debat integriti dah berlangsung dengan jayanya, namun apa yang mendukacitakan apabila menyaksikan kebosanan dalam sidang paling akhir merebut gelaran juara. ish..(saya sempat lagi baca nicholas spark; dear john). apa pun, pengurusan semua okie.. cuma elemen grand dalam majlis formal agak kurang sikit..saya kira kalau majlis diserikan dengan montaj macam uia buat waktu final tu, seronok nak tengok.. ada iringan musik yang menyerikan majlis. wah..(berangan=p)
ok.. sebenarnya nak cerita sikit tentang pengguna jalan raya JOHOR BHARU yang agak kurang integritinya bagi saya. sudahlah saya pemandu amatur+kereta yang kami sewa mengalami masalah setiap kali saya mahu bergerak dengan gear 1.. pemandu johor bharu yang tersangatlah berhikmah ini, memandu dengan lajunya ya tuan-tuan.. sangat pentingkan diri..lebih-lebih lagi yang tunggang motosikal.. amboi.. mencelah-celah dengan hebatnya. kalau kena langgar, yang berhati-hati macam saya lah nak disalahkannya.. dengan lori besar gedabak yang suka memandu tak tengok kiri kanannya lagi..okie..back to the story..ketika kami berkonvoi nak ke danga bay dari masjid sultan abu bakar, saya buat pusingan u.. ada dua buah kereta sedang bertentangan dengan kami.oleh kerana saya buat pusingan dulu, kereta wira putih cuba berebut giliran dengan saya. okie, saya bagi dia jalan dulu, meskipun saya punya jalan ok..
dan ketika itu, si pemandu dan penumpang yang semuanya lelaki itu(mentang2 dalam kereta saya semuanya perempuan) mereka nak tunjuk belang samseng t*** kucing..huh..siap, tunjuk penumbuk pada kami+siap keluarkan kepala dari kereta lagi!! nak suruh kita ke tepi.. nak cari gaduh pulak!! dan alhmadulillah, jalan 2 lorong (2 hala) menyelamatkan kami..dan nasib baik juga saya memandu belakang kereta mereka.. ok fine, waktu dah nak masuk jalan besar yang mempunyai jalan simpang, si penumpang kereta wira samseng t*** kucing tersebut keluarkan kepala mereka..and thank ALLAH, diorang dah terlajak masuk simpang kiri.. dan kebetulan saya nak masuk simpang kanan. kalau tak, mesti diorang kejar kereta kancil sewaan kami.. mesti saya akan cuak+nak nangis+kelam kabut+akan call polis serta merta! dah la saya memandu dengan begitu berhikmah(40-60 km/j)
haha..tengok, samseng jalan raya t*** kucing tu.. buat saya naik angin.. tak bertoleransi langsung..memandu ikut suka, siap nak tunjuk penumbuk? amboi.. nak tunjuk samseng pulak. tahulah saya perempuan, nak buli2.. telefon polis karang, baru tahu!
6 comments:
salam ummi... kak e pun pernah alami hal seperti itu - pernah otw ke JB - bas membuntut kak e dekat sangat! Padahal kak e drive dah ikut limit dab erada di lorong tengah... mentang2lah kita drive kereta kecil... geram pun ada gak!
salam kak e..salam singgah =)..yela kak..diorg tu masyaALLAH.. geram betul dibuatnya!mentang2 kita perempuan, naik kereta kecik pulak tu, senang2 dia nak buli kan kak?
cam nangis jer time tu..hihi
ei...aku tak nangis la acid
ummi sabar je la dgn org mcm tu.. mmg x de budi pekerti lnsung.. mmg nk kene back hand org mcm tu
hahaha..betul tu yana..mmg sabar tahap gaban tu..yela..kita kan bukan pemandu yang versatile kan..haruslah pandu berhati2..hihihu..apa lagi suksis..kita lock-up kan je org macam tu
Post a Comment