Tuesday, May 14, 2013

first trimester

assalamualaikum...

sekarang baru la start morning sickness...bukan morning je..all the day.. huahuahua...

masa mula2 pregnant..mengidam..mengidam nak masak macam2..ada suatu petang tu teringin bebeno nak membuat roti. padahal lepas solat jumaat nak balik kampong. tapi gigih jugak aku menguli. siap buat water roux lagi.. hihi... begitule kekdahnya.. masa tu morning sickness takde..cuma sedikit sakit2 urat yang amat meresahkan jiwa raga mak jemah.

tapi dh masuk 6 weeks++ morning sickness tu semakin intense.. hasik nak pening kepala. pulak tu berjalan gi sandakan naik flite. subhanallah.. rasa mual tu mencanak2. makan tak lalu..padahal lapar ya amat,, especially nasi..mmg x boleh nak makan sangat.. makjemah bukan seperti dahulu yang kerjanya asik makan..huhuhuhu...peminat tegar nasi kini bukan diriku. ecececeh..

perasaan malas pon semakin menjadi2. ia harus dikurangkan menjadi seminima mungkin...atau perlu dihapuskan terus dalam kamus hidup.

nila hasil roti gigih hari tu. siap buat salad ayam (lebih ayam kfc kawan ciktam bawak)hihi


yang penting kena rajinkan diri berzikir n baca quran.. kadang2 risau.. dengar2 cerita miscarriage..nauzubillah...sedih..i can feel the emotion. kecewa..:'( tapi ALLAH duga untuk bagi gantian yang lebih baik kan.. semoga ALLAH terus beri keizinan untuk meminjam nikmat ini..amin..

Sunday, May 5, 2013

the little embryo

alhamdulillah untuk semua ini..

positive pregnancy test.. checked..

selamat tinggal kursus PTD 26 mei ini. aku bakal menangguhkan kursus demi kemaslahatan ibu dan embryo yang baru berusia 5 minggu. hihi. kerja itu rezeki. tapi anak tu lagilah rezeki terbesar. pewaris generasi. yg bakal berdoa untuk kita saat di alam barzakh.

morning sickness yang takdela teruk sangat. tapi banyak penyakit angin yang pelik2.

ciktam pun badan berangin x boleh keluar sejak i pregnant. i pon sakit urat kat belakang sampai bernafas sakit. tak boleh langsung minum teh tarik ke apa ke. memang terus tegang urat tu. demam on off plus selsema dan batuk yang panjang. masa single dulu, alhamdulillah ALLAH bagi kesihatan yg sangat baik sampai susah bebeno nak dapat demam, batuk atau selsema. kali ni mungkin sistem dalam badan nak menyesuaikan diri dengan kehadiran embrio baru ini. atau immune sistem yang nak diaktifkan (spekulasi diri sendiri)

ada masa sehari tak dapat nak baca quran sebab melepek. atau bizi dalam kereta takde wudhu'.. mesti perut sakit mencucuk2. bagus baby. teruskan menyakiti ummi jika ummi malas nak beribadah.

tapi ujian paling besar adalah kemalasan diri sendiri yang begitu dominan. fight the laziness! sampai nak makan pon malas!


semoga ALLAH berikan kesempurnaan fizikal dan mental untuk anak kami. berikan kebaikan buatnya di dunia dan diakhirat. menjadikan dia manusia yang bermanfaat untuk ummah. menjadi manusia yang soleh serta baik akhlaknya. menjadikan dia manusia berani berjuang. tetap teguh dalam agama sebenarnya. amin yra.