Saturday, October 30, 2010

esok..

esok cik tam balik..flight pukul 8 katanya..nasib baik saya x meroyan...ahahahaahah..hishshh...naudzubillah...untuk menghilangkan rasa royanan, saya telah membuat cheesetart..dari petang sampai ke tgh malam..

sunggub patah pinggang

gudbye cik tam,

belajar memolek deh..

gudluck jua~~


err...air asia tak nak gi mesir ke?dan tak mahu ke menawarkan harga tempat duduk 0.99 sen sahaja?hahhaha..boleh la i dgn payied gi mosir...ngeh2



Wednesday, October 27, 2010

ini entry sekadar suka2 an..saya dapat dari wana (heh,sekejap saya,sekejap aku...kikiki)..

  • Ada Rahsia kecantikan tak?

saya yang tak cantik ni,mana la ada rahsia kecantikan


  • Bagi Anda siapa paling hensem dalam kumpulan Suju?
kumpulan suju?kumpulan suju pun saya x kenal..kuih suji kenal la..hahahah
  • Siapa BFF anda?

uihhh..banyak tak tersebut2...ahahaha

  • Siapa idola anda?
idola?mende tuh?


  • Moto Hidup Anda?

beriman berilmu beramal~ ahahaha-moto sekolah agama i dulu


  • Harus Tagkan Blogger yang anda sayang dan Minimum 8 orang

dengan ini,kepada sesiapa yg rajin,mari buat tag ini!!!huhuhu

Sunday, October 24, 2010

cukuplah..

cukuplah terubat rindu..
bila aku pernah mimpi arwah nenek datang..dengan wajah ceria dan senyuman yang biasa aku rindu..sekalipun aku takkan berjumpa lagi dgn nenek di dunia fana, mimpikan nenek,dah terubat kerinduan aku pada dia..suatu hari nanti aku kan menyusul nenek..insyaALLAH..

cukuplah terubat rasa galau..saat arwah asma meninggal,aku tak dapat nak bersua muka..aku doakan arwah di kejauhan je..tapi aku pernah mimpikan dia..dengan senyuman juga..dia ajak aku masuk rumah dia..tapi aku tergesa2 dalam mimpi tu,aku tolak pelawaan asma'..

kali ni arwah nani..sama macam asma',aku tak berkesempatan dan takde peluang juga masa tu..takpelah..doa dari aku akan ada untuk arwah..moga2 aku dapat mimpi nani..dah lama sangat aku tak jumpa dia..sampai sekarang takkan aku dapat jumpa..

review pasal arwah,selama aku satu dorm dgn dia,dia cukup baik..dia suka cerita itu ini dgn aku..first aku kenal and cakap2 dgn dia,masa form3 sebab masa tu dia baru masuk smakj..aku dgr cerita dia pasal movie apa ntah..tergelak2 aku..arwah memang dia pandai cerita dgn sound2 effect sekali..hehe..

inani orang senang,tapi sepanjang aku kenal dia,dia memang tak menyombong dgn kesenangan dia..in fact,aku selalu je pinjam barang2 dia..heheh..kamu tahu jela,aku ni memang gini..tapi aku pulangkan tau..dia memang takde berkira..aku nak pinjam,dia on aje..

aku teringat2 baju kurung hijau bercekak dia dengan corak bunga tabur kecik..sweet...aku suka tgok dia pakai baju tu..nani ni ada 2 orang adik kecik perempuan yg sangat comel okeh..sebijik macam arwah..
oleh kerana aku gonjeng, arwah nani pulak skema,maka haruslah dia akan ber-grup dengan budak2 skema kan..heheh..jadi sebab tu aku takdela rapat dgn dia serapat aku dgn grup "adik-beradik" aku..dia dulu pengawas perpustakaan..jadi uniform dia mestila kuning air..

lepas spm aku dah tak pernah jumpa dia..aku tgok dia pon dari FB je..aku ingatkan arwah amik dentistry kat bandung..rupanya amik medic..

last,rabu malam khamis,aku tgok status FB dia..mengatakan dia sakit2 badan dan dia stress...mata aku terpaku jugakla tgok status tu..tapi aku sekilas jela..
dah berapa lama jugak aku tgok handphone aku..aku selalu terdetik,harap2 takde panggilan kedukaan untuk aku..

last2 masa hari khamis,sa'dah call..aku tgh busy dalam bilik bos masa tu..sa'dah sampaikan berita pemergian inani zalikha..allahuakbar..terkesima aku..maghrib tu aku tak balik lagi,aku dok kat surau KK..aku jadi sebak..pantasnya ALLAH nak ambil nyawa kita..bila2 masa..aku sedekahkan yasin utk arwah..

aku doakan arwah dilepaskan dari fitnah kubur..insyaALLAH..arwah baik..aku mohon ALLAH dengar permintaan hambaNYA yang berdosa ini..

selamat berehat sepuas-puasnya sayang..moga jihadmu dalam kembara mencari ilmu untuk kebaikan manusia,akan diganjarkan oleh ALLAH akan syurgaNYA nan abadi..amin ya rabbal alamin..diambil dari facebook arwah..utk kenangan..

-Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."-

moga-moga kitalah penuntut ilmu yang akan dimudahkan jalannya ke syurga..amin~

Thursday, October 21, 2010

just a quick entry..

al-fatihah buat allahyarhamah inani zalikha zainal abidin yang telah kembali ke rahmatullah pukul 5 pagi,bersamaan 20/10/2010..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

ALLAH...terkedu bila sa'dah call kata inani dah pergi buat selama2 nya..entah bila tiba masa kita...

-ya ALLAH, dia pernah berbuat kebaikan di dunia milikMU ya ALLAH,kasihanilah sahabatku,tempatkanlah dia dikalangan orang2 yang beriman..Engkaulah sebaik-baik penolong-

baca berita di berita harian online

saat kita bergembira,ada insan yg berduka..takziah buat keluarga allahyarhamah..


tahun penuh dugaan..
abang ayie,sepupu saya disahkan menghidap kanser tahap 4,addina sepupu saya jugak disahkan menghidap kanser..ALLAHuakbar..betapa berat ujianMU kepada mereka..tabahkan hati mereka..tapi hati saya begitu sayu..apabila emak bercerita tentang abang ayie..

"mak,saya tak takut mati mak..tapi anak-anak saya masih kecil lagi"

aduhai..luruh hati bila dengar cerita emak..

Monday, October 4, 2010

petrosains review

salam semua bebeh...

hari ni,saya mahu buat review pasal petrosains..sebab kak ana,nak gi sana dengan dondeng2 beliau..(cute kan,nama panggilan anak2 dia??)ehehhe...

sebenarnya,saya dah pergi petrosains,masa umur saya 19tahun dengan payied..ehehhe..payied mesti ingat..memang best dok dalam tu..tapi dengan syarat,gunakan kemudahan yang ada sebaiknya.kalau setakat masuk dan tengok2..memang boringla kan..ehehe..

petrosains ni sangat sesuai untuk kanak-kanak.ada division yang sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 1 tahun ke atas.tapi tak dela banyak sangat.contohnya,cermin gedek2,bila kita lalu depan cermin tu badan kita akan jadik sangat pendek! budak kecik bawah setahun kan suka dengan cermin?

ada juga division yang sesuai untuk kanak-kanak 4-6 tahun, 7-12 tahun, remaja 13-19 tahun..malah untuk orang dewasa juga sesuai.(bagi mereka yang ingin tahu bagaimana sains turut diaplikasikan dalam kehidupan seharian)

awas!ada juga permainan yang melibatkan bola kecil,so,yang ni mesti pantau.takut dia amik masuk poket ke (ni takpe lagi),tapi kalau masuk mulut..haa..siapa nak jawab karang...

antara permainan-permainan menarik:

simulator helikopter
simulator F1 (kat SPEED exhibition)
game lumba kereta macam kat game centre tu (kat SPEED juga)
gegendang yang boleh detect bacaan jantung kita
boleh rasa macam mana bawak kapal terbang
kerusi untuk rasa gempa bumi

dan macam-macam lagi yang tak tersebutkan..silap haribulan,mak bapak yang main,bukan anak..ahahaha...sorry sangat,saya terlupa bawak kamera masa gi sana,

so,kat sini,link2 blog yang buat review pasal petrosains siap dengan gambar sekali tau!
huhu..mereka bawa anak2 ke sana..so,kak ana,meh cuci mata ..hihi

lirikan alam
istimewanya bidadari

p/s: sebelum masuk ke tempat pameran,kita kena naik mesin masa macam doraemon tu...tapi rupa dia comel lagi la..rupa telur!eheheheh