Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, December 19, 2009

tolong...tolong...

maaf lah ya..entri ini ditulis berdasarkan retorik semata2 tanpa fakta dan sokongan dari kajian lepas..nak cakap pasal kes ragut yang menjadi2..tapi tak mahu search fakta..sebab takut nak search kat pakcik google ttg kes ragut..bila tengok semua gambar mangsa peragut mengerikan...i'm wondering why...penjenayah2 mengambil jalan mudah dgn meragut?
oh..tekanan hidup? saje2 sebab tak ada duit? atau addicted to drugs?segalanya mungkin...tapi segala yang mungkin, mungkin takkan berlaku kalau x terjebak bukan? ALLAH aturkan hidup kita..dengan pelbagai skrip dan cerita..ada yang ALLAH bagi hidupnya sempurna, indah..ada yang ALLAH bagi hidupnya susah sampai ke akhir hayat..ada yg ALLAH bagi hidupnya bahagia, tapi menderita akhirnya..ada yang ALLAH bagi derita tapi bahagia akhirnya...

mungkin begitulah hidup peragut..pada mulanya dia takmahu hidup kesempitan..tapi ALLAH uji mereka dgn rakan2..sbb itulah kawan yang baik digelar seolah2 penjual minyak wangi..manakala kawan yg sebaliknya, digelar seolah2 penempa besi..kita akan terkesan dgn faktor persekitaran..

akhirnya..hidup x menentu ekonomi diri pun tidak stabil..jalan mudah-ragut sahaja..motor kan ada? nyawa manusia dipandang seperti sehelai kertas...dalam pada meragut, dia melayangkan sebilah parang..atau paling tidak mengheret mangsa..membunuh satu dosa..meragut satu dosa juga bukan?

ah..sy juga pernah menjadi mangsa ragut..tapi MAHA BESAR ALLAH yang mengatur rezeki..digerakkan hati sy menyimpan dompet dalam poket..x berapa lama kemudian.beg saya diragut dari belakang..sy tidak menjerit meminta tolong pun..lepaskan sahaja...bila teringat balik..ada apa dalam beg saya ye? oh? buku kimia setebal 2 inci, botol air, bekas pensil dan fail yang memuatkan nota2 pelajaran saya...hehehe..saya pun memegang poket seluar..bukan rezeki peragut tu dapatkan duit dari saya..selamat membaca peragut jalanan!

Sunday, December 6, 2009

i'm not that hottie..^_^

just took this quiz on quiz box ..and the analysis were..

[Part 1] Self Confidence: 50% -> You doubt yourself in some situations.
[Part 2] Sensory Perceptions: 56% -> Somewhat sensitive to stimulation around you.
[Part 3] Body Language: 63% -> Quite good at utilizing on occasions.
[Part 4] Conversational Skills: 93% -> A real talent!
[Part 5] Empathy For Others: 73% -> Occasionally empathizes with others.

You are a typical girl, like the majority.

well..

Tuesday, December 1, 2009

amanah vs tanggungjawab



TANGGUNGJAWAB ITU MEMBERATKAN?

Ketika pemimpin-pemimpin dunia sibuk mengejar pangkat yang mana masing-masing mempunyai kepentingan yang tersendiri, ramai dikalangan kita yang ingin lari dari memikul tanggungjawab yang diberi. Persolannya berat ke amanah yang diberi atau yang dipikulkan kepada kita,tidak kira la kita sebagai ketua atau menjadi orang bawahan. Sahabat-sahabtku betapa mulianya orang yang beramanah. Kerana apa? Kerana amanah itu mulia, amanah itu penting. Orang yang paling mesti dengan amanah ini ialah pemimpin dan peniaga, kerana mereka berurusan dengan masyarakat, berurusan dengan orang ramai, kalu dia amanah maka akan senang orang ramai, tetapi kalu khianat maka akan susah. Maksudnya,yang memegang jawatan dalam suatu organisasi, kalu orang biasa yang tidak memegang amanah, dia beramanah… bagus, tetapi sahabat-sahabat, kalu pemimpin yang beramanah, peniaga korporat yang beramanah , orang berkedudukan amanah lagi dipandang mulia oleh Allah SWT. Ini besarnya amanah. Betapa perlunya sifat amanah ini sehingga ditegaskan oleh al-Quran dan hadith. Kerap kali dalam bentuk menyuruh beramanah atau melarang dari berkhianat. Ada ayat yang menyuruh beramanah, ada ayat yang melarang dari bersifat khianat. Kadang-kadang di datangkan dalam bentuk gabungan, seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 27:

bermaksud; wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul, dan juga jangan berkhianat kepada amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahui.

Apa yang dimaksudkan dalam ayat diatas ialah, janganlah kita berkhianat terhadap kepercayaan yang di amanahkan kepada kita. Perkataan kepercayaan ( amanah ) disini ialah dengan ertikata yang luas, di antaranya termasuk jabatan-jabatan, tangunggjawab yang diserahkan kepada seseorang, dan hendaklah semua itu dijalankan dengan penuh kejujuran, penuh perhatian dan tanggungjawab.

Ibnu Abbas R.A berkata amanah itu segala amalan yang diamanahkan Allah kepada hambanya, seperti amalan ibadah yang fardhu. Sahabat-sahabat, amanah itu mestilah dipikul oleh orang yang iltizam hubungannya dengan Allah.

Jikalau orang itu lemah hubungannya dengan Allah, jangan harap dia akan beramanah. Antara cara kita ingin mengetahui orang itu amanah dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikulnya ialah melihat bagaimana hubungannya dengan Allah, kalu elok maka amanahla dia, kalu tidak maka tak jadilah sahabat-sahabatku. Mengikut perspektif Islam, semua urusan dalam dunia tidak hanya dikawal oleh undang-undang dan peraturan yang zahir sahaja, tetapi dalam masa yang sama ianya dikawal oleh hati yang berperasaan amanah dan tanggungjawab kepada Allah SWT. Sahabat-sahabat inila dia besarnya amanah, sewajarnya kita perlu menjaga amanah ini dan menjunjungnya. Untuk menunjukkan lagi pentingnya sifat amanah ini,

Allah berfirman dalam al-Quran di dalam surah an-Nisa, ayat 58:
Yang bermaksud;Sesunguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah-amanah kamu itu kepada mereka yang layak memikulnya dan bila kamu menghukum di antara manusia, hendaklah menghukum dengan adil, dengan itu Allah memberikan pelajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah itu mendengar dan melihat.

Sahabat-sahabatku pentingya amanah itu diberikan kepada yang lebih berhak memikulnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
Apabila amanah itu disia-siakan maka tunggulah saat kehancuran.

Para sahabat bertanya sia-sia itu dimaksudkan bagaimana.? Nabi menjawab apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.

Muktahir ini, bukan rajin yang paling lebih, bukan cerdik yang utama, tetapi orang yang beramanah. Orang beramanah ini datang dalam satu pakej. Ada orang yang cerdik tetapi jahat. Sebab itu sahabat-sahabat banyak kerosakan yang berlaku di dunia ini datangnya dari orang yang cerdik pandai.

Kesimpulannya sahabat-sahabat, didiklah sifat amanah ini di dalam diri kita, kemudian diterapkan kepada anak isteri, sahabat handai kita serta orang-orang disekeliling kita. Ia sangat penting untuk melancarkan lagi kehidupan seharian kita. Moga-moga sifat amanah yang kita pupuk dalam diri kita ini, berkatnya Allah memurahkan lagi rezeki kita sama ada di dunia apatah lagi di akhirat kelak. Jadikan sifat amanah ini sebagai wajib kepada diri kita, seperti Rasullullah SAW mewajibkan sifat amanah kepada dirinya. Semoga kita semua diberkati Allah…

Wednesday, November 25, 2009

motherhood nature..


bila saya mengelus wajah mungil zuriat milik sepupu saya, perasaan terbebar serta merta.aduh, tumpah segala rasa kasih pada seorang anak kecil yang baru berusia 9 bulan. memang seronok jadi ibu.. namun, cabaran yang digalas, tak ternilai gambarannya. bilakah masa utk saya pula?

saat paling bahagia, bila menyuakan bibir mungil itu dgn botol susu, tak tergambar perasaan saya ketika itu.. betapa hebatnya ciptaan TUHAN.. dari setitis air mani yang hina, kemudian di bentuk menjadi darah dan seketul daging, kemudian sempurna kejadiaannya, membesar dalam alam rahim yang tersembunyi rahsia keagungan TUHAN tentang ruh.. bagaimanakah hari ini saya mampu menipu mengenai nikmat ALLAH yang telah saya cicipi? nikmat ALLAH yang saya hirup setiap hari? dan bagaimana pula nikmat ALLAH itu boleh saya tidak syukuri?? lemah benar hati..baru diuji dengan sedikit ujian, sudah merasa susah.

syukur padamu ya ALLAH,hari ini, saya mendapat pengajaran tentang syukur melalui nikmat dan harta yang telah engkau kurniakan pada orang lain. menatap mata kecil itu, membuat rasa kekaguman menyusup dalam relung hati.saya mahu menjadi ibu! yang mana, saya sendiri akan merasa denyut nadi terarah dalam rentak yang sama..merasa sebuah lagi nyawa hidup dalam rahim saya, merasa bahagia bila dapat meletakkan seorang manusia yang telah ALLAH sempurnakan kejadiannya dekat dengan dada dan hati saya..supaya dia dapat merasa getaran cinta seorang ibu..yang selalu ada untuknya..

p/s:ia bukan sebuah bayangan..namun sebuah naluri keibuan yang telah ALLAH ciptakan secara semulajadi..ya, walaupun belum berumahtangga..anda juga begitu?


*credit to kristin rachelle, for this sweet picture

Thursday, November 19, 2009

thinking about the result..?


alhamdulillah..selesai semester akhir dgn penuh pengharapan.. harapan menggunung di awal semester tiba-tiba mendap di akhirnya.aduhhh! apa sudah jadi? beberapa subjek lain telah kami ketahui markahnya..alhamdulillah 'ala kulli hal..4 kertas yang saya jawab beberapa minggu yang lepas menunjukkan petanda yang baik..saya panjatkan syukur buat ALLAH swt..berkat doa dari semua yang menyokong saya. mudah-mudahan kalian juga dipermudahkan urusan.

untuk subjek BPB 3133, sudah terasa bahangnya, saya masih teringat tarikh keramat 17 disember 2009. tatkala pelajar-pelajar lain menyemak "carrymark",saya tidak berani untuk menatap sekeping kertas itu. secara puratanya kami mendapat markah >30/60.. satu perbezaan markah yang cukup ketara! bagaimana mahu lulus begini? nisbah final hanya 40% sahaja.

dek kerana dihantui kerisauan yang melampaui tahap kenyal (bak kata kak dal) maka saya pun memulakan usaha untuk belajar dengan lebih gigih.

dan saya masih meneruskan usaha dan saya tetap yakin, ALLAH akan menolong hamba2NYA..(ah, sgt over!)kerisauan ini terserlah, sebelum exam saya mohon doa dan baca yassin(ternyata mujarab) untuk melapangkan hati serta memperoleh markah yang baik..

dan hari itu, betapa terkejutnya saya apabila kertas soalan dihidang depan mata..apa? 2 jam setengah sahaja?? walaupun soalan hanya perlu dijawab 4 daripada 5 soalan, namun saya tahu betapa panjangnya jalan kerja yang perlu saya tulis (memandangakn Dr. tersebut sangat precise kerjanya.mesti tepat dan tiada markah kasihan..)dan ini mengambil masa lebih dari 2 jam setengah..dan memandangakn saya bukanlah seorang yang mahir mengira..terkial-kial macam ayam mengais bila hendak mengira.

sakit benar tangan saya..~tak tahulah apa grednya nanti..mohon lulus sahaja sudah syukur..namun, inilah penentu jatuh bangunnya CGPA saya nanti!

Tuesday, November 17, 2009

PENANTIAN

Berapa lama mestiku nanti,
Sinar cahaya matamu,
Gemerlap bagai bintang,
Menghiasi malam,malam yang menutup diriku..
Berapa lama perlu ku tunggu,
Lontaran suara dari bibirmu,
Memecah hening taman,
Taman syurgawi,
Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu siksa yang tidak tertanggung,
Oleh tubuhku yang kering dan layu.
Kepastian suatu penawar dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku..

Friday, November 13, 2009

BACALAH!! dengan nama TuhanMu yang Maha Agung

Iqra’ bismirabbikal lazi halaq....

Itulah kalam pertama yang menggetarkan jiwa nabi kita baginda Muhammad SAW..namun disebalik wahyu yang pertama itu turun ke atas baginda..ade pengajaran yang begitu luas yang perlu kita ambil..dapatkah kita memikirkan mengapa ayat ini yang pertama diturunkan..bukannya solat,puasa, zakat atau haji.?? Sudah tentunya terdapat mesej yang ingin disampaikan oleh yang menciptakan langit dan bumi, Allah yang Maha Esa..

Mengapa umat islam hari ini begitu lemah, dari segi ketenteraan, aspek pembangunan,ekonomi dan sebagainya..semuanya kerana kurangnya budaya membaca yang diamalkan di dalam kehidupan seharian. Ingatlah ilmu itu terhasil melalui pembacaan dan pemahaman yang luas. Bagaimana kerajaan Abassiah suatu ketika dulu dibawah pimpinan Kharun ar-Rasyid dapat melahirkan cendiakawan-cendiakawan Islam yang terulung kerana membudayakan budaya ilmu di dalam kehidupan seharian ,dimana dibina baitul hikmah tempat bagi rujukan umat ketika itu.

Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud “Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..”. Maksudnye disini, disamping membudayakan budaya membaca di dalam kehidupan seseorang muslim, perlu diiringkan dengan keimanan yang teguh kepada Allah SWT. Keimanan yang sejalan dengan ilmu pengetahuan, itulah pokok ketinggian dari satu ummat dalam masyarakat dunia hari ini.

Secara kesimpulannya, membaca adalah kunci kepada ilmu, cahaya yang menerangi kegelapan. Banyak bahan-bahan yang berfaedah yang boleh dibaca antaranya karangan Dr Yusof Al-Qardhawi (Qiraah fi waqi’il ummah) dan bermacam-macam lagi bahan. Disamping pembacaan, tanamkan keimanan yang tinggi kepada Allah SWT..kerana jika sesuatu kaum itu mengamalkan apa yang terkandung di dalam al-Quran, maka ia boleh maju kehadapan. Al-quran itu memberi penjelasan kepada semua manusia yang membaca dan memahami maknanya, tetapi hanya Allah yang memberi petunjuk dan hidayahnya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Pengetahuan yang memuncak tinggi, tetapi kosong dari keimanan, merupakan perjalanan kemajuan yang pincang yang mengakibatkan kejahatan dan kehancuran. Akhir kalam, hiasilah hidup kita dengan mambaca, dan sebaik-baik bahan bacaan ialah al-Quran. Hayatilah dan selamilah maknanya yang tersirat disebalik kalam TuhanMU itu..