Friday, February 15, 2013

kedebabom

assalamualaikum labah2. hahaha.. metafora sangat kan. maklumlah.. dah bersawang belog yang tak berapa nak gojes nih. haruslah angkara2 labah2 sawang2an ini.

kini aku bersiaran secara langsung di JB,secara spesifiknya, Hotel Puteri Pan Pacific. ngeh. macam pantun 2 kerat.

sesiapa follower yang memfollow fb i, pasti akan terperasan status i tentang baju kawen i yang tak jadi tu. hihih. (perasan sangat kau jemahada follower bagai)

dua kali alter. sedih okkay?

yang first, skirt flowy2 aku jadik macam skirting. dah macam langsir. aku tak pernah cakap nak ada line kat tengah2 dada. tetiba tengok ada line kat tengah. apakah? butang pulak,butang baju sekolah warna pink. tak matching langsung dgn baju..ohoiiiii...

lalu aku walau kecewa,aku cakap juga baik2 dengan makcik tu..makcik..betulkan ini itu..taknak butang macam ni..nanti saya bagi design..gambar macam mana..

*padahal sebelum tu aku dah bagi gambar dah..dia pi hilangkan.* pastu main taram je buat baju aku kan. baju nikah pulak tu.

ok,kali ke dua dia alter..nampak cam cantik..pastu,bila aku try..aku punya bentuk badan dah sebijik mcm orang mengandung..pasal dia tak reti potong lace. dia lipat2 border lace tu and jahit sekali dengan skirt. seriously sangat sadis tengok bajuku..butang yang dia tukar pulak besar2. leper. dah takde dah butang pengantin..nampak mcm cendawan bak kata budak rumah..lagi lah aku kecewa..

memang buruk sangat bila aku pakai. lalu aku merata2 cari tukang jahit yang boleh alter. tiada. tiada dan tiada...hinggalah 3 minggu lagi nak kawen ni..jumpa tailor namanya kak yah kat bangunan sama dengan makcik yang jahit baju kawen aku tuh. hihi..sebenarnya mmg nak hantar baju kat kak yah. tapi kedai kak yah tutup.. pastu pergi lagi kemudiannya..kedai kak yah tutup jugak...kedai makcik tu je yg bukak.. tambah pulak ciktam paksa2 aku siapkan baju kawen awal2. memang aku sembronoh bagi kat tailor lain. sebab ingat diorang pandai buat...hukhuk. rupanya jangkaan aku silap.


tapi tapi tapi..alhamdulillah..kak yah boleh betulkan baju nikah aku yg nak ala2 dress ala pwincess (muntah hijau plz) hihi...cantik dan kemas..dia siap belikan aku kain. dia cakap,kain aku tak cukup (makcik tu guna 4 meter je,lg 3 meter,dia tak bagi aku pun) nak potong ala peplum. so,dia guna kain dia.. masa aku fitting hari tu, ya ALLAH, bestnya.. cantik,flowy dia mcm flowy yg aku nak..alhamdulillah..dan kak yah mmg menepati masa ye...sebelum ni aku tengok baju2 dia yang lain pun jahitannya kemas.. takpe..nanti aku update kedai kak yah punya alamat. insyaALLAH..kemas,cantik..

kini,baju tersebut dalam proses beading..semoga beading orang ni ok..insyaALLAH..

1 comment:

Merlin said...

askm awak, semoga majlis berjalan lancar. hanya dapat membayangkan. semoga cepat dikurniakan zuriat. amin amin amin yra.