Sunday, September 27, 2009

saje suka2..








aktiviti lepas raya...=)

Wednesday, September 23, 2009

TaDaaa....




p/s: jari sangat tak cantik okeh..apa pun, kepada pengirimnya, thanx a lot!saya suka

Friday, September 18, 2009

saya dah sampai??

apa bendanya yang saya nak sangat bagitahu tu?
saya dpt sebentuk cincin kristal yg sangat cantik!..
itu je ..
sekian...

p/s:nntilah upload gmbr..bateri kamera kong la pulak..

Tuesday, September 15, 2009

tak sabar rasanya...

diam tak diam..tinggal 5 hari je lagi kita dah nak raya kan? sebulan puasa rasa mcm kejap je..hehe..rebutlah peluang 10 malam terakhir..lebih2 lagi hari ganjil..mana tahu, rezeki jumpa malam lailatul qadar? sayang nak lepaskan ramadhan...tahun depan, mungkinkah dapat berjumpa lagi? tak sabar nak balik rumah..dah lama tak balik rumah..manakan tidak..hari-hari berlalu dihambat dengan pelbagai kerja yang merumitkan.

tak sabar juga..
untuk buka bungkusan yang dah lama tiba...
isinya??
nantikan kepulangan saya..=)

Friday, September 11, 2009

meeting them~sekretariat debat bahasa melayu..

cuaca yang agak baik hari ini..seperti biasa..cuaca akan sentiasa baik jika saya tidak menjemur pakaian..(buat pengetahuan semua, saya jarang bernasib baik bila menjemur pakaian di ampaian~selalu hujan!)

dan setelah bermuhasabah diri..saya pasti.."miscommunication" penyebab paling muktamad waktu dan tarikh meeting berubah2..haha...dari bilik debat>>kfc>>bilik debat AKHIRNYA..

dari hari sabtu>>ahad>>ahad AKHIRNYA...

ohh...perlu saya pos kan entri usul perdebatan buat umum..esok sajalah..Saya minta tolong faz taipkannya(sebab pendrive hawin dania telah saya tinggalkan di HEP!)...malas??tolong abaikan perasaan yang membuai itu!

Tuesday, September 8, 2009

Cintailah Kalam TuhanMU

Jangan jemu menyingkap rahsia malam. Yang sering menjadi saksi kepada peristiwa-peristiwa ulung. Pandanglah bulan yang tak pernah berganti, nescaya cahayanya membuat kekaguman menyusup dalam relung hati. Dengan kebesaran dan keagungan TUHAN yang Maha Menciptakan, rahsia malam tidak pernah akan berhenti. Antara peristiwa penuh bermakna bagi umat islam berlaku pada kebanyakan waktu malam ialah isra’ dan mi’raj, nuzul quran dan peristiwa penghijrahan Nabi SAW, dari makkah ke madinah. Ketika umat islam menyambut ramadhan dengan seribu erti dan keinsafan, jangan dilupa sirah penurunan al-Quran justeru datang membawa makna yang amat besar. Tanggal 17 ramadhan tahun ke -41 keputeraan Nabi SAW, nuzul quran berlaku. Peristiwa agung yang tak pernah terjangka dari akal fikiran manusia, penurunan wahyu pertama yang turun, menyeru umat islam untuk maju dengan mencari ilmu. Mukjizat terbesar Baginda SAW, ini telah memberi petunjuk kekuasaan dan keagungan ilmu Allah SWT .

Kandungan al-Quran bukan sahaja mencakupi aspek ketauhidan dan ibadah, bahkan ilmu yang terdapat di dalam al-Quran mencakupi aspek sosial dan sains. Teras tauhid dan ilmu sains inilah yang melahirkan pelbagai ilmuwan islam yang mahir dalam pelbagai bidang seperti falsafah, sains, matematik dan teknologi. Disebabkan kesungguhan mengkaji al-Quran inilah menjadikan tamadun islam ketika itu gemilang bahkan banyak pusat-pusat ilmu dibangunkan.

Al-Qurannul Karim mengungkap segala ilmu yang ada berkaitan sains termasuklah ilmu kosmologi. Menurut Dr. Mohd Arif, al-Quran mengandungi lebih daripada 750 ayat mengenai fenomena alam atau lebih tepat lagi ilmu sains yang tidak diketahui dengan jelas oleh manusia ketika kitab suci itu diturunkan.

Mereka berusaha bersungguh-sungguh memartabatkan Islam sebagai agama yang syumul. Nama seperti al-Biruni, Nazir, al-Dinb, Ibnu Sina, Muhammad Ibnu Musa al-Khuwarizmi, Ibnu Yunus dan Habsah al-Hasib mencungkil dan mengemukakan teori sains mereka berdasarkan pengetahuan asas yang diperoleh daripada al-Quran.

Penguasa atau pemerintah umat Islam pada era kebangkitan Islam dulu memberi kedudukan tinggi kepada ahli sains. Pakar sains dalam sesuatu bidang ditugas melakukan kajian untuk manfaat umum.
Contohnya, kumpulan ahli astronomi diketuai Muasa ibn Shaki diarahkan Khalifah al-Mamum mengukur lilitan bumi. Mereka dapat mengira lilitan bumi di Khatulistiwa sepanjang 40,253.4 kilometer. Anggaran dibuat pada hari ini ialah 40,068 kilometer. Perbezaannya ialah 185.4 kilometer atau 0.46 peratus.

Perintah itu berdasarkan hakikat bahawa bumi itu bulat, maka ia ada ukur lilitnya. Maklumat mengenai bumi bulat banyak dijelaskan dalam al-Quran, biarpun tidak secara khusus. Banyak ayat al-Quran menjelaskan mengenai bumi dan setiap satu mempunyai kaitan yang jika dikaji secara menyeluruh menemukan maklumat lebih tepat mengenai bumi serta cakerawala lain.

Perkara itu dilakukan ilmuwan Islam dulu, mereka mengumpul setiap maklumat termasuk yang ditemui atau diperkatakan ahli sebelumnya dan dipadankan pula dengan apa yang dijelaskan dalam al-Quran. Hasilnya, mereka mendapat satu keputusan lebih tepat dan menjadi rujukan ahli dalam bidang berkenaan sehingga ke hari ini.

Tidak dapat disangkal bahawa asas ilmu atau penemuan dilakukan ilmuwan Islam menjadi pencetus kepada kajian seterusnya oleh ilmuwan barat. Semua kajian itu bermula daripada apa yang dijelaskan dalam al-Quran.

Christopher Columbus (1451 - 1506 Masihi) mengakui naluri atau dorongan kuat untuk belayar ke arah barat dari Eropah sehingga menemui benua Amerika berdasarkan rujukan tulisan ilmiah kitab geografi Ibn Rushd. Justeru, umat kini perlu bangkit untuk meneruskan apa yang pernah dicapai tokoh ilmu sains Islam dulu. Masih terlalu banyak kandungan dalam al-Quran memerlukan penelitian untuk dimanfaatkan.

Sekarang kandungan al-Quran semakin banyak dikaji pakar sains bukan Islam. Mereka mendapati apa terkandung dalam al-Quran adalah benar. Ada antara mereka yang menganut Islam selepas mengkaji kandungan al-Quran. Sedangkan sebahagian yang lain hanya menjadikan al-Quran bahan kajian, juga tidak mampu untuk menolak kebenarannya.

Jika bukan Islam berminat terhadap kandungan al-Quran, mengapa umat Islam tidak mengambil kesempatan itu. Orang Islam kini hanya membaca al-Quran, tetapi tidak cuba mencungkil rahsia di sebalik setiap isi terkandung dalam 6,666 ayat itu.

Sahabat-sahabatku, ayuhlah sama-sama kita membaca al-Quran serta menghayati maknanya. Jadikanlah al-Quran itu sebagai teman kita diwaktu kita kesunyian. Bacalah!! agar ia mengalir di dalam jiwa kita sebagaimana mengalirnya darah di dalam tubuh kita. Pelajarilah ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya agar ia melengkapi ibadah kita seharian. Cintailah pusaka yang ditinggalkan oleh nabi kita Muhammad SAW, ini agar hidup kita lebih diberkati dan sentiasa mendapat petunjuk dalam apa jua yang kita lakukan.

Sebagaimana hadis dari baginda yang berbunyi:

تركتم فيكم امرين إذ تمسكتم بها لن تضل ابدا القرءان وسنتي

Mafhumnya: Aku tinggalkan kepadamu 2 perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dengannya, maka kamu tidak akan sesat selamanya; itulah al-Quran dan sunnahku.

Hari ini masuk 18 Ramadhan. Sudah berapa juzuk kita baca?

Sahabat-sahabatku, jadikanlah madrasah Ramadhan tahun ini sebagai satu titik tolak untuk kita terus mencintai al-Quran. Bukan setakat membaca, malah cubalah untuk memahami dan mempraktikkan segala apa yang terkandung di dalamnya. Teruskanlah usaha kita untuk mendalami al-Quran. Jangan sesekali merasa jemu untuk mempelajari segala ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Itulah Dustur Allah, panduan hidup kita. Itulah pegangan yang menjanjikan kebahgiaan hidup dunia dan akhirat!

Monday, September 7, 2009

sahur akhirnya...


sahur akhirnya..alhamdulillah.. 2 mid term tests to go...sounds good..

ya ALLAH..permudahkanlah urusanku...

Sunday, September 6, 2009

tak sahur...


ini dah kali kedua tak sahur..mahu tersejat badan sepanjang hari ni..aduhai..bukan rezeki saya la tu nampaknya.. beli nasi goreng semua bagai, last-last letak handphone kat luar. mana lah dengar alarm! =(

nasi goreng ihsan dari yahoo image

Tuesday, September 1, 2009

tagged by kak nurul..




Tiba2 dapat tugasan dari kak nurul nun jauh kat oversea
1)Sile copy award ini di blog anda:
okehh..dah sudah…


2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini (Are t)
~suka shopping n sy suka sgt tgok entry kak nurul bila tayang barang2 baby.. huhu..
~ most of the entries posted by kak nurul, banyak pengalaman kak nurul tulis. Dan ada benda baru saya belajar daripada apa yg ditulis (^_^)
~as I can see from her entries, kak nurul mempunyai seorang suami yg sgt berdedikasi dan baru sahaja melahirkan anak pertamanya, baby haris.. comel…(^_*)
~pembersih dan suka mengemas
~expressive
~sangat menghargai persahabatan..

p/s: kak nurul, Heheh..ini penilaian secara jauh


3)Nyatakan 9 fakta tentang diri anda sendiri:
~kinda sensitive
~expressive
~suka puisi
~suka novel habiburrahman
~suka juga bercakap
~suka masak..tapi takdela reti serba serbi
~tinggal kat shah alam, banyak membesar kat johor
~banyak kali gi blog kak nurul, tapi masih tak ingat nama tempat kak nurul tinggal..hehe..
~I have 4siblings around me that cheer me up..


4)Pilih 10 penerima award seterusnya .. TAG mereka:
-jannah
-payied
-atthiyah
-acid
-aini
-azlan
-nadzirah
-Fazrina pendek..

Boleh la ek..…hihi