Tuesday, April 29, 2014

novel melayu

kadang2 aku tidak berapa faham,

mengapa kebanyakan novel melayu ini penuh angan2 nan indah.

semuanya itu fantasi!

back to reality people!

bukan aku mahu caras sesiapa. tapi lebihkan penulisan yang membangunkan jiwa.

seperti fatima syarha dalam lewat penulisan dan siri2 penulisannya sebelum ini.

menyentuh hukum2 kontemporari dalam jalan cerita moden. barulah terbuka mata,terisi minda.

pernah baca "tenggelamnya kapal van der wijck?" karya HAMKA?

beliau ilmuwan agama,tetapi tidak alah juga menulis mengenai realiti cinta. menyentuh cinta juga. tapi realitinya bagaimana halnya bila material lebih diutamakan dalam membina bahtera rumahtangga.

dan pernah kau baca siri shopaholic? sekalipun ceritanya berkenaan seorang perempuan yang kuat berbelanja, tapi tidak pula memaparkan kisah stereotaip novel2 melayu. diorang pun back to reality!

arghh..bukan aku mencemuh karya orang. tapi aku sebagai pembaca, lebih suka kalau2 penulisan diupgradekan ke tahap yang lebih baik.

No comments: