mereka yang orientasi seksnya songsang?

macam kau tak pernah dengar kisah Nabi ALLAH Luth Alaihissalam.

sayang sekali.







tapi kau jangan ingat yang seks songsang aje yang ALLAH laknat..

yg orientasi seks tak songsang tapi HARAM pun ALLAH laknat juga tahu..

dosa besar tu..


justeru itu,Islam menganjurkan perkahwinan..untuk memenuhi tuntutan fitrah semulajadi seorang manusia..halal dan ikut syariat..tapi syaratnya kau mestilah terdiri dari lelaki dan perempuan. bukan perempuan menyamar jadi laki, lelaki menyamar jadi perempuan..huhuhu..


eh,kau pernah dengar kan,kes ni lama dulu?perempuan tu mengaku dia lelaki?nak nikah dah..tuptup rupanya perempuan.. yang aku pelik,aku ada baca kisah dia beberapa tahun lepas tu, perempuan yang menyamar jadi lelaki tu kena penjarakan.. tapi dia ada anak dgn bakal-isteri-kononnyalah..? masa tu aku percaya je bulat2..innocent la katakan..kuikuikui..dalam metro lah aku baca..masa tu muka depan tau tajuk berita tu

tapi bila sekarang ni,heh?mana pulak datang anak tu? ntah,aku kot yg silap baca...hihihi


(tiba2 aku rasa tak best bercinta sebelum kahwin..takde feel..hahha)


aku bangga jadi wanita. dan aku bersyukur ...sebab ALLAH muliakan kehormatan seorang wanita dengan martabat perkahwinan. aku rasa sangat selamat dan disayangi dalam agama aku.. hehehe...

yang lelaki, patut bangga & bersyukur jadi lelaki. sebab ALLAH muliakan kau atas kelebihan-kelebihan yang tidak ada pada wanita. yang kau nak redah sunnatullah tu kenapa ye?

kalau kau biseksual pun tak boleh juga..parah..

ALLAH kan dah ciptakan makhluknya berpasang-pasangan..kenapa perlu cari lelaki juga? itu semua nafsu tau.. nafsu ni kalau ajak manusia ke arah kebinasaan memang rasa best aje..kau takkan takut pada ALLAH.. tapi nanti kau akan menyesal seumur hidup.. tak kiralah apa pun perbuatan kau, nafsu dangkal selalu kata best.. cuma akal kau jela kuat tak kuat nak tolak rasa nafsu yang membuak2 tu...

nafsu ni ego. dia takkan dengar cakap-cakap akal..dia takkan dengar nasihat2 al-quran..

yang dia tahu nak seronok je..padahal kat dunia ni bukan lama pun..






notis peringatan kepada aku dan aku:

ingat,dunia ni sementara je! akhirat tu kehidupan kau yang sebenar.








3 comments:

Anaasuria said...

salam ummie,
akhir zaman ni macam2 jenis manusia dengan pelbagai watak keluar.. macam roda yang berputar.. umat seumpama zaman nabi Luth a.s udah melata.. dah tergazet dalam Al-Quran apa yang terjadi pada mereka, tapi adakah mereka mengambil pengajaran.. yang mengambil pengajaran ialah mereka yang membaca dan memahami sahaja... jagalah diri kita dan keluarga kita agar terhindar dari semua fitnah ini.. Ameen..

dari~ummie said...

wslm kak ana...aminn..
moga2 kita dan keturunan kita terhindar dari sifat keji ni..itula kak, bila kalam ALLAH kita pandang sebelah mata aje..tunggu ajelah kebinasaannya..takut kak..hidup bukan lama,amal kita ni ha la nak dibawak bekalan kesana,,ni risau sungguh..amal soleh tak banyak..takut pun ada kak..

Hanisah Aziz said...

Salam

komen saya:

1) tentang pemuda yang dimaksudkan.
semoga tuhan mengirimkan cahayaNya dalam hidup dia dalam menghadapi kekeliruan hidup ini. ini dugaannya. harap dia tidak selamanya tewas dengan dugaan ini.
semoga satu hari nanti dia bangun dan sedar yang tuhan sekadar mengujinya dan dia, mampu tersenyum dan berkata bangga "Tuhan, terima kasih di atas dugaan yang telah kau berikan."

2) tentang orientasi seks.
yang salah tetap salah. dalam hal-hal tertentu, hak kemanusiaan itu boleh digunakan tapi bukan dalam isu seperti ini. Maksud aku isu yang sudah jelas menentang hukum tuhan. hukum tuhan, hukum yang tinggi darjatnya jika dibanding dengan hukum yang manusia gubalkan.

3) Ini cerita dia dengan tuhan. Hanya tuhan yang tahu hakikat sebenar. Hanya tuhan yang tahu apa yang dia lalui. Sebagai hamba tuhan yang seperti dia tidak sempurna hidupnya mengharap dia mampu sedar dan meloloskan diri dia dari dugaan ini. Ini dugaan kawan! bangkit!

4) semua perkara dilihat dengan 3 cara.
-Dengan menutupkan kedua belah mata.
-Dengan membuka sebelah mata.
-Dengan membuka kedua-dua mata.

harap tersampai.

"Dan sujudlah kita kepadaNYA,
bersyukur kerana tidak dilahirkan/ditakdirkan
untuk diduga sebegini dasyat

Seterusnya berdoalah kita kepadaNYA
semuga DIA menghadiahkan titis-titis air syurga
untuk mententeramkan kekeliruan jiwa mereka

Janganlah kita tertipu
dengan kepercayaan palsu
mereka yang terkeliru

Maka bersuaralah kita
menentang dugaan duniawi
sambil mencari solusi, memperbetul
dan memperbaiki kejadian ini."
-Taf Teh

salam.

maaf. panjang. haha~