Tuesday, April 29, 2014

novel melayu

kadang2 aku tidak berapa faham,

mengapa kebanyakan novel melayu ini penuh angan2 nan indah.

semuanya itu fantasi!

back to reality people!

bukan aku mahu caras sesiapa. tapi lebihkan penulisan yang membangunkan jiwa.

seperti fatima syarha dalam lewat penulisan dan siri2 penulisannya sebelum ini.

menyentuh hukum2 kontemporari dalam jalan cerita moden. barulah terbuka mata,terisi minda.

pernah baca "tenggelamnya kapal van der wijck?" karya HAMKA?

beliau ilmuwan agama,tetapi tidak alah juga menulis mengenai realiti cinta. menyentuh cinta juga. tapi realitinya bagaimana halnya bila material lebih diutamakan dalam membina bahtera rumahtangga.

dan pernah kau baca siri shopaholic? sekalipun ceritanya berkenaan seorang perempuan yang kuat berbelanja, tapi tidak pula memaparkan kisah stereotaip novel2 melayu. diorang pun back to reality!

arghh..bukan aku mencemuh karya orang. tapi aku sebagai pembaca, lebih suka kalau2 penulisan diupgradekan ke tahap yang lebih baik.

Tuesday, April 22, 2014

rumah sepah

assalamualaikum.

walaupun umum mengetahui ummi adalah seorang penyepah,

tapi ummi ada hati jugak rasa rimas tengok kesepahan. hahaha.

well..well..well...

datang mood rajin yang sekali sekala datang tu...haaa..

tiada apa yang dapat menghalang ummi kecuali Allah je. keh3..

pastu kekdahnya ummi kalau nak mengemas,kena sepahkan lagi semua barang2.hahahaha..

bagi clear. sebab itu tak efektif bila mengemas. sebab itu rasa malas membuak2. lagi2 bila ummi kemas, kejapppp je sepah balikk. lagila umi fedup. bolehh?

ummi kalau kemas 3 hari 3 malam. :D

dulu la..sekarang idak lagi. suami pon rimas ohoiii..

sekarang ni, ada beberapa benda yang ummi nak sediakan barulah proses mengemas akan berjalan lancar dengan adanya barang tersebut. i mean,akan lebih efektif di masa akan datang dimana kesepahan mungkin akan jadi minimal. hamboi bahasa tinggi macam sasterawan negara langkasuka.

bersabar..

bersabar..

sekarang fokus nak ngemas pantri kat meja makan..maklumlah..hidup bersederhana..guna apa yg ada jelah..nanti umi nk tambah segmen susun atur pulak kt sini.ngeh3..


Friday, April 11, 2014

a marriage

sebab belog tidak ramai yang baca,
atau mungkin tiada langsung pembaca.

maka aku selesa menulis disini..

assalamualaikum belog.

:)

masa belum kahwin, selalu terpengaruh dengan cerita novel yang imaginasi romantis tiada berkesudahan.

mula2 tak suka,kemudian eh eh tersuka. stereotaip.

dan pastinya mesti ada watak sebagai dato' atau tengku. kaya gila. ada syarikat sendiri.

tapi bila kau tutup novel. EVERYTHING GOES BACK TO REALITY. shooosh. semuanya hilang dalam kepulan asap.

yes. that's it!

semua imaginasi dalam novel segala itu padam.

aku pernah lalui zaman itu. zaman anak dara. kahwin mesti best suami begitu romantik bukakan pintu setiap kali nak masuk,atau angkat kita masuk bilik. aw aw aw.. *dush!*

kini,sudah beranak sorang.. imaginasi dalam novel tak menjadi realiti. itu cuma angan2 kosong. kalau ada, mungkin segelintir. tidak ramai.

konon nak suami angkat aku masuk bilik. ???

tengoklah besar kau besar mana. apatahlagi berat badan aku lagi godang dari suami. hahaha. larat kau nak angkat? mula2 aku sangat tertekan hidup dengan orang yang asing kini jadi teman sebilik. sebab aku expect too much. too much you know. pastu tiap2 hari nak sensitif. hihihi..tapi aku belajar sesuatu dari perkahwinan ini.. dont expect too much.

oleh sebab suami aku bukan romantis. maka,aku selalu berasa suami tidak sayang.. ok.sila *lempang laju2*

tapi,. apa yang membuat aku rasa suami istimewa contohnya;

semenjak satu insiden, suami mesti akan sediakan sebekas air bila aku masuk tido dengan tasnim. bangun2 tengok ada air kat sebelah. terima kasih abang..bagiku air lebih berharga dari bunga ros cameron highland. huhuhu..haus minum air,bukan makan bunga.

mentang2 sebut cameron highland.terus nak gambar cameron


ahh..you know, untuk hidup yang aku lalui selama ini, aku rasa suami telah memberikan yang terbaik untuk aku sebagai pasangan hidupnya. aku tahu masih awal untuk aku komen tentang perkahwinan yang baru setahun jagung. ia akan diuji lagi pada tahun-tahun akan datang. siapa tahu ujian apa yang ALLAH nak berikan pada kita. 

begitupun, Alhamdulillah untuk nikmat menjadi isteri,menjadi ibu..

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" arrahman:13


Terima kasih ALLAH..untuk pelajaran yang Engkau beri..



Tuesday, April 1, 2014

pada suatu ketika

pada suatu ketika,

entah kenapa,

hati terasa kosong.
selepas berbaby. ummi rasakan ada post-partum depression.
tertekan.
ye..ummi tertekan sebab siapkan tesis..
nak prepare viva masa hari tu
yelah,baru 50 hari lepas pantang.
nampak macam kejap kan pantang?
tapi nak recover emosi selepas pantang rupanya panjang..
kebetulan
ada soalan panel yg ummi tak dapat jawab,
ada panel siap sindir ummi..
ummi rasa begitu looser sangat..
tapi ALLAH Maha Baik sekali

ummi tetap juga lulus dengan minor-correction,30 days of correction. alhamdulillahi ala kulli haal


pada suatu ketika itulah,
ada hati kecil berdetik,
yang ummi nak dekat padaNYA
untuk rawat hati yang gundah gulana
sibuknya ummi beranak sorang. masih terkapai-kapai
menyesuaikan masa.
adakala nak buat kerja,anak menangis.
adakala nak baca quran, anak nak menyusu (ummi tak reti kalau tak support breast dgn tangan,mesti tasnim tak dapat)
adakala nak buat urusan lain,anak tercari2 ummi..
ALLAH..macam mana..

tapi ALLAH Maha Baik sekali..Dia dengar doa ummi..
dikurniakan tasnim kefahaman bila ummi solat..
i guess semua anak2 macam tu kan?
they know when you have to focus on your Creator.
tasnim tak menangis bila ummi solat.walaupun sebelum solat merengek2.
ummi mula solat,tasnim berhenti merengek. ummi letak tasnim tepi ummi..
perhati ayah dengan ummi solat.
siap je ummi bagi salam,
tasnim mula menangis balik. hihi..terima kasih ALLAH..


tapi kesibukan ummi hanyalah alasan..
kalau beriya..insyaALLAH..ada jalannya..

p/s:nanti giliran suami bagi kuliah quran kat surau, ummi nak angkut tasnim sekali.