Saturday, November 30, 2013

mendidik anak.bukan sekadar menternak atau membela sahaja


terlanjur dan dilanjuri
kebelakangan ni, ummi asyik mendengar kes keterlanjuran remaja perempuan. mendengar dan membaca kes yang sama. terlalu selalu terbaca tentang kes perempuan diambil kesempatan.

uhhh..tahu apa yang ummi fikir? -i will have a daughter. soon!- soon. and i'm too scared to let her go enjoying this world, alone.

ya ALLAH.ya ALLAH. ya ALLAH..

lindungi anakku. itu sahaja yg ummi sebut.

kalau anakku itu lelaki apa yang ummi doakan- semoga dia membela maruah perempuan. semoga dia tidak merosakkan harga diri seorang perempuan.

kita bercakap soal zaman yang sangat tidak berperikemanusiaan. kes sumbang mahram. zina, rogol, cabul yang begitu berleluasa. Allahurabbi. apakah puncanya? pemerkasaan keluarga, ibu bapa yang prihatin. itu yang ummi lihat penting membentuk jati diri insan yang bertanggungjawab membela maruah kaum perempuan.

ummi menangis. anak perempuanku akan berhadapan dengan ancaman2. ummi tiba2 terlalu menjadi protektif. terlalu menjadi takut untuk melepaskan tangan anakanda seorang diri untuk berkelana di dunia..

ah..tapi ummi lupa..ALLAH kan ada untuk menjaga dia..jikalau dia "menjaga" ALLAH.

ummi dan daddy tidak boleh leka sedikit pun. ummi perlu isi dada ummi ilmu  bagaimana mendidik anak. bukan sekadar menternak anak, atau membela anak! ada input penting yang ummi perlu masukkan dalam jiwa anakanda- taqwa. bukan abc atau huruf alquran semata2 untuk dia menjadi bijak dan pembangunan karakternya lebih diutamakan, supaya akhlaknya mendahului. inilah yang ummi nak bekalkan pada anakanda.

ya. mungkin kedengaran jengkel. tapi perasaan seorang ibu itu lain benar rasanya. tiba2 menjadi terlalu protektif. serius. ini perkara serius. ada tanggungjawab besar kita perlu lakukan bila sudah punya anak.


Ibrah

jadi, apa Ibrah yang ALLAH nak bagi ummi bila terdengar kes2 terlampau macam ni?

apa yang boleh ummi rumuskan. dari kes yang ummi terdengar tentang keterlanjuran ni,

1) anak perempuan yang tidak dihargai, tidak diberi perhatian dalam keluarganya cenderung untuk mencari perhatian luar, penghargaan dari luar. berikan kasih sayang samarata antara anak2.. jangan pilih kasih,.

2) jadikanlah diri ini sebagai "tempat terbaik untuk ditanam benih" u got what i mean? sebelum menjadi isteri, jagalah peribadi dan maruah

3) sentiasa cek status halal haram rezeki yang kita bawa balik pada anak kita.

4) muhasabah diri, apakah dosa kita pada ALLAH,kalau kita dapati anak buat dosa..


semoga ALLAH lindungi anak2 kita atau bakal anak2 kita juga generasi dan legasi keturunan kita dari perkara2 yang dilarang agama..Allahumma ameen..



Friday, November 29, 2013

rindu

rindukan suami.

semoga suami sihat dan kuat sepanjang ketiadaan isteri..

terpaksa juga ikut mak ke shah alam

risau kalau2 time suami kat kelas, isteri sakit nak bersalin. sejam juga menggagau nak balik rumah..balik pulak selalu dah nak manghrib..

karang ada yang terberanak sendiri kat taman tu..huhu

hampir sebulan juga mungkin tidak bertemu..rindu..perasaan rindu yang sukar diungkap (ayat agak gedik sedikit banyak)

dulu x jumpa 2 tahun pun gagah. rileks je ummi menempuhi kehidupan dengan gembira. hehe..

gaduh2 mengada dulu biasa..sampai sekarang bergaduh manja juga.. tapi sekarang gaduh2 ada orang pujuk. hihihi. suami yang suka menyakat. memang macam tu. padanlah dapat orang sensitif terlebih

tapi macam mana pun tetap rindu jugak. rindu kritikan suami. rindu ayat laser dia.
rindukan suami. serius. argh! pleasee. jangan bagi orang meluat membacanya.huhuuuuuu...maafkan daku yang merindu. yang sedang berbadan dua. hormon rindu mungkin terlebih.

Ya ALLAH, jagakan suami untukku,,,amin

baby keluar masa daddy ada ya? lagi bagus masa daddy dah habis exam.. :D


Thursday, November 14, 2013

hectic day

assalamualaikum bloggie

serius, tak tertahan..ummi asyik menghadap tesis beberapa minggu lepas. rasa macam nak berehat sangat2 sekarang. huhuhu,,lepas je hantar tesis kat fakulti, balik rumah rasa tenang sangat. padahal kan kat tesis ada beberapa minor mistakes. keh3.. tapi ummi buat2 tak nampak sebab apa tau?
sebab dah print.
dah banyak sangat kertas membazir. ah. itu minor mistake kat mukasurat depan je kan. panel cek mesti bab content. nanti ummi betulkanla lepas viva nanti.
mata sangat2 tak larat tengok tesis. daddy pulaknya bizi jugak buat assignment dia. malas nak kacau. tak dan nak suruh dia cek and tengok kot ada kesalahan ejaan kat front page tesis. chapter lain je ummi hantar proofread.

yang penting sepatutnya ummi kena tulis seminar paper. tapi ummi betul2 takde mood. hahaha. tak siap lagi hari ni. baru tulis tajuk. ngeh3.. bayangkanlah rumah tak terurus sangat masa ummi buat tesis tu..
daddy ada tolong sapu2. angkat kain,lipat kain,basuh pinggan pas makan... ummi dan memasak je. kadang2 daddy lah yang nolong ummi basuh pinggan lepas masak..tak daya.. tapi apakan daya seorang lelaki tidak amik port sangat bab susunatur. eh? (macam la ummi kau ini tersusunatur sangat) kihkih

berbadan dua ini sangat meletihkan. huhuhu.. siap tesis termasuk dalam mimpi. bayangkanlah. hahahah..

apa pun, alhamdulillahi'ala kulli haal. dah hantar ke fakulti kira 50% lega. maksudnya ummi dh siap. alhamdulillah2. rasa nak sujud syukur banyak2.

tapi sebenarnya terkilan sebab tak tersempat2 nak gi rumah my beloved lect kat ayer hitam. plan memang nak gi sangat2 time datang uthm. nak jumpa kak Z jap..tapi masalahnya tu la,ummi ke hulu hilir...takut janji diCAPATI je..sian kak Z kang tertunggu2 kalau janji nak jumpa..
dan setiap kali masa datang, selain ke hulu hilir, ummi teramatlah bizinya dok siapkan pembetulan. hari tu pulak pergi sehari je hantar tesis. pergi dgn husband..rush kitorg balik..tapi tulah perancangan manusia kan.. ALLAH sebaik2 perancang. insyaALLAH..takde aral mmg nak bertandang rumah kak Z.. insyaALLAH2.. bawak baby terus. boleh? hihi.. kak Z ni la yg paling selalu bantu ummi masa master dulu..seriouslyyy.. rasa dia mcm my own sister.. terhutang budi dgn dia. moga2 ALLAH limpahkan keluarganya sakinah,mawaddah warahmah..n dikurniakan anak2 yg soleh solehah,,aaa...kak Z habaq dia preggy. yeyeh! *menari lalalalala* alhamdulillah.

itulah ceritanya., balik dari uthm pulak,pulun nak membuat seminar paper dan beberapa kerja akademik! ihhhh...takde moodnya! ALLAHumma la sahla,illa ma ja'altahu sahla..amin







Sunday, November 3, 2013

mengedit tesis lagi

assalamualaikum belog,

hari ni, umi masih mengedit tesis sambil jalan2 kat FB. motif? haihh...ntah la susah benar nak mengarang ayat, nak link dan satukan jadi perenggan yang bombastik. supaya orang faham apa sebenarnya kajian ummi nih. 
(--,")

hari ni nak gi hospital. melawat ayah masuk hospital sebab buang appendix. 

lepas tu nak ke bangi rumah SIL, ada bbq adik beradik daddy.
sian daddy,nanti 2 bulan lebih tak balik kampung sebab ada kelas sepanjang cuti sekolah akhir tahun ni.
ummi pun risau dan cuak ni. huhu.. takut2 anakanda tak sabar nak keluar time daddy takde. ya ALLAH,permudahkanlah!

[sebenarnya ummi berkenan sangat dengan baju ni]--tetiba

ummi rasa ianya tak perlu digosok. malahan, macam mesra breast-feed je kan.sebab ada butang kat tengah..huhuhu..


sambung cerita..

UPDATE REMOCK VIVA

ummi berdoa supaya perjalanan mencari ilmu ni dipermudahkan..lagi dua step je-nak viva dan edit&jilid tesis.. hari tu kan ummi remock viva hujung bulan 9 hari tu..masa mock viva bulan 7 hari tu, panel cakap flow tesis ummi tak cantik.. so,dia suruh betulkan banyak part..tapi panel tanya,

"awak nak terus viva ke atau awak nak re-mock?kalau nak terus viva saya bagi markah tinggi..kalau awk nak re-mock,saya bagi markah rendah (as a pra-syarat utk remock)"

umi fikir..baiklah ummi remock. hihi.sebab apa tau..sebab ni cumalah draf kedua ummi. banyak ummi buat syok sendiri...memanglah sv guide..tapi bukan sepenuhnya guided..so,end up ummi cakap ummi nak remock supaya flow tesis ummi clear..

dan masa remock hujung awal bulan 10 hari tu, ummi x payah present pun..lebih pada discussion session. ummi duduk je menerangkan tesis..hehe..alhamdulillah..panel cakap sikit2 je nak kena betulkan dan paling penting kena proofread supaya bila external panel baca takdela hangin tengok grammar caca marba kan..hehehe

tapi ummi sempat proofread 3 parts je ni. chapter 1,3&4..sebab pada ummi 3 chapter ni panel kerap tengok dulu.. chapter 2 nantilah..tak sempat..lepas viva nanti baru ummi proofread..huhu..aci tak? lagipun proofread mahal! dengan nak bersalin banyak pakai duit nih..nak jilid dan print laser lagilah kena duit beratus2. 

BARANG BABY LAGI MURAH KAT GEMENCHEH!

Ehem..cerita pasal duit beratus2 kena keluar..hari tu daddy spent RM500 masa gi baby fair kat SACC shah alam..beli barang baby dan barang2 ummi sikit.. takdela banyak man pun bagi orang2 yang berduit. bagi yang tak berduit sebab tak kerja macam ummi ni, RM500 is a big amount of money. 

yelah,baju cuma dapat 3pasang+sehelai baju pendek. tu pon ummi beli set newborn kat situ yang cap disney dah rm38 (kain selesa-sehelai je pon). 3 helai baju RM30. sepasang baju lubang RM15. itu sahaja dah total RM83.

takde baju yang at affordable price pon. yang ada rompers RM5. tapi buruk2 sangat dan tak cantik. mungkin kitorang pergi last day..plus bukan branded macam carters pun. kain pon nipis2 jah. kitorang tengok tuala baby RM19.90 yang biasa punya. ada yang bertopi RM21. so,amik la yang bertopi. kain tuala lain banyak kat rumah. beli sehelai jela dulu...

semalam ingatkan lepas beli barang rumah nak gi Anakku tengok baju2 baby..
tup2 semalam masa beli barang rumah kat PUJAAN, gemencheh ni..ummi nampak barang2 baby brand pureen yang pada pendapat ummi brand ni selesa dan berpatutan harganya. sekali tengok harga. hamboi! lagi murah kau! sepasang baju baby baru RM14.90. lengan panjang pendek semua ada. kain pon best2 tak panas. jangan disangka PUJAAN yang kecik tu takde barang yang kita nak..huhu..ummi tengok rubber mat tu lagi lawa siap ada corak2. *menyesal tak sabar gi beli kat sepang hari tu*

promoter chinese tu siap jek-jek kitorang suruh beli..hihi..kitorang apa lagi jek-jek la auntie tu bagi barang free.. dia bagi. baby wipes and liquid cleanser. haahh...kat baby fair mmg tak dapek la ekau merasa barang free ni. heuheuheu..walaupon tempat macam tak kelas je kan nak membeli..tapi murah2 dari harga kat luar..ahh..asalkan anakanda berbaju. 

:) happy sebab hampir 90% barang baby dan ummi dah nak siap..insyaALLAH..doakan ya urusan ummi dan anakanda dipermudahkan dan selamat semuanya..aminn..