Monday, June 10, 2013

malas

konon2 nak pergi pasar pukul 7.30 pagi.

sekarang jam dah menunjukkan 8.16 pagi..

duhh...i tak boleh la teringat pasar...sebenarnya i tak tahan bau pasar.. sekrang terbayang pasar pon rasa nak  termuntah..bukan sbb i memandang hina bau busuk..

memang dari dulu tak berapa boleh tahan bau ayam ikan yang mentah..memang tak boleh tahan langsung.. dan sebenarnya takut tengok darah haiwan..wuwuwuwuw

i dunno kenapa...huhu...

kalau cuci ayam banyak2 pun boleh termuntah

bau ikan toksah cakap la. rasa nak pengsan.

sampai rumah mesti tahan nafas nak basuh. dah pregnant ni.. i tutup hidong pakai kain bila nak basuh ayam ke ikan atau seafood kat sinki..senang nak basuh.hihi..tak senonoh kan..


sebab tulah reason terbesar kenapa malas nak gi pasar~ selalu nak gi pasar ajak husband je weekend2 ke pasar tani. hihi..tapi weekend tak sempat hari tu..jadi terpaksa survive sendiri..

you go baby! jom kita gi pasar? nanti daddy u membebel mcm che ta~ :)




Tuesday, June 4, 2013

.....

salam belog..

I'm wondering how the day i'll go through lepas dah bersalin,pastu kursus setahun kat INTAN. i have to leave my child. sobss! sedih ok. sedih. i just...oh my..i can't..

it's hectic. and i would not be able to see my child everyday. maybe everyweek pun susah. the schedule is tight.. i will miss the opportunity to see my child growing up.
paling aku takut, anak aku tak kenal mak dia. takut dengan mak dia. dan terpinga2 bila jumpa aku. ALLAH. tolong jangan berikan aku pengalaman yang mengerikan itu.

tapi untuk membantu ekonomi keluarga, i have to. untuk membeli rumah, di zaman harga rumah melambung i have to. untuk menyediakan kehidupan sementara yang lebih baik. aku harus korbankan sesuatu. ia kelihatan selfish. tapi mengertilah, aku harus lakukan utk kelangsungan hidup. bak kata kawan2 aku--hei,aku surirumah,ada anak. bukan bermakna kau 24 hours gembira. kita bukan hidup dalam fairytale. adakah kau ingat cukup saja hidup dengan keperluan? kau juga ada kehendak. terimalah peluang pekerjaan ni. ini mungkin rezki anak. *?* dan  setelah berbincang2 dengan suami, suami pun redha untuk aku terima jawatan yang agak berat ini. tidak lain tidak bukan, memikirkan masa depan yang mencabar


jauh disudut hati, masyaALLAH..aku bukan tak bersyukur untuk hidup sederhana. bukan begitu. apa yang suami mampu beri,aku syukuri.. tapi memikirkan akan datang.. suami juga ada impian tersendiri ingin menapak lebih jauh dalam bidang akademik. kalau aku tak kerja, macam mana? aku juga harus fikirkan, cukupkah gaji suami untuk menampung kos hidup yang semakin hari semakin membebankan? aku tahu rezeki datang pelbagai cara. bila habis master,adakah aku pasti, ada kerja menanti untuk aku? tak pasti bukan? jadi, aku terpaksa bulatkan hati. ada pengorbanan yang perlu aku lakukan. demi keluarga, kerana ALLAH.