Friday, April 11, 2014

a marriage

sebab belog tidak ramai yang baca,
atau mungkin tiada langsung pembaca.

maka aku selesa menulis disini..

assalamualaikum belog.

:)

masa belum kahwin, selalu terpengaruh dengan cerita novel yang imaginasi romantis tiada berkesudahan.

mula2 tak suka,kemudian eh eh tersuka. stereotaip.

dan pastinya mesti ada watak sebagai dato' atau tengku. kaya gila. ada syarikat sendiri.

tapi bila kau tutup novel. EVERYTHING GOES BACK TO REALITY. shooosh. semuanya hilang dalam kepulan asap.

yes. that's it!

semua imaginasi dalam novel segala itu padam.

aku pernah lalui zaman itu. zaman anak dara. kahwin mesti best suami begitu romantik bukakan pintu setiap kali nak masuk,atau angkat kita masuk bilik. aw aw aw.. *dush!*

kini,sudah beranak sorang.. imaginasi dalam novel tak menjadi realiti. itu cuma angan2 kosong. kalau ada, mungkin segelintir. tidak ramai.

konon nak suami angkat aku masuk bilik. ???

tengoklah besar kau besar mana. apatahlagi berat badan aku lagi godang dari suami. hahaha. larat kau nak angkat? mula2 aku sangat tertekan hidup dengan orang yang asing kini jadi teman sebilik. sebab aku expect too much. too much you know. pastu tiap2 hari nak sensitif. hihihi..tapi aku belajar sesuatu dari perkahwinan ini.. dont expect too much.

oleh sebab suami aku bukan romantis. maka,aku selalu berasa suami tidak sayang.. ok.sila *lempang laju2*

tapi,. apa yang membuat aku rasa suami istimewa contohnya;

semenjak satu insiden, suami mesti akan sediakan sebekas air bila aku masuk tido dengan tasnim. bangun2 tengok ada air kat sebelah. terima kasih abang..bagiku air lebih berharga dari bunga ros cameron highland. huhuhu..haus minum air,bukan makan bunga.

mentang2 sebut cameron highland.terus nak gambar cameron


ahh..you know, untuk hidup yang aku lalui selama ini, aku rasa suami telah memberikan yang terbaik untuk aku sebagai pasangan hidupnya. aku tahu masih awal untuk aku komen tentang perkahwinan yang baru setahun jagung. ia akan diuji lagi pada tahun-tahun akan datang. siapa tahu ujian apa yang ALLAH nak berikan pada kita. 

begitupun, Alhamdulillah untuk nikmat menjadi isteri,menjadi ibu..

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" arrahman:13


Terima kasih ALLAH..untuk pelajaran yang Engkau beri..



No comments: