Monday, September 23, 2013

mengulit tesis

ummi tak tahu samada anakanda ummi stress ke dok dalam perut. huhu.. kepala ummi berserabut memikirkan apakah tujuan utama factor analysis selain daripada data reduction utk tujuan develop questionnaire.. apakah umi perlu letak FA ini di bahagian selepas pre-test questionnaire atau data analysis process..? keliru bila baca and tengok tesis orang. tapi ummi tahu semuanya bergantung kepada objektif sesuatu benda tu kan
 

bila umi baca; satunya sebab nak develop questionnaire and nak reduce item. (ah,umi sudah reduce sendiri tanpa buat factor analysis. hahaha. sebab tujuan asalnya nak guna SEM. dalam SEM, CFA itu sudah dikirakan sekali)

tapi sebab bila umi run guna SEM, data umi x memuaskan. no sognificant relationship antara IV and DV.

maka umi beralih kepada data yg analyze guna SPSS je. di mana kita kena buat FA secara manual. hadoi..complicated tahu. sebab tough sangat nak interpret data bagi umi yang tak berapa nak pandai ni. disebabkan umi dah modify data, umi tengok ada significant relationship. maka umi bertekad nak guna SPSS buat MLR berbanding guna SEM. sebab umi rasa ada baiknya kalau dapatan kajian umi selari dgn LR. hahahaha.. senang. tak payah karang pening panel tanya--> "awak kena refine balik tajuk awak ni". SV pun cadangkan benda yg sama. 

sekarang umi nak mudah. umi malas nak tambah benda pelik2. (kecuali utk FA ni la. karang kena tanya pulak kenapa tak buat) sebab umi akan bersalin hujung bulan ini. tambahan pulak SV nak pergi haji. umi kena hantar tesis ni ke panel untuk penilaian samada layak tak nak pergi viva. 

kalau boleh biarlah viva sebelum umi beranak. tapi umi tahu umi xkan sempat. maka kalau dapat viva lepas beranak pun ok juga. yg penting lepas umi pantang. hehehe. stress pulak karang viva masa tengah pantang. at least ada masa nak buat sedikit correction. umi target jilid dan hantar secara complete bulan 4 nanti. 3 tahun lebih hoi buat master by research ni. master je pun. 

p/s: eh..tapi umi rasa lagi mudah buat SEM. hahahaha..sebab memang data sama tak signifikan macam sebelum yang umi buat ni. tak payah nak tukar kat discussion kan. 

semoga anak ummi tak stress. kalau lapar nanti ummi bagi makan kurma. :)

Thursday, September 12, 2013

hari yang pack

walaupun duduk dirumah sahaja, rupanya masa tetap pack.

pagi2 dah set kena siapkan kerja sekolah. siapkan kerja sekolah. siapkan kerja sekolah sebelum terberanak!

lagi2 hari jumaat, kena masak awal sebab ciktam balik awal.

nak kejar baca surah al-kahfi.

nak baca jurnal.

nak sidai baju.

nak basuh pinggan mangkuk yang tunggang langgang kat sinki akibat membuat sarapan je pun!

nak sapu rumah. kemas rumah apa adanya. nak mandi lagi..

huhu..ni belum anak keluar dah kelam kelibut. anak dah keluar nanti ntah macam mana rupa mak berry?


macam mana lah working mother menguruskan rumah tanggan kan? selalu kagum dengan mak sendiri. dan orang lain yang bekerjaya tapi tetap meneruskan tanggungjawab sebagai emak juga sebagai isteri. :')

oh,,,tidak mudah menjadi perempuan rupanya.

next year kursus. tinggal anak.tinggal suami. setahun. boleh bayangkan perasaan ummi?


nangis!

Tuesday, September 10, 2013

memodenkan derma

assalamualaikum semua..:)

kita jangan masuk malacca part 2 dulu. huhu...ummi rasa nak bercerita tentang memodenkan cara derma..

ini bukanlah entri menunjuk2 betapa dermawannya ummi. nauzubillah..

tapi saje nak cerita fenomena dermawan rakyat malaysia.

kadang2 rasa sayu sangat tengok orang yang mintak derma tepi jalan. baju lusuh. compang camping. ada yang tak sempurna fizikal. silakan menderma kepada orang2 yang tak punya penglihatan..jual tisu ditepian jalan.

 tapi jangan terkejut,ada je orang yang berkudrat 4 kerat, terlalu tebal muka meminta2. tu yang banyak kes, tokey sebok kerah anak yatim pergi kutip derma. dan jadi kaya raya. ada juga kes pengemis yang dijumpai mati rupanya dalam bank ada belas2 ribu. dan paling ummi tak boleh terima kalau dia bawak imej islam (e.g. tudung labuh lusuh, pakai kopiah) sambil kendong anak untuk meminta belas kasihan. *_*

mencemarkan imej islam tahu?

kita jangan hidup untuk meminta. mari kita setkan minda HIDUP UNTUK MEMBERI.

ummi terfikir, apakata bajet untuk menderma kita bahagikan kepada dua. satu bahagian untuk rakyat malaysia. satu bahagian lagi kita khaskan untuk umat islam sejagat.

jangan kita asyik bantu je orang susah kat tempat lain. kat tempat sendiri rupanya masih ramai lagi yang perlukan pertolongan. contoh orang Malaysia yang perlukan bantuan kita ialah, haruslah saudara-mara kita yang terdekat yg kita tahu dia memang susah, atau anak2 saudara kita yg yatim.. ada banyak juga pusat-pusat NGO untuk golongan ibu tunggal, orang tua,orang cacat... yang perlu kita bantu dari segi kewangan..sebab pusat2 ni bukan pusat yang mengaut keuntungan..melainkan pusat kebajikan yang menjaga golongan yang kurang bernasib baik..

dulu menderma hanya tertumpu kepada orang2 yang meminta derma tepian jalan je kan? sekarang ada cara untuk kita memodenkan derma. yang pasti, organisasi yang menguruskan adalah organisasi yang amanah. derma insyaALLAH akan sampai kepada golongan sasar. antara salah satu tempat menderma untuk umat islam sejagat yang sangat2 efektif dan efisien ialah "ISLAMIC RELIEF"

bukan sahaja bantuan diberikan kepada negara2 yang bergolak seperti palestin dan syria, malah turut membantu negara2 islam yang sangat miskin dan perlu bergantung kepada bantuan luar. donation sangat mudah dilakukan. kita dapat resit yang akan diberikan melalui emel.


click here if u wish to donate


cuba kita tengok, banyak kan saudara2 kita yang perlukan bantuan kat luar sana?


untuk bantuan rakyat malaysia yang serba kekurangan pula, takde masalah rasanya. pergi terus ke tempat charity, bantu kerja2 amal pun bagus juga selain menderma. contohnya pusat jagaan khas kanak2 cacat, rumah orang2 tua, rumah anak-anak yatim dan banyak lagi... :) mengucapkan perkataan baik pun sedekah jugak tau


Rasulullah SAW bersabda, “Takutlah engkau kepada neraka, sekalipun dengan jalan bersedekah dengan potongan kurma, maka barangsiapa tidak dapat menemukan itu maka hendaklah besedekah dengan mengucapkan perkataan yang baik (HR. Muttafaq ‘alaih)- umi amik hadith2 kat sini

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak seorangpun yang menyedekahkan hartanya yang halal dimana Allah menerimanya dengan kananNya (dengan baik), walaupun sedekahnya itu hanya sebutir kurma. Maka kurma tersebut akan bertambah besar di tangan Allah Yang Maha Pengasih, sehingga menjadi lebih besar daripada gunung. Demikian Allah memelihara sedekahmu, sebagaimana halnya kamu memelihara anak kambing dan unta (semakin hari semakin besar).” (HR. Muslim).


 jom beramal dan bersedekah!



Monday, September 9, 2013

malacca part 1

hari tu jalan2 melaka..

dengan family ummi..

memang banyak tempat menarik kat melaka.

dan banyak tarikan. antara salah satunya ialah rivercruise mengelilingi Kampung Morten. Pemandangan memang awesome! cuma yang tak best, air sungai kotoq tak dijaga oleh masyarakat yang uncivilized!

memang ada orang tukang bersihkan sungai. tapi tanggungjawab individu terhadap kepada alam sekitar tetap ada tahu?

ee..ummi pantang betul ada orang buang sampah dalam sungai. especially ummi tengok,ada orang campak mangkuk polistrin n cawan polistrin. sakit mata umi tengok. grrr....

kan dah ummi membebel. hehe.. berbalik kepada cerita asal;

kami menginap di Majestic Hotel, Malacca. area Banda Hilir, Jalan Bunga Raya.

Ayah dapat staff rate yang memang sangat murah dibandingkan dengan harga sebenar satu bilik tersebut.  alhamdulillah.. berbaloi.. Mak bercadang nak 2 bilik. tapi sebab weekend, bilik penuh sangat. jadi,kami dapat 1 bilik je. standard la, bila staff yang check in. haruslah management utamakan guest yang bayar full-rate. tapi ok je sebab bilik boleh tahan besar.

biliknya cantik. tapi ummi n adik2 malas nak ambik gambar sebab takde kerja nak camwhore bila dah lepak2 dalam hotel.. ada bath-tub ala2 beauty n the beast.

tapi yang tak best,pintu bilik air memang direka tak boleh dikunci. ala2 pintu almari. huh.

tengahari tu kitorang pergi jalan ke kampung morten. Majestic hotel tu memang betul2 berhadapan dengan Kg.Morten. senang kitorang jalan kaki saje.

masa kitorang sampai living museum kampung morten, tu dah pukul 1pm. belum masuk zuhur. kitorang pun berjalan..tertarik nak masuk tapi macam ada sedikit keraguan. sampailah ada seorang pakcik tua menyapa..

"masuklah nak"...

bersambung episod seterusnya. hehe

Wednesday, September 4, 2013

demi anak

ya..ummi pakai telefon murah.

jatuh banyak kali pun insyaALLAH..skrin tak pecah. hihi..

dalam hati teringin nak beli smartphone.

but i know, it is not listed as necessary. i won't buy it.

semua orang cakap ya..best. macam2 aplikasi.

tapi ummi fikir jauh lagi dari tu.

ummi akan ada anak.. yang suatu hari nanti akan lebih tertarik dengan smartphone. especially bila ada talking tom yang boleh imitate apa yg kita cakap. kanak2 bukan main suka lagi. ummi takut umi akan bg smartphone kalau ummi dah tak reti nak buat apa kalau anak meragam. hati yang cepat cair ni perlu diajar bertegas.uhuuu

sebab untuk jangka masa pendek dan panjang melekakan anak..ya,smartphone/tab adalah jawapannya.

dengan ini ummi dan daddy takkan beli smartphone tanpa sebab yang kukuh.

"The expert stated that even the most advanced apps and gadgets cannot replace crayons, puzzles, books and stuffed animals and that, while developing an aptitude for technology is advantageous, it should not replace reading, board games and outdoor play." (source)
(source: How much exposure to technology can kids take?)

"Researchers have previously found that structured activities such as sport and organisations as well as unstructured play provides children with the opportunity to foster friendship, practice interpersonal skills, assume responsibility, test their risk perception, develop morally (turn taking, following rules, resolving conflict), exert self-discipline and experience leadership" (sumber seperti di atas)

Bak yang aku baca dalam parenting tidbit dalam warga prihatin: jangan jadikan anak kita seperti ayam jantan/tikus dek kerana gadget2 ini..

meh baca kat link warga prihatin (sila click)

i'm preparing myself to become a mother. and to be a parent, a guardian to my children. May ALLAH ease this tough journey for us and for u as well.insyaALLAH.. 

check list barang baby

kepada anakanda yang berada dalam perut ummi..

berikut merupakan senarai keperluan anakanda yang wajib ummi dgn daddy (?) sediakan.. :)

alolololo..comelnya dia punya imej..amik kat nota etika. trimas blogger. cantik sangat awak punya list. ihiii...

ni pon best jugak!

kredit to puan azizah :)

ini adalah list. tapi berapa banyak pula yang ummi nak beli part baju2, ummi tak berapa tahu..

berpandukan list ni nanti, ummi akan beli sikit2 (tapi pakai duit daddy) muahaha.. stroller tunggu dulu ya anakanda. sebab stroller adalah mahal. mungkin alternatif percuma adalah mengendong anakanda sahaja.

yang best,umi ternampak mak teh (kakak ipar duai ummi-erk) mengendong aishah dengan selendang saje. selendang yang kita buat tudung tu...woww..kreatif!

no need baby sling yg mahal2 (ummi ada survey, harga baby wrap+sling yg panjang jela tu rm400 walaupun pre-loved. mahalnya!).

 mungkin faktor aishah yang kecil dan comel lote+ringan bak sutera memudahkan pemakaian selendang tersebut. ummi pun ada praktiskan tau.. nanti umi nak cari fabrik yang sesuai untuk kendong anakanda. heheh.

minggu ni kita akan bercuti malaysia ke melaka dgn family ummi. kebetulan kat melaka ada baby expo. harap2 ada jualan murah bagai nak rak. boleh ummi sediakan sedikit keperluan basic anakanda. eh. harga minyak RON95 naik, telah menyebabkan ada bajet yang perlu disekat. hurmm... *_* sabar sajelah kerajaan ni. geram ummi dengan manifesto yang tak menepati janji ini.

apa pun..ummi dah jumpa berapa banyak kena beli baju anakanda. hihih (reference)

1. Baju & seluar lengan pendek   x5
2. Baju & seluar lengan panjang  x5
3. Baju & seluar 3-6month          x3
4. Baju & seluar 6month              x2
5. Romper                                  x3
6. Mitten & booties                     x5
7. Barut                                      x10
8. Bonnet                                    x1 (ummi kurangkan)
9. Baby bip                                 x2


sekian, bebelan ummi pada hari ini. :D