Monday, September 13, 2010

adab sebagai tetamu

Assalamualaikum wbt...
hi there..i wish u had had a very wonderful holiday last week. saya? patah pinggang bila balik rumah tokmak kat muar...hohoho...awat?


kat rumah tokmak,ada 6 ruang untuk tampung tetamu yang datang. tapi,cuma 5 ruang jadi ruang utama. biasanya kalau raya, 5 ruang tu are well-occupied la selama kita cuti berhari raya. setiap masa akan ada sahaja tetamu yang datang. kalau datang serombongan takpelah jugak, ini sampai 5 rombongan sekali gus.satu rombongan paling koman bawak 10 orang. bayangkan jela.. kalau datang rumah orang lain,memang makan biskut raya aje..(saya bukan menghina atau mencela mereka yang hidangkan kuih raya ye..no,memang itulah kebiasaannya) tapi kalau datang rumah tokmak, ada 10 rombongan tetamu,10 kali lah tokmak akan masak.fine,kita perlu memuliakan tetamu...mesti jamu makan,tak kisah la dengan lauk apa pun...tu memang kelaziman keturunan tokmak and tok ayah..

(photo displayed-credit to the gift experience)

Sebagai tuan rumah, menerima dan memuliakan tetamu bukan sekadar sesuatu yang dianjurkan oleh Islam tetapi menjadi petunjuk akan kebenaran dan kekuatan iman dirinya. Rasulullah s.a.w. menerangkan: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah tetamunya” [Shahih al-Bukhari, no: 6018]


[sumber dirujuk di masjid bukit indah]



yang tetamunya satu ...selagi tokmak tak masak,selagi tu taknak angkat muntot...dah dapat mee bandung muor yang sedap(mahal dan banyak rencah) tu, hmmmpppphhh...yang baik, adala jugak menyejukkan hati,angkat pinggan ke sinki..kalau yang ****** tu, main tinggal aje dengan tisu lap2 mulut dalam pinggan. ewah!


eh2...yela..dah orang datang...takkan nak buat kerja rumah pulak.. betul2..

tapi tetamu sekalian (termasuk saya yang akan ke rumah orang) kalau dah nampak tuan rumah kelam kelibut nak layan 5-10 rombongan tetamu,apalah salahnya,angkat pinggan ke sinki paling koman pun..janganla makan main tinggal aje..dah la datang berlenggang sawi..makan free,lepas tu pemalas pulak...haihhh..terus aku buat dosa ngumpat dalam hati sorang diri...


oppppsss..sorry kalau i termengumpatttzz

[photo displayed-credit to pakcik google-address not found]


adab sebagai tetamu pun kena jaga juga...janganla sampai menyusahkan tuan rumah.

Apabila berziarah, janganlah meluangkan masa yang lama di rumah kerana ia akan memberatkan tuan rumah dan ahli keluarganya yang lain. Justeru Islam mengajar kita adab untuk segera pulang setelah dijamu oleh tetamu. Allah s.w.t. berfirman: “Apabila kamu dijemput maka masuklah, kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan…” [Surah al-Ahzab, ayat 53]

[sumber dari hafiz firdaus.com]

lepas tu,saya complain jugak kat tok ayah and tokmak...saya cakap...

"tokmak,kat rumah orang lain kita makan kuih raya aje....kesian tokmak,tok ayah dengan mokde.. penat masak tak berhenti2..mana tak pengsan bila dah malam."

tahu tak tok ayah cakap apa?

"nya...(panggilan manja saya) kalau kita ikhlas,kita takkan terasa penat"


*dush*

ambik kau sebijik..tertusuk ke sanubari paling dalam...hehehehhehehe


p/s: ikut garis panduan yang dianjurkan dalam ISLAM yang sangat menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak..

p/s2: mee bandung tok mak memang tak boleh masak sekali banyak..kalau tak mee dia kembang..and rasa lain dan tak sedap..rasa dia memang best wa cakap lu...sebab tu la diorang sanggup singgah rumah tokmak semata2 nak makan mee bandung,tiap2 tahun tanya resipi.tapi buatnya tak jugak..haihh...ini bukan mee bandung letak kacang hokeh...ini mee bandung dari udang kering yang RM30 hengget sekilo(ntah apa ke namanya),dengan hirisan daging,air rebusan tulang,fishball,sawi,telur,udang,macam2 khazanah laut ada dalam tu..mana taknya...dah la tokmak,kita jual je pes tu lepas ni..hahahahha (mata duitan)

p/s3: berapa banyak p/s daaaa...

No comments: