Monday, March 30, 2009

petua apa hari ini..?

salam auntie bloggy..hari ni, saya jalan-jalan kat page ibu-ibu mithali ni..eventhough not married yet, but it is worth if we do learn something about baby.. kan? kan? disebabkan saya bercita-cita untuk menjadi ibu yang baik untuk anak2 saya~insyaALLAH (^_^) .. maka, saya pun haruslah ada ilmu pengetahuan tentang penyakit2 & rawatan (even i'm not a medical student,) yang paling tradisional pun jadilah kan? berikut ialah petua2 yang berguna buat bakal ibu(zira ek..hahaha)

1) Petua hidung bayi tersumbat:Ambil beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garam itu dengan tangan supaya sebati dengan air tersebut. Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda akan tidur nyenyak dan tidak meragam.

2) Kembung Perut atau Senudung:Sirih dan pinang digunyah halus lalu disemburkan ke perut anak anda sambil membarutkannya. Ini diamalkan setiapmalam ketika anak itu masih kecil lagi.

3) Membuat Anak Cepat Bercakap Dan Pintar:Jika anda memasak nasi, dan ketika nasi sudah mendidih, anda akan dapati air pada nasi itu menggelagak atau mendidih dan mengeluarkan seperti buih (buyah), cuba sudukan buih (buyah) yang sedang menggelagak atau mendidih itu dan suapkan kepada anak yang baru berusia 2 minggu atau sebulan

4) Melegakan selsema bayiAmbil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.Sumber dr….:From: ibu@yahoogroups.com [mailto:ibu@yahoogroups.com] On Behalf Of marliya lieyaehsan dari ; http://ttuyup.wordpress.com

No comments: