Saturday, December 22, 2012

attitude

Assalamualaikum...

hamboi tajuk aku di atas..hahhaah..serius je bunyi kan. ini seriusss... (wonderpets)

semenjak dua tiga menjak ni..aku kan sering banding membandingkan...

like,

ada sorang budak ni, bukan setakat berjaya dalam pelajaran, malah berjaya dalam bisnes. umur 24 tahun baru..

ada orang ni, dah amik phD sudah...DR sudah..baru umur 26 tahun..

tentang amalina yang gifted. boleh menulis buku dalam bidang perubatan. buat penyelidikan yang bermanfaat untuk manusia.

ada banyak lagi aku nak bandingkan..ukuran kejayaan di atas adalah ukuran kejayaan duniawi.. yeah...

sedangkan aku ni tiada apa. master x habis lagi. kerja tiada lagi. tiada bagi mak bapak duit. tiada harta. sumbangan kepada masyarakat dan agama pun takde.
 takde! (T_T)
 I've nothing. I contribute nothing.


bukan lah aku tidak bersyukur.. marilah baca sampai habis dulu apa yg aku mahu katakan..

sebab dunia ni tempat kita menanam.. kalau boleh biarlah tanaman kita tu bermanfaat untuk orang lain.. jadi bekal di akhirat sana..u know what i mean. falsafah sangat! hahah

konklusinya;

kejarlah akhirat, maka dunia akan mengejarmu.


apa yang membuatkan aku membuat perbandingan (ada frasa ulangan disini) adalah...;

"BAGAIMANA EK MEREKA NI SANGAT BERJAYA?"

"APA ATTITUDE YANG DIORANG ADA, TAPI AKU TAK ADA?"

yes. i'm jealous.

aku jeles sebab aku tiada attitude seperti mereka yang berjaya. aku tidak jeleskan kejayaan mereka. aku jeleskan sikap mereka. sikap mereka yang bersemangat. berdisiplin, yang beriltizam tinggi. determine. solid. sangat yakin. dare to take risk. yang pandai. yang rajin berusaha. dan mereka akhirnya memberi sesuatu kepada masyarakat.

sedang aku tidak ada sikap2 sebegini. jeles. jeles sebab diorang ada, aku takde.


aku selalu berdoa, supaya aku dan keluarga di beri kejayaan yang sangat bererti bukan hanya untuk diri sendiri..tapi orang ramai. aku nak memberi..memberi sebanyak mungkin dalam hidup..











Thursday, December 20, 2012

macam mana hidup lepas kahwin?

assalamualaikum...

aku kan selalu paranoid. macam mana ek hidup lepas kahwin? i mean, susah ke? banyak ye belanja lepas kahwin? sebab aku tahu; aku bakal menapak meneruskan hidup bersama suami dengan bermula dari 0. 0..tahu kan 0 bagaimana? life is getting tougher than u ever imagine. huhu..risaunya aku..


eh,karang cukup ke nak beli itu ini?


eh karang cukup ke nanti nak bayar duit ini,duit itu?


eh,karang kalau ada kecemasan mcm mana nak cekau duit?


eh..eh..eh..dan banyak lagi eh!


huhu.. itulah namanya paranoid.. walhal kan ALLAH dah janjikan nak limpahkan "kekayaan" kepada orang2 beriman yang mendirikan rumah tangga? kau (aku lah tu) lupa ke janji ALLAH TAK PERNAH TAK ditepati?


Firman Allah bermaksud: 


Kahwinkanlah anak-anak kamu (yang belum kahwin) dan orang-orang yang sudah sampai masanya berkahwin dari hamba-hambamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka itu orang-orang yang tidak mampu, mereka Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari anugerah-Nya? (Surah an-Nur, ayat 32).


bayangkanlah pemikiran aku bagaimana; bagaimana aku hendak hidup kalau aku masih belajar terkontang-kanting. hanya mengharapkan ciktam sebagai cikgu. bagaimana hidup kami? nak beli kereta pun terfikir-fikir. mampu ke nak bayar setiap bulan? 


inilah jadinya jika aku membandingkan hidup aku dengan orang lain yang lebih senang. tengok kawan2 mampu beli semuanya..ada yang dah beli rumah. dah lengkap serba serbi. ehhh...


 astaghfirullahal'azim..padahal terang2 ALLAH dah kata, ALLAH akan berikan kekayaan bagi orang2 yang berkahwin. jangan kau ingat kekayaan tu material semata2. kekayaan hidup boleh jadi juga dengan berasa cukup. betul tak? kalau kau rasa cukup dan bersyukur dengan nikmat rezeki kau, maknanya kau sudah kaya. bukanke orang2 yang berasa cukup akan digandakan lagi rasa syukurnya?



"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.(Surah Ibrahim 14: 7)
-
-
-

hah. nak kena azab ke kalau mengingkari nikmat ALLAH?
-
-
-

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu (Surah Al-Baqarah 2:152)


maka, melihat kepada ayat di atas,aku tidak jadi paranoid. aku hanya perlu menjadi orang yang bersyukur. aku hanya perlu ingat ALLAH. taat perintah ALLAH. 

 tiada kereta sendiri pun takpe. akan datang insyaALLAH ada. yakin dengan janji ALLAH. disamping tu jangan lupa berusaha dapatkan rezki halal. 

ada orang yang ALLAH uji lagi dahsyat. sesuai dengan kesanggupan hamba tersebut. 

bersyukurlah atas nikmat yang kita ada..

nikmat sihat

nikmat masa

nikmat kasih sayang

nikmat makan

nikmat keharmonian dalam negara

nikmat itu..nikmat ini. ALLAH...sungguh tak terhitung begitu banyaknya nikmat ALLAH beri!


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"

(Arrahman: 13)





ALHAMDULILLAH... (^^,)

Sunday, December 9, 2012

update!sedikit2 lama2 membukit

izzah update: tokayah n tokmak tengok bola. tapi badan senget2 sbb konon2 kesengetan tu boleh menjaringkan gol malaysia..hahaha..mana tak tumpahnya senget badan time tgok tv kalau tak ke cucunya kaaannn..cucunya kalau tgok ninja warrior lagilah x senonoh. siap jerit2...tutup mata sebelah,berdiri,berdoa. ehh..siapa yg masuk bertanding sebenarnya?

baju kahwin itu menampakkan aku gemok seperti dugong bunting. i need to alter it. dah dapat idea. huhu..tapi..tapi...hmmm

Sunday, December 2, 2012

rasa macam over

Rasa macam over...setelah baca entry payied..huhu

sebab aku..(insyaALLAH) akan berangkat ke macau utk present paper mac depan(dengan izinNYA)..

ketika sudah menjadi isteri. (aku harap,ini tidak kedengaran poyo)

ohoi..semua orang beranggapan aku bakal berbulan madu di macau.

hahaha..ya..aku berbulan madu di macau. tapi bukan bersama encik-suami-dua-B (read husband-to-be)

tapi berbulan madu dengan rakan2..

aku rasa ini agak over bagi aku. tapi aku dah tanya ciktam DULU (aku takut nanti dilabel derhaka). dia kata boleh untuk tujuan ilmu (ok,niat aku agak menyimpang disitu.serampang 2 mata). BOLEH? YEYEH!

aku pon apa lagi, on lah. terus beli tiket airasia promo (ok tipu) hahaha. siap plan gi disneyland lah,madam tussaud lah.

aku. memang over,sanggup siapkan paper sampai sakit2. tapi realitinya. aku terlupa,keputusan aku buat ini adalah ketika masih bujang. nak2 aku pergi 6 hari. 2 hari konferens,4 hari berjimba di Hongkong. mula2 aku nak gi 5 hari. tapi sebab kawan aku dok merisaukan diri sendiri kata x sempat nak gi tempat dia tuh. maka aku turutkan. hmmmmm...

aku harap ciktam ikut. tapi banyak benda dia nak kena settle down. tambah2 bukan cuti sekolah. (tapi kalau cuti sekolah pun tiada gunannya bercuti. tetap dengan kuliahnya kat kuim kannn)

 takpe. bagilah aku berjimba dahulu, sebelum dia tak mengizinkan aku banyak perkara setelah berkahwin. huhu.. nantilah aku plan untuk kitorang bersukaria demi menguatkan ikatan pulak. almaklumlah,dah biasa berjarak jauh. wahkakakaka. ok,fine. jangan muntah dulu. ini hakikat ok.

huuu..maafkan aku..aku sudah biasa hidup bujang,berdikari. aku sudah biasa hidup dengan membuat keputusan sendiri. aku sudah biasa hidup dengan kawan2. huhuhu.. aku dominan. aku takut akan hal ini.

aku rasa aku banyak pentingkan kawan dari ciktam sekarang ni. (hello,he is not yet my husband. so ok lah kalau tak mendengar perintah)

aku harap setelah kahwin aku berubah. berubah menjadi perempuan melayu terakhir. solehah macam saidatina fatimah dan jadi penyejuk mata macam...aishah radiallahu anha. dan paling penting, mengutamakan suami lebih dari yang lain selagi tak melampaui syariat.(muntahlah. aku tahu ini kedengaran poyo)

sekalipun hakikatnya, aku ni brutal. tapi dalam hati ada taman untuk berubah. huhu. semoga aku berubah menjadi yang lebih baik amin..

Tuesday, November 27, 2012

stress lagi

mari menangis.. sebab kerja yang begitu menekan.

aku harap ada orang yang faham. faham keberadaan aku yang perlukan ruang sendiri.

tapi tidak ada.

tidak ada sorang pun.



bila kawan aku tanya

"kak ngah, tesis kau macam mana?"

masa tu air mata dah bergenang2....bulan 12..lagi 2 hari..


stress lagi.. alahai..

Tuesday, November 20, 2012

murah..

I need something cheaper but looks gojes.
Because whenever people receive the goodies, they'll throw the packaging away!- precisely in the dustbin- biarlah kalau dibuang itu boleh dikitar semula.


mesra alam.

boleh ter-biodegrasi.



aku sedang membayangkan kalau aku ini jenis nak nampak eksklusif sepanjang masa; kalau packaging sahaja berharga MYR1, darabkan dengan 2000= MYR2000. ulang suara  taip, DUA RIBU HENGGET MALAYSIA ya puan2. maka 2000 ringgit tadi akan bertaburan ditepi tong sampah bagi yang mata kero. kalau yang mata tak kero dan bagus penglihatan, dia buang dalam tong sampah.

*eh,nak tukar topik. dulu,masa aku degree dulu kan..kiosk ATM bank muamalat mesti bersepah2 dengan resit2 pengeluaran bagai. atas lantai tu macam ada orang buat pesta kertas. tong sampah punyala sebesar2 alam disediakan tepi mesin tu. tetap jugak nak dihumban kertas putih (sambil dikeronyok tanpa rasa bersalah) ATAS lantai. ATAS LANTAI ulang suara.

BUKANNYA DALAM TONG SAMPAH TEPI MESIN TU JEK.

walhal bukan tong sampah tu bertutup ke hapa. tong sampah domestik yang korang selalu buang sampah tu... siap terbuka,ternganga tanpa penutup hokeh.

((berapa banyakla frasa penekanan aku terhadap keadaan mesin ATM kat situ. hihi))

akan tetapi..jeng jeng jeng..suatu hariiii...masa aku nak withdraw duit...aku liat bersih gila tanpa kertas mesin atm nih..lalu aku ternampak ada nota yang ditulis oleh seorang hamba ALLAH ni..dalam kertas tu tulis lebih kurang la

" semuanya berpelajaran tinggi. tapi tak reti nak buang sampah dalam tongsampah" 


blur. pastu aku gelak! hahaha.. bagus mesej ni. syabbas bette! hihi..*--> eh,ada kaitan ke dengan tajuk?



berbalik kepada topik asal;  jangan marah kalau goodies bag kahwin ku nanti nampak hodoh diluar. hihi..
yes, nothing special about the bag. But more likely close to the nature. ewah2. bermadah saintis pencinta alam pula aku nih.

*semangat pulak mak buat persiapan kahwin. ayah pulak asik tanya aku,borang dh siap ke belom. huahua..bizi la.. aku ni konon2 je dulu macam nak jadi briedzilla. ah. cukup2 sudah. tak payah berangan. kerja begitu menekan hidup. sehingga rambut pon menggerbang.

sekilas aku pandang cermin. dah macam rupa nenek kebaya. eh. silap..nenek kebayan. heuheuheu..


konklusinya. ada banyak cerita yang aku selitkan kat sini. goodies bag akhirnya ke tong sampah. buang sampah la dalam tong sampah. serta terimalah hati terbuka bahwa goodies bag aku nnti akan nampak selekeh saje. dan status terkini----> aku banyak kerja..hehehe..

aktiviti bersosial terpaksa diberhentikan sementara waktu. segala kesulitan amat dikesali yea kawan2! :*

Tuesday, November 13, 2012

demam..

dah beberapa hari struggle buat paper. sampai selsema dan demam dibuatnya..hihi..alhamdulillah Allah bagi sakit..terhapus sikit dosa-dosaku..paper dah siap. tinggal nak betulkan format dan reference je. harap2 ok. pastu nak hantar proofread.
serius sangat penat. hari sabtu aku mmg flat lepas sampai kampung. malas gila. hari ahad pulak, drive ke nilai konvoi dengan sorang pakcik aku. Mokde dah balik haji, haruslah kita syukuri keselamatan mokde and pokde sekembalinya dari tanah suci. masa kat nilai memang takde2 la aku bertungkus lumus kat dapur macam sebelum ni. aku bantai buat kerja sekolah (analisis result and buat paper) dalam bilik. hihi..takpela, ramai sukarelawan orang muar ni. berbanding kat Melaka, asik kena perintah baru le nak buat. aku le tu yang kena perintah tu. hahaha
tapi yang tak syoknya, asal aku bukak laptop, budak2 kecik sibok beratur tepi aku. tunggu giliran nak main game. haha..kantoi pulak aku main game masa buat kerja kan. ini adalah kerana, ke-stress-an aku cuba mendapatkan idea serta jawapan kepada analisis aku. oleh yang demikian, marilah kita main game dulu. huahuahua..
otak ni penat sangat.. takpe..dunia tempat kita berpenat2. akhirat nanti tempat kita berehat. Harap2 perjalan ilmu ni membawa sejuta erti untuk aku jadi seorang manusia yang tawadhu'. banyak sangat aku belajar tentang sebuah kehidupan. paling utama, memahami karakter manusia. terima dia seadanya.

p/s: kepada ciktamtam. selamat memulakan kembali kembara ilmu. :D

OK,SAMBUNG BUAT KERJA. :p

Friday, November 9, 2012

bertabahlah..

bertabahlah hati..
dengan duit geran yang dah nak habis lagi 2 bulan..
dengan duit yuran yg tak terbayar rupanya. baru aku realize kat SMAP online hari tuh..
one of the most critical time in my life..

aku dah dewasa. aku harus selesaikan sendiri masalah hidup aku.

aku harus jatuh sebelum bangun semula
rasa macam tersungkur.
perjalanan ilmu ni banyak air mata. banyak masalah. banyak tuntutan. banyak pengorbanan. rasa nak berhenti sekarang.


ya ALLAH... beratnya..
tolong hambaMu yg lemah ini..


-STARTS SMALL, GROW BIG-

Monday, November 5, 2012

hari yg banyak peristiwa

hari banyak kejadian. tapi sebelum tula kan..aku cuma nak komplen dgn some of distributors yang sangat obes. *eh obses* dgn herbalife.. sampai...ada ayat camni...

"Ko gosoklah sampai melecet, ko balutlah pakai koset mahal ko tu sampai tak bernafas, ko exercise sampai pengsan atau ko tak makan smpai badan kering, takkan boleh slim dgn cara sihat punya selagi tak betulkan pemakanan. Program diet aku senang je, masih boleh makan tp di ajar apa yg boleh dimakan. Boleh?"

itu cuma meal replacement. bukan makanan ajaib segala..makan2 terus sihat.. hello..workout x perlu pengsan. even bersenam tu mmg penting sgt2 utk tubuh badan. dari ko consume je benda,tapi tak workout apa gunanya?cikberry memang tak boleh blah.. program diet kononnya la kan. tak kasi makan ikut piramid makanan. suruh minum tu utk ganti sarapan dan makan malam. suruh ko minum air sebanyak 8 liter? pastu ko makan nasi sehari sekali je? sama je macam ko berlapar,skip makan. cumanya ko minum air herba-kehidupan tuh, tak makan benda lain atau ko akan gemok kalau makan pastu minum air herba-kehidupan. you see..it's only a meal replacement. setiap hidangan air herba-kehidupan dah dikira kalorinya. jadi..senang la ko buat program diet tu kan. 


kau kena consume 1800(fitnesspal yg cakap) (atau ada mazhab 2000) kcal sehari  kalau kurang dari tu akan menyebabkan metabolisme ko akan jadi rendah. lagi la ko senang gemok,sbb metabolisme rendah. 
gitulah kann.. ada lagi satu i baca, dulu dia doktor,berkhidmat berbelas tahun dapat gaji belas2 ribu (tak ingat) sekarang, buat MLM herbalife, dapat RM85K sebulan (tak silap). terus quit jadi doktor. bagi aku,penceritaan ini sgt duniawi. aku annoying. aku annoying sangat depa ni dok tayang2 pendapatan diorang yg berbelas ribu itu. what the fish? sikit pon aku tak jeles. tapi aku nak cakap aku annoying. sebab some of them keep text-ing me okay pasal air herba kehidupan itu. it's an MLM technique. tak kisah la MLM tu sah ke,tak sah ke. tapi pada aku, it's a marketing strategy untuk tarik orang join group diorang. 
ikhlasnya,aku makan herbalife ni. ok je pada aku. tapi aku tidak berpuas hati dgn program diet itu yang suruh aku makan sekali je sehari. hahaha..pastu nak sarapan kena minom shake, tak boleh makan nasi lemak segala. hahaha.. 
memang program diet kena disiplin yang tinggi. cuma aku memang annoying bila ada orang TERLALU OVER obses ke atau TERLALU TERDESAK nak suruh orang beli produk ni sampai keluar status begitu dan siap terkeluar status duniawi dan iklan yg ala2 nak ikrar isytihar harta kat mahkamah. 






yang cikberry tak boleh belah itu adalah kerana dia mention produk menguruskan badan yg lain. (cik berry tidak menjual sebarang produk kuruskan badan) ok. enough, maafkan belog sudah tercemar dgn emosi cikberry

well..berbalik kepada cerita tadi

kejadian pertama;
1- Zio call mintak advice syllabus nak ajar budak2 ni SPSS..Dr,nor suruh jumpa dia..
2- Sampai2 zio tgh engage on the phone. rupanya dr.nor tgh call dia..huhuhu..tangtang tu jugak Dr.nor panggil mintak tolong turun bawah
3- sampai bawah nampak dr.nor dok dalam bilik tgh explain kat sorang nigerian student ni. pastu dr.nor suruh kita guide student ni. tgok schedule bas internal uthm,schedule bas ekspress ke JB supaya dia boleh plan time frame nk ke uthm dr JB. pastu gi library segala
4-naik atas balik explain dulu kat zio n nana pasal syllabus tu. suruh budak nigeria tu tunggu dulu
5-hantar budak nigeria tu gi bustop,tolong dia tulis schedule bas,purchase tiket bas express..
6-singgah bank muamalat. tetiba nak start enjin kereta x boleh. menjajau. syukur,ada 2 org budak nak tolong tolakkan kereta ke workshop.tetiba boleh start. alhamdulillah.
7-pastu tak jadi gi workshop pasal kereta boleh start dgn eloknya kat workshop. haruslah kita berbelanja dulu. masa nak balik tadi,tiba2 kereta x boleh start lagi. pastu toinggg...tempat kita picu kunci tu tercabut dr tempatnya..ALLAH...tapi aku manage start enjin lagi..cuma agak eksotik sikit caranya..keh3...gi workshop betulkan...
8- gi amik saki baki barang kat rumah sewa lama yg foreigner tu dh duduk. mintak tolong intan temankan. angkut turun bawah
9-singgah koleh tf amik barang kat rumah eni..pergi balik fac...malas nak tgok lappy. baca2 tesis jek..pastu nak balik...
10-tiba2 tgh kemas2, eni call mintak tolong teman dia gi sri gading tolong jihah angkat icebox sbb dh nak banjir
11-dh kat sri gading mengangkat icebox segala
12-gi mcd,eni belanja..hihu! tqqqq eni...menggigil makan..sbb x makan dari pagi except minum coolblog dgn bubur segera yg x sedap tu
13- balik rumah,solat jemaah dgn eni,pastu settlekan barang2 untuk disusun atur..


letih...:)

Tuesday, October 30, 2012

rupanya...

rupanya..kesalahan, keterburu-buruan aku itu..ALLAH nak bagi pelajaran.

1- Ilmu menangani MCAR. sbb aku selalu beranggapan, aku tak perlu explore benda ni. huhu..sekali..amik kau jah..kena belajo dalam2. padan muka.

2- Jgn gopoh buat keputusan. fikir dulu sebelum bertindak. alahai..aku ni mmg selalu terburu-buru. tak sabar. pastu menyesal di kemudian hari.

Friday, October 12, 2012

tua.


I need collagen. i need collagen as the beautician of SK-2 had suggested me last month

situasi di jalan TAR.. terpukau dgn gerai brooch..


berry: brooch yg ni ke atau yang tu cantik;pakcik?
pakcik: semua awk pakai tu semua cantik
berry: (muka takkan terpedaya) hishhh..ye je pakcik ni..nak suruh saya beli banyak2 lah tu..*sambil mencuba2 beberapa brooch dgn semangat jaya depan cermin*
pakcik: emm.. tgok adik awk kat luar tu..mcm x semangat je
berry: apa pakcikkkk??(choked) pakcik kata dia tu adik? adik saya?
pakcik: (angguk dgn yakin) muka serupa je..adik kamu la kn..muka dia nampak budak2..
berry: pakcik..dia bukan adik..dia t****g saya. T_T

dari nak beli 2 terus beli 1.ok tipu.

fine pakcik. fine.


Thursday, September 20, 2012

tentukan hak sendiri

pada pendapat aku lah kan,

kalau seorang suami tu tak hiraukan rumahtangga,

takde misi dan visi mengemudi sebuah perkahwinan,

buat tak tahu..neglecting you as his wife..taknak bagi nafkah and tak nak sediakan tempat tinggal untuk
keluarga dia..

perempuan sebagai isteri patut ambil langkah...

tentukan hala tuju hidup anda sendiri..

buat apa nak hidup dengan suami dayus macam tu?

buat sakit hati kau je.. buat tambah dosa je okay?

penuhkan ilmu di dada dengan ilmu munakahat dan perundangan syariah..

Tuesday, September 11, 2012

pupus

semangat kian pupus..

nak buat kerja sangat malas. malas sebab banyak benda..arghh...tolonglah!

tunggulah di fakulti nanti..

Monday, July 23, 2012

tak kisah

"saya tak kisah,asalkan awak gembira.."

ayat keramat. hihi

Sunday, April 29, 2012

MAAF

pengabaian belog..penatnya ya ALLAH..balik2 buat kerja sekolah..:)

I kerja kat homestay & cafe.. untuk kumpul duit kahwin?

tula, gatal nak kahwin pulak..haha...duit hantaran duit hantaran lah kan..tapi aku mesti ada simpanan lepas kahwin..kerja susah nak dapat sekarang..

setiap orang, pengalaman dia berbeza.. tahap kesusahan dia pun berbeza ALLAH uji..jalan hidup pun berbeza..jgn pertikaikan org tu dapat begini begitu,kita pun nk dapat begini begitu jugak..

pada aku..aku cukup bersyukur, untuk apa yg ALLAH beri, menjadikan diri aku hari ini..

hmm... nak ubah topik; aku sudah terlalu tua untuk bersikap budak2. aku sudah terlalu tua untuk menjadi sensitif.. aku sudah terlalu tua untuk mengada2. walaupun umur aku hanyalah 1/4 abad..;P

yg masih muda adalah sikap matang;

pandang 1001 kebaikan kawan2 anda berbanding memandang hanya 1 keburukan dia.. <--- jgn kecil hati dgn terlalu mudah..MAAFKAN sahaja kawan2 anda hari ini...:)




Thursday, April 12, 2012

andai..

andainya mereka tahu...

aku sememangnya mempunyai kisah hidup yang sangat pahit..walaupun kisahnya tidak sehebat kisah sedih Rasulullah..

tetapi cukuplah utk aku teladani..bahawa setiap ujian itu wajib aku syukuri..

semoga dengan itu,Tuhan jadikan hati aku lebih tabah.

Friday, March 30, 2012

being fooled

hahahhaa...i have been fooled by the cosmetic shop. i bought ECPI water hari tu. terikut kata kawan,katanya air itu bagus.. ramai yang kata boleh buat ubat...gitula..

tapi masa first time beli dgn harga rm6.10..fikiran mula melayang. hoi,buat air mineral je pon buleh buat duit? i baca belakang ecpi tu, elektromagnet bla bla bla..

tapi beli jugaklah kan..sbb kata kawan,air dia bagus boleh kurangkan rambut gugur..then,balik rumah...i rasa...

rasa sama dgn air mineral rm1 yang beli kat stesen shell, giant atau carrefour..

tiada beza.

kemudian,aku berjanji, wont buy this jenama air.

tapi tak salahkan kawan..walaupun rambt gugur mcm daun2 kering bertaburan atas lantai..


kemudian terbaca http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/ecpiaq-air-jamban-lagi-baek-bro.html

hahhaa..terima kasih bro. i mmg dah smell something fishy about this product..

p/s: boleh buat teori E=hf?? teori einstein katanya tak bagus..:P lawaklahhhh

er..er..er..

assalamualaikum belogie..

kita dah lama abaikan awk kan? hehe..jgn marah2..nanti x lawa..lalalalala

alhamdulillah. sudah sampai peringkat tunang on 17th march hari tu,. after 5 years. semoga ALLAH panjangkan usia,murahkan rezeki dan sampaikan jodoh ketika sampai waktunya..amin..

walaupun takde orang tanya..tapi kita saje je la nak tulis entry nih..ahhhahaha..


kita tak tahu dia rupanya budak sekolah tadika kita.


till he told me,

"eh,i saw your face in one of my photo during our kindergarten" (translated to bahasa.haha)

"oh yeah?"--> masa tu muka tak tahan. zaman tadika bebeh! zaman tadika kan kita selebet?

he showed me the photo once i visit his house.


masyaALLAH..selebet ok..?

dengan skaf ke depan. tudung ke belakang (biasalah,budak tadika). pastu mulut penuh makan epal,sambil tgh bercakap dgn kawan sebelah.. bayangkan jelah. how kepochi i was during that time..:P

kenal pulak dia dgn kita. kita baru tahu dia satu sekolah tadika dgn kita. tadika Al-hidayah.hehhee..

pastu sekelas masa darjah 6. nothing much happen. sbb kita tak rapat sgt pun dgn dia.

yg kita ingat,nama dia tamim dari.

pastu kita ejek2 nama dia.

"apa?tamim dari? tamim dari mana?"-->sungguh nakal kita dulu2.hahah..jahat2..dh la selebet,,,

suatu hari,kita pernah berdoa..ya ALLAH,jgnla kita kahwin dgn budak sekolah rendah kita..nanti malu je..kita kan selekeh dulu..hehehe...

padan muka skrg. budak selekeh,selebet dan nakal. ;P

nah,kita bg gambar,budak selebet..




sungguh tua rupa kita..haha..how i miss my old times!

Tuesday, February 28, 2012

hanya ALLAH yang tahu

Hanya ALLAH yang Maha Tahu bahawa

kemalasan dalam diri ibarat lemak dalam perut tak nak get rid of me.

ya ALLAH..kita kena siapkan kerja..kita kena siapkan kerja..

Monday, February 13, 2012

promoting my new online shop! ALMARIBAJUKU :)

Assalam readers (readers? as if your reader banyak sangat kan?hahah)

I'm launching my new online shop named ALMARI BAJUKU!

hahaha..sila penuhkan almari bajumu dari almari bajuku ye..

insyaALLAH,kainnya sedap.

takde lah mahal sangat pon..kalau berminat, boleh browse page ALMARI BAJUKU di FACEBOOK!



https://www.facebook.com/pages/AlmaribajuKu/291231220912238?ref=tn_tnmn

Saturday, February 11, 2012

cari duit-maka ingin publish kedai online

hai...

insyaALLAH, kedai online bakal diterbitkan. insyaALLAH..jika kamera saya tidak buat hal..hopefully..hehehe..

jenama kedai belum tahu lagi..baru nak planning.. nanti i share nama kedai dan juga facebook ye..harap2 usaha berniaga kali ni berjaya, amin...


thanx puan lavender for the opportunity,, :)

Friday, February 3, 2012

dah tak banyak masa

dah tak banyak masa lagi...


pertengahan bulan 2 nak kena submit questionnaire..

nak distribute guna emel.sebelum tu kena call sorang2..adeh..berapa ratus nak call..

jangan pengsan dulu..

jurnal nak kena buat. tapi mestilah org tgok paper ku itu tak mo publish jurnal.hehehe..ntah apa2..no worries. usaha lif kejayaan. yeeha!

bulan 3---> mesti dh submit atleast pd 3 agensi yg sy dah dapatkan list diorg..

lepas raya nak submit draft pertama. ya ALLAH..mudahkanlah urusan kami..amin...

Tuesday, January 3, 2012

kecoh gambar seksi

assalam...

hai belog,,,kembali bersiaran..

hari ni saya jalan2 kat fesbuk


atau dalam erti kata lain. muka buku. mengikut bahasa nusantara. jika ikut bahasa penjajah. namanya FACEBOOK

haha. abaikan..kita bukan berbicara mengenai fesbuk. tetapi isi kandungan berita fesbuk tersebut..baiklah..bismillah saya mulakan (wah,ayat...,nak ayat ustajah pilihan saje)


untuk makluman semua, setelah membaca dan meneliti homepage fesbuk saya..terlalu banyak berita mengenai nur amalina che' bakri tidak bertudunglah seksi la lupa daratan la. (saje taknak letak koma..hehe..mesti kena rotan dengan cikgu tipah nanti)

baiklah..

dan setiap gambar dalam kenyataan itu adalah sama..ada la dalam 5 keping..semuanya sama..setiap orang melaporkan berita yg sama dgn gambar yg sama. apakah? tidak ada cara lain ke nak tulis? actually i click for viewing purpose, nak tengok isi kandungan berita.

tapi..sempat pulak si penyebar berita tu men-download gambar2 amalina sebelum dibuang..hukhuk..pastu sebarkan..pastu blogger2 pon tempek gambo sama gak..

pastu masalah tipikal melayu ni biasalah..bab-bab ini memang rajin benor nak share

video orang kiss-kiss pon nak share.pastu letak komen...astaghfirullahal'aziiiimmmm...wah kauu...baikla tu?

ustajah sangat bukan?pastu post video tak semenggah.. ahah..orang yg buat tu tentulah berdosa. orang yang tengok? tak berdosa? orang yang sebarkan aib? berdosa tak?


(tapi err..ye,saya manusia tidak sempurna juga..ada gak marah2 tulis dalam belog..mcm menceritakan kisah org..apa pon, kisah lama jadikan pengajaran..hehe)

maka berbalik kepada kisah amalina..bagi saya..kita selidiklah dulu berita yg kita dapat..bukan main tibai jek masuk dalam belog ke share2 kat fesbuk ke..

apa pun,saya ini banyak khilafnya. sikit amalannya. rendah akhlaknya. nasihat hujung entry--janganlah share benda ngarut2.. itu aje..hikhik..nak tengok tak gambo seksi?

nah..



(*_*)



(^^,)


(0_0)


(*o*)


(T_T)



donald duck tak pakai seluar. seksi bukan?


namun tiada siapa yg mahu share..




(^^P)