Friday, August 27, 2010

you pernah rasa kena "tindih" tak?

salam semua...

entry diatas- jangan nak kuning2 bagai...hahha! ni bukan kena tindih dengan manusia. ini kena tindih dengan makhluk halus. alkisahnya,semalam lepas tadarus dengan eryn, cerita pasal makhluk halus ni terbukak...padahal cerita pasal -kau dok blok mana dulu,kat kolej perwira?- hihihi...

then,eryn ada ceritakan pasal family dia (her cousins) yang selalu kena kacau.. so,kerana kesuntukan masa, eryn pun berkeputusan suruh saya baca blog sepupu dia yang selalu kena kacau dengan mahklus besar tapi halus itu. actually blog abang kepada sepupu eryn (heh,kira sepupu jugaklah kan?)

maka, saya pun menerjah blog tersebut. best blog beliau. baca punya baca, tiba satu part-si blogger tersebut menyatakan dia selalu kena tindih,even in dublin sekalipun.

dan sudah tentu, entri tu amat berkait rapat dengan saya. dari darjah dua lagi, saya dah mula kena tindih. serius tak boleh bernafas,gerak pun tak boleh. konon-konon,nak jerit mintak tolong,hmmmmppphhhhh....nak bukak mulut pun tak boleh!dan perkara ni berlaku dengan kerap saat saya bersekolah menengah di SMAKJ (2001-2004).pernah dalam seminggu, hampir setiap hari kot saya kena tindih..(tapi tido tetap tido,hehehe,takde insomnia pun)cuma, saya akan tido sebelah orang. saya takkan tido atas katil sorang-sorang. sangat scarry hokehhh...


(gambar sekadar hiasan-takdenya pari-pari nak buat magic masa tido)

saya selalu mimpi menakutkan.dan saya selalu terbangun. one of the thing that i notice is, saya pernah perasan ada lembaga hitam masuk dalam bilik saya(2dimensi). lembaga tu berambut kerinting,panjang dan tak nampak muka. dan lembaga tu jugaklah yang datang masa saya form 1 dalam kejadian histeria (kawan saya yang histeria) kat johor sana nun. padahal saya pernah nampak kat shah alam je.dan saya rasa makhluk tu jugak yang pernah panggil nama saya masa saya kena tindih kat rumah arwah nenek suatu masa dahulu.

itu masa form 1, back to zaman kanak-kanak, sekitar usia saya darjah 3, saya mandi masa maghrib kat rumah pengasuh saya (cik tipah saya panggil nama dia).waktu tu lampu bilik air tu warna kuning. saya yang penakut ni mandi betul2 depan pintu yang saya dah tutup.hihi..mandi punya mandi, tiba2 suasana bilik air jadi gelap. aik? apahal gelap tiba2? saya berkata dalam hati.

gelap tu bukan gelap gelita sebab lampu bilik air kena tutup. tapi gelap macam kena selubung. saya pandang atas lantai bilik air. saya nampak bayang2 terbentuk.terkesima saya. dengan tangan yang ingin mencengkam dan bertanduk dua,makhluk tu seolah-olah dekat atas syiling bilik air.. cuma saya tak pandang atas. saya pandang lantai je..saya pun apa lagi, baca 4 qul dalam hati (sempat lagi saya cakap,ish,dalam bilik air mana boleh baca quran..eheh)tak lama tu, bilik air makin cerah. sebab bayang-bayang tu,bergerak ke arah belakang.

tak lama tu, saya terus bukak pintu bilik air sikit. saya tanya;

"ciktipah, siapa yang tutup lampu bilik air tadi?"

"ha? mana ada orang tutup lampu bilik air?"

saya pun telan air liur;

"oh,takpelah"-tutup balik pintu bilik air. terus saya mandi laju2.haha..

*tapi tak pernah insaf,selalu jugak mandi dah nak dekat maghrib*


oh,berbalik kena tindih. kan dalam entri lepas saya cakap, dalam masa saya kena tindih,saya macam sedar tak sedar,(macam dalam alam mimpi dengan alam nyata) saya nampak ada kepulan asap putih kat lutut kiri saya. memang penat nak lawan. semenjak tu,lutut kiri saya asik sakit..macam orang tua pulak kekdahnya.macam kena arthritis.

*naudzubillah*


bila kena tindih ni jugak, saya akan dengar suara-suara yang menakutkan.kadang-kadang saya nampak suasana nyata,tapi dalam masa yang sama,ada makhluk2 seakan manusia main-mainkan saya. oh! baru teringat, pernah jugak saya kena tindih, lepas tu saya nampak ada makhluk pakai baju putih kat katil saya!hohoho...takuttttttt!!apalagi,lepas dapat bangun dari "tindihan" terus melompat atas katil kawan saya.hihihi..

sekarang ni,dah kurang,alhamdulillah..tapi kena juga banyakkan amalan. kalau dulu, sampai dah tak tau nak buat apa. baca ma'thurat dah,baca quran sampai satu juzu' satu hari. tapi malam tetap jugak kena tindih. tension betul. bukan apa,penat nak lawan dengan jin ni..kalau nak cerita pasal kena tindih ni memang banyak. nantilah kita sembang2 okay...

banyak jugak kejadian pelik saya pernah alami. tapi alhamdulillahi ala kulli haal. ALLAH tetap pelihara jiwa saya. saya mohon ALLAH terus pelihara hati saya dan jasad saya dari diceroboh makhluk halus. saya memang penakut tahap gaban. tapi alhamdulillah,saya tak pernah kena histeria. saya yakin, ALLAH yang memelihara saya. bukan disebabkan oleh kekuatan jiwa saya.jiwa saya sesungguhnya teramatlah lemah.ALLAH lah tempat kita berlindung.

oh,info dari blogger tersebut;
1)jin islam tak pernah tindih manusia. yang tindih manusia cuma jin kafir.wallahua'lam
2)bila ditindih, wajah jin tersebut betul2 berhadapan dengan wajah kita.
3)bacalah ayat-ayat suci alquran atau zikrullah.kumpulkan sekuat tenaga dan hembus ke depan.insyaALLAH, ia akan berjaya mengusir jin tersebut.


Friday, August 20, 2010

kuih untuk tamtam

tamtam...

hakhakhak..sungguh tidak boleh belah ye nama tersebut..tamtam adalah kucing saya..dan tamtam juga adalah seorang manusia..haaa...bagaimana boleh begitu? adakah tamtam kucing jadian? hukhuk

bukan.

sekor tamtam adalah kucing...






seorang tamtam adalah orang...

hehhehehe....


sorang ciktam

sekor tamtam

hahhh...biorlah kome pening2 sesumpah...

ni, nak tunjuk fruit tart huduh...eleh2

huduh2 pun siap nak bagi b**** m** m***** rasa,,,

kah2...arghhh...lantak2...layan jelah!

zassss!









Saturday, August 14, 2010

aku yang tak normal

inilah masalah sejagat saya,,,hahaha

waktu tidur yang tak normal. mana lah mata tak lebam. *dush*

esok jadik cikgu bio..dush lagi...prepare slide untuk anak murid..tapi semangat putus di tengah jalan (dush banyak kali)]

mungkin kepada blogger seperti cik hasni, lebih pakar bab2 bio-membio kerana beliau sememangnya sifu bidang biologi. saya cumalah berjawatan junior exec marketing information system yang hanya tau pasal bisnes dalam industri dan membuat comparative analysis. kepakaran membio kan diri adalah tidak diperlukan..hahhaa...


oleh kerana telah diamanahkan,maka saya terima dengan hati yang berdangdut..

i was taking STPM with bio subject. i love bio. buat ntah la kenapa bo*oh piang sangat saya ni..hahaha.. jawab bio tak berapa nak smart..memang tak genius lah tu..
hukhuk...

lepas tu nak ajar orang?

apa cerita tu labuuuu??


arghhh..takpe..i can do it bebeh! i can do it as NIKE said

just do it!

pakcik google lah yang kesian. bosan asik kena tanya. oh, buku bio zaman tok kadok pon ada sebelah saya! hai....


yang penting, tanamkan sifat ingin belajar dalam diri anak muda itu...;)

Wednesday, August 11, 2010

kerja sekolah...kamu pun tak ketinggalan


cikgu najihah dah bagi kerja rumah kat saya ni bulan lepas lagik...heh...anak murid malas...harus saya buat lambat2..hihi


1- apa nama blog kamu dan kenapa letak nama tu

disini kita bermula

hehehhe...ala..tiba2 muncul ayat ni..bantai je lah...masa dulu kan..skema sikit..







2- apa nama url blog dan dari mana datangnya idea tu

http://tdummie-disinikitabermula.blogspot.com

hahahhaa...tdummie tu nama kacukan..nama saya bukan ummie tapi sbb my colleagues panggil sy ummie yg suka bebel2 mcm mak ni..terhasillah tdummie...and here it goes,my blog's name there..



3. apa method dalam penulisan GadisKecoh?
waduhhh...gadis kecoh?? siapakah dia??hahahah



4- pernah rasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?

belum lagi..pasal blog tempat mencurah air ke daun keladi..hahahah





5- pernah ahli keluarga anda baca blog nie?

sudah tentu tidak...err...adik je kot..tu pong jarang2 gila dia bukak...rabun it sikit minah tu...heheheh



6- apa perasaan anda bila ada orang kata blog anda buruk sedangkan ada orang lain cakap blog anda cantik

ahhh...lantoklah labu...the blog is mine..heheheh....kalau dia boleh "lawa" kan blog saya lagi bagus...ngeh3..secara free ye..




7- bila blog anda diberanakkan?

uhuk...boleh lupa tarikh lahir blog sendiri!



8- siapa orang pertama yang tahu anda ada blog

hahahah...cik puan Azz..tapi cik najihah kita ni yang tahu awal kemunculan belog ini...




9- apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah ?

huhuhuhu...tak berperasaan sbb zaman sekolah saya dulu mana ada blog2 segala bagai!




10.sila nyatakan hobi kamu bila mula2 masuk web page?page mane yg mula2 anda pegi?

FB lah apalagi...lepas tu saya suka buat survey...hehehhe..survey apa??tungguuuuu



Orang-orang lain yang nak ditag:

- kamu
-kamu
-dan kamu...

boleh?

korang suka gosip artis tak???psssttt.....


(adakah ini artis yang ingin digosipkan itu?)

selamat bersiaran kembali...

habis sahur dah? (i dah!)

hey hey hey

well...1 st ramadhan saya agak tak berapa nak normal.

tapi tetap seperti orang yang berpuasa..(seperti ya...)

siap sahur segala bagai. time azan siap berhenti..sebab nanti kantoi la dgn adik2..hehhe..

puasa yang yang yok

tengahari buka "esbok"--->>lepas tu minum air...

ngehehehee.....awal2 lagi dah nak kena ganti

heh...time2 macam ni kau nak datang ye bulan..time hari tu kau taknak datang pulak.cis


******
GOSIP

eh..eh...korang...korang suka gosip artis tak???

rasa mcm nak buat ruangan gosip. tapi ni kan bulan ramadhan. mana boleh gosip. DOSA!

(oh,macam lah saya puasa..dan macam lah bulan lain boleh gosip2.*dush*)

maka hari ini saya isytiharkan jangan bukak ruangan gosip artis. takde faedah pong..yolah...ekau nak tau benor perangai buruk artis tu buek apo? buek doso yo..udah le buek doso tangan. buek doso mato pulok eh. artis dodah sano sini (aku tak tau pulak jackel dan kedai2 kain ela lain dah tak cukup kain ela nak supply kat kilang baju)

lepaih tu ekau nak buek doso mulut pulak..-->>mengumpat artis terlibat dengan rakan2 sebilik ekau..kan?

hahahah...itu semuanya adalah saya zaman beberapa bulan yang lepas. sanggup pi investigate artis tuh...cis...cis...tak boleh blah betol..buat research malas pulak nak buat investigation segala bagai..

(gambar ehsan)

"Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim)"
[kredit kepada web ini]


hah, nampak tak tu?

dah-dah..saya tak bersekongkol dengan kamu yang nak gosip2 girl ini...-->heh, siapa pulak kamu tu?

bukan kamu kan?

Tuesday, August 10, 2010

esok bukan kejutan

firstly, i would like to wish all muslimeen and muslimaats - happy enjoying Ramadhan,where the month is filled with million of blesses from ALLAH.. wishing we could have a joy of happiness when doing worship to ALLAH..selawat dan salam buat junjungan baginda Rasulullah..
semoga ini bukan ramadhan yang terakhir buat kita..aminn..

esok,bukan kejutan untuk kita semua..

ramadhan kareem akan menjelma...

(linked through this website)

berkenaan entri lepas yang saya kata, kenapa nak kumpul RM30,000 itu adalah kerana ingin memenuhi tuntutan hawa nafsu saya...muahahahaa

(eh, tadi bukan ke ucapan bukan main baik kat perenggan paling awal?)

okeh,jangan membazir...baik..

sebenarnya...

saya mahu kumpul duit kahwin...ngeheheheh....

tepat sekali teka-tekaan anda yang lepas.. hukhuk

tapi kenapa saya kena kumpul sekarang?

sebab RM30,000 tu ingat boleh kumpul dalam masa setahun kah??tidak, bukan??saje, mahu kumpul dalam masa 2 tahun ini (mampukaaahh aku?)

andainya kenduri kahwin itu boleh buat high tea--> dengan menghidangkan karipap inti sardin bersama secawan air teh, pasti sudah lama saya kata begini kepada mak;

"nah mak, rm$$, cukup tak tempah 1000 bijik karipap buat kenduri kahwin?"


(kredit kepada-->>cik ini)

sudah tentu, mereka yang bujang2 tak payah pening kepala fikir duit nak kahwin..dan pastu ramai juga yang "tambah cawangan"..hihi

tapi...tapi...tapi...

bukan setakat duit, ilmu kerumah-tanggaan [<----benarkah ejaan ini?] ilmu keibu-bapaan,ilmu bilik tidur (wahkakaka<---adults' matters bebeh)

ilmu pengurusan diri, ilmu psikologi, ilmu masak memasak, semua kena prepare..

bukan hanya nak gatal kahwin je..



some of you may saying like this;

"ala,yang nak kahwin tu lelaki,let them prepare all the duit belanja"

you all....

kalau saya kahwin dengan anak dato menteri paduka baginda negeri bawah payung takpelah, mahu suruh beliau sedia duit belanja semua sekali...hey hey hey...

saya orang kebanyakan. saudara mara banyak bebeh.. mak cakap buat kat rumah je..tapi rumah saya yang kecik..dengan kawasan kejiranan yang cukup kedekut ini bakal menyukarkan keadaan. hehehhe...baik buat kat dewan.. (berangan nak buat kat banquet hall)


(kredit kepada>remember this)

*sungguh cantikkkk....i loooikkeee*

insyaALLAH, kalau ada jodoh tak kemana. kalau takde jodoh pun, at least i have that amount of money, kan?boleh buat bisnes yang tertangguh.. hihihi..

kita perlu berwawasan!yeahhh...

selamat mengumpul duit ye kawan2...till the next post~

daaa...;)



Saturday, August 7, 2010

merancang kewangan

ya kawan-kawan..saya seorang pemboros, tak pandai nak budget kewangan. saya selalu mendahului kehendak berbanding keperluan..lepas tu hujung bulan ternganga sebab tak ada fulusss...ngeh3..tapi sebelum saya share tips mengurus kewangan (kita sama2 belajar k) saya mahu list kan dahulu sumber pendapatan yang mungkin untuk saya:

1) blog - nuffnang,insyaALLAH mahu ubah konsep blog
2) ejen kepada ebook maskahwin yg hilang*~ yang ni mmg merancang untuk daftar
3) kerja sampingan ~
4) elaun dari skim
5) tulis something yg boleh di publish kan~ nanti boleh dapat royalti

kenapa saya list2 kan semua sumber pendapatan saya?

sbb saya nak kumpul RM30 ribu dalam tempoh 2 tahun ini...

kenapa rm30 ribu?

hahhhaaha...jawapannya dalam entri berikutnya..

adios kawan2..

selamat merancang perbelanjaan ;)


Wednesday, August 4, 2010

jalan2 cari pasal

since i'm undergoing 1 week of holidays, i had a great walk with cik tamtam. we chatted and sitting on bench at KLCC garden while having my home-made pizza. so, he said my pizza is gorgeous (haha,tipu)..actually, he said my pizza is good. hehhehe (kembang kompis hidung makcik jap)then, we read magazines that i brought for his mom.


(look,my overbaked pizza-and after having a "crash" in my beg)

provided with hot weather, we decided to walk in to KLCC and enjoying ABC+ MANGO FRESH JUICE..ahhh yummy2.. we dont think to eat in KLCC since we just had had pizza, and we were full!
after finishing ABC, we headed to kinokuniya and bought my book. -THE RUDOLPH FACTOR-
(punyalah susah nak cari buku ni kat malaysia).



(gambar ehsan pakcik google-credit to kellyowenstein)

next destination that i do want to go is JALAN TAR. surely u know that place! find for some tudungs, stopped at book shop and he bought some books written by zaharudin(which he awaited to buy that books a past few months). then we dine in warung near mydin complex. masa tu barulah rasa lapar kan!..oh..before that, we meet kak mas and abg kasya-(cik tamtam's brother and sister in law at kamdar)

feww..when i heading back to shah alam, there was a crowd of people at KL central. seriously sardine! hahhaha... i was badly flat after reaching home...huh...nice weekend huh...
(mokcik dah ponek)~dating dgn bag-pack..kihkih..sungguh tak ayu

Monday, August 2, 2010

wahhhhh

sudah lama tidak memasak.....masak pizza yg sungguh sonang itu...mahu basuh pinggan..cow cin cau!

Sunday, August 1, 2010

free tapi tak free

hai bloggy....i kan free seminggu lepas praktikal...yuhuuuu!! (esok mau dating) ok, berbalik kepada free tapi tak free...sebenarnya rasa tak sedap je pasal kerja belum siap sepenuhnya..pukul 2 ni nak kena gi office balik...aduh!!! tula...tau je la, system data entry belum siap sepenuhnya...kesian kawan2 i yang dok key in data..skrg dah bulan ogos..

alkisahnya, masa bincang dgn sorang manager it ni, dia kata "sorry mesti u all tak faham kan" yela, coding excel segala bagai itu, dia tunjukkan...(mmg i tak faham pun)..then dia suruh i develop formula tu sendiri... hahahaha..dia ingat i tak boleh buat..mesti dia rasa i lama gila nak buat..padahal tak sampai seminggu je bloggie...muahahaa...mmg i tak pergi kelas, i tgok youtube aje! hahahhaa..kelas gitu..bagus gila youtube ni..tapi manfaatkan lah..jangan tgok benda bukan2 pulak..

dalam sistem data entry i tu, i siap automatik nak kira revenue mengikut publication.i dah discover lagi mcm mana nak buat graf dengan mudah!(menari gelek) syabbas bette! lepas tu i dah siap..dia kata dia sibuk pulak..hmmm....terkejut dia i cakap dah siap...hahahaha..

i mungkin pelajar praktikal, tapi jangan ingat i tak reti buat kerja okeh...

ada pulak, dia kata i la budak yang banyak problem sebab asik call tak habis2 pasal tak dapat intranet...kihkihkih...well...lantak kau lah labu..asalkan, siap kerja aku..*dush* gila berlagak entry ni...hehheeh..sorry lah bloggie..i takde siapa nak cakap kat tempat kerja itu...TQ for listening..=)