Monday, June 28, 2010

kenapa 9.30 pagi?

assalamualaikum semua

hahaha..tolong jangan muntah ye kawan-kawan...saya sedang berdebar-debar menanti hari esok..


apa?


sebab ada orang pinang ke?

haha


salah...

kenapa?

bukan...

bukan juga...

bukan tu...

jeng..jeng..jeng...

nak kasi suspen...

9.30 pagi...ada la sebabnya...

nak tahu hari ni jugak ke? baiklah..untuk tidak menghampakan kawan2 yang sudi membaca blog yang tak berfaedah ini, mari kita saksikan jawapan..kepada...

kenapa 9.30 pagi???


sebab masa tu,cik tamtam dah sampai kat KLIA..
..setelah 2 tahun lamanya...tak bersua wajah.. *wah22*..terpisah jauh beribu2 batu....

walaupun aku tidak dapat menantikannya..

setidak-tidaknya aku tahu..langkah itu tidak jauh dariku...




semoga selamat sampai..

Wednesday, June 23, 2010

quick update

berpinar bijik mata menghadap excel. try buat sistem data entri guna excel je..dan nak buat sesempurna mungkin sebab saya nak share workbook tu..

orang orang IT department sini memang jawabnya asyik -nanti- aje.. something must be wrong somewhere in terms of effectiveness..

but i'm quite happy because i know excel better than them.. see, i'm the unique one...hehehe...takpe..kalau company taknak invest pakar microsoft excel, biar saya ambil inisiatif sendiri. mahu belajar menggunakan buku dan tutorial online. selain perpustakaan, internet adalah pusat utama rujukan saya! =)

haha..yela, saya ni budak praktikal. mana layak nak masuk kursus yg dianjurkan syarikat.. its ok, saya sedar diri.. hehe..sebab itulah mahu belajar sendiri. nak masuk kelas mmg tak mampu la..nak upah org microsoft apatah lagi.. penyelesaian sentiasa ada.. contohnya hari ini, beberapa cara menggunakan formula dalam excel telah saya dapat secara online. memang best!
itupun guna talian internet dari rumah. nak access internet company lagilah jangan harap.. hehehe.. [yela banyak sangat birokrasinya]

nak seribu daya. taknak seribu dalih.

Saturday, June 19, 2010

-suka2-

baiklah..esok karnival memancing akan bermula..wah2...saya jadi tukang jaga kaunter pendaftaran..lama pulak tak berprogram..rasa best la pulak kan..

oh ye..banyak je nak kongsi cerita dgn kamu semua..tentang sukarelawan LL4G hari tu..tapi nanti dulula..hehe..nak kena siapkan MEGA PROJECT...harap2 boleh la habis malam ni..uhuhuhu...

saya harap, consultant exec saya terus memerlukan saya untuk buat research itu..hehhe..saya mahu duit....*duit simpanan dah daif sangat*..insyaALLAH..

oh, geran dari kementerian pengajian tinggi itu khabarnya akan memberi allowance sebanyak rm1,300 sebulan kepada pelajar sarjana..wahhh...

rasa gembira hanya sementara..

lupa..

bila buat research, banyak duit yang kamu perlukan..!


Thursday, June 17, 2010

mimpi lagi

kebelakangan ni selalu mimpi yang tak berapa nak best..

malam lepas balik BP,
tidur saya terganggu..
rasa macam ada org cekik..
saya boleh rasa jari2 tu kat leher saya...
erkkk...tak boleh bernafas..
dah lama tak kena gangguan waktu tidur..
bila saya baca ayat kursi,
dengar bungkusan plastik jatuh kat dapur..

woo..
pernah juga makhluk tu panggil nama saya waktu saya kena tindih..
saya nampak susuk lembaga tu berlalu..

pernah juga saya dengar suara jin..
panggil nama kawan saya..
serius garau gila punya...
saya ingat orang berdengkur..
tapi bukan..
diiringi bunyi orang seret kasut kat luar...
masa tu saya dan 2 orang kawan jaga kawan saya yang kena histeria..
pukul berapa pagi ntah..
bunyi angin macam bunyi angin dalam cerita hantu tu..
saya tak tipu...
itulah yg saya dengar..
eee....

saya tahu, tak ramai yang percaya..

semalam, saya mimpi, saya dalam kumpulan panjat macam satu gunung yang paling tinggi..
atas gunung tu ada rumah..
kami berehat dan makan..
tiba2 ada orang2 yahudi nak sama masuk dalam rumah tu..(nak masuk rumah tu kena panjat)
saya tolak diorang sampai semua orang jatuh..
sebab saya tak suka diorang..
lepas tu saya tiba2 tersedar..
bahawa mereka akan bunuh saya..
saya ingat firman ALLAH yang mafhumnya
orang2 yahudi ni tersangatlah jahatnya..
bila saya nak larikan diri..
saya lari ikut belakang..
saya cakap nyawa saya terancam
tapi semua orang buat dono je..
saya minta tali kat salah seorang kawan saya..
dia kata;
"aku boleh je terjun sorang2 sendiri" dia senyum sinis dan berlalu pergi..

saya nampak orang yahudi dah berlari ke belakang..ke setiap sudut
nak cuba ceroboh rumah tu...
kemudian saya ke tepi tingkap nak terjun..
dan saya terjaga lepas tu..

apakah maksud mimpi ni?


Monday, June 14, 2010

entah

tiba2 rasa nak marah..hahah..emo..

mengantuk..tapi kerja belum siap lagi..baru sampai dari BP..

akhirnya berjaya hantar borang permohonan post graduate..alhamdulillah..

esok Dr,alina nak datang buat spot check..kalau tak dia nak dtg hari ni..terkejut gajah i..kan hari ni i masih berada di johor siang tadi..nasib baik mood dia baik..
kalau tak..mau tak lulus..pasal i cuti tak bagitahu (habis, penuh la inbox encik nazir kalau gitu)

apa2 je la..nak siapkan kerja dia..harap2 dapat la sambung master di UTHM tercinta..disamping nak challenge diri, kerja bawah supervisor kedekut markah nak m****s itu.. tak pernah i dapat A dgn dia..entah apa dia nak tak tahu..yang penting dia nak bagi geran..kira orait lah tu..hihihi..

keputusan semester akhir yang amat memberangsangkan.. dean list..walaupun sipi2 aje..alhamdulillah..(yela, dah kira2 markah, estimate dalam 3.4 aje..tak sangka rezeki)








-senyap aje?- hmmm....lantak dialah..i bukan kisah pun..hahaha..*gila jahat*

Wednesday, June 9, 2010

hey...

settle presentation..

budak selekeh ini telah membuat pembentangan dalam meeting

sungguh gelabah...

namun..akhirnya

saya telah membuat seorang AE ini menegur saya..
entah ke apa namanya tak tahu...

bukan sbb saya mengorat dia okehhh..

tiba2 dia datang kat desk saya..

"baguslah u punya research" (saya perasan dia asik lalu lalang depan saya)

-ok, saya senyum je..sebelum ni dia pandang sebelah mata pun tak ingin...hahaha-

in fact, mungkin dia rasa terkejut. sebab belum ada lagi budak praktikal masuk meeting buat presentation..entah..

yela..saya kan budak praktikal..selekeh je..tudung bukan tudung macam bentuk kepala alien..baju kurung..tudung bawal pin ke bawah, macam org kampung..bukan tudung ariani atau c'jelita. cantik jauh sekali.. tak macam AE lain..vogue gula youuu

tapi saya tak tahu la..samada dia puji sebab kerja saya, ataupun setelah melihat saya present dalam bahasa inggeris yang ntah apa2 itu..atau saje nak buat saya perasan tu pun tak tau jugak..hehehe..ahh..yang saya sibuk2 ni kenapa? suka? bukan suka ok.. baru la ni..orang2 tu senyum kat saya..nampak tak environment saya macam mana? ada yang perlekeh kan saya.. tapi saya suka orang perlekehkan saya.. saya rasa tercabar. dan saya akan tunjukkan, saya bukan seperti yg disangka.

-
-
-
-

nak tahu rahsia menghilangkan rasa gugup dan takut masa present? genggam benda2 yang ada sifat "menarik" macam besi.. atau pegang paper clip

rahsia ni saya dapat dari kak mazni, assistant accountant kat situ.. dia cakap sifat besi itu akan menarik semua tenaga negatif ke besi tersebut. ilmu ni dia dapat dari sebuah program mengenali potensi diri..sharing is caring =)


Tuesday, June 8, 2010

alhamdulillah again...berganda2

saya bersyukur ALLAH beri saya nikmat sihat, nikmat berfikir dan nikmat untuk bercakap.. sebab dengan nikmat2 ALLAH beri ini, saya mampu untuk optimumkan potensi diri.

gembira.

bila bos suka kerja saya.

"i like you thinking"

"even the manager pun saya rasa tak boleh buat macam kamu"

"i love this" (apabila saya memberinya maklumat daripada jabatan perangkaan dan bahan bacaan)


ok, pujian2 tu, saya kembalikan pada ALLAH..

sebab apa?

sebab yang bagi ilham pada saya untuk buat begitu adalah ALLAH..maka ALLAH lah yang hebat. bukan saya..

saya gembira sebab dengan itu bos cadangkan saya untuk bekerja dalam tempoh menunggu tawaran master. kerja kontrak dengan gaji eksekutif..alhamdulillah..

saya betul2 perlukan duit. satu. untuk tujuan pengajian. dua, kumpul balik duit. tiga, nak bayar hutang kat library RM463.80(makhluk asing dah curik buku yang saya pinjam)

syukur..ALLAH MAHA ADIL..itu yang saya pegang





Sunday, June 6, 2010

adui...


blog yang ku rindui..

sudah agak lama kita tak ketemu..banyak benda mahu dibincangkan...hahaha..hal ehwal semasa dunia(nak buat ulasan pasal rachel corrie and palestin), hal ehwal duniawi, hal ehwal diri yang tak terurus ini.. kini, dalam perancangan, mahu buat sedikit kajian tentang istanbul dan turki..our MEGA PROJECT!...jeng3..adalaa projeknya..


ala...

bloggy ni..

jangan lah merajuk dengan i...

takkanla sebab i taknak bagitahu "the Mega Project" u nak merajuk??

ok2..i promise..

nanti i bagitau u ye..

bukan apa..

taknak kecoh2..

kalau tak jadi kang?

ha...tak ke i jugak yang malu??

sekarang ni, i nak buat report pasal advertisements yang i dok key in setiap hari tu..u tau je la kan, tiba2 bos suruh bentangkan laporan tu..dan secara tiba-tiba supervisor i cakap laporan tu nanti (dalam bentuk power point) akan diserahkan kepada salah seorang "managing director"..managing director ok...bukan calang2 orang..jadi, kena la buat; "the best that i can"..disamping, nak tunjuk sikit "inner strength" i ni kat orang2 tua department i yang hidung pinocchio tu...hehehe..diaorang ingat; mentang2 i ni selekeh je gi kerja, i tak reti buat kerja agaknya..*niat tak betul*

nantilah bloggy, kita gossip2 kemudian hari...

daaa~



Wednesday, June 2, 2010

sepucuk surat untuk Gaza



ketika aku masih lagi seorang budak, aku telah pun mendengar rintihan wilayah Gaza. aku masih hingusan, aku belum kental dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku disekelilingku.
Lalu, semakin aku membesar, semakin aku merasa betapa dalamnya penderitaan kamu wahai Gaza. Aku makin banyak menulis tentangmu.

kita tidak pernah bertemu. Namun, aneh, perasaan cintaku kepadamu hidup subur dalam relung jiwaku.

aku benci manusia yang menyakitimu. aku benci bangsa yang mencabuli hak2 wilayahmu.

Namun, apalah daya kudratku untuk menghalang kafir harbi itu?



Malah, aku bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke dalam kawasanmu yang digelar wilayah bergolak. Aku semakin tega menonton dokumentari mengenai wilayahmu.

aku jatuh kasihan melihat anak-anak berani. yang membesar dengan suasana cukup tegang dan mengerikan. kudrat mereka hanya batu! walhal, mereka tahu, sebiji batu yang mereka lontarkan pasti akan dibalas dengan peluru berpandu. aduh! siapa sebenarnya pengganas gaza? media barat terang-terangan menipu sedangkan gambarannya jelas.

aku semakin ingin tahu, sejarahmu Gaza. aku habisi masa lapangku dengan membaca tentangmu. aku juga membaca tentang yahudi-yahudi keparat yang tidak pernah puas memberimu luka dan duka. pun begitu, masih ada sekelompok yahudi yang menentang kezaliman yang dilakukan oleh pembesar mereka terhadap penduduk Palestin.



aku tahu tentang peristiwa syabra dan syatilla pada tahun 1982. "Projek" itu dikepalai oleh seorang Arial Sharon. yang kini ALLAH berinya derita dengan kelumpuhan seluruh sistem sarafnya. Hukuman ALLAH lebih adil. aku percaya itu.

Yahudi ternyata diberi kelebihan dan kebijaksanaan. aku telah memerhatikan sejarah lampau. mereka bijak dan bongkak. sehingga mereka menjadi lebih bodoh kerana terlalu bijak. jangan kau risau Gaza. ALLAH sentiasa ada bersamamu..bukankah syahid itu balasannya syurga?

tatkala, ALLAH memberi mereka kebijaksanaan luar biasa, kita, ALLAH beri dengan kekuatan iman dan Tauhid. dan aku percaya dengan menTAUHID kan ALLAH, kekuatan dan kebijaksanaan dalam diri manusia akan ditemui. selidikilah sarjana-sarjana islam yang lampau. selidikilah peribadi dan perilaku para sahabat. selidikilah bagaimana Rasulullah begitu tabah menangani hari-hari Baginda dengan manusia yang menentang baginda.

akan tetapi, aku kesal Gaza..kerana aku masih tidak dapat membantumu dengan kudratku. aku kesal kerana aku orang Islam yang lemah. aku kesal kerana iman di dadaku masih belum ampuh untuk pergi berjuang. aku kecewa kerana hati aku masih lagi dibisik syaitan.

ya ALLAH, berilah kami kekuatan hati untuk tetap bermujahadah di jalanMU!