Wednesday, November 25, 2009

motherhood nature..


bila saya mengelus wajah mungil zuriat milik sepupu saya, perasaan terbebar serta merta.aduh, tumpah segala rasa kasih pada seorang anak kecil yang baru berusia 9 bulan. memang seronok jadi ibu.. namun, cabaran yang digalas, tak ternilai gambarannya. bilakah masa utk saya pula?

saat paling bahagia, bila menyuakan bibir mungil itu dgn botol susu, tak tergambar perasaan saya ketika itu.. betapa hebatnya ciptaan TUHAN.. dari setitis air mani yang hina, kemudian di bentuk menjadi darah dan seketul daging, kemudian sempurna kejadiaannya, membesar dalam alam rahim yang tersembunyi rahsia keagungan TUHAN tentang ruh.. bagaimanakah hari ini saya mampu menipu mengenai nikmat ALLAH yang telah saya cicipi? nikmat ALLAH yang saya hirup setiap hari? dan bagaimana pula nikmat ALLAH itu boleh saya tidak syukuri?? lemah benar hati..baru diuji dengan sedikit ujian, sudah merasa susah.

syukur padamu ya ALLAH,hari ini, saya mendapat pengajaran tentang syukur melalui nikmat dan harta yang telah engkau kurniakan pada orang lain. menatap mata kecil itu, membuat rasa kekaguman menyusup dalam relung hati.saya mahu menjadi ibu! yang mana, saya sendiri akan merasa denyut nadi terarah dalam rentak yang sama..merasa sebuah lagi nyawa hidup dalam rahim saya, merasa bahagia bila dapat meletakkan seorang manusia yang telah ALLAH sempurnakan kejadiannya dekat dengan dada dan hati saya..supaya dia dapat merasa getaran cinta seorang ibu..yang selalu ada untuknya..

p/s:ia bukan sebuah bayangan..namun sebuah naluri keibuan yang telah ALLAH ciptakan secara semulajadi..ya, walaupun belum berumahtangga..anda juga begitu?


*credit to kristin rachelle, for this sweet picture

Thursday, November 19, 2009

thinking about the result..?


alhamdulillah..selesai semester akhir dgn penuh pengharapan.. harapan menggunung di awal semester tiba-tiba mendap di akhirnya.aduhhh! apa sudah jadi? beberapa subjek lain telah kami ketahui markahnya..alhamdulillah 'ala kulli hal..4 kertas yang saya jawab beberapa minggu yang lepas menunjukkan petanda yang baik..saya panjatkan syukur buat ALLAH swt..berkat doa dari semua yang menyokong saya. mudah-mudahan kalian juga dipermudahkan urusan.

untuk subjek BPB 3133, sudah terasa bahangnya, saya masih teringat tarikh keramat 17 disember 2009. tatkala pelajar-pelajar lain menyemak "carrymark",saya tidak berani untuk menatap sekeping kertas itu. secara puratanya kami mendapat markah >30/60.. satu perbezaan markah yang cukup ketara! bagaimana mahu lulus begini? nisbah final hanya 40% sahaja.

dek kerana dihantui kerisauan yang melampaui tahap kenyal (bak kata kak dal) maka saya pun memulakan usaha untuk belajar dengan lebih gigih.

dan saya masih meneruskan usaha dan saya tetap yakin, ALLAH akan menolong hamba2NYA..(ah, sgt over!)kerisauan ini terserlah, sebelum exam saya mohon doa dan baca yassin(ternyata mujarab) untuk melapangkan hati serta memperoleh markah yang baik..

dan hari itu, betapa terkejutnya saya apabila kertas soalan dihidang depan mata..apa? 2 jam setengah sahaja?? walaupun soalan hanya perlu dijawab 4 daripada 5 soalan, namun saya tahu betapa panjangnya jalan kerja yang perlu saya tulis (memandangakn Dr. tersebut sangat precise kerjanya.mesti tepat dan tiada markah kasihan..)dan ini mengambil masa lebih dari 2 jam setengah..dan memandangakn saya bukanlah seorang yang mahir mengira..terkial-kial macam ayam mengais bila hendak mengira.

sakit benar tangan saya..~tak tahulah apa grednya nanti..mohon lulus sahaja sudah syukur..namun, inilah penentu jatuh bangunnya CGPA saya nanti!

Tuesday, November 17, 2009

PENANTIAN

Berapa lama mestiku nanti,
Sinar cahaya matamu,
Gemerlap bagai bintang,
Menghiasi malam,malam yang menutup diriku..
Berapa lama perlu ku tunggu,
Lontaran suara dari bibirmu,
Memecah hening taman,
Taman syurgawi,
Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu siksa yang tidak tertanggung,
Oleh tubuhku yang kering dan layu.
Kepastian suatu penawar dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku..

Friday, November 13, 2009

BACALAH!! dengan nama TuhanMu yang Maha Agung

Iqra’ bismirabbikal lazi halaq....

Itulah kalam pertama yang menggetarkan jiwa nabi kita baginda Muhammad SAW..namun disebalik wahyu yang pertama itu turun ke atas baginda..ade pengajaran yang begitu luas yang perlu kita ambil..dapatkah kita memikirkan mengapa ayat ini yang pertama diturunkan..bukannya solat,puasa, zakat atau haji.?? Sudah tentunya terdapat mesej yang ingin disampaikan oleh yang menciptakan langit dan bumi, Allah yang Maha Esa..

Mengapa umat islam hari ini begitu lemah, dari segi ketenteraan, aspek pembangunan,ekonomi dan sebagainya..semuanya kerana kurangnya budaya membaca yang diamalkan di dalam kehidupan seharian. Ingatlah ilmu itu terhasil melalui pembacaan dan pemahaman yang luas. Bagaimana kerajaan Abassiah suatu ketika dulu dibawah pimpinan Kharun ar-Rasyid dapat melahirkan cendiakawan-cendiakawan Islam yang terulung kerana membudayakan budaya ilmu di dalam kehidupan seharian ,dimana dibina baitul hikmah tempat bagi rujukan umat ketika itu.

Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud “Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..”. Maksudnye disini, disamping membudayakan budaya membaca di dalam kehidupan seseorang muslim, perlu diiringkan dengan keimanan yang teguh kepada Allah SWT. Keimanan yang sejalan dengan ilmu pengetahuan, itulah pokok ketinggian dari satu ummat dalam masyarakat dunia hari ini.

Secara kesimpulannya, membaca adalah kunci kepada ilmu, cahaya yang menerangi kegelapan. Banyak bahan-bahan yang berfaedah yang boleh dibaca antaranya karangan Dr Yusof Al-Qardhawi (Qiraah fi waqi’il ummah) dan bermacam-macam lagi bahan. Disamping pembacaan, tanamkan keimanan yang tinggi kepada Allah SWT..kerana jika sesuatu kaum itu mengamalkan apa yang terkandung di dalam al-Quran, maka ia boleh maju kehadapan. Al-quran itu memberi penjelasan kepada semua manusia yang membaca dan memahami maknanya, tetapi hanya Allah yang memberi petunjuk dan hidayahnya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Pengetahuan yang memuncak tinggi, tetapi kosong dari keimanan, merupakan perjalanan kemajuan yang pincang yang mengakibatkan kejahatan dan kehancuran. Akhir kalam, hiasilah hidup kita dengan mambaca, dan sebaik-baik bahan bacaan ialah al-Quran. Hayatilah dan selamilah maknanya yang tersirat disebalik kalam TuhanMU itu..

Monday, November 9, 2009

mahu kahwin?


gambar sekadar hiasan (tak ingat dimana saya mengambilnya)

blog saifulislam baru sahaja dicadangkan oleh rakan saya. terima kasih yana! (^_^)..
maka saya pun membuka laman sesawang itu. saya tahu sedikit sebanyak mengenai blogger tersebut. pernah menghasilkan beberapa buah buku seperti "aku terima nikahnya", "bercinta sampai ke syurga" dan beberapa buah lagi. hasil tulisannya santai, padat dengan mesej berguna dan islamik.

tiba-tiba saya berfikir..bila membaca hasil tulisan beliau di alam maya, tapi penuh dengan perbincangan logik dan nyata. di usia muda, ada perasaan ingin dicintai dan perasaan ingin memiliki. siapa yang tidak mahu membina sebuah perkahwinan yang diharap membawa bahagia? siapa pun menginginkannya. ya, nafsu yang menjawabnya sentiasa berkata sedia. namun hakikat, memikul amanah dan tanggungjawab menjadi seorang isteri atau suami bukan calang calang beratnya. apatah lagi menyandang "title" ibu atau ayah..

ya ALLAH..saya mahu jadi hambaMu yang baik, mahu jadi hambaMu yang taat sebelum saya melahirkan seorang khalifah, sebelum saya boleh bersama-sama membina sebuah rumah tangga tapi mampukah saya? ternyata mengurus perasaan, hawa nafsu bukan lah sesuatu yang mudah (mengurus emosi, perasaan dan fikiran). benarlah bak sabda nabi bahawa Jihad nafsu merupakan jihad paling utama..

lalu saya pun termuhasabah. dimana saya letakkan cinta yang paling utama dalam hati..cinta sesama manusia atau cinta kepada ilahi? saya pun ingin jadi seperti qani'ah dalam pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul..

mahu kahwin? lupakan sahaja kalau niat, cita-cita dan tujuan menyalahi syariat islam yang indah..perbaiki lah amalan dan hati dahulu..barulah boleh bercinta hingga ke syurga..

"moga Engkau tetap membimbing kami ke jalan yang diredhai"

Thursday, November 5, 2009

-seperti tenggelamnya Van Der Wijck-



“Dialah yang akan membimbing tanganmu. Dialah yang akan menunjukkan haluan hidupmu kepadamu.
Dialah yg akan menerang jalan yg gelap”


Pada satu saat..ketika saya membuka kembali lembaran-lembaran-lembaran fail yang saya simpan(maaf terlupa dimana sumber laman sesawangnya)..saya ada menyalin beberapa petikan dari ”TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK”. Sebuah karya yang halus bahasa dan pengajarannya. Karya Prof HAMKA yang telah ternukil tahun 1938 dahulu. Buat dua insan yang bercinta. Terasa panahan surat dari haryati kepada zainuddin menikam kalbu. Seolah-olah ia bercerita tentang saya disuatu sisi. tenggelamnya perasaan ini seperti karamnya van der wijck yang membawa sekeping hati yang lara..

ALLAH selalu ada untuk saya rupanya..tidak pernah meninggalkan saya..apabila saya perlukan motivasi untuk kembali hidup.. ilham dan hidayah datang tanpa saya sedari.. diri termuhasabah apabila membaca warkah jiwa yang tertiris kerana tandusnya sukma nan merah dengan cinta.. kunci untuk kembali tenang
–MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN-

surat Hayati yg penghabisan…

Pergantungan jiwaku,Zainuddin!

Ke mana lagi langit tempatku bernaung,setelah engkau hilang pula drpdku,Zainudin.Apakah artinya hidup ini bgku kalau engkau pun terus memupus namaku dr hatimu!

Sungguh besar sekali harapanku hendak hidup dekatmu.akan berkhidmat kpdmu dgn segenap daya dan upaya, supaya mimpi yg telah engkau rekatkan sekian lamanya bisa makbul. Supaya dapat segala kesalahan yg besar-besar yg telah kuperbuat terhadap kpd dirimu saya tebusi.tetapi cita-citaku itu tinggal selamanya mjadi cita-cita,sebab engkau sendiri yg menutupkan pintu di hadapanku: saya kau larang masuk,sebab engkau hendak mencurahkan segala dendam kesakitan yg telah sekian lama bersarang didalam hatimu.yg selalu menghambat-hambat perasaan cinta yg suci.Lantaran membalas dendam itu, engkau ambil suatu keputusan yg maha kejam,engkau renggutkan tali pengharapanku,padahal pada tali itu pula pengharapanmu sendiri tergantung.Sebab itu percayalahlah,Zainudin.bahwa hukuman ini bukan mengenai diriku seorg,bukan ia menimpa kan kecelaka kepadaku saja,tetapi kpd kita berdua.Karena saya percaya bahwa engkau masih tetap cinta kepadaku.

Zainudin! Kalau saya tak ada,hidupmu tidak juga beruntung,
percayalah!
Di dalam jiwaku ada suatu kekayaan besar yang engkau sangat perlu kepadanya, dan kekayaan itu belum pernah kuberikan kepada org lain, walaupun kepada Aziz, ialah kekayaan cinta. Saya tahu bahwa engkau kekurangan itu. Saya merasa bahwa saya sanggup memberimu bahagia pada tiap-tiap saat hidupmu,yang tiada seorg perempuan agaknya yg sanggup menandingi saya di dalam alam ini dalam kesetiaan memegangnya,sebab sudah lebih dahulu digiling oleh sengsara dan kedukaan,dipupuk dgn air mata dan penderitaan. Dan kalau sedianya engkau kabulkan, kalau sedianya engkau terima kedatanganku, saya pun tidak meminta upah dan balasan dari engkau.Upah yg saya harapkan hanya dr Dia, Allah Yg Maha Esa , supaya engkau diberiNya bahagia,dihentikannya aliran air matamu yg telah mengalir sekian lama.Upahku yg kedua, yg saya harapkan daripadaNya,hanyalah supaya saya dpt hidup dekatmu,laksana hidupnya sebatang rumput sarut di bawah lindungan pohon beringin dengan aman dan sentosa,dipuput oleh angin pagi yg lembut gemulai…

Zainuddin!..Mengapa engkau tak suka memaafkan kesalahanku? Demi Allah! Saya sudah insaf,bahwa tidak ada seorg pun yg pernah sy cintai didalam alam ini,melainkan engkau seorg.Tidah pernah beroleh tenteram diriku setelah aku coba hidup dgn org lain.Org yg telah mengecewakan hatimu itu,yg sekarang telah insaf dan telah menghukum dirinya sendiri,meskipun dia sanggup memperoleh tubuhku,dia selamanya belum sanggup memperoleh hatiku.Karenaa hatiku telah untukmu sejak saya kenal akan dikau.

Kalau sekiranya engkau maafkan kesalahanku,engkau lupakan kebebalan dan kecongkakan ninik mamakku,kalau…kalu sekiranya maafmu memberi izin mimpimu sendiri terkabul; kalau sedianya semuanya itu kejadian,engkau akan beroleh seorg perempuan yg masih suci batinnya,suci jiwanya,belum pernah disentuh org lain,hatinya belum pernah dirampas org, yg tidak bedanya dengan ’Permatamu yg Hilang’ dan dgn gadis Batipuh yg engkau cintai dua dan tiga tahun yg lalu, yg gambarnya tergantung di kamar mu!
Piala kecintaan terletak dihadapan kita, penuh dgn madu hayat nikmat ilahi.

Air madu itu telah tersedia di dalamnya utk kita minum berdua,biar isinya menjadi kering, dan setelah kering kita telah boleh pulang ke alam baqa dgn wajah yg penuh senyuman,kita mati dgn bahagia sebagaimana hidup telah bahagia.Tiba-tiba dgn tidak merasa kasihan,engkau sepakkan piala itu dgn kakimu,sehingga terjatuh,isinya tertumpah habis, pialanya pecah.Lantaran itu, baik saya atau engkau sendiri,meskipun akan masih tetap hidup, akan hidup bagai bayang-bayang layaknya.Dan kalau kita mati, kita akan menutup mata dengan penuh was-was dan penyesalan.

Apa sebab engkau begitu kejam, tak mau memberi maaf kesalahanku?Padahal telah lebih dahulu bertimpa-timpa azab sengsara ke atas diriku lantaran mungkir ku! Kelihatan oleh matamu sendiri bagaimana saya dan suamiku menjadi pengemis di waktu kayamu,menumpang di rumahmu utk mmperlihatkan bagaimana sengsaraku lantaran tak jadi bersuami dgn engkau.Hilang…hilang semuanya.Hilang suami yg kusangka dpt memberiku bahagia.Hilang kesenagan dan mimpi yg ku harap-harapkan.Setelah semuanya kuderita,harus kudengar pula dr mulutmu sendiri kata penyesalan,membongkar kesalahan yg lama, yg mmg sudah nyata kesalahan,yg oleh Tuhan sendiripun kalau kita bertobat kepadaNya,walaupun bagaimana besar dosa,akan diampuniNya.

Adakah engkau tahu, hai Zainuddin,siapakah perempuan yang duduk di kamar tulismu kemarin itu? Yang engkau beri kata pediih,kata pnyesalan, kata engkau bongkar kesalahannya dan kedosaaannya, yg engkau remukkan jiwanya dgn tiada peduli?
Perempuan itu tidak lain dari satu bayang-bayang yg telah hilang segenap semangatnya,yg telah habis seluruh kekuatannya,tidak berdaya upaya lagi,habis kekuatan pansainderanya dan perasaannya; matanya melihat, tetapi tak bercahaya, telinga mendengar, tetapi tiada ia mafhum lagi apa yg didengarnya.
Yang tinggal hanya tubuhnya,batinnya sudah tak berkekuatan
lagi…

Inilah dia perempuan yg engkau sakiti itu.Itulah perempuan yang engkau timbang sengsaranya dan ratapnya.Engkau ulurkan kepadanya tanganmu yg kuat dan kuasa,engkau tikam dia dgn keris pembalasan,mengenai sudut jantungnya, terpancar darah dan akan tetap mengalir sampai sekering-keringnya, mengalir bersamaan dgn jiwanya..
Inilah perempuan yg engkau sakiti itu!

Tetapi sungguhpun demikian pembalasan yg engkau timpakan ke atas pundakku,kesalahanmu telah ku ampuni,telah kuhabisi, telah kumaafkan. Sebabnya ialah lantaran saya cinta akan engkau.Dan Karena saya tahu bahawasanya yg demikian engkau lakukan adalah lantaran cinta juga.Cuma satu pengharapan yg penghabisan,heningkan hatimu kembali,sama-sama kita habisi kekecewaan yg sudah-sudah,ampuni saya,maafkan saya,letakkan saya kembali dalam hatimu menurut letak yg bermula,cintai saya kembali sebagaimana cintaku kepadamu dan jgn saya dilupakan…

Engkau suruh saya pulang ke kampungku dan engkau berjanji akan membantuku sekuat tenagamu sampai saya bersuami pula.
Zainudin! Apakah artinya harta dan perbantuan itu bagiku, kalau bukan dirimu yang ada dekatku?
Saya turutkan permintaan itu, saya akan pulang .Tetapi, percayalah Zainudin bahwa saya pulang ke kampungku, hanya dua yang ku nantikan: pertama kedatangan mu kembali, menurut janjiku yang bermula,yaitu akan menunggumu, biar berbilang tahun,biar berganti musim. Dan yg kedua ialah menunggu maut,biar saya mati dgn meratapi keberuntungan yg hanya bergantung di awang-awang itu.

Selamat tinggal, Zainudin! Selamat tinggal, wahai org kucintai di dunia ini! Seketika saya meninggalkan rumah mu, hanya namamu yg tetap jadi sebutan ku. Dan agaknya kelak, engkaulah yg akan terpatri dalam doaku,bila saya menghadapTuhan di akhirat…

Mana tahu,umur di tgn Allah! Jika saya mati dahulu, dan masih sempat engkau ziarah ke tanah pusaraku,bacakan doa di atasnya,tanamkan di sana daun puding panca warna dari bekas tanganmu sendiri,untuk jadi tanda bahwa di sanalah terkubur seorg perempuan muda, yg hidupnya penuh dgn penderitaan dan kedukaaan dan matinya remuk rindu dan dendam..

Mengapa suratku ini banyak membicakan mati?Entahlah, Zainudin, saya sendiri pun heran, seakan-akan kematian itu telah dekat datangnya.Kalau ku mati dahulu daripadamu, jgn engkau berduka hati, melainkan sempurnakan permohonan doa kepada Tuhan, moga-moga jika banyak benar halangan pertemuan kita di dunia, terlapanglah pertemuan kita di akhirat, pertemuan yang tidak akan diakhiri lagi oleh maut dan tidak dipisahkan oleh rasam basi manusia…

Selamat tinggal, Zainudin, dan biarlah penutup surat ini ku ambil perkataan yg paling enak ku ucapkan di mulut ku dan agaknya entah dgn itu ku tutup hayatku di samping menyebut kalimat syahadat, yaitu : Aku cinta akan engkau, dan kalau ku mati, adalah kematianku di dalam mengenangkan engkau…”

-dan aku; seperti zainudin itu-