Friday, May 20, 2011

adakah engkau mangsa seterusnya?


bismillah..


hukuman setimpal untuk "acid splasher"--> hukum qisas la kan? kita simbah asid sebanyak xx kali (mengikut bilangan mangsa) kepada beliau. fair n square la beb! kan kan kan??

“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya” (al-Maidah:45)

saya boleh bagi beberapa teori;
1) penyimbah menghidap penyakit mental
2)ini adalah konspirasi mewujudkan sentimen perkauman--mereka diupah utk menyimbah
3)penyimbah saja suka-suka


kalau aku baca dari belog seperti belog cik epal.,(writings courtesy from Jambu katanya) penyimbah asid ni macam takde motif..hahaha..betul2..memang takde motip pon nyah oiii...beli asid mahal2 (alkaline based/oxidizing agent tuhhh) kau curi kat makmal sekolah ke mek penyimbah asid? tentulah ada orang upah. membazir okeh...cuba kau bayangkan..masuk ni,katanya ada 30++ mangsa..kau darabkan sebotol asid dgn 30++ mangsa tu..katalah;

RM5/sebotol x 30++ = rm150 tu beb..belum masuk duit minyak dia gi ke lokasi2 berjauhan seperti shah alam,dang wangi etc semua bagai tuh....dah tu, kereta curi. bukan senang tu..takkan takde motif kan? tentu ada..mesti konspirasi (ceh ceh..banyak la konspirasi kau)

mobiliti
tapi si penyimbah asid yg kurang ajar ini, banyak pulak kenderaan dia pakai. satu kejadian ni, dia guna motor, satu kejadian berasingan dia guna kereta. semua tu nombor pendaftaran palsu. tak ke ada konspirasi di situ?

lokasi penyimbahan
katanya di tempat-tempat yg tidak ramai orang sepertiLRT, belakang sekolah, laluan pejalan kaki di LRT. dah nama tempat sunyi! heh, cuba kau lihat...acid splasher ni merebak ke mana2 daerah dah... Dang Wangi, Shah Alam, Lembah Kelang, Putrajaya & so on..kalau seorang yg buat...dia agak susah nak bergerak ke area2 ni,semata2 nak cari sorang mangsa. penyimbah mesti dari kalangan orang yg berlainan. aku yakin ni konspirasi. (ceh ceh...tak habis2 dgn perkataan konspirasi kau)

mangsa
WANITA okey? wanita muda2! aku wanita muda apa??? ada chances jugak nak jadi terpilih
dalam random sampling mamat penyimbah sakit jiwa ni. nauzubillahiminzaalik!


penjenayah

katanya berbangsa India. tak tahu le, betul ke tidak. sebab itu aku kata ada unsur2 sentimen perkauman.
(picture courtesy from here)

boleh baca berita selanjutnya dari sini atau "sinun"


harapan: ya ALLAH ya Tuhanku, Engkau permudahkanlah kerja2 penyiasatan polis terhadap penyimbah asid ini. Engkau berilah kekuatan kepada mangsa2 keadaan yg tidak berdosa. Engkau bukakanlah hati penyimbah asid tersebut agar kembali ke pangkal jalan. amin..

Tuesday, May 17, 2011

APA KATA AL-IMAM AL-GHAZALI TENTANG MENGINTIP UNTUK CEGAH MUNGKAR?



Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-Ma’ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah: “Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Wednesday, May 11, 2011

cuma ingin menangis.

aku cuma ingin menangis..itu sahaja.