Saturday, January 31, 2009

puisi cinta buat seorang kekasih

sinar matamu kekasih,
aku dambakan ia
penuh rasa cinta yang mendalam,
kalaupun yang mentari itu
enggan menyinari hariku,
maka engkau aku harapkan
menjadi matahariku,
matahari cerah cemerlang,
menyebar bias cahayanya
buat hidupku disini,
bimbinglah aku kekasihku,
dengan pertolongan Tuhan yang Maha Agung,
kita raikan cinta dlm dakapan harmonis sebuah pernikahan
kerana yang halal itu rahmah
Haram itu kemurkaan Tuhan
maka berikan aku nafas sukma yang tidak bisu
di jalan ceritera sepasang kekasih,
supaya dapat aku hidup dengan setiap nafas itu,
dan dapat aku lahirkan generasi dari bahagianmu..

puisi cinta buat seorang kekasih


6.18pm

No comments: